Anda di halaman 1dari 2

MICHAEL LOI CHEE KHING

950410-13-6111
PENDIDIKAN JASMANI SJK(C)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJA MELEWAR


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KESEBELAS
(18 SEPTEMBER– 22 SEPTEMBER 2017)

MASALAH :
Sepanjang minggu peperiksaan ini, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan
peperiksaan mengikut jadual pengajaran peribadi. Semasa mengendalikan peperiksaan,
saya dapati murid-murid seakan tidak menghormati suasana peperiksaan. Mereka
berkelakuan seperti hari-hari biasa sahaja seperti berbual dan membuat bising sewaktu
peperiksaan sedang berlangsung. Bagaimanapun, antara permasalahan yang semakin
meruncing lagi apabila berlakunya kes-kes seperti peniruan, murid membuka beg
sesuka hati dan membaca buku.

ANALISIS MASALAH :
Permasalahan ini berlaku sewaktu saya menjaga kelas yang saya ajari iaitu
kelas tahun lima dan tahun enam. Sewaktu saya memasuki kelas untuk menjaga
peperiksaan, murid mula bertingkahlaku yang tidak sepatutnya sewaktu
berlangsungnya peperiksaan. Ada murid yang menoleh ke kiri, ke kanan dan
kebelakang, ada juga murid yang berbual. Tidak kurang pula ada murid yang suka
mengadu. Kemudian, setelah murid selesai menjawab soalan peperiksaan, mereka
membuat bising. Ada yang mengetuk meja, bermain dan berbual. Selain itu, antara
masalah yang paling teruk sekali ialah ada murid yang membuka beg, membaca buku
dan menyiapkan kerja sekolah. Sesungguhnya, tingkahlaku murid seperti ini telah
mengganggu proses peperiksaan dan tidak boleh dibiarkan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN :


MICHAEL LOI CHEE KHING
950410-13-6111
PENDIDIKAN JASMANI SJK(C)

Tidak dinafikan, permasalahan pada minggu ini, jika dibiarkan, ia akan


memberikan kesan buruk pada pelaksanaan sesi peperiksaan akan datang.
Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah tersebut, saya akan cuba melakukan perkara-
perkara berikut:-
1. Sebelum peperiksaan dimulakan, saya akan membacakan arahan asas yang tertera
di kertas soalan.
2. Saya akan meminta murid untuk menyimpan semua buku dan alatan kecuali alat tulis
di dalam beg dan meletakkannya di bahagian belakang atau tepi kelas, bagi
mengelakkan murid mengambil sesuatu di dalam beg.
3. Saya akan mengarahkan murid supaya senyap terlebih dahulu sebelum
mengedarkan kertas soalan dan mengarahkan mereka supaya senyap sepanjang
peperiksaan berlangsung.
4. Saya akan memberikan penegasan seperti merampas kertas soalan sekiranya murid
ingkar arahan yang diberikan.
5. Saya akan sentiasa membuat pemantauan sepanjang berlangsungnya proses
peperiksaan.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN:


Sesungguhnya, permasalahan yang berlaku pada minggu ini tidak saya nafikan
mampu menjadi batu penghalang bagi saya untuk mempertingkatkan lagi mutu
pengajaran pada masa akan datang. Demikian, saya akan memastikan bahawa
permasalahan ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :