Anda di halaman 1dari 1

SURAT khabar lama dikatakan semakin 'bernilai' apabila harganya akan mencecah

naik daripada 70 sen kepada RM1 sekilogram sedikit masa lagi.

Difahamkan, kekurangan bekalan di pasaran secara mendadak sejak akhir-akhir ini


menjadi punca utama surat khabar lama jadi lebih mahal.

Beberapa pengusaha syarikat kitar semula berpendapat, akibat kemunculan era


teknologi bermaklumat, tidak dinafikan jumlah jualan surat khabar di Malaysia menurun
apabila ramai lebih gemar memperoleh maklumat dan berita melalui internet.

Selain itu, akibat tidak adanya inisiatif pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan
rakyat, banyak surat khabar dibuang setelah dibaca menyebabkan pengumpulan surat
khabar lama semakin berkurangan.

Mereka menganggap, harga surat khabar lama yang dikatakan akan naik sehingga
RM1 sekilogram tidaklah terlalu mengejutkan kerana bekalannya amat diperlukan untuk
dikitar semula sebagai bahan-bahan industri.

Menurut seorang pengusaha syarikat kitar semula ketika memberitahu China Press,
berbanding 2014, jumlah surat khabar lama yang berjaya dikumpulkannya telah
berkurangan sehingga 80 peratus.

"Surat khabar lama pada masa ini sememangnya amat diperlukan. Permintaannya
begitu tinggi. Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila cetakan surat khabar semakin
hari semakin berkurangan," katanya yang dikenali sebagai Tan.

Menurut Tan, tiga tahun lalu, harga surat khabar lama hanya 40 sen sekilogram,
kemudian naik sehingga 70 sen sekilogram hari ini dan ia mungkin akan terus naik lagi
dalam tempoh terdekat.

Anda mungkin juga menyukai