Anda di halaman 1dari 2

Bahan dan Radas:

Tiub kaca, Pemotong tiub kaca, Penunu Bunsen, Sarung tangan, Kain bersih

Prosedur membuat penitis

1) Sarung tangan dipakai sebelum memotong tiub kaca.


2) Tiub kaca yang berukuran 30cm panjang ditanda dengan menggunakan marker.
3) Selepas itu, pemotong tiub kaca digunakan untuk membuat garis lilit di tempat yang
ditandakan.
4) Rod kaca ditekan dengan meletakkan kedua-dua ibu jari bersebelahan dengan garis lilit.
5) Tiub kaca ditarik ke arah luar dengan perlahan-lahan sehingga tiub itu putus.
6) Hujung salur kaca yang tajam boleh dilicinkan dengan memutarkan dan
memanaskannya pada api penunu bunsen.
7) Sebatang tiub kaca dipegang di kedua-dua hujungnya.
8) Tiub kaca dipanaskan di bahagian tengah sambil memusing sehingga kaca menjadi
lembut.
9) Apabila tiub kaca menjadi lembut dan hampir melendut, tiub ditarik ke arah yang
bertentangan sehingga bahagian tengahnya putus.
10) Hujung tiub kaca yang terputus dipotong dengan menggunakan pemotong tiub kaca
untuk menghasilkan lubang.
11) Hujung satu lagi dipanaskan untuk membentuk gelang tebal.
12) Hujung tiub kaca yang berbentuk gelang tebal dipasang dengan bunting getah.

Prosedur membuat tiub L

1) Sarung tangan dipakai sebelum memotong tiub kaca.


2) Panjang tiub kaca yang perlu potong ditanda dengan menggunakan marker.
3) Selepas itu, pemotong tiub kaca digunakan untuk membuat garis lilit di tempat yang
ditandakan.
4) Rod kaca ditekan dengan meletakkan kedua-dua ibu jari bersebelahan dengan garis lilit.
5) Tiub kaca ditarik ke arah luar dengan perlahan-lahan sehingga tiub itu putus.
6) Hujung salur kaca yang tajam boleh dilicinkan dengan memutarkan dan
memanaskannya pada api penunu bunsen.
7) Kedua-dua hujung tiub kaca dipegang dengan tangan.
8) Tiub kaca dipanaskan pada bahagian yang ingin dilenturkan.
9) Tiub kaca dipusing secara perlahan-lahan dan konsisten.
10) Setelah tiub kaca itu lembut, tiub itu dibengkok dan dibentuk 90 0 .