Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

ALIFF

Pendemokrasian dapat didefinisikan sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu
yang menganggotai sesuatu masyarakat.

Pendidikan pula dikaitkan dengan satu usaha atau proses mendidik dan dididik yang dikatakan berkait
rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap


individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang
disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi
peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa
mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya

APAKAH DASAR-DASAR PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA?

ALIFF

Pendidikan jarak jauh (PJJ)

Pembelajaran jarak jauh telah lama diamalkan di Malaysia bermula dengan penawaran beberapa
kursus oleh Kolej Stamford pada tahun 1950an. Pada masa yang sama, beberapa program luar yang
ditawarkan oleh University of London dan kursus berkaitan yang ditawarkan oleh Kolej Adabi adalah
antara contoh terawal beberapa program jarak jauh yang lain. Pada tahun 1971, Universiti Sains Malaysia
merupakan institusi pendidikan tinggi pertama yang menawarkan program prasiswazah secara
pembelajaran jarak jauh.

Pada tahun 1993, Menteri Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan dasar bagi menggalakkan
universiti menawarkan program secara pembelajaran jarak jauh. Hasilnya, UiTM (dahulunya dikenali
sebagai ITM), UKM, UPM, UTM dan UUM turut sama menawarkan program pembelajaran jarak jauh
selain program sedia ada USM. Peningkatan permintaan terhadap program jarak jauh disedari dan diakui
oleh pelbagai pihak. Idea bagi mewujudkan sebuah universiti terbuka nasional di Malaysia yang hanya
menawarkan program jarak jauh telah dicadangkan dan membawa kepada penubuhan Universiti
Terbuka Malaysia (OUM) pada tahun 2001. Sejak penubuhan OUM, tiga lagi universiti terbuka telah
ditubuhkan iaitu Universiti Terbuka Wawasan (WOU, 2006), Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU,
2007) dan Asia e-University (AeU, 2008).

Pendidikan peringkat tinggi, pendidikan sepanjang hayat

Sekolah kurang murid

Tidak ketinggalan di kawasan pendalaman,penduduk yg tinggal di pendalaman,menuju ke arah


konsep pendidikan untuk semua. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Di antaranya ialah
jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi
penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang
Asli dan sekolah di pedalaman.

Sehingga tahun 2017, terdapat 2,996 sekolah rendah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang
Murid, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 peratus Sekolah Kurang
Murid ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan
guru terlatih. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kementerian mempunyai dua
kaedah bagi menangani masalah 2,996 SKM di seluruh negara ini iaitu kelas bercantum dan sekolah
bergabung."Kementerian sudah menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan Kelas Bercantum di SKM dan
penggabungan sekolah, tahun lalu bagi menangani perkara ini.Bagi Kelas Bercantum, murid Tahun Dua
dan Tahun Tiga dicantumkan dalam satu kelas, begitu juga dengan murid Tahun Empat yang disatukan
dengan murid Tahun Lima. Murid Tahun Satu dan Tahun Enam, tidak terbabit dan mereka kekal belajar di
dalam kelas sendiri," katanya.

APAKAH CABARAN- CABARAN UNTUK MERELEASISASIKAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAN


LANGKAH MENGATASI?

ALIFF

Program Pembangunan Pendidikan

Berbentuk program sokongan :

a) Skim bantuan pendidikan


Purata bantuan yang diterima seorang murid setahun
- Sekolah Rendah - RM6, 354.50
- Sekolah Menengah – RM6, 941.00
Contoh : Rancangan MakananTambahan (RMT), Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK),
Perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM) Perjalanan dan Pengangkutan Murid
(PPM)

b) Skim pinjaman buku teks

c) Rancangan makanan tambahan

d) Skim baucar tuisyen

Bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan
tahap pembelajaran mereka.

Penubuhan Pusat Kegiatan Guru

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian


pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi
perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan
pembelajaran kos rendah. Guru boleh berinteraksi antara 1 sama lain dalam mengenal pasti kelemahan-
kelemahan dalam pengajaran dan berkongsi idea untuk mengatasinya.

Sikap Guru

 Adil terhadap semua pelajar dari segi penggunaan bahan pengajaran.

 Cara berkumpulan untuk penglibatan gender dalam aktiviti.

 Melayan semua pelajar dengan sama rata tanpa mengira gender.

Anda mungkin juga menyukai