Anda di halaman 1dari 49

BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN


ABDUL HAMID HALIM SHAH

ISI KANDUNGAN

Kandungan
Muka Surat

Isi Kandungan 1
Biodata Ahli 2
Penghargaan 3
Pengenalan 4
Rasional 5
Matlamat 6
Objektif Kajian 7
Kaedah Kajian 8
Latar belakang Tokoh 9-14
Pencapaian/Jawatan pernah disandang 15
Penglibatan 14-26
Rumusan 27
Sumber Rujukan 28
Lampiran 29-35

NAMA AHLI KUMPULAN:

NAMA : DINAGARAN A/L MUNIANDY

K/P : 940420 – 02 – 5459

NAMA : NOOR AMALINA BINTI AYOB

K/P :

TINGKATAN : 4 PERDAGANGAN

SEKOLAH` : SEK. MEN. KEB. TUNKU PANGLIMA BESAR

TAJUK FOLIO: TOKOH TUNKU ABDUL RAHMAN

NAMA GURU: EN.GUNASEGARAN


PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
bersama rakan sepasukan saya menyiapkan folio yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk “Tokoh”. Folio yang ini amat penting buat kami
memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus
subjek .

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama
sekali, sekalung penghargaan untuk guru subjek kami, Encik.Gunasegaran
kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami
menyiapkan folio ini dan telah banyak memberikan bimbingan dan
semangat kepada semua pelajar untuk menyiapkan folio ini.

Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa guru subjek kami kerana
memberikan pandangan dan nasihat yang amat berguna untuk folio kami
serta membantu kami tidak kira susah mahupun senang. Jasamu akan
kami kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan
sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima
kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami
bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama


berhempas pulas dalam menyempurnakan projek ini bersama-sama.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami
hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
kami maklumat tidak akan kami lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan
dibentangkan.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi
negara masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah
air. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa
di sebalik kejayannya. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja
merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada
zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang pertama. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri
kedua atau yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid
menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya
pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar
namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.

Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam


membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya,
rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab serta
banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang
ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul
dengan sesiapa sahaja. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam
bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai
seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam
mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai


kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau
bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan
penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang


kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki
membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui
perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang
yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjaya
menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di
bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah
British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu
pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk
negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang
unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan
Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai
“Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman
yang telah dikenali umum dalam kalangan rakyat Malaysia.

RASIONAL
Terdapat beberapa sebab mengapa kumpulan kami memilih Tokoh
YTM Tunku Abdul Rahman sebagai tajuk kerja kursus kami. Ini kerana,
beliau merupakan “Bapa Kemerdekaan” bagi Negara Malaysia dan ini
sesuatu yang harus dibanggakan kerana beliau telah mengharumkan dan
membebaskan Negara kita daripada terus dijajah oleh penjajah. Bagi
menunjukkan penghargaan kami terhadap segala pengorbanan dan
perjuangan beliau untuk mencapai kemerdekaan Negara Malaysia kami
memilih beliau.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan Perdana


Menteri Malaysia yang pertama. Bapa Kemerdekaan Malaysia ini telah
membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku
merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian
tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Pelbagai cabaran serta
rintangan dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan
tabah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika
menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku memanglah tiada persamaan
atau bandingannya dengan orang lain.

Selain itu, sebagai seorang pemerintah, sikap yang ditunjukkan


oleh beliau meliputi ciri-ciri seorang pemimpin yang harus diikuti oleh setiap
pemimpin lain. Sikap beliau yang merupakan seorang yang peramah, baik
hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada
sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati,
bertanggungjawab serta banyak lagi nilai membolehkan beliau mempunyai
kenalan yang ramai. Tambahan pula, sikap beliau yang berpandangan jauh
ke arah positif dan sentiasa bekerja keras, sanggup berkorban masa dan
tenaga untuk kepentingan Negara yang tercinta diingati sehingga kehari ini.
MATLAMAT

Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat


patriotisme dikalangan rakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan
yang telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku Abdul
Rahman yang merupakan seorang ahli kebangsaan yang berjaya
membebaskan Negara Malaysia daripada penjajah yang mempunyai
perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar
ditandingi dan tidak ada tolok bandingannya.

Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi


kesejahteraan negara ini sewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar
dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pengorbanan dan jasa beliau
harus diberi penghargaan yang tinggi sebagai seorang manusia, seorang
negarawan, seorang pembela bangsa Melayu, seorang yang bertimbang
rasa terhadap rakyatnya khususnya orang-orang bukan Melayu dan
kesabaran serta penderitaan yang beliau alami sepanjang menjadi
pemimpin negara.

Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam
sejarah lipatan kemerdekaan negara ini. Sehingga kini dan untuk selama-
lamanya rakyat negara ini akan terus menganggap beliau sebagai seorang
pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Kita mestilah mendalami
kisah sejarah tokoh Tunku Abdul Rahman yang telah menaikkan nama
Malaysia sekaligus dapat menanam rasa setia dan bangga dengan sejarah
Malaysia seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan
kecemerlangan Negara Malaysia merupakan tanggungjawap bersama
semua pihak . Kita haruslah mencontohi sikap beliau yang sanggup
mengorbankan apa sahaja demi kepentingan negara.

Kita mestilah sentiasa mengenang dan menghargai jasa tokoh yang


telah banyak memberi sumbangan kepada negara Malaysia. Tanpa jasa
dan pengorbanan YTM Tunku Abdul Rahman, Negara Malaysia pada hari
ini tidak akan membangun menjadi Negara Malaysia yang maju seperti
sekarang. Oleh itu, marilah kita bergandingbahu bersama-sama berusaha
membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan Negara
dan mengharumkan nama Negara Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat


patriotisme dikalangan rakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan
yang telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku Abdul
Rahman.

 Mengenal pasti dengan lebih mendalam bagaimana Negara Malaysia


mencapai kemerdekaan dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman.
 Mengkaji faktor-faktor yang telah menyebabkan Negara Malaysia
mencapai kemerdekaan.

 Menyatakan kesan-kesan pencapaian kemerdekaan terhadap


Negara Malaysia.

 Merumuskan faktor-faktor kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam


mencapai kemerdekaan Negara Malaysia.

 Menyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua rakayat


Malaysia pada ketika itu.

 Menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai sejarah Negara


Malaysia.

 Untuk mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum


dan semasa mahu menuntut kemerdekaan supaya sejarah lama
tidak berulang.
KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dapat dilaksanakan setelah memperoleh maklumat


berdasarkan pelbagai bentuk sumber. Rujukan yang melibatkan pelbagai
bentuk termasuklah bertulis, gambar rajah dan sumber yang boleh dirujuk.
Contoh buku-buku yang digunakan semasa kajian ialah seperti buku teks,
buku nota, dan risalah.

Selain itu, kami juga melayari laman sesawang dan bahan-bahan


internet lain sebagai satu rujukan untuk memperoleh maklumat tambahan
mengenai topik yang dibincangkan. Kami juga membuat rujukan di pusat
sumber sekolah untuk mencari maklumat bertulis mengenai sejarah silam
tokoh untuk menghasilkan kerja kursus yang mantap dan sistematik.

Tambahan pula, kami juga berkesempatan membuat perbincangan


serta diskusi secara berkumpulan dengan guru matapelajaran dan rakan-
rakan mengenai topik folio yang dijalankan supaya kerja kursus ini dapat
disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
LATAR BELAKANG TOKOH

Nama sebenar: Tengku Abdul Rahman Putera


ibni Abdul Hamid Halim Shah.

Nama dan Gelaran Popular: Tunku Abdul


Rahman Putera Al-Haj, Tunku, YAM Tunku

Tarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di Alor


Setar, Kedah.

Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember 1990


di Kuala Lumpur.

Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di Bangkok,


seterusnya di Penang Free School, di Ct. Catherine, Cambridge University,
England dan Inner Temple, England. B.A. (1925), LIB (INNER) (1948).

Pengalaman Jawatan Awam:

 Kadet di Pejabat Undang-Undang Alor Star


 Penolong Pegawai Daerah Sungai Petani dan Kulim (1931)

 Pegawai Daerah Langkawi (1935)

 Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Undang-undang (1938)

 Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah (1940)

 Penguasa Pelajaran Kedah (1943)

 Timbalan Pendakwa Umum Jabatan Undang-Undang Persekutuan

 Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955)


 Menteri Ehwal Dalam Negeri (1956)

 Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970)

Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an: Dalam Seberkas, Alor Setar,


1946 - membantu menubuhkan Persatuan United Kingdom, 1951-
dicalonkan dan memenangi jawatan Yang Dipertua / Presiden UMNO,
Presiden UMNO (hingga September 1970).

Kegiatan Antarabangsa : Setiausaha Agung pertama OIC, Komanwel


Negara-negara Islam (1971-1980).

Perkahwinan : 1933-dengan Meriam di Alor Setar, 1935- dengan Violet


Coulson di Singapura, 1939- dengan ( Tun) Sharifah Rodziah .

