Anda di halaman 1dari 5

ISU-ISU UTAMA EKONOMI YANG MEMBAWA KEWUJUDAN DEB

Sebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk


menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport.
Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata
tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini
menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik yang memberi kesan
negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah
dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan
mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu
cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk
mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah
diwujudkan:

 Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui


peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;.dan
 Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak
seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang
berkembang pesat. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan
bagi menyediakan peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk
membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi.
Aspek ini juga memastikan bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan
sedia ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Pelaksanaan
strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan
kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan berkurangan dari 49.3
peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan seterusnya
kepada 1.7 peratus pada 2012.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, 66.3 peratus ekuiti korporat di Malaysia
dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera memiliki hanya
2.4 peratus. DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana
menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat
Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks
ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera
bertambah kepada 19.3 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan
pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 33.9
peratus untuk warga asing dan nomini. Walaupun Bumiputera tidak mencapai
sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh
mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun
1970. Menjelang 2010, jumlah nilai ekuiti telah berkembang dengan pesat dan
meningkatkan nilai pegangan mutlak semua kumpulan.

Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa menumpukan kepada


pembangunan sumber manusia dan kualiti hidup. Inisiatif yang dilaksanakan
menekankan kepada program berbentuk produktif dan bukan secara kebajikan,
kecuali dalam kes-kes tertentu di mana bantuan secara langsung perlu diberikan.
Langkah ini adalah untuk memastikan golongan miskin dapat berdikari dan turut
serta dalam aktiviti ekonomi.

Strategi pembangunan luar bandar melibatkan pelbagai program pembasmian


kemiskinan seperti program agropolitan secara bersepadu dan peladangan kontrak;
program keusahawanan termasuk akses kepada pembiayaan kredit mikro;
perkhidmatan sokongan pertanian termasuk infrastruktur saliran dan pengairan;
pembangunan industri kampung/kecil; penyediaan infrastruktur luar bandar termasuk
jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan
makanan dan penempatan semula setinggan.

Program penyususan semula masyarakat menumpukan kepada strategi berikut:

 Campurtangan Kerajaan melalui pewujudan agensi khas untuk memastikan


penyertaan ekonomi dan pemilikan ekuiti Bumiputera yang berkesan;
 Memperkenalkan peraturan dan kerjasama khusus, di mana penglibatan dan
penyertaan Bumiputera dipermudahkan bagi suatu tempoh masa;
 Peruntukan untuk konsesi fiskal dan bantuan kewangan sebagai sebahagian
dari pakej ke arah pembangunan keusahawanan;
 Memesatkan program untuk pendidikan dan latihan;
 Menambahkan pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan; dan
 Mewujudkan keseimbangan di dalam pekerjaan melalui pertumbuhan
ekonomi yang saksama untuk mencerminkan komposisi etnik.
Faktor Dan Kesan Peristiwa 13 Mei
Hari ini kita melihat masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai
dari Utara Tanah Air hinggalah ke Selatan Tanah Air, dari Pantai Barat Malaysia
mengunjur ke Timur Malaysia. Walau bagaimanapun kita mempunyai sejarah
berdarah yang melibatkan 2 kaum uatama di Malaysia iaitu 13 Mei. 13 Mei 1969
merupakan peristiwa pergaduhan antara 2 kaum utama Negara iaitu kaum
Melayu sebagai kaum yang telah bertuan di Tanah Melayu sejak berkurun
lamanya dan kaum Cina, kaum yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak
zaman kolonial British atas faktor buruh dan juga faktor perdagangan. Peristiwa
ini lebih memfokuskan kepada dua kaum ini kerana secara amnya Kaum Melayu
memperjuangkan hak ketuanannya manakala kaum Cina meraikaan kekuasaan
politik mereka.

Faktor utama yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam
sejarah Negara ialah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Ini telah mencetuskan
kemarahan orang Melayu dan juga memberi tanda kepada orang Cina bahawa
mereka boleh mempunyai hak sama rata seperti kaum Melayu. Memandangkan
sistem pendidikan pada ketika itu mengunakan sistem vernakular dan informasi
yang boleh diperoleh sangat terhad. Maka, orang Cina tidak memahami konsep
yang digunapakai di Tanah Melayu ketika itu. Mereka tidak dapat menerima
keadaan di mana mereka mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu
adalah tuan kepada Tanah Melayu. Maka sebagai tuan tanah orang Melayu
berhak mempunyai peraturan dan perkara-perkara yang dikalsifikasaikan sebagai
hak yang tidak patut diusik oleh orang selain tuan tanah. Ada segelintir
masyarakat Cina yang mengiktiraf ketuanan Melayu tetapi pedirian mereka
digoncang oleh ahli politik mereka. Maka sehingga kini masyarakat Cina akan
tetap memperjuangkan kepentingan Cina tidak kira pegangan politik mereka
kerana Peristiwa 13 Mei telah membuktikan mereka mampu berkuasa jika
mereka usahakan sehabis daya. Walau bagaimanapun, 13 Mei juga membuktikan
orang Melayu tetap akan mempertahankan Malaysia sebagai tanah tumpah darah
mereka.

