Anda di halaman 1dari 8

BAB 1.

0
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN

Matematik merupakan sesuatu bidang ilmu ciptaan manusia. Matematik telah dicipta
sejak zaman primitif lagi apabila manusia memerlukan alat untuk mengira, mengukur,
menyimpan rekod dan menghubungkaitkan maklumat serta memahami alam
persekitaran. Bidang matematik amat luas dan ia merangkumi aritmetrik, algebra,
trigometri dan geometri. Dalam kajian ini, kami akan memberi penekanan kepada ilmu
aritmetik. Merujuk kamus Longman(2001), aritmetik adalah sains mengenai angka. Ilmu
aritmatik merupakan asas kepada matematik yang meliputi empat operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi. Empat operasi tersebut merupakan kemahiran asas dalam ilmu
Matematik dan kerap diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Subjek Matematik memberi tumpuan kepada pembangunan nombor asas,


pemahaman operasi dan kecekapan dalam melaksanakan pengiraan. Hal ini disokong
oleh Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendah yang menyatakan matlamat
kurikulum matematik sekolah rendah adalah membolehkan murid-murid menguasai
operasi asas matematik yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan
pembahagian. Selain itu, pendidikan matematik sekolah rendah juga bertujuan untuk
membina dan mengembangkan kefahaman murid -murid dalam konsep dan kemahiran
asas matematik. Namun menurut Toh (2009), pelajar- pelajar pada masa kini tidak berminat
untuk mendalami ilmu Matematik kerana mereka beranggapan negatif terhadap mata
pelajaran dengan menyatakan Matematik sangat susah dan membosankan. Hal ini adalah
menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dan memahami mata pelajaran
Matematik. Kajian beliau juga menunjukkan ramai pelajar sanggup ponteng semasa kelas
bagi mata pelajaran matematik ini. Selain itu, kajian beliau juga mendapati terdapat pelajar
yang tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru dengan sengaja serta dengan alasan
tidak mengetahui cara untuk menyelesaikannya.

Oleh sebab itu, guru matematik sekolah rendah sebagai pelaksana


memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan murid dapat menguasai
kemahiran operasi aritmetik asas terutamanya kemahiran penolakan pada peringkat
sekolah rendah supaya murid dapat memahami, melaksanakan operasi dalam Matematik

1
serta berminat terhadap mata pelajaran Matematik. Pernyataan ini disokong oleh
Hutkemri dan Effandi Zakaria (2012) berpendapat bahawa pemilihan kaedah dan
strategi pembelajaran Matematik yang tepat merupakan hal terpenting sebagai usaha
guru untuk meningkatkan kemampuan matematik pelajar. Bukan itu sahaja,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) juga mengatakan guru harus memberi
keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik supaya murid dapat mengaplikasikan
konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. KPM juga menyatakan
bahawa guru harus memberi penekanan kepada perkembangan pemikiran
murid dalam matematik melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Secara kesimpulannya, guru perlu rasional dalam pemilihan kaedah
dan strategi pengajaran supaya pembelajaran murid menjadi lebih kreatif dan
bermakna.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Menurut Margaret M. Flores (2009), murid-murid mengalami kesulitan dalam


mempelajari matematik apabila mereka gagal memahami cara menyelesaikan soalan
penolakan dengan pengumpulan semula. Hal ini mungkin disebabkan apabila guru
menggunakan cara tradisional semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid
mungkin tidak dapat memperolehi kefahaman yang betul tentang konsep yang dipelajari.
Selain itu, Mohd. Sapiyan Baba dan Thanaletchumi Darmalinga m (2003) mendakwa
bahawa kaedah tradisional dalam proses pengajaran hanya mengabaikan pemahaman
murid-murid kerana menekankan pada penghafalan dan pengaplikasian formula tanpa
sebarang penjelasan.

Semasa saya menjalankan pratikum di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)


Chung Hwa, Jerteh tahun lepas, saya dapat mengajar murid Tahun 3K, melalui
pengalaman mengajar saya, saya mendapati bahawa murid sering menghadapi
masalah seperti tidak konsisten dalam operasi pengiraan, ketidakfahaman dalam fakta
nombor, tidak mengingati fakta-fakta matematik asas dan prosedur serta lambat untuk
memahami fakta-fakta atau prosedur yang hendak diajar. Tambahan pula, mereka
susah untuk memahami idea "pinjaman" dalam konsep pengumpulan semula semasa
melibatkan topik penolakan. Walaupun konsep ini telah diajar dan diberi contoh

2
beberapa kali tetapi maereka masih gagal memahaminya. Oleh demikian, murid yang
belum menguasai konsep pengumpulan semula masih tidak konsep penolakan yang
melibatkan mengumpul semula.

