Anda di halaman 1dari 5

Nur Amiera Izzati binti Khairuddin MTES3182

TUGASAN 3 : LAPORAN REFLEKSI PBS (INDIVIDU)

PENGENALAN

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak
diperkatakan dan banyak bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang
diharapkan memenuhi hasrat kementerian untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21.
Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen penting dalam PPPM, iaitu Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab
penting dalam melengkapkan diri dengan pedagogi-pedagogi terkini. Guru-guru perlu
bersedia menerima perubahan dan dapat mengurus perubahan yang ditekankan dengan
cekap dan berkesan.

Baru-baru ini pada tanggal 13 Mac 2017, pemerhatian terhadap satu sesi PdP subjek
Matematik telah dilaksanakan. Pemerhatian tersebut dijalankan di Sekolah Tanjong Mas
bersempena dengan tujuan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang dilakukan di sekolah itu
selama 5 hari. Seorang guru Matematik sekolah tersebut telah bersetuju untuk
mengendalikan satu sesi PdP terhadap kelas Tahun 6 tentang topik Geometri. Sepanjang
sesi PdP guru tersebut, saya berpeluang memerhati sedikit unsur pembelajaran abad ke-21
diterapkan.

HUJAH-HUJAH UTAMA

Berdasarkan pemerhatian saya sesi PdP yang dikendalikan oleh Puan Suriana yang
lalu, saya mendapati guru berkenaan turut menerapkan unsur pembelajaran abad ke-21
dalam sesi PdP tersebut. Guru melaksanakan sesi pengajaran beliau dengan menerapkan
unsur perbincangan melalui penggunaan bahan maujud secara ‘hands-on’. Guru membawa
bentuk-bentuk 3-Dimensional (3D) yang merangkumi bentuk-bentuk poligon seperti kubus,
kuboid dan sfera. Mereka boleh memegang, melihat ciri-ciri bentuk, mengira setiap
permukaan mahupun bucu setiap bentuk tersebut secara langsung. Kaedah pembelajaran
secara ‘hands-on’ ini lebih praktikal kerana murid dapat memahami konsep dengan lebih
mudah apabila mereka melihat bentuk-bentuk tersebut dengan lebih dekat. Ini akan menarik
perhatian murid untuk lebih fokus dalam memahami konsep geometri.

Kemudian, Puan Suriana merangsang lagi pemikiran murid dengan mewujudkan


perbincangan yang kritis antara murid dan beliau bertindak sebagai fasilitator dalam
perbincangan tersebut. Contohnya, Puan Suriana bertanyakan tentang bilangan permukaan,
sisi dan bucu bagi setiap bentuk-bentuk tersebut. Beliau memberikan ruang untuk murid
Nur Amiera Izzati binti Khairuddin MTES3182

mengira bilangan bagi setiap ciri-ciri yang diberikan sebelum menjelaskan kepada murid-
murid dengan terperinci bahawa sfera mempunyai 1 permukaan melengkung manakala
kubus mempunyai 6 permukaan melengkung dan seterusnya bagi bentuk-bentuk poligon
yang lain. Selain membanding beza permukaan bagi setiap bentuk, Puan Suriana juga
membuka lagi pemikiran murid-murid dengan menggalakkan mereka untuk membuat
banding beza antara setiap ciri-ciri bentuk. Perbincangan sedemikian sesuai dengan tahap
pemikiran murid yang menuntut kefahaman konsep dengan lebih jelas dan terperinci bagi
tajuk geometri ini.

Saya memperhatikan bahawa sepanjang sesi PdP berlangsung, murid memberikan


sepenuh perhatian dan fokus murid adalah banyak pada bahan maujud yang disediakan
oleh Puan Suriana. Kaedah Hands-On yang dibawa oleh Puan Suriana ketika memulakan
pengajaran juga memberi rangsangan yang baik kepada murid untuk kekal fokus dengan
topik yang diajar. Murid-murid dapat memahami dengan jelas dan nyata tentang perbezaan
bagi setiap bentuk tersebut dan bukan sekadar hanya mengetahui melalui konsep sahaja.
Hal ini demikian kerana, kaedah ‘hands-on’ dan perbincangan kritis yang dibawa oleh Puan
Suriana amatlah bersesuaian dan bertepatan apabila murid dapat mengenal dengan lebih
dekat bentuk-bentuk tersebut dalam kelas. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat
mengetahui bahawa ciri-ciri bagi setiap bentuk adalah berbeza. Proses pembelajaran seperti
ini dapat memudahkan lagi murid untuk mengingatinya berbanding menghafal secara
membuta tanpa memahami konsep. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada tahap ini
murid sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba
memahami konsep.

Komunikasi dan kolaborasi antara guru dengan murid dan murid dengan murid yang
dipaparkan ketika sesi PdP Puan Suriana memperlihatkan bahawa beliau telah mewujudkan
interaksi dan respon yang baik dari murid ketika sesi PdP beliau. Murid memberikan tindak
balas yang positif dengan memberikan jawapan yang baik apabila soalan diberikan serta
kolaborasi yang baik apabila Puan Suriana memberi peluang kepada murid untuk tampil ke
hadapan untuk melukis jawapan pada papan putih. Murid tampil ke hadapan dan mewakili
rakan-rakan lain untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Puan Suriana. Seorang demi
seorang murid yang tampil ke hadapan untuk memberi kerjasama pada sesi PdP Puan
Wani.

Selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan pembelajaran secara


‘hands-on’ dan perbincangan yang kritis, sesi PdP yang dijalankan Puan Suriana agak
memberangsangkan dan sedikit sebanyak menerapkan unsur pembelajaran abad ke-21.
Guru yang berkemahiran dengan pembelajaran abad ke-21 seperti Puan Suriana perlu
Nur Amiera Izzati binti Khairuddin MTES3182

diwujudkan. Murid-murid terlibat secara langsung dalam pembelajaran abad ke-21 dan
mereka tampak lebih bersedia dan fokus untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas apabila adanya penerapan pembelajaran abad ke-21.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam mewujudkan


suasana pembelajaran abad ke-21 termasuklah mewujudkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menerapkan kaedah Pembelajaran Kooperatif. Menurut Wan Zah Wan
Ali (1998), kaedah Pembelajaran Koperatif merupakan satu kaedah pembelajaran dan
pengajaran untuk mengembangkan potensi murid serta memberi kepercayaan kepada murid
mengendalikan dan melatih rakan sekumpulan mereka. Pendekatan koperatif boleh
dilaksanakan dengan membentuk dan menggabungkan murid dalam bentuk kumpulan
kecil..

Malah kajian yang dijalankan oleh Saemah Rahman (2008), membuktikan kaedah
Pembelajaran Koperatif ini menggalakkan para pelajar mengajar dan belajar sesama sendiri.
Mereka berpeluang berkongsi pendapat dengan guru dan rakan. Kaedah ini mampu
menaikkan prestasi akademik mereka dan melatih mereka supaya lebih matang dan
berkeyakinan. Kaedah pembelajaran kooperatif ini juga memberi peluang kepada
pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini bermakna guru perlu mempunyai
kemahiran bertindak sebagai fasilitator dalam bilik darjah. Dalam proses pembelajaran
berkumpulan atau kooperatif, guru boleh melaksanakan ‘Think-Pair Share’ di mana topik
pembelajaran akan diberikan oleh guru. Kemudian, murid diberikan ruang dan masa untuk
murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu. Apabila tamat masa yang diberikan, murid
dikehendaki terus berkongsi idea bersama pasangannya dalam jangka masa tertentu. Murid
bergerak secara berkumpulan ketika sesi pembelajaran dijalankan.

Proses pembelajaran bukan lagi satu proses individu secara tertutup, tetapi guru
menggunakan proses pembelajaran yang lebih 3ea rah orientasi berkumpulan di mana
aktiviti dilakukan secara berkumpulan agar mereka lebih terbuka untuk bekerjasama dan
berbincang antara satu sama lain. Guru membenarkan murid untuk melakukan latih tubi
atau tugasan di dalam kelas secara berkumpulan. Mereka akan berusaha untuk
menyelesaikan permasalahan yang diberikan manakala guru hanyalah sekadar
membimbing murid untuk memahami tugasan yang diberikan tersebut. Proses pembelajaran
yang aktif dan penglibatan menyeluruh oleh setiap murid ini, akan dapat mengekalkan fokus
Nur Amiera Izzati binti Khairuddin MTES3182

pelajar dengan lebih baik selain merangsang pemikiran mereka pada tahap yang lebih
tinggi.

Seterusnya, perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah menjadi satu elemen
penting dalam pembelajaran abad ke-21. Pemerhatian saya pada sesi PdP Puan Suriana
kekurangan dari segi penggunaan ICT malah hanya menggunakan papan putih sahaja.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan
teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan
corridorraya multimedia seperti ‘internet’ perlu disediakan untuk digunakan oleh semua
pelajar. Pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh
komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi
untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan,
berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia


berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih
sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan
untuk melaksanakan sesi PdP yang melahirkan murid yang celik komputer di samping fokus
utama pengajaran adalah untuk memperjelaskan konsep tentang sesuatu topik. Ini kerana
komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran kerana pembelajaran melalui
komputer akan menjadi alat standard pembelajaran di sekolah. Sesi PdP semestinya lebih
menarik jika guru melangkah masuk ke dalam kelas dan memulakan pengajaran dengan
tayangan video dan slaid yang dapat membantu murid meluaskan lagi konsep berkaitan
topik yang ingin diajar oleh guru.

PENUTUP

Penerapan unsur pembelajaran abad ke-21 amat penting untuk kelas pada masa sekarang.
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan
dapat hasil yang diharapkan jika guru tidak dapat memberikan kerjasama dan meletakkan
usaha untuk mewujudkan pembelajaran abad ke-21. Dalam memenuhi hasrat dan kehendak
murid-murid seiring dengan pembangunan teknologi, guru perlu bersiap sedia untuk
mempelajari perkara baharu dan menerima perubahan kaedah dan penyampaian
pengajaran dengan baik agar sesi PdP pembelajaran abad ke21 terlaksana. Saya amat
bersyukur melalui tugasan kursus ini saya dapat melihat pelaksanaan dan usaha guru untuk
melaksanakan PdP alaf 21 walaupun belum sepenuhnya memenuhi kriteria pembelajaran
abad ke21. Penulisan refleksi tugasan ini juga membuka minda dan pandangan saya
Nur Amiera Izzati binti Khairuddin MTES3182

tentang kelebihan pembelajaran abad ke21 dan beberapa cadangan-cadangan baik boleh
dikemukakan untuk mewujudkan PdP abad 21.

( 1,335 patah perkataan )