Anda di halaman 1dari 9

َ َ ‫ﻓَﺎﻋْﻠ‬

‫ﻪ‬ َ َٰ ‫ﻪ َﻻ إِﻟ‬
ُ ‫ﻪ إِﻻ اﻟﻠ‬ ُ ‫ﻢ أﻧ‬
ْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Menu

Tanpa Syahadah Tiada Iman

 Watawasaubilhaqq Channel  March 15, 2018  Artikel , Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat  0 Comments

Bismillahirahmanirahim
Allahumma sholli ala sayyidina muhammad waala alihi wabarik wasallim
Fa'lam annahu ‫( ﻻ اﻟﻪ اﻻ اﻟﻠﻪ‬QS 47 :19)

Iman tidak dapat diwarisi..


dari seorang ayah yang bertaqwa...
Ia tak dapat dijual beli...
Ia tiada di tepian pantai...

Mungkin anda dah dapat tangkap petikan dari mana lirik tersebut. Lagu Raihan "Iman Mutiara" yang pernah
hit satu ketika dahulu.

Sebelum kita kupas kaitan iman dan Syahadah. Mari kita Sama2 selami perbualan kedai kopi ini.
Man: Din mike tahu dok mana lubang bisnes bagus2. Teman ingat nak labur dalam 50k lepas dpt keluar duet
berimni.

Din: Erm.. Ada satu teman dengo bisnes viral baru2ni. Laburje pastu goyang kaki.. org kata passive income
la. Setiap bulan dpt 50% dari pelaburan.

Man: Eh bagustu. Tapi boleh percayake yob. Kan skrg mcm2 bisnes pakman telur lah. Skim cepat kaya lah.

Din: Bab tu teman xtahuler.. . Tapi kalau mike yakin konfiden try ajer der...

Man: Apa nama kampeni bisnes tu din??....

============

Cukup dulu perbualan sampai sini. Dari analisa cerita ini boleh menghasilkan dua tindakan dari Man.

1. Ingin kenali syarikat tersebut , mengkaji lebih mendalam bisnes tersebut, cari sebanyak ilmu ttg bisnes itu.
sebelum buat apa-apa pelaburan.
2. "i follow je" Tak mahu peduli semua itu, janji dapat pulangan besar, kan passive income, goyang kakije.

Kalau mengikut akal waras dan wang sebanyak 50k yang ingin dilaburkan sudah tentu Man akan memilih
tindakan nombor satu betul tak. Adakah sahabat semua setuju? Ker tak setuju?

Kerana sudah menjadi lumrah keyakinan atau kepercayaan hanya terhasil setelah kita mempunyai ilmu
pengetahuan. Semakin mendalam ilmu pengetahuan tentang hal tersebut semakin meningkat keyakinan atau
kepercayaan. Orang minat bisnes akan cari ilmu bisnes, semakin banyak dipelajari semakin mantap dlm
bisnesnya... dan mcm2 lagi..

Bagaimanapun ada juga yang memilih tindakan kedua dgn meletakkan keyakinan 100% pada syarikat
tersebut tanpa kenal, mengkaji, cari ilmu. Mungkin dek terikut ikut trend yang sedang viral. Jadi dia ikut
konsep "i follow je" mengikut tanpa berilmu.

Ini soal keyakinan atau kepercayaan kita sesama manusia. Bagaimana pula keyakinan (iman) kepada Allah?
Adakah kita beriman dengan ilmu atau dengan konsep i follow je.

Index Peratus Keimanan


Di dalam perhubungan sesama manusia, dalam sedar atau tidak kita akan meletakkan index kepercayaan
atau keyakinan sesama kita. samada 10%, 50% atau 99% atau tak boleh pakai langsung.. semakin kita
mengenali dengan mendalam seseorang itu semakin meningkat atau menurun peratus keyakinan kita pada
seseorang..

Namun, di dalam index keimanan, di dalam quran disebut ilmul yakin, ainul yakin, haqqul yakin.

Iman tidak boleh dihasilkan dengan konsep "i followje". Sepertimana lagu Raihan tadi. Iman itu juga tidak
boleh diwarisi bahkan tak boleh jumpa ditepian pantai. Tetapi ia boleh dipelajari. Iaitu dari proses ilmul yakin
>> ainul yakin >> haqqul yakin.

Jadi tahukah anda apakah yang seawal-awal Allah turunkan untuk seseorang itu beriman dan diterima
islamnya?

 Daripada Abdullah bin Umar RadiAllahuanhu berkata, RasulAllah ‫ ﷺ‬bersabda:


Islam itu dibangunkan atas 5 perkara iaitu Syahadah bahawa tiada ILAH selain Allah dan Muhammad
‫ ﷺ‬adalah utusan Allah. Mendirikan Solat. Mengeluarkkan Zakat, Mengerjakan haji ke baitullah, dan
menunaikan puasa di bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari Muslim) 

Kajian Status Keislaman

Cuba sahabat-sahabat budiman buat kajian pergi jumpa orang bukan islam yang minat nak tahu, nak belajar
tentang islam. Kemudian kita ajarkan dia ilmu solat atau ilmu puasa atau ilmu zakat dgn cara yang terbaik
dan betul. Jika mereka amalkan amalan sepertimana yang anda ajarkan secara istiqomah tanpa ada satu
pun yang tertinggal selama setahun. Adakah dia sudah beriman? Adakah dia sudah diterima sebagai islam?
Cuba kita sama-sama fikir mengapa keislaman dan keimanan mereka masih tidak diterima? Dia sudah
berilmu dan beramal buat yang terbaik. Jadi... ada apa yang sangkut disini untuk kita renungkan....

Dari Hadis di atas menunjukkan segala ilmu dan amalan empat rukun islam solat, puasa, zakat, haji tidak
diterima pakai oleh Allah tanpa dia terima dahulu urutan yang pertama. Jadi apa yang berada dikedudukan
pertama sahabat sekalian? Sudah tentu anda semua tahu... Syahadah bahawa tiada ILAH selain Allah dan
Muhammad ‫ ﷺ‬adalah utusan Allah.

Kenal ILAH
Nak kenal kena tahu...
Nak tahu kena berilmu..

Asyhadu An ‫ﻻ اﻟﻪ اﻻ اﻟﻠﻪ‬


Saya menyaksi Tiada ILAH selain ALLAH.

Kalau kita kembali pada kisah Man atas tadi. Dimana kah tahap keyakinan kita tentang ILAH. Adakah pilihan
pertama yakin dgn berilmu tentang apa itu ILAH, kenal ILAH, mendalami ilmu tentang ILAH atau yang kedua
tahler malaslah fikir2 "i follow je" senang. Disini membuktikan index keimanan seseorang itu tentang kalimah
syahadah..

Kalau dia tidak ambil peduli tentang syahadah sebenarnya dia tiada iman. Sepertimana contoh kajian
orang kafir di atas melakukan semua rukun lain tapi mahu peduli rukun pertama. Amalan mereka tidak
diterima pakai tanpa Syahadah.

Syahadah tidak boleh dilafaz tanpa ilmu pengetahuan. Sepertimana kita tidak boleh lakukan solat walau satu
rakaat tanpa ilmu pengetahuan. Ini sangat jelas...

JIka kita sekarang lahir didalam keluarga ibu bapa islam agak-agak pada bila masa kita belajar di sekolah,
universiti, tentang rukun islam pertama syahadah ini dan sekarang sedang mengamalkannya? Cukup simpan
jawaban kita tahu sendiri.

Cabangnya Iman
Selalu kita dengar ustaz-ustaz dikuliyah mana-mana sebut tentang iman itu mempunyai banyak cabang.
Apakah cabang yang terbaik kalau sahabat budiman selalu dengar tentang hadis ini dibacakan?
 Dari Abu Hurairah ‫ رﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ‬meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: Iman itu lebih
daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan ‫( ﻻ اﻟﻪ اﻻ اﻟﻠﻪ‬Tiada ILAH kecuali
Allah) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu
satu cabang daripada iman. (HR Muslim) 

Panjang lagi topik ini kalau dikupas.. Cukup setakat ini coretan pada kali ini. Kesimpulannya jika kita masih
dikurniakan akal waras carilah ilmu tentang Syahadah ILAH. Sangat menakjubkan index keyakinan terhadap
kalimah syahadah akan meningkat.. Meningkat... jika kita dapat sentiasa bersyahadah ILAH. InsyaAllah..

Semoga kalimah nafe' ini memberi manfaat untuk hamba dan semua pembaca.. Amin..

Share This:      

YOU MAY ALSO LIKE


124 000 Anbiayul Baru Ku Tahu Puzzle Ilmu La ilaha illAllah Ilmu Pengalaman Join Kem
Mursaleen di Fitnah Di Kosong Selama Ini Terisi Paling Bermanfaat Magnet Nafas
cerca di Maki kerana Dengan Ilmu Ini
Menyebarkan Apa?

 NEWER ARTICLE

Pengalaman Join Kem Magnet Nafas


OLDER ARTICLE 

Rahsia Amalan Sunnah Utama Mampu Meningkatkan Produktiviti Seorang Mukmin

NO COMMENTS: 

Enter your comment...

Comment as: Select profile...

Publish Preview

SEARCH

Enter keyword... 

TRENDING

Sheikh Dr. Ismail Dicemuh dan


Difitnah di Tanah Sendiri Tetapi
Disanjung di Persada Dunia

Rahsia Amalan sunnah Utama


Mampu Meningkatkan
Produktiviti Seorang Mukmin

International Syahadah
Conference terus Membuktikan
Perjuangan Sheikh Dr. Ismail
Kassim adalah Benar

Tuntutlah Ilmu Syahadah dari


Ahlul Bayt
Gagalnya Muslihat Raja
Thalout | Kisah Nabi Daud
Alaihi Salam

TAGS

AKIDAH ARTIKEL BERITA HADIS

IMAN ISLAM KISAH KISAH-NABI

KISAH-WALI QASIDAH SELAWAT

SHEIKH DR ISMAIL KASSIM TIDAK SESAT

SHEIKH ISMAIL TIDAK SESAT SYAHADAH

TAUHID

POPULAR POSTS

Sheikh Dr. Ismail Dicemuh dan


Difitnah di Tanah Sendiri Tetapi
Disanjung di Persada Dunia

Rahsia Amalan sunnah Utama


Mampu Meningkatkan
Produktiviti Seorang Mukmin

International Syahadah
Conference terus Membuktikan
Perjuangan Sheikh Dr. Ismail
Kassim adalah Benar

Crafted with  by TemplatesYard | Distributed by Gooyaabi Templates