Anak: Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. (hasil perkahwinan
dengan Meriam)

Karya-karya Tunku: Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969, Mahsuri (filem


1972), Memoirs Beliau: Looking Back (Pandangan Balik). Viewpoints
(Sudut Pandangan), Lest We Forget, Something ti Remember, As A Matter
of Interest, Cotemporary Crisis in Malaysian Politics, Political Awakening,
The Road to Independence.(Ramlah Adam:2003:541).

PENDIDIKAN AWAL

Tunku mendapat pendidikan awal di Sekolah


Rendah Melayu Alor Setar kemudiannya ke
Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Kolej
Sultan Abdul Hamid Alor Setar) Kedah. Ketika
berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke
Bangkok meneruskan pengajiannya di sana. Pada
tahun 1915, beliau meneruskan pengajiannya di
Penang Free School. Selepas itu, beliau
melanjutkan pelajarannya ke St. Cathrine College, Universiti Cambridge,
England untuk belajar undang-undang dan kemudiannya balik ke Tanah
Melayu pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya. Tunku
mendapat ijazah B.A. dalam sastera. Beliau kembali ke England untuk
menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang di Inner
Temple, England pada tahun 1938 namun pengajiannya terbantut apabila
Perang Dunia Kedua meletus. Demi menyempurnakan hasratnya menjadi
peguam maka pada tahun 1947 beliau sekali lagi ke England bagi
melanjutkan pelajarannya dalam pengajian undang-undang di Cambridge
Universiti dan dilanjutkan pada tahun 1949.

KELUARGA TOKOH
Pada tahun 1933,
Tunku berkahwin dengan
Mariam, seorang wanita
kacukan Cina-Siam yang
merupakan anak
perempuan tauke lombong di
Alor Star. Beliau dikurniakan
dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku
Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi
penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson,


bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang

Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Walaubagaimanapun, Tunku


dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku
kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah,
seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan
sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana
berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab
perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga
anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah
mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia
dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama
Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

GARIS MASA
 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar
yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul
Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.

 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free


School.

 1919 (umur 16): Belajar di England.

 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah)


dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.

 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-


undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas
hati dengan keputusannya yang lalu.

 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di


Inner Temple.

 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat


Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00
sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di
Kulim.

 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala


Nerang.

 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-


Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam
melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni
Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad
Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.

 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala


Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet
Coulson di Geylang Serai, Singapura.

 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat


British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang
direstui.

 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai


Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani
dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.

 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung
pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah
Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah
diceraikan , Violet Coulson.

 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan
meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed
Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan
sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini
tidak mendapat seorang anak pun.

 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan


Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu, Kelantan pada 8


Disember.

 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung


pengajian

 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.

 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau


dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian
beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur,
Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik
sebagai Presiden Mahkamah Sesi.

 1946: Menyertai UMNO.

 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu


Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan
Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.

 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk


berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi
kunjungan itu tidak berhasil.

 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama


diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku
Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu
yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.

 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan


kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku
mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20
Februari di Bandar Hilir, Melaka.

 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan


pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka,
yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.

 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football


Confederation (AFC) (1958 – 1976).

 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam


(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf
dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.

 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast


Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan
Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa yang pertama.

 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila


Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo
Utara (sekarang Sabah).

 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada


persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian
Nations.
 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang
pertama.

 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan


Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak
Hussein.

 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia


Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).

 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di


Makam Diraja Langgar di Alor Star.

ANUGERAH YANG DIPEROLEH OLEH TUNKU

Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-


universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta
dan Universiti India. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor
Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah
Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Cambridge (1970) dan
Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla,
Thailand (1977). Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk
pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari
luar negara. Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istiqqlal,
Maghribi pada tahun 1957, Darjah Utama Negeri Kedah pada tahun 1958,
Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka Mahkota Brunei
(S.P.M.B) dan Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium Order
of Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati
(Kelas Pertama), Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960), Knight
Grang Cross of the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand
(1962), Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross
of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.

PENGLIBATAN DAN KERJAYA TOKOH

Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu


yang pertama pada tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri
Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah
memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10 Disember
1931 apabil beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala, Padang
Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim,Kedah. Pada tahun 1940,
Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Pada tahun
1943, beliau telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga
pernah bertugas sebagai pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman
Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat
apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia
pada 22 September 1970.

