Anda di halaman 1dari 2

MICHAEL LOI CHEE KHING

950410-13-6111
PENDIDIKAN JASMANI SJK(C)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJA


MELEWAR
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KESEPULUH
(11 SEPTEMBER– 15 SEPTEMBER 2017)

MASALAH :
Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan baik. Dan seperti yang telah dijangkakan, ketidakhadiran pelajar
pada minggu lepas telah mendatangkan sedikit sebanyak masalah dalam pelajaran
apabila mereka semua telah hadir pada beberapa hari pada minggu ini. Di mana
apabila diminta untuk mengimbas semula pelajaran yang lepas, mereka telah sedikit
sebanyak melupakan apa yang telah diajarkan. Murid yang tidak hadir pada minggu
lepas tersebut juga tidak fokus kepada apa yang diajarkan seolah-olah masih cuti
sekolah. Ini sedikit sebanyak menjejaskan akitiviti pengajaran yang ingin disampaikan.
Saya terpaksa member tumpuan yang lebih kepada mereka untuk mengingati pelajaran
yang lepas buat seketika dan menyelitkan sedikit sebanyak pengajaran yang lepas agar
mereka tetap boleh mengikuti pelajaran seprti murid yang lain. Di samping boleh
mengukuhkan lagi kemampuan dan kefahaman murid yang telah sedia faham.

ANALISIS MASALAH :
Umumnya murid pendidikan khas memang mudah untuk mengingati dan
melupakan sesuatu pelajaran sekiranya tidak diulang dan diajarkan secara berterusan.
Ini kerana, biasanya tiadanya kesinamabungan pembelajaran di rumah oleh ibu bapa
menyebabkan murid leka bermain dan seterusnya melupakan ilmu yang telah diajarkan
oleh guru kepada mereka. Justeru, mahu atau tidak, guru harus mengulang pelajaran
MICHAEL LOI CHEE KHING
950410-13-6111
PENDIDIKAN JASMANI SJK(C)

dan memberikan banyak aktiviti pengukuhan agar mereka dibiasakan mengingati


dengan sesuatu pelajaran tersebut. Oleh sebab itu jugalah, sesuatu pelajaran dan topik
kadang kala memakan masa selama 3bulan atau lebih untuk dihabiskan bergantung
kepada keupayaan murid.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN :


Semasa di dalam kelas, saya telah membuat keputusan drastik dengan
menukarkan kedudukan murid yang saya rasakan kerap tidak memberikan tumpuan
didalam kelas kepada kedudukan dihadapan sekali agar saya dapat memantau murid
tersebut dengan lebih jelas. Kesannya, murid tersebut lebih memberikan tumpuan dan
sekiranya murid tersebut tidak fokus, saya akan cepat menyedarkannya dari berkhayal
di dalam kelas dan sentiasa mengadakan perbincangan dua-hala antara murid dan
guru. Disamping, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin
disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan
membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah
yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran
kelak.
TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN:
Diharapkan dengan membuat ulangan ataupun menyelitkan pelajaran yang telah
mereka tertinggal berserta aktiviti pengukuhan yang bersesuaian, murid yang tercicir
akan dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran bersama-sama dengan murid.
Biarpun agak lambat daripada perancangan yang asal, aktivtiti pengukuhan dan
pengajaran ulangan ini penting bagi mengelakkan murid tercicir dalam pembelajaran.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai