Anda di halaman 1dari 2

Soalan KBAT 2016

Bulan Januari

1. Puan Ani meletakkan sebuah pasu bunga di halaman belakang rumahnya selama dua minggu . Apabila Puan
Ani mengalihkan pasu itu, dia mendapati rumput di bawah pasu bertukar kuning.
(a) Terangkan situasi tersebut.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
(b) Rajah di bawah menunjukkan dua pokok tomato, A dan B ditanam di dalam dua pasu yang sama saiz.
Kedua-dua pokok diberikan baja dan disiram dengan air yang sama banyak. Walau bagaimanapun kedua-
dua pokok diletakkan di tempat yang berbeza. Rajah di bawah menunjukkan keadaan kedua-dua pokok
tomato selepas enam minggu.
Cadangkan di manakah pokok A dan B diletakkan.

Pokok A:………………………………………………………..
Pokok B:…………………………………………………………….
(c) Nyatakan perbezaan yang boleh diperhatikan pada kedua-dua pokok.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
(d) Terangkan jawapan anda.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
2. Jadual di bawah menunjukkan statistik kes denggi dan jumlah kematian di beberapa negeri di Malaysia dari
bulan Febrauari ke Disember 2015
Negeri Kes Kematian
Perlis 43 0
Kedah 163 1
Pulau Pinang 453 3
Perak 1395 3
Selangor 10971 15
Wilayah Persekutuan Labuan 5 0
(a) Berdasarkan statistik, negeri manakah yang menunjukkan kes denggi dan kematian paling tinggi?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
(b) Labuan didapati menghampiri status bebas denggi. Nyatakan pendapat anda.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
(c) Dalam satu kajian, statistik menunjukkan bahawa kes denggi dan kematian menurun dan kekal pada
tahap minimum dalam bulan, Jun sehingga September dan kembali meningkat pada bulan Oktober
sehingga Disember. Pada pandangan anda, apakah punca keadaan ini?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
(d) Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengawal penularan wabak denggi di kawasan
kejiranan anda.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………