SEBAGAI PERDANA MENTERI

Selepas kemerdekaan, Tunku


mendominasikan politik Malaya dan memimpin
Parti Perikatan atas kemenangan besar dalam
pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaian
Tunku yang teragung. Tunku pertama sekali
mencadangkan sebuah persekutuan Malaya,
Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam
ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing
Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura dan pada tahun itu juga,
Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan
Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan
perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

(ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut


kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22

September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana


Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO
pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda'
yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan
Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

KEGIATAN ISLAM

Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan


Islam di negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia.
Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca
Al-Quran. Beliau menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) pada Ogos 1960. Beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai
sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.
Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah
kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang
diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra. Pada
1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian
menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang
khusis di dalam
OIC.
Tunku menjadi Setiausaha Agung yang Pertama Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC)

Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan


kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada
tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau
telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan
Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi
Presiden ‘Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific’
(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara
Islam. Beliau mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah
Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab
Saudi pada tahun yang sama atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan.

Tunku jugalah pemimpin Islam yang telah mencetuskan idea supaya


diadakan Pertubuhan Negara-Negara Islam bagi menjaga kepentingan
negara-negara dan umat Islam. Walaupun cadangan Tunku itu memakan
masa yang panjang untuk menjadi kenyataan, tetapi dapat dilaksanakan
dengan tertubuhnya Sekretariat Islam baru-baru ini.

KEMERDEKAAN
PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN
Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun
1955 memang menjulang tinggi nama Tunku Abdul Rahman sebagai
pemimpin penting dalam politik Persekutuan Tanah Melayu. Pertemuan
Tunku dengan Donald MacGillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955,
merupakan langkah pertamanya dalam proses mununtut kemerdekaan.
Inilah langkah pertama Tunku sebagai pemimpin Perikatan meminta kuasa
pemerintahan daripada kerajaan British. Namun setelah berbincang
selama 2 jam setengah Tunku gagal untuk membincangkan kuasa veto
Pesuruhjaya Tinggi dan pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf
perlembagaan.

Bagi Tunku mandat yang diterima daripada rakyat ialah mencapai


kemerdekaan atau keluar daripada kerajaan. Kata-kata Tunku yang cukup
bersemangat itu disambut dengan jeritan ‘ Merdeka ‘ oleh penyokong
Perikatan. Ini merupakan demontrasi yang menunjukkan kekuatan dan
kepimpinan Tunku. Ini menyebabkan Lennox Boyd berbincang dengan
raja-raja Melayu tentang tuntutan Perikatan itu

ROMBONGAN MERUNDING KEMERDEKAAN DI LONDON

Pada bulan September 1955, raja-raja melayu telah mengeluarkan


persetujuan mereka untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda
Perjanjian Persekutuan 1948 dan mencadangkan rombongan itu
dianggotai oleh tujuh orang wakil iaitu empat orang wakil Raja-raja melayu
dan tiga dari Perikatan dan Peguam Negara sebagai penasihat.
Persetujuan dicapai dengan melantik empat wakil daripada Raja-raja
Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

Ahli Rombongan Rundingan Kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku


Abdul Rahman (tengah).

Runding bersama
British dan Raja-
Raja Melayu
bertujuan untuk
mendapatkan
kemerdekaan.
Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada
Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H
Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah menaiki kapal M.V. Asia di
Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Bersama-sama dengan Tunku ialah
dua orang wakil raja-raja Melayu iaitu Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Abdul
Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor, dan Dato’ Haji Wahab,
ketua rombongan raja-raja Melayu menaiki kapal terbang bersama-sama
dengan Dato’ Mohd Seth dua hari selepas itu. Rombongan Tunku Abdul
Rahman dihantar dengan meriah sekali dari Raffles Hotel, tempat
penginapannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pagar.

Kapal yang dinaiki oleh Tunku dan rombonganya telah singgah di


Ceylon (Sri Lanka), India dan Pakistan. Di Karachi, Pakistan , Tunku dan
rombonganya telah mendarat untuk berehat beberapa hari. Tunku
menjejakan kakinya ke bumi London,England pada 13 Januari 1956.
Manakala rundingan kemerdekaan berlangsung selama hampir tiga
minggu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.

Dalam ucapan pembukaanya pada pagi 8 Januari di Lancester


House, Setiausaha Tanah Jajahan, Lennox Boyd , telah mengalu-alukan
kedatangan Tunku dengan rombonganya dengan ramah sekali. Bagi beliau
rundingan itu adalah sebuah janji yang telah dibuat dalam Perjanjian
Persekutuan 1948 diantara British dengan raja-raja Melayu. Selesai
ucapan, diikuti pula dengan perbincangan terbuka antara rombongan
Merdeka Persekutuan Tanah Melayu dengan Pejabat Tanah Jajahan.
Pebincangan berkisar pada beberapa perkara iaitu soal pertahanan dan
keselamatan, perkhidmatan awam, dan perubahan perlembagaan.

Pihak British melaksanakan cadanganya yang telah disediakan


sebelum kedatangan rombongan merdeka. Britain telah menyiapkan
‘Memorandum of United Kingdom’. Tunku setuju dengan cadangan
pihak British supaya bentuk jawatankuasa-jawatankuasa bagi
memperincikan perlembagaan. Pada 2 Februari 1956 menurut Tunku,
pihak British telah membuat kenyataan dari Lancaster House tentang hasil
rudingan dengan rombongan merdeka dan keputusan ini memberi keadaan
yang positif kepada Tunku sebagai pemimpin Perikatan.

Rombongan Tunku Abdul Rahman di sambut bangga oleh ahli-ahli


UMNO Singapura sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-
besaran yang diadakan di padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari
1955. Sekembalinya Tunku dan rombonganya dari London pada Jun 1957,
Tunku terpaksa mengakui bahawa kemerdekaan yang dicapai tidaklah
begitu memuaskan, kerana hal-hal yang tidak dapat diatasi seperti
penghapusan kerakyatan komanwel, pengekalan pegawai pinjaman British
dan pertahanan yang masih bergantung pada pihak British. Dalam
Mensyuarat Agung yang diadakan pada 29 dan 30 Jun 1957, di Kuala
Lumpur satu ketetapan telah di buat untuk menganugerahkan gelaran
Bapa Kemerdekaan Tanahair kepada Tunku atas jasa-jasa perjuangan dan
pengorbanan yang telah ditunjukan dan diberikan oleh Yang Dipertua
UMNO itu.
Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada
Tunku dan cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa
Kerja itu kemudia dibincangkan oleh raja-raja Melayu dan diterima pada 27
Jun 1957 dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15
Ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman (kanan) bersama Dato' Panglima Bukit Gantang


ketika perarakan kemerdekaan
serta deligasi diarak selepas pulang dari London di Bandar Hilir, Melaka.

UPACARA KEMERDEKAAN

Pada 3 Ogos 1957, di waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-


raja Melayu untuk memilih Yang di-pertuan Agong bagi menggantikan
Pesuruhjaya Tinggi British. Perlantikan itu perlu sebagai menandakan
ketua Negara di sandang oleh pemerintah tempatan. Semua raja telah
menghadirinya kecuali Sultan Ibrahim dari Johor yang diwakili Tengku
Mahkota, Tunku Ismail.

Pada 5 Ogos 1957, bertempat


di King House, Kuala Lumpur,
Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1957 telah
ditandatangani diantara wakil
Ratu England dan Wales,
Donald MacGillivaray,
Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu ( gambar sebelah) dengan Raja-raja Melayu,
Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan dan Dato’-Dato’ Undang Luak
Negeri Sembilan. Perjanjian 197 itu, mengakui persetujuan Perjanjian
Persekutuan 1948 untuk menubuhkan sebuah Persekutuan yang
mengandungi negeri yang tersebut di dalamnya sebagai asas
Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu.

Kesemua kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan,


kecuali Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara menggantikan
Pesuruhjaya Tinggi British, kerana kedudukan Persekutuan Tanah Melayu
sebagai sebuah negeri yang telah merdeka. Bagi Pulau Pinang dan Melaka
satu perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik
Gabenor dan hal-hal tertentu diteruskan sebagai satu peralihan.

Sultan Kedah, Sultan Badlishah telah berucap menyatakan


kegembiraan raja-raja Melayu mendapat bimbingan kerajaan British
selama ini sehingga negeri ini telah maju dengan jayanya dalam lapangan
masyarakat, iktisad dan sahsiah. Kebaikan hati raja-raja Melayu seperti
juga rakyatnya, tergambar sehingga pada saat akhir penjajahan British di
Persekutuan Tanah Melayu. MacGillivaray pula telah menyatakan antara
lain “ Dengan terhentinya hubungan lama itu, timbulah hubungan baru
dengan berdasarkan perasaan dan kepercayaan antara satu sama lain
serta hormat-menghormati yang telah tertanam antara kedua-dua pihak.

Perikatan Pemuda UMNO telah diberi


tugas untuk menurunkan bendera Umion Jack.
Tepat pukul 12.00 tengah malam, bendera
Union Jack diturunkan mengikut gema bunyi
jarum jam besar Pejabat Setiausaha
Persekutuan. Serentak dengan itu bendera
Persekutuan Tanah Melayu dengan jaluran
merah putih dan kotak biru dengan bulan
bintang di tengahnya mendaki gagah menuju ke
kemuncaknya. Sorak –sorai dan pekikan
“Merdeka” bergema dan berkumandang di udara memecah kesunyian
malam kota yang dihiasi lampu neon yang bergemelapan di sepanjang
jalan utama . Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan sahut menyahut
menandakan berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di
Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah


perlembagaan merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957. Satu jawatankuasa sambutan besar-besaran telah diatur yang
dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussien. Selain upacara
pembarisan ketenteraan, jamuan negara dan perayaan awam di Kuala
Lumpur, tetamu-tetamu kehormat dari luar Negara juga telah dijemput
untuk menghadiri upacara pengistiharan kemerdekaan pada 31 Ogos.
Dalam hal ini, kesemua perancangan dirujuk pada kerajaan British di
pejabat Tanah Jajahan untuk diluluskan.