Selain itu dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British
telah memecahkan perpaduan kaum antara 3 kaum utama yang mendiami Tanah
Melayu. Dasar ini juga telah mewujudkan jurang ekonomi dan juga menyumbang
kepada jurang pendidikan kerana kehidupan setiap kaum diasingkan mengikut
kegiatan ekonomi. Kaum Cina telah bertapak di kawasan bandar untuk
menjayakan ekonomi Tanah Melayu dan juga lombong bijih timah untuk
menyedut kekayaan Tanah Melayu demi kpentingan British. Manakala
masyarakat Melayu dibiarkan dengan ekonomi sara diri seperti peribahasa
Melayu, ‘kais pagi makan pagi, kais petang akan petang’. Ekonomi orang Melayu
berskala kecil dan pengeluaran sumber ekonomi mereka seperti kebun dan
sebagainya tidak begitu meluas untuk membolehkan mereka memegang ekonomi
Tanah Melayu. Pihak British tidak menggalakan perkembangan ekonomi orang
Melayu kerana mereka ingin mengekalkan keadaan orang Melayu sedia ada.
Maka dengan ini telah memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu pasca
Merdeka dengan perbezaan status sosio ekonomi antara kaum.

Tambahan pula, ekonomi dan pendidikan sangat berkait rapat. Bila mana
terdapatnya pergerakan yang difaktorkan oleh faktor ekonomi maka pendidikan
akan berkembang kerana kebanyakan orang yang berniaga akan merantau. Maka
disebabkan orang Cina memegang kuasa ekonomi maka mereka juga mempunyai
kelebihan dalam bidang pendidikan juga. Mereka merupakan kaum awal yang
memonopoli pendidikan di Sekolah Inggeris. Kebanyakan anak-anak Melayu
bersekolah di Sekolah Melayu di mana tahap pembelajaran mereka hanya setakat
di peringkat rendah. Ini dengan jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketika itu
ketinggalan daripada arus perkembangan pendidikan. Apabila tercetusnya 13 Mei
faktor-faktor seperti ini menjadikan kemarahan orang Melayu menjadi-jadi
kerana mereka menganggap kaum Cina tidak mengenang budi dan tamak kerana
mereka telah dapat lebih banyak daripada kaum Melayu. Sedangkan mereka
merupakan imigran dan kaum Melayu merupakan tuan tanah.

Selain daripada itu, faktor kegagalan pihak tentera diberitahu mengenai


kekacauan ini juga menyumbang kepada kegagalan sistem keselamatan negara
yang mencebabakan pertumpahan darah selama beberapa hari bermula 13
Mei 1969 hinggalah Darurat diisytiharkan 16 Mei 1969. Sebelum 13 Mei 1969,
telah wujud khabar-khabar angin mengatakan mengenai kekacauan yang akan
berlaku. Tetapi akibat sikap ambil mudah pihak yang berwajib, mereka tidak
memaklumkan kepada pihak tentera pada ketika itu. Maka kegagalan pihak
tentera menerima maklumat mengenai khabar angin itu menyebabkan kegiatan
risikan tidak dijalankan oleh pihak tetera yang pada ketika itu menjalankan tugas
sekunder mereka. Tugas sekunder tentera pada lewat tahun 6o-an ialaha
menjaga ketenteraman awam dalam menagani masalah Parti Komunis Malaya
(PKM)

Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan


rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16
Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah
Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Apabila
berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan
dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera.
Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah
diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana
, Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5
RAMD dan 7 RAMD.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan pada 17 Mei 1969 dan
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai
Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi menangani
isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat. Antara tugas-tugas utama
MAGERAN adalah mengembalikan keamanan dan undang-undang negara,
menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana
keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.
MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan
Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan
dan ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat
Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk
mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan
saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik
dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip
yang terkandung di dalam Rukunegara jelas merupakan kunci kepada
masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan
keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Berikutan jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta
kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah
mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk
menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara
semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan
mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai