Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN

Wajadiri merupakan sahsiah individu. Konsep wajadiri atau resilience itu


sendiri sering diguna pakai sebagai panduan untuk memahami tingkahlaku.
Menurut Grotberg (1999), setiap manusia memiliki kemampuan untuk menjadi
resielince dan setiap orang mampu untuk belajar bagaimana menghadapi
rintangan dan hambatan dalam hidupnya. Sahsiah wajadiri boleh disuburkan dan
diperkasakan (Shahabuddin, 2002). Dalam novel Ranjau sepanjang zaman karya
Shanon Ahmad,beliau cuba mengetengahkan sahsiah atau personaliti wajadiri
melalui watak. Personaliti wajadiri digarapkan melalui cara watak bertingkahlaku,
berfikir, beremosi dan lain-lain. Kagan (1988) melihat sahsiah sebagai corak
keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa,
bertingkahlaku dan cara berhubung dengan alam sekitar. Dalam novel Ranjau
sepanjang zaman watak Lahuma, Jeha dan anak-anaknya digambarkan sebagai
watak yang cekal atau kental dalam mengharungi ranjau kehidupan. Cabaran
seperti bencana alam, serangan makluk perosak dan penyakit banyak menguji
kekuatan mental dan fizikal watak. Pegangan hidup yang berlandaskan hukum
tuhan, pengalaman dan ikatan kekeluargaan menjadikan mereka tidak pernah
menyerah untuk berjuang meneruskan kehidupan. Oleh itu, tugasan ini cuba
menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi seterusnya membina atau
meyuburkan semangat wajadiri kepada watak Lahuma dan keluarganya sehingga
menjadikan mereka berjiwa kental dalam mengharungi kehidupan sebagai petani.

2. SAHSIAH WAJADIRI
Sahsiah atau personaliti mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi
(Kamus Dewan, 2007). Kagan (1988) mentakrifkan sahsiah sebagai corak
keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa,
bertingkahlaku dan cara berhubungnya dengan alam sekitar. Sahsiah manusia
boleh diperhati, dikenal pasti dan seterusnya boleh diperihalkan (Asmah &
Herman, 1995).

Wajadiri merupakan panduan bagi memahami sahsiah atau tingkahlaku individu.


Masten, Best & Garmezy (1990) mentakrifkan resilience “process, capacity or
outcomes of successful adaptation despite challenges or threatening
circumstances. Wajadiri boleh dijelaskan sebagai proses, keupayaan atau hasil
kejayaan penyesuaian meskipun cabaran atau keadaan mengancam. Grotberg
(1999), resilience adalah kemampuan manusia untuk menghadapi, mengatasi,
menjadi kuat ketika menghadapi rintangan dan hambatan. Personaliti wajadiri
boleh dianggap sebagai “pemantul” kepada sebarang risiko persekitaran yang
negatif (Shahabuddin, 2002)

1
Istilah wajadiri ini mengandungi unsur potensi dan kekuatan dalaman.
Tanpa potensi dan kekuatan dalaman, individu akan gagal dalam usaha
menghadapi cabaran. Kekuatan dalaman ini sangat penting untuk membekalkan
tenaga dalam proses penyesuaian diri (Shahabuddin, 2010) Secara rumusnya
sahsiah wajadiri merupakan personaliti individu yang cekal dalam menghadapi
cabaran.
Sebagai contoh, individu yang bersahsiah wajadiri akan menganggap
kegagalan atau musibah yang berlaku dalam hidupnya sebagai dugaan daripada
Allah dan akan berusaha untuk menanggani atau memperbaiki kehidupannya
dengan lebih baik. Manakala individu yang tidak bersahsiah wajadiri akan
menyalahkan takdir sebagai penyebab kegagalannya. Individu ini akan terbawa-
bawa dengan kekesalan atas kegagalan yang ditempuhinya dan tidak mahu
berusaha untuk memperbaiki penyebab kegagalan itu. Jadi, tidak hairanlah pada
masa sekarang jika individu yang tidak bersahsiah wajadiri menjadikan hiburan
sebagai alat melupakan segala masalah. Ada juga yang minum arak atau
mengambil dadah bila menghadapi tekanan. Malah ada yang lebih malang,
sanggup membunuh diri sebagai jalan penyudah terakhir kepada masalah yang
dihadapi.

3. FAKTOR- FAKTOR MEMPENGARUHI SAHSIAH WAJADIRI

Personaliti wajadiri dibina atau disuburkan berasaskan faktor dalaman dan faktor
luaran.

3.1 Faktor dalaman


Faktor dalaman merupakan nilai personaliti dalam diri individu seperti
kepercayaan, pemikiran dan kemahiran. Menurut Karol (1999) faktor
dalaman wajadiri adalah seperti kognitif, emosi, spiritual, kelakuan
(sosial) dan fizikal.

3.2 Faktor luaran


Faktor luaran pula adalah seperti keluarga, sekolah, kejiranan dan
masyarakat luar. Faktor kekeluargaan merangkumi nilai keluarga, norma,
dan tanggapan. Faktor sekolah dan kejiranan pula merangkumi polisi
sekolah, perkhidmatan sokongan, kaunselor dan lain-lain. Faktor
masyarakat luas pula merangkumi budaya, media massa, keadaan ekonomi
dan lain-lain.

Berdasarkan model ekologikal, faktor dalaman dan luaran ini saling


berhubungan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Proses inilah yang
menjana personaliti wajadiri.

2
Rajah 1: An ecological model of factors affecting resiliency
( http://www.embracethefuture.org.au/resiliency/resiliency_model.htm )

Ekologikal model merupakan mekanisme yang digunakan dalam melihat


faktor yang berhubungan dengan pembinaan personaliti wajadiri. Ekologikal
model merupakan kecederungan umum manusia yang menganggarkan faktor
dalaman dan luaran mempengaruhi personaliti wajadiri. Faktor dalaman meliputi
pemikiran dan tingkahlaku manusia seperti nilai personaliti, kepercayaan
kemahiran dan pengalaman. Manakala faktor luaran meliputi keluarga, sekolah,
jiran dan masyarakat luar. Faktor dalaman dan luaran ini saling berhubungan dan
mempengaruhi antara satu sama lain dalam membentuk personaliti wajadiri
individu.

3
4. ANALISIS KARYA RANJAU SEPANJANG JALAN

Novel Ranjau sepanjang jalan merupakan novel yang padat dengan


motivasi dan nilai kehidupan. Sahsiah wajadiri diri digarapkan oleh Shanon
Ahmad dengan begitu indah. Beberapa peristiwa yang memaparkan semangat
juang Lahuma, Jeha dan anak-anakya akan dianalisis berdasarkan faktor dalaman
dan luaran. Faktor dalaman adalah seperti spiritual atau kepercayaan, kognitif,
emosi, tingkahlaku dan fizikal watak. Faktor luaran pula seperti keluarga dan
masyarakat kampung.

a. Faktor dalaman

4.1.1 Spiritual
‘Kesenangan dan kebahagian diterima dengan penuh kesyukuran.
Diterima dengan ucapan Alhamdulillah seribu kali. Penderitaan serta
malapetaka yang menimpa pun diterima dengan ucapan Alhamdulillah
seribu kali juga’ (hlm. 1)
‘Lahuma dan Jeha cukup percaya bahawa mereka juga akan
mempunyai pegangan yang sama. Mati hidup dan susah senang dipegang
oleh Allah S.W.T. Kini, pegangan itu telah banyak memberi ketenangan
hidup kepada mereka sekeluarga’ (hlm. 2)
Petikan di atas menjelaskan tentang pegangan hidup Lahuma dan
isterinya. Walaupun kehidupan mereka sebagai petani amat sukar tetapi
mereka tetap bersyukur.Mereka bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan
kepada mereka. Mereka tidak pernah menyalahkan takdir dengan
kesusahan yang mereka hadapi malah dengan mempercayai kekuasaan
Allah, kehidupan mereka menjadi lebih tenang. Dengan mempercayai
kekuasaan Allah juga Lahuma cekal dan bersemangat meneruskan
kehidupan. Kecekalan dan semangat itu digambarkan melalui tekadnya.
’esok aku akan turun juga, getus hatinya. Biar kakinya sakit. Biar
bengkaknya bernanah hingga membuak-buak. Lebih sakit daripada itu dia
boleh tahan. Biar bengkaknya melarat hingga terpampan jantung. Allah
itu adil. Dia tahu siapa perlu hidup, siapa perlu mati. Aku akan turun ke
sawah juga nekadnya (hm; 113)
Melalui petikan di atas jelas mengambarkan bahawa pegangan
hidup yang berpaksikan kepada agama akan mencetuskan keyakinan
dalam diri. Jika kita percaya ajal maut di tangan tuhan maka kita tidak

4
akan takut untuk berjuang, contohnya Lahuma yang menahan sakitnya
kerana dia percayakan kekuasaan Allah yang mengatur segalanya.
Menurut Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub, (2002)
golongan manusia yang mementingkan kedudukan dan pengaruh agama
dalam kehidupan, lebih-lebih lagi yang berpegang kepada agama sebagai
satu cara hidup akan meletakkan elemen kerohanian sebagai atribut
personaliti waja diri yang tertinggi.

4.1.2 Kognitif
Apabila hidup berdasarkan pegangan agama yang kuat secara tidak
langsung pegangan hidup akan mempengaruhi pemikiran individu seperti
pemikiran Lahuma;
Hidup mati di tanah airnya sendiri. Musuh dan malapetaka hanya dapat
dilawan sahaja. Dan di antara dia dengan musuh cuma ada satu
keputusan saja iaitu mati salah seorang. Ular akan diburu sampai habis
kalau hendak menyekat kerja menebas bekas semai itu. Kemarau dan
banjir akan diserahkan kepada Allah (hlm;49)
Begitu kuat tekad Lahuma tidak mahu mengalihkan tapak
semaiannya. Baginya tiada apa yang dapat menghalangnya untuk
mengerjakan sawahnya kecuali bencana alam yang merupakan kuasa
Allah. Jika individu yang tidak kuat semangat tentu ancaman seperti ular
tedung akan melemahkan semangat mereka. Tambahan pula nasihat
orang kampung sedikit sebanyak akan mengugat pendirian. Namun,
perkara tersebut tidak berlaku kepada Lahuma yang sudah nekad. Malah
tekadnya bertambah kuat.
‘aku tak akan berubah ke tempat lain, tegasnya lagi. (hlm;48)
Selain itu azam dan semangat yang kuat turut tergambar melalui
watak Jeha. Walaupun dia disuruh berehat oleh suaminya Lahuma namun,
Jeha tidak sabar-sabar ingin membantu suaminya mengerjakan sawah.
Sehinggalah dia berfikir dan bermonolog sendiri sewaktu memasak setelah
suaminya Lahuma membenarkannya turun ke sawah setelah siap petak ke
empat.
‘hidup perlu makan, fikir Jeha sambil beras di dalam buyung diambil
dengan pot siegeret.
Aku akan turun ke sawah apabila petak ke empat dimulakan. Aku tidak
akan naik-naik lagi selagi semua petak belum selesai. Aku akan cabut
semai di belukar apabila cukup umur. Aku akan junjung ikatan-ikatan
semai itu ke baruh. Aku akan menanam semai-semai baris demi baris. Aku
akan sulam mana-mana batang padi yang tumbang. Aku akan cabut
rumput yang berlumba-lumba naik dengan padi. Aku. Aku akan mengejar

5
tiak bila padi menguning. Aku akan mengetam dan mengemalkan padi tu.
Aku akan mengusung gemal-gemal tu masuk jelapang. Aku akan mengirik
padi-padi tu hingga renggang dari tangkai. Aku akan menjemur padi-padi
tu hingga kering. Aku akan tumbuk padi itu hingga menjadi beras. Aku
akan tanak beras tu hingga berkuap-kuap jadi nasi. Dan nasi tu akan
kumakan bersama Lahuma, bersama Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah,
Lebar dan Kiah. Jeha bercakap sendirian sambil menanak nasi. Apa yang
diucapkan itu menguatkan lagi tenaga Jeha. Hilang segala geruh ular
tedung yang mensusutkan badannya itu.(hlm: 87)
Begitu bersemangat Jeha ingin mengerjakan sawah bersama
suaminya. Jeha membayangkan semua kerja bermula mengalihkan anak
padi dari tapak semaian hinggalah padi menjadi nasi dilakukan oleh
dirinya. Sehinggakan geruh ular yang pernah membuatnya pengsan dan
meracau-racau telah padam dalam ingatannya. Jeha hanya memikirkan
untuk bekerja di sawah.
Sebagai seorang petani jati. Semangat Jeha untuk mengerjakan
sawahnya tidak pernah padam. Sepertimana seorang yang wajadiri, Jeha
sentiasa bermotivasi untuk mengerjakan sawahnya.
Lahuma boleh sakit. Lahuma boleh mati. Tetapi Jeha cukup percaya
tentang usia suaminya yang belum sampai ajal itu. Dia akan hidup. Sanah
dan Milah akan hidup lagi. Begitu juga dengan Jenab, Semek, Lebar dan
Kiah. Mereka akan bernafas. Degup jantung mereka akan terus
berdenyut. Darah mereka akan mengalir juga walaupun cabuk suaminya
menjelajah ke seluruh badan. Dan bendang mesti ditanam. Segala
masalah mesti ditentang. Padi mesti diketam dan diangkut masuk ke
jelapang. Dengan ingatan itu jeha menghayun tajaknya. (hlm 135.)
Walaupun suaminya sakit, Jeha percaya suaminya akan sembuh
dan akan menyambung kerja di bendang yang terbengkalai. Sementara
suaminya terlantar sakit, dia akan mengantikan tugas suaminya. Selain itu,
selama suaminya sakit dan dia pula tidak bekerja siapa yang akan menyara
anak-anakya yang tujuh orang, siapa lagi yang akan menguruskan bendang
kerana dari bendang itulah sumber makanan mereka iaitu nasi. Apabila
mengingatkan suaminya yang sakit, anak-anakya perlu makan dan
bendang perlu disiapkan menjadikan Jeha bersemangat untuk bekerja.

4.1.3 Emosi
Selain daripada aspek pemikiran. Sahsiah wajadiri digambarkan melalui
emosi watak.
‘Darahnya lekas memarak. Baik ketam mahupun lintah, Lahuma dan
isterinya tidak ada simpati lagi kalau perjuangannya terhalang (hlm;24)

6
Lahuma menetak perdu pokok-pokok itu dengan ganas untuk
menghilangkan segala kegelisahan yang bersarang dalam dada. Pokok-
pokok yang berbatang rapuh itu ditetaknya satu demi satu. Kemudian
dihenyak-henyaknya dengan kedua-dua belah kaki hingga ranap tumbang
ke bumi. Kemudiannya ditetak lagi tidak henti-henti seolah-olah cuba
melepaskan geram yang masih bersisa (hlm; 37)
Emosi Lahuma tercetus apabila dia terkenangkan tanah 14 relung
miliknya tidak cukup untuk diwarisi oleh keturunanya. Dia merasa
bersalah. Jadi, perasaan bersalah itu disalurkan ke tenaganya seolah-olah
Lahuma bekerja keras dan berusaha untuk meningkatkan jumlah tanah dan
hasil padinya yang tak pernah bertambah.

4.1.4 Tingkahlaku
Kesan daripada dorongan dalaman seperti pegangan, pemikiran
dan emosi, seterusnya mencetuskan perlakuan invidu. Perlakuan ini adalah
kesinambungan daripada perasaan dan emosi sebagai contoh;
‘keluar! keluar! keluar! tempiknya lagi. Onak itu tidak juga mahu keluar.
dicapainya pisau itu lagi. Ditujahnya ke dalam hingga hujungnya
terpampan hujung onak. Lahuma terasa kesakitan yang amat sangat tetapi
kesakitan itu ditahan-tahan juga kerana dia sedar bahawa selagi onak itu
tidak keluar, selagi itulah padinya tidak akan selamat. Selagi itulah nasib
anak-anaknya tidak terjamin (hlm; 117)
Aku akan turun esok siang, nekadnya di dalam hati. Dia memejamkan
mata apabila kesakitan menyambar nadinya. Aku akan turun esok siang,
nekadnya lagi.
Lahuma melangkah panjang-panjang, sambil kakinya dihentak-hentak
untuk menghilangkan kesakitan yang amat sangat itu. Sebaik tiba di tiang
rumah, dia menyepak tiang rumah itu dengan kaki cabuknya. Darah
menyembur keluar menyirami tiang itu dan mengalir membasahi lantai
papan (hlm;118)
Demikian perlakuan atau tindakan Lahuma apabila dia merasakan
sakit yang ditanggungnya menjadi penghalang dia untuk mengerjakan
sawahnya. Lahuma sanggup menahan sakitnya apabila dia mengorek
lukanya untuk mengeluarkan duri nibung yang menjadi punca penyakitnya
itu. Bukan itu sahaja dengan tekad untuk turun mengerjakan sawah pada
keesokkanya dia menyepak pula tiang rumah dengan kakinya yang sudah
sedia sakit dengan anggapan duri itu akan keluar. Jika individu yang tidak
mempunyai tekad dan azam yang kuat perlakuan sedemikian tidak
mungkin akan berlaku. Malah individu ini mungkin akan berehat
sepanjang masa tanpa memikirkan sawahnya yang belum siap sehingga
kakinya betul-betul sembuh.

7
Selain daripada penyakit cabuk yang dideritainya terdapat
beberapa lagi perlakuan Lahuma yang menunjukkan semangat wajadiri
dalam perjuangan hidup antaranya;
‘Lahuma sedar. Dia tidak pernah kalah lagi dalam perjuangan hidupnya.
Sejak belum dapat anak lagi pun dia sentiasa menang. Sakit pening
dilupakan begitu sahaja. Demam kura yang pernah dihidapinya dahulu
hilang begitu sahaja apabila dia berjemur di tengah sinar matahari. Bisul
yang tumbuh dipeha dulu pecah begitu sahaja ketika dia sedang menolak
jerami padi. Kesakitan hanya ujian hidup. Dia tidak boleh diberi hati
walau sedikitpun’ (hlm;119)
Sebagai manusia biasa kita tidak akan lari daripada sakit. Namun
untuk menghadapi penyakit itu berbeza bagi setiap individu. Individu yang
lemah tidak bersemangat akan menghadapi penyakitnya itu dengan
berehat sepanjang hari atau tidak berbuat apa-apa. Tetapi individu yang
wajadiri menganggap sakit hanyalah sebagai ujian hidup dan kalau setakat
sakit biasa masih boleh dibawa bekerja daripada tidak melakukan apa-apa
langsung. Seperti Lahuma yang cekal walau sakit sekalipun dia tetap
bekerja.
Perlakuan wajadiri turut digambarkan melalui watak Jeha sewaktu
menghadapi bencana. Apabila beribu-ribu ketam datang mengancam anak
padinya.
Apabila bunyi ayam berkokok untuk kali pertama, Jeha sudah lima
kali berulang alik menghantar dan menuangkan ketam ke dalam
kawahnya. Bangkai ketam itu dituang bertimbun-timbun seperti busut
setinggi yang setinggi lutut. Baunya mula berkuap masuk ke hidung. Jeha
turun lagi bersama Sanah hingga waktu Subuh. Sekelip matapun tidak
dapat dilelapkan. Kalau tidak dipungut, ketam-ketam itu akan
merebahkan juga padinya (hlm;199).
Semalaman Jeha yang dibantu anaknya Sanah tidak tidur semata-
mata untuk memungut ketam yang merosakkan padi-padinya. Jika tidak
kerana tekad dan semangat, Jeha dan anaknya tidak akan mampu berjaga
semalaman, berulang alik dari sawah ke rumah dan mengutip ketam pada
malam hari. Hanya dengan tekad dan semangat perkara yang luar biasa
menjadi biasa. Tidak semua individu mampu melakukan sepertimana yang
dilakukan oleh Jeha dan anaknya Sanah.

4.1.5 Fizikal
Bukti sahsiah wajadiri yang ada dalam diri Lahuma dan
keluarganya terbukti melalui fizikal mereka. Selama mereka mengerjakan
sawah, lintah, terik matahari, bencana alam merupakan ancaman kepada
mereka, sebagai contoh;