Menurut F. Beckett, Deb McIntosh & McKinney (Paula, 2011) dalam artikel
Action Research Improves Math Instruction telah menyatakan bahawa kesilapan corak
adalah salah faham atau pemahaman yang salah murid membuat apabila belajar
konsep-konsep matematik yang baru. Menurut beliau juga, kesilapan murid dalam
operasi penolakan dengan pengumpulan semula adalah disebabkan oleh pemindahan
pembelajaran salah konsep matematik atau gagal untuk menguasai konsep nilai tempat
dalam sistem asas 10.

Secara kesimpulannya, penolakan dengan pengumpulan semula


merupakan sesuatu kemahiran yang susah dikuasai oleh murid. Murid perlu
memahami konsep nilai tempat dalam sistem asas 10, konsep pengumpulan semula
dan konsep penolakan sebelum dia menguasai kemahiran penolakan dengan
pengumpulan semula.

1.3 TUJUAN KAJIAN


Penolakan dengan pengumpulan semula merupakan salah satu masalah yang amat
sukar dikuasai oleh murid. Penolakan dengan pengumpulan semula ini berkait rapat
dengan pemahaman mengenai nilai tempat. Hamden (2006, dalam kajian Fadzli Ali
Karim, 2010) mendapati bahawa pemilihan carta nilai tempat yang lebih sistematik harus
dilakukan dengan berhati- hati bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan proses pengumpulan semula. Menurut Wong (1987, seperti dinyatakan
dalam Azizi & Elanggovan, 2011), kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah
bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki. Ramai
murid tidak dapat menyelesaikan masalah penolakan dengan pengumpulan semula
adalah disebabkan mereka tidak menguasai konsep nilai tempat. Oleh itu, penggunaan
alat bantu mengajar yang menekankan nilai tempat serta yang menarik perhatian
murid serta menyelitkan unsur bercerita dalam mengira penolakan dengan
pengumpulan semula diharapkan dapat meningkatkan pemahaman murid mengenai
konsep nilai tempat perpuluhan dalam melakukan operasi penolakan.

3
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah Wooden
Stick Subtraction dalam penguasaan kemahiran penolakan dengan pengumpulan
semula serta mengenalpasti kesan penggunaan kaedah Wooden Stick Subtraction
dalam penyelesaian masalah penolakan dengan pengumpulan semula terhadap minat
murid. Dalam kajian ini, saya bercadang untuk mencari 50 orang murid Tahun 3 dan 25
daripada mereka dijadikan sampel kajian manakala 25 orang lagi diletakkan dalam
kumpulan kawalan.

1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif untuk di capai seperti berikut:

1. Mengenalpasti keberkesanan kaedah Wooden Stick Subtraction dalam


penguasaan kemahiran penolakan dengan pengumpulan semula.
2. Mengenalpasti kesan penggunaan kaedah Wooden Stick Subtraction dalam
pengajaran penolakan dengan pengumpulan semula terhadap minat murid.

1.3.2 SOALAN KAJIAN

1. Adakah penguasaan kemahiran penolakan dengan pengumpulan semula murid


ditingkatkan dengan penggunaan kaedah Wooden stick Subtraction?
2. Adakah minat murid dalam pengajaran topik penolakan dengan pengumpulan
semula meningkat dengan penggunaan kaedah Wooden Stick Subtraction?

4
1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN

𝐻𝑎1 - Penguasaan murid dalam kemahiran penolakan dengan pengumpulan semula


ditingkatkan dengan penggunaan kaedah Wooden Stick Subtraction.

𝐻𝑎2 - Minat murid dalam pengajaran topik penolakan dengan pengumpulan semula
menunjukkan peningkatan melalui penggunaan kaedah Wooden Stick
Subtraction.

𝐻𝑜1 - Penguasaan murid dalam kemahiran penolakan dengan pengumpulan semula


tidak ditingkatkan dengan penggunaan kaedah Wooden Stick Subtraction.

𝐻𝑜2 - Minat murid dalam pengajaran topik penolakan dengan pengumpulan semula
tidak menunjukkan peningkatan melalui penggunaan kaedah Wooden Stick
Subtraction.

1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

1 Kajian ini hanya melibatkan 50 murid daripada dua kelas (tahap sederhana)
Tahun 3. Satu kelas yang mempunyai 25 orang dijadikan kelas eksperimen
manakala satu kelas lagi dijadikan kelas kawalan.
2 Penggunaan kit fokus kajian ini adalah untuk mengajar Topik Penolakan dengan
Pengumpulan Semula.

5
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang amat penting dan berguna di dalam
kehidupan seharian. Hal ini disebabkan matematik ini diperlukan oleh setiap orang untuk
mengaplikasikan dalam kehidupan.

Tambahan pula, pada aspek pembelajaran, sekiranya kemahiran matematik


seseorang cemerlang, biasanya pelajar tersebut juga cemerlang dalam mata pelajaran
yang lain, hal ini disebabkan ilmu dalam bidang sosiologi, psikologi dan bidang sains
dan teknologi mempunyai banyak kaitan dengan ilmu matematik. Oleh itu,amat jelaslah
bahawa kajian ini adalah penting kepada pelajar, guru Matematik. sekolah dan panita
matematik dalam daerah tersebut.