Upacara kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pagi 31


Ogos 1957

Upacara gilang gemilang telah diadakan pada pagi 31 Ogos 1957


di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan dan barisan pasukan
tentera dan orang ramai membanjiri Stadium Merdeka sejak pukul 6.00
pagi. Walaupun hujan turun pada awalnya, tetapi mereka tetap tidak
berganjak menanti saat yang paling mengembirakan itu. Di atas pentas
yang dihias indah dan di bentang permaidani merah, Raja-raja Melayu dan
Duke of Clocester dan pegawai kerajaan British duduk berderet dengan
pakaian yang indah dan di payungi oleh binduanda.
Tunku Abdul Rahman, dengan pakaian baju melayu bertekad benang
emas dan bertengkolok seperti seorang raja, berdiri tegak membaca
pemasyuran Kemerdekaan dalam bahasa Inggeris, bahasa yang di anggap
paling layak oleh Tunku Abdul Rahman, wira kemerdekaan negara, untuk
menyatakan kebebasan dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
daripada Penjajahan British. Terjemahan dalam bahasa Melayu, bahasa
kebangsaan hanya dibaca oleh Senu Abdul Rahman di sebalik tirai di
belakang pentas. Pada hari kemerdekaan Tunku mengarahkan supaya
diadakan perarakan tentera melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan
Chow Kit dan lalu ke Jalan Ipoh.

Dengan tangan yang tergenggam di


udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Gema
suaranya kemudian di sahut penuh
gemuruh oleh para hadirin yamg terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat
dan berbilang bangsa. Pada pukul 11.00
pagi, upacara angkat sumpah Yang di-
Pertuan Agong yang pertama dijalankan
di Federal House, Kuala Lumpur, tempat
parlimen pertama kerajaan merdeka
Persekutuan Tanah Melayu. Selepas
upacara itu, Yang di-Pertuan Agong
memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah
Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara
itu juga tidak kurang gemilangnya kerana inilah kali pertama sebuah
kerjaan yang berdaulat dilantik dan disahkan dalam sebuah yang telah
mencapai kemerdekaan. Malah memang selayaknya Tunku diberi tugas
untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu ke gerbang kemerdekaan
negara walaupun terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilaluinya.

PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA

Tunku Abdul
Rahman pada
tahun-tahun
akhirnya
(gambar)
Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir
pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah
mengiktiraf “Istiadat Pengebumian Negara” kepada beliau. Pada 7
Disember 1970, jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh
orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai Besi.
Setibanya di sana, Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor Setar
sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat
pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan
jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.

TUNKU SEORANG NEGARAWAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang negarawan


berjiwa rakyat yang lahir di sebuah istana raja. Sebagai seorang putera
raja, Tunku mempunyai karisma yang sangat unik. Beliau tidak dapat
dibandingkan dengan pemimpin-pemimipin dunia yang lain.

Tunku mempunyai beberapa kualiti istimewa semulajadi. Amalan


hidupnya seperti rakyat biasa bukanlah direka-reka. Kualiti itu sentiasa
bersemadi dalam jiwa Tunku sejak kecil lagi. Kualiti itu memberikan
harapan masa depan rakyat. Sokongan dan harapan rakyat serta
keputusan pilihanraya pertama 1955 merupakan mandat yang mutlak
kepada Tunku. Sebagai seorang putera raja, maka kedudukan Tunku
memberikan keyakkinan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.
Baginda Raja-Raja Melayu yakin bahawa kemerdekaan tidak akan
menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu. Perjuangan Tunku untuk
menyatukan rakyat dan mendapat sokongan mereka boleh dikatakan lebih
senang daripada mendapatkan keyakinanan Raja-Raja Melayu.
Kemerdekaan bermakna memberi kuasa kepada rakyat dan sebaliknya
bagi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu merupakan
perpisahan tradisi iaitu menyerahkan kuasa kepada rakyat.

Dalam zamannya Tunku telah menjadi pemimpin gigih yang


meneruskan perjuangan kebangsaan yang telah dimulakan menjelang
perang dunia kedua dulu. Di bawah pimpinannya maruah dan
kemerdekaan Negara dapat ditebus kembali. Sesudah itu, sebagai tokoh
politik dan negarawan, Tunku memulakan langkah mengisi kemerdekaan.
Perjuangan Tunku selepas beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan
memasuki arena nasional. Perjuangan Tunku bermula lebih awal daripada
itu sebenarnya sebelum perang dunia kedua. Setelah kembali ke tanah air
selepas ke United Kingdom untuk belajar, Tunku telah menceburkan diri
dalam usaha menolong rakyat. Pada waktu masih kecil nama Tunku sudah
pun terkeknal dalam kalangan rakyat Kedah sebagai seorang anak raja
yang bersimpati dan dekat dengan rakyat.

Dalam arena politik, Tunku tidak pernah bermain-main dengan politik,


apalagi politik perkauman. YTM Tunku adalah seorang putera Malaysia
yang tulen. Cita-cita beliau dan tindak-tanduk beliau sentiasa
mengutamakan kepentingan nasional. Beliau tidak pernah merasa takut
dan sentiasa menerima apa juga kritik dan hukuman, demi untuk
perjuangan bangsa dan tanah airnya. Hidupnya sentiasa sederhana,
kesenangan dan kebahagiaannya ialah kehidupan yang harmoni, aman
dan damai. Tunku bersara dalam keadaan yang tenang dan kesihatan
yang baik serta fikiran yang masih segar. Kepercayaan rakyat terhadap
Tunku sebenarnya tidak pernah luntur. Semakin lama Tunku meninggalkan
kerajaan semakin ramailah rakyat menyedari akan kebenaran dan
kejujuran perjuangan Tunku. Rasa kasih sayang rakyat terhadap Tunku
semakin bertambah menjelang Tunku menyambut hari keputeraan yang
ke-80 pada tahun 1983.

Sebagai seorang pengasas kemerdekaan, Tunku sudah tentulah


merupakan ‘the happiest statement’ kerana Tunku sendiri dapat melihat
tiga orang Perdana Menteri yang mewarisi perjuangannya iaitu Tun Razak,
Tun Hussein Onn dan dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Tiga puluh satu
tahun yang lampau apabila Tunku memulakan kerjasama pilitik UMNO-
MCA bagi menghadapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur,
terjalin satu perkahwinan politik yang melahirkan Perikatan dan
kemudiannya Barisan Nasional dan tanpa disedari Tunku sebenarnya
telahh meletakkan asas kerjasama politik sepanjang suku abad ini.
Keberanian Tunku mencipta kerjasama ini tidak boleh dipertikaikan.

Tunku telah menjadi salah seorang yang tokoh yang terpenting


dalam sejarah moden Malaysia. Kejayaan beliau dan kemampuan
melibatkan diri secara langsung dalam pilitik Negara kita selama hampir
suku abad, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Perikatan, Ketua Menteri
dan Perdana Menteri telah menyebabkan penciptaan satu zaman tersendiri
dalam sejarah Malaysia.
Pendek kata, keperibadian dan karisma Tunku akan sentiasa
memberi ilham dan topik kepada para penulis. Kemuncak penghargaan
kepada Tunku tiba pada malam Barisan Nasional mengadakan perayaan
secara besar-besaran bagi menyambut hari keputeraannya. Jamuan
makan malam yang disulami ucapan-ucapan serta filem dokumentari itu
membawa kembali para hadirin yang bersam Tunku dulu kebeberapa sudut
penting perjuangan Tunku.

Tunku telah muncul pada saat yang penting dalam sejarah


perjuangan bangsa kita. Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh
Tunku telah dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan pada segenap
lapisan rakyat jelata dan mereka telah memberikan sokongan dan berjuang
bersama-sama Tunku sehingga tercapai azam dan cita-cita mereka untuk
menjadikan satu bangsa yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan mana-mana bangsa dalam dunia ini. Kemashyuran nama Tunku
bukan sahaja di negara ini bahkan telah tersebar diseluruh penjuru alam.
Ringkasnya Tunku telah memainkan peranan beliau sebagai seorang
negarawan antarabangsa yang memperkenalkan Malaysia ke seluruh
dunia dan mengharumkan nama negara kita sekalipun ianya sebuah
negara kecil. Dengan kejayaan Tunku memainkan peranan antarabangsa
dengan cara yang bijak itu, Malaysia telah menjadi sbuah negara yang
berkesan yang di hormati di kalangan bangsa-bangsa di dunia ini.

RUMUSAN

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan


dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari
daripada kajian yang telah dilaksanakan ini. Melalui kajian ini, kami
berbangga dapat menjadi warganegara Malaysia yang aman dan harmoni
ini kerana mempunyai tenaga pemimpin yang berwibawa dan bijaksana
untuk memimpin negara dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyatnya.

Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember ketika usianya kira-


kira 87 tahun.Beliau sempat menyaksikan 3 orang tokoh penggantinya
sebagai Presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham
Tun Abdul razak ,Allahyarham Tun Hussein Onn dan selama hampir 10
tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri,iaitu Yang Amat
Berhormat Dr.Mahathir Muhammad.

Tunku sesungguhnya cukup bangga dan memang boleh


dibanggakan kerana beliaulah Persekutuan Tanah Melayu berjaya
“menebus” kemerdekaan dan belenggu penjajahan Inggeris yang telah
dimulakan oleh tindakan pihak Raja-raja Melayu sendiri sehingga
terbentuknya sebuah negara iaitu Negara Malaysia.

Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu


dalam umno seperti Dato Onn dan rakan-rakan pergagasan Umno 1946,
namun warisan parti Umno yang di terajui oleh Tunku bukanlah sebuah
lombong emas.Tunku sesungguhnya terpaksa bekerja keras, berkorban
masa dan tenaga, termasuk gaji lumayannya sebagai pegawai kanan
perundangan, serta darjatnya sebagai seorang anak raja untuk turun ke
tengah rakyat dengan segala kesukaran menjelajah seluruh air bagi
merealisasikan perjuangan Umno itu.

Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenarnya perintis penting terhadap


hubungan kaum dan etnik di negara ini dengan segala pendekatan
kesederhanaannya sehingga ada kalanya beliau kelihatan mengabaikan
kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalisme
Melayunya itu.
Tunku dalam hal ini tidak ada sebab untuk menafikan bahawa
beliau turut meninggalkan banyak jasa dan baktinya yang tidak terkira yang
menjadi sebahagian daripada khazanah dan keagungan yang menjadi milik
dan kebanggaan bersama generasi hari ini.

SUMBER KAJIAN

Internet:

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
 http://www.yayasantar.org.my/kursi.html
 http://tokoh2.blogspot.com/2008/08/tunku-abdul-rahman.html
 http://www.scribd.com/doc/29906670/13416649-Sejarah-Hidup-
Tunku-Abdul-Rahman
 http://kotakemail.blogspot.com/2009/08/merdeka-merdeka-mederka-
galeri-gambar.html
 http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/tunku-abdul-
rahman-during-merdeka-celebrations.jpg
 http://manlukeman.files.wordpress.com/2009/08/umicl000594208.jpg

Buku rujukan :

 Buku Teks Sejarah, Tingkatan 5.


 Ramlah Adam .2003. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
 Abdul Aziz Ishak. 1987. Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra,
Karya Bistari. Sdn Bhd.
 Ke Arah Kemerdekaan, Terbitan Setiamas, cetakan pertama 1996.
 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Terbitan Setiamas, cetakan
pertama 1996.
 Tokoh Malaysia, Terbitan Dewan bahasa dan Pustaka, cetakan
pertama 2010.
BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN


ABDUL HAMID HALIM SHAH
nku Abdul Rahman dan Raja-Raja Melayu bergambar bersama Sir
Donald MacGillirary selepas Majlis menandatangani perjanjian

Persekutuan Tanah Melayu, 1957


Tunku Abdul Rahman bergambar bersama Kabinet Menteri pertama
Tanah Melayu selepas kemerdekaan, 1959
Tunku Abdul Rahman bergambar bersama tiga pemimpin Parti

Perikatan, Dato' Haji Noah, Tun Razak, dan Tun Tan Cheng Lock.
Perhimpunan Parti Perikatan yang diadakan di padang Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur

Tunku Abdul
Rahman berucap di
dewan orang ramai
Kampung Jelai

Presiden Motamar
Al-Alam Al-Islami
Lord (Sayyid)
Alhusseini (tengah)
bersama Tunku
Abdul Rahman,
Perdana Menteri
Malaysia. Di sebelah
kiri, ialah Sh.Haider Al-Huseini
Pembantu Jeneral Setiausaha Motamar.
Peter Ligadu,
Penolong
Pegawai Daerah
Beaufort
bersalaman
dengan YTM
Tunku Abdul
Rahman Putra Al-haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, ketika
beliau melawat bandar kecil di Beaufort, Sabah .
Keputusan Pilihan raya pada tahun 1955 yang dimenangi oleh calon-
calon Parti Perikatan.

Gambar Tunku Abdul Rahman dimuka


depan Majalah Time-The Week
magazine

April, 12,1963