8
‘Dia yang berpejal daging dan tahan lasak mengerjakan sawah bendang.
Dia jugalah yang bertungkus lumus dengan selut sejak mula menebas
bekas semai hingga padi habis diangkut naik ke jelapang (hlm; 174)
Petak keempat selesai. Petak kelima selesai. Petak keenam selesai. Petak
ketujuh tinggal separuh lagi. Jeha masih turun ke bendang bersama
Sanah dan Milah. Tapak tangan yang mulanya pecah-pecah sudah mula
berkematu. Lintah tidak segalak dulu bagaikan bosan menjamah daging-
daging yang mula pejal. Muka dan tangan hitam kering dan berdaki.
Petak ketujuh diselesaikan sahaja. (hlm; 139)
Daging yang pejal dan tahan lasak membuktikan bahawa Lahuma
seorang yang kuat bekerja. Selain itu tapak tangan yang mula pecah-pecah
sudah mula berkematu. Muka dan tangan hitam kering dan berdaki
menunjukkan bahawa cabaran seperti panas, lintah, bendang telah mereka
lalui. Walaupun fizikal mereka telah berubah namun semangat mereka
untuk mengerjakan sawah tidak berubah. Menghadapi cabaran seperti
lintah dan panas terik bukan sesuatu perkara yang mudah. Hanya individu
yang mempunyai kecekalan hati tidak akan mengaku kalah dengan situasi
seperti itu. Seperti peribahasa ‘alah bias tegal biasa’.

4.2 Faktor luaran.


Faktor luaran seperti keluarga, norma masyarakat, banyak
mempengaruhi pembentukkan wajadiri dalam diri Lahuma dan
keluarganya sebagai contoh;

4.2.1 Keluarga
Jeha sudah menjadi sebahagian daripada nyawanya. Lahuma akan
lumpuh kalau Jeha tidak turun sama-sama ke sawah. Lahuma lemah
semangat kalau Jeha tidak bersama-sama mengharungi baruh yang jenuh
dengan lintah kerbau yang ganas-ganas itu. (hlm;58)
Sudah lumrah hidup suami isteri saling bekerjasama dalam
memenuhi keperluan rumah tangga. Begitu juga dengan kehidupan
Lahuma dan Jeha mereka saling bekerjasama menjaga anak-anak mereka
dan mengerjakan bendang. Jika hilang salah seorang, seolah-olah menjadi
satu kepincangan hidup. Isteri adalah pendorong semangat kepada suami
untuk bekerja seperti Lahuma yang menganggap Jeha sebahagian daripada
nyawanya. Begitu pentingnya Jeha dalam hidup Lahuma. Begitu juga
Jeha.

9
Jeha mengukuhkan tekadnya apabila terkenangkan jasa Lahuma setakat
ini. Dan dirasainya bahawa sawah yang kini dikerjakan itu sebenarnya
Lahuma yang memberikan tekad dan semangat. Azam dan tenaga Lahuma
telah berubah daripada jasad yang busuk dan reput dalam kubur itu
kepada tubuhnya. Dalam tubuh Jeha mengalir satu rasa yang tidak dapat
dipisahkan. Perjuangan Lahuma yang semata-mata untuk menyiapkan
nasi untuk seluruh keluarga telah berada dalam dadanya kini. Dan
dengan tekad yang serupa Jeha akan meneruskan perjuangan (hlm;175)
Walaupun Lahuma sudah meninggal, namun semangat Lahuma
mengalir ke dalam tubuh Jeha. Hal ini berkaitan dengan kebatinan. Sama
seperti Lahuma yang memerlukan Jeha, Jeha juga memerlukan Lahuma.
Hubungan dalaman atau kebatinan itu yang melahirkan semangat di antara
mereka. Sebagai contoh jika seorang suami teringin hendak makan
sesuatu, isteri akan masak bersungguh-sungguh untuk suami. Masak
dengan bersungguh-sungguh ini merupakan dorongan dalaman atau
semangat yang dicetuskan antara hubungan antara suami isteri. Dengan
erti kata lain hubungan kasih sayang. Hubungan kasih sayang ini
merupakan pengikat keluarga. Daripada hubungan inilah yang akan
merangsang semangat ahli keluarga. Jeha juga menyayangi anak-anaknya.
Jeha menarik anak-anaknya ke sisi. Ketujuh-tujuh anak daranya itu
didangkap erat. Di luar sinar matahari semakin kuat tenaganya. Jeha
amat menyayangi mereka tanpa mereka hidup tidak akan bererti (hlm;
212).
Dengan perasaan kasih sayang dan rasa tanggungjawab inilah Jeha
bersemangat untuk bekerja menyara ketujuh-tujuh anaknya setelah
suaminya meninggal.
Bagaimana hendak menentangnya, Jeha tidak ambil pusing. Dia hanya
tahu hendak menentangnya sahaja. Tiap musuh yang akan membawa dia
dan anak-anak ke jurang kelaparan akan ditentang sampai tercabut
nyawa dari badan. Setiap bencana alam akan dilawan sampai kalah atau
sampai menang (hlm; 69)
Selain hubungan kekeluargaan faktor ekonomi keluarga
merupakan faktor pencetus sahsiah wajadiri. Seperti Lahuma dan keluarga
yang hidup miskin. Mereka tidak mampu untuk menyewa traktor yang
lebih mudah dan cepat untuk mengerjakan sawah mereka.
Lapan ringgit serelung ataupun sepuluh ringgit serelung terlalu berat
untuknya. Wang itu tersangat susah hendak didapati, malah Jeha rasa
tidak ada jumlah sebanyak itu. Urat dan tulangnya sajalah yang akan
melawan semak menerung dan rumput itu (hlm;139)
Mahu tidak mahu Jeha dan anak-anaknya perlu tekad dengan
mengerahkan tenaga dan tulang empat mereka bagi mengerjakan sawah

10
kerana sawah adalah penyambung hidup mereka atau sumber utama
makanan meraka.

4.2.2 Masyarakat
Selain faktor kekeluargaan faktor masyarakat seperti norma,
budaya turut mendorong sahsiah wajadiri Lahuma dan keluarganya.
Dalam dua bulan, tanah bendang itu mesti dicangkul dan ditenggala.
Kalau tidak, akan ketinggalan mereka sekeluarga. Lahuma tidak mahu
ketinggalan. Kalau orang lain boleh menyelesaikan kerja-kerja itu dalam
dua, tiga bulan, dia juga mesti melakukannya dalam waktu itu juga. Kalau
ketinggalan juga, dia akan menerima seribu satu akibatnya. Padi masak
tidak sama. Dan apabila haknya masak, orang lain sudah selesai
mengangkut padi naik ke jelapang. Burung tiak mengerumuni padinya
seorang sahaja. Lahuma tidak mahu. Dia mesti berbuat sesuatu (hlm 59).
Manusia hidup berkelompok atau bermasyarakat seperti Lahuma
dan keluarganya yang hidup dalam masyarakat tani. Apabila wujud
kelompok masyarakat maka, wujudlah persaingan dan kebergantungan
antara mereka. Seperti Lahuma yang tidak mahu ketinggalan dengan
petani lain di kampungnya. Baginya jika orang lain boleh buat mengapa
dia dan keluarganya tidak mampu melakukan. Sedangkan situasi mereka
sama menggunakan tulang empat kerat mengerjakan sawah. Mungkin
bezanya cuma, bilangan ahli keluarga dan saiz tanah. Selain itu, ancaman
binatang memerlukan Lahuma bekerja keras untuk menyiapkan sawah
selari dengan petani yang lain. Jika tidak usaha Lahuma dan keluarganya
akan sia-sia.
Hidup kaum tani akan hidup di tengah-tengah lumpur. Akan berkubang
macam kerbau. Akan berjemur panas macam tanah tandus. Akan basah
macam terendam ditengah banjir besar. Mereka akan memugut ketam dan
membunuh binatang-binatang bedebah itu. Mereka harus belajar
membunuh. Membunuh setiap benda yang akan menghalang padi mereka.
Membunuh burung tiak yang akan datang berjuta-juta itu. Jeha terasa
lapang dada nanti apabila teringat akan Lahuma yang akan
disambungkan perjuangannya hingga ke anak cucu cicit. Lahuma yang
banyak memberikan tenaga kepada seluruh keluarga (hlm;177)
Akhir sekali, memang sudah menjadi lumrah kehidupan petani
mereka perlu bekerja di kawasan berlumpur dan berpanas kerana padi di
tanam di sawah dan memerlukan cahaya matahari untuk hidup subur.
Selain itu kekadang padi tidak menjadi kerana bencana alam seperti banjir
dan kemarau. Petani juga tidak boleh lari daripada ancaman binatang
seperti ketam, burung, tikus yang mengganggu tanaman mereka. Semua

11
cabaran harus petani lalui setiap kali musim menanam padi untuk
kelangsungan hidup. Begitu juga dengan Lahuma dan keluarganya.
Kehidupan sebagai petani sudah sebati dalam diri mereka sehingga
mereka tegar untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