Pelajar

Melalui bahan ini, murid dapat memahami konsep di sebalik konsep pengumpulan
semula dan hal seterusnya menjelaskan kepada murid tenang proses penolakan dan
pengumpulan semula yang sedang berlaku. Selain itu, murid akan didedahkan dengan
kaedah baru untuk mneyelesaikan masalah penolakan dengan pengumpulan semula.
Dengan menggunakan bahan ni, diharapkan pelajar dapat membuka minda untuk
mencuba kaedah penyelesaian alternatif daripada terikat dengan kaedah tradisional
yang mengutamakan penghafalan.

Guru

Dapatan kajian ini juga dapat membantu guru untuk memperbanyakkan kaedah
pengajarannya. Guru selama ini menggunakan kaedah lama yang lebih mementingkan
penghafalan. Dengan adanya bahan yang baru ini, guru akan diberikan satu kaedah
baharu untuk pengajaran. Oleh itu, guru matematik mempunyai pilihan pengajaran
yang sesuai dengan tahap pencapaian murid yang berlainan. Dengan ini masalah
penolakan dengan pengumpulan semula ini diharapkan dapat dihapuskan ataupun
dikurangkan.

Sekolah

Dapatan kajian ini juga penting kepada sekolah berkenaan terutama pentadbir sekolah.
Dapatan ini boleh disasarkan kepada semua guru matematik di sekolahnya. Jika ada

6
guru yang menghadapi masalah penolakan dengan pengumpulan semula tidak mengira
pelajar di tahun berapa, dapatan ini boleh dipraktikkan dan diamalkan. Oleh itu, semua
guru matematik di sekolah berkenaan akan mendapat manfaatnya.

Panitia Matematik Daerah

Dapatan daripada kajian ini dapat digunakan oleh panitia matematik daerah untuk
diperluaskan kepada semua sekolah yang berada di dalam daerah berkenaan.
Jika terdapat sekolah lain yang menghadapi masalah yang sama, pengerusi panitia
daerah boleh menyampaikannya kepada sekolah berkenaan untuk dipraktikkan.
Dengan penyebaran dapatan ini, semua sekolah di dalam daerah tersebut akan
mendapat kaedah dan maklumat tambahan di dalam menyelesaikan masalah
penolakan dengan pengumpulan semula.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

1.6.1 KEBERKESANAN

Keberkesanan bermaksud berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan. Dalam


konteks kajian, ‘keberkesanan’ bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada
penggunaan ‘Wooden Stick Subtraction’ dalam topik penolakan dengan pengumpulan
semula bagi murid Tahun 3. Dalam kajian ini, keberkesanan ini ini dilihat kepada
perbezaan antara min ujian pasca dan min ujian pra. Sekiranya min ujian pasca lebih
tinggi leih tinggi daripada ujian pra bermaksud Wooden Stick Subtraction ini dapat
meningkatkan penguasaan murid terhadap penolakan dengan pengumpulan semula.

1.6.2 WOODEN STICK SUBTRACTION

Wooden Stick Subtraction merupakan sebuah kaedah yang digunakan untuk


menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. Kaedah ini
menggunakan kayu aiskrim untuk mewakili nombor asal dan menggunakan model take-
away subtraction untuk mendapatkan baki operasi penolakan tersebut.

7
Kaedah ini adalah diasimilasikan daripada Portable Subtraction Board (PSB)
yang dicipta oleh Lew Joe Waey dan dibentangkan dalam Konvensyen Antarabangsa
Jiwa Pendidik pada tahun 2014. Lew J.W. (2014) telah membuktikan bahawa Portable
Subtraction Board (PCB )dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dua
nombor melibatkan nombor dua digit dengan satu digit dengan lingkungan 100.

1.6.3 KAEDAH PENOLAKAN DENGAN PENGUMPULAN SEMULA

Penolakan merupakan sesuatu operasi Matematik yang bertujuan untuk mencari beza
atau baki antara dua atau lebih nombor manakala pengumpulan semula merujuk kepada
keadah meminjam daripada nilai tempat yang lebih besar. Dalam kajian ini, pengumpulan
semula ini mrujuk kepada peminjam sepuluh batang kayu aiskrim yang mewakili sepuluh
nilai satu daripada satu gulung kayu aiskrim yang mewakili satu nilai puluh.

1.7 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, bab ini telah membincangkan masalah kajian, tujuan, objektif,
soalan, hipotesis, skop, batasan dan kepentingan kajian yang diperlukan dlam kajian ini.
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Wooden Stick
Subtraction dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini membuat
hipotesis bahawa Kaedah Wooden Stick Subtraction ini dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran penolakan dengan pengumpulan semula.