5. RUMUSAN

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat daripada novel Ranjau sepanjang


jalan karya Shanon Ahmad. Personaliti wajadiri yang digambarkan melalui watak
Lahuma, isterinya Jeha dan anak-anakya berjaya digarap dengan begitu baik
sekali. Bahasa yang digunakan juga mengkagumkan. Novel Ranjau sepanjang
jalan telah berjaya menaikkan semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Namun
begitu, timbul beberapa persoalan difikiran sewaktu karya ini dibaca. Pertama,
mengapa watak Lahuma meninggal dalam keadaan begitu tragis. Sedangkan
wataknya seorang yang berpegang teguh kepada agama, bertanggungjawab dan
hanya membunuh binatang yang mengganggu kerjanya dan merosakkan
tanamannya sahaja. Selain itu walaupun sudah meninggal roh Lahuma di
gambarkan sering mengganggu Jeha. Seolah-olah hubungan Lahuma dengan alam
dunia masih belum selesai.
Kedua, mengapakah Jeha yang juga mempunyai pepegangan agama yang
kuat, cekal dan tabah menghadapi cabaran akhirnya gila. Sedangan Jeha
digambarkan sering bersembahyang dan bersembahyang hajat apabila
menghadapi kesusahan. Jeha melakukan sembahyang hajat pada malam itu. (hlm;
202). Selain itu, Jeha mula gila setelah semua cabaran dapat dihadapi. Pekara
yang menyebabkan Jeha menjadi gila tidak dinyatakan dengan jelas.
Selain persoalan di atas, watak pemimpin dalam novel Ranjau sepanjang
jalan ditonjolkan sebagai watak yang agak negatif. Penghulu kampung
digambarkan tidak menghormati mayat dan ahli keluarga simati. Beliau berbual-
bual dengan tetamu yang lain sambil meninggikan suara dan ketawa semasa
menziarahi jenazah Lahuma. Mungkin, Shanon Ahmad cuba mengkritik
sesetengah pemimpin yang tidak berjaya menjadi contoh tauladan yang baik
kepada anak buahnya.
Watak Luhama dan keluarganya juga terkesan dihati. Seolah-olah
perjuangan mereka tiada akhirnya. Semangat wajadiri yang ada dalam diri mereka
hanya untuk perjuangan hidup untuk mendapatkan padi yang akan menghasilkan
beras dan beras dijadikan nasi untuk dimakan bagi kelangsungan hidup.
Perjuangan Lahuma menyiapkan nasi untuk keluarganya seolah-olah akan
diwarisi oleh keturunanya. Nasi digambarkan lebih penting daripada pendidikan

12
anak-anak. Pemikiran Lahuma digambarkan hanya pada sawah yang belum tentu
dapat mengubah nasib keluarganya.
Dalam dunia pendidikan, wajadiri dikenalpasti sebagai panduan untuk
memahami tingkah laku pelajar sama ada di dalam atau di luar kelas. Dengan
memahami konsep wajadiri, memudahkan pemahaman guru tentang personaliti
pelajar dan pengaruh personaliti wajadiri terhadap masalah disiplin dan
pencapaian akademik pelajar.
Wajadiri tidak lahir semulajadi dalam diri individu atau pelajar. Tetapi
sesuatu yang boleh dipupuk atau dibangunkan. Guru harus memupuk sahsiah
wajadiri dalam diri pelajar. Contohnya sikap malas belajar boleh dipupuk dengan
semangat ingin belajar. Di sini guru perlu kreatif dalam menarik minat pelajar
sama ada dari aspek kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar atau keadaan kelas
itu sendiri.
Masalah disiplin pelajar akan dapat dikawal seandainya pelajar memiliki
didikan agama yang cukup. Kepercayaan agama inilah yang akan membentuk
sahsiah terpuji pelajar. Peneguhan agama merupakan benteng dalam diri pelajar
daripada melakukan perkara-perkara yang negatif. Mereka percaya apa sahaja
yang mereka buat sama ada terangan atau tersembunyi sesungguhnya akan di
ketahui penciptanya,Allah. Dalam konsep wajadiri, pegangan agama adalah
konstruk pembinaan sahsiah wajadiri yang utama. Seandainya disiplin pelajar
dapat dibentuk, secara tidak lansung akademik pelajar juga akan meningkat.

13