Anda di halaman 1dari 3

TEKS BAHAS :

USUL : TINDAKAN PEMULAUAN QATAR TIDAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH


KEGANASAN ANTARABANGSA

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari


ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat


bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
berkat keamanan dan keharmonian bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini dewan
kembali bersidang pada satu usul yang perlu dibahaskan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi, “Tindakan Pemulauan Qatar Tidak Akan Menyelesaikan
Masalah Keganasan Antarabangsa,”

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan


“Pemulauan” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perbuatan
memulaukan, pemboikotan atau pengasingan, manakala “Keganasan” bermaksud
antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan
undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang
terhadap manusia atau harta benda dengan tujuan untuk menakut-nakutkan atau
memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa
politik masing-masing. Seperti yang kita sedia maklum, krisis pemulauan Qatar telah
bermula semenjak 5 Jun 2017 yang merangkumi sekatan perdagangan dan
perjalanan keluar masuk negara tersebut dimana negara Arab Saudi dan beberapa
negara lain mengkritik Al Jazeera dan hubungan Qatar dengan Iran, dan menuduh
Qatar membiayai pertubuhan pengganas.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul
ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama,
manakala Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan
dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin mengatakan bahawa pihak kerajaan
yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul
yang kami bawa akan diterima secara konsensus.

Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya
katakan bahawa kebergantungan negara-negara berdaulat terhadap Qatar. Yang
Kedua, TYDP, indikator kami ialah adakah dengan tindakan pemualauan tersebut
dapat membantu dari segi keamanan dunia serta hubungan sesama manusia sejagat.
Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini beserta justifikasi yang akan
kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan
dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak bermulanya tindakan pemulauan ini pada 5 Ogos 2017 telah menunjukkan
permusuhan terburuk yang pernah dicatatkan di antara beberapa negara terkuat
dunia Arab. Pemualauan ini merangkumi sekatan perdagangan dan perjalan keluar
masuk negara dimana pada awalnya, negara-negara yang terlibat adalah Arab Saudi,
Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir dan Maldives. Arab Saudi dan negara-negara
terlibat yang lain telah mengkritik stesen penyiaran Al Jazeera serta hubungan baik
diantara Qatar dengan Iran dan menuduh Qatar membiayai pertubuhan keganasan.
Namun begitu, Qatar telah menafikan segala tuduhan bahawa ia menyokong
keganasan tetapi menekankan sokongan mereka kepada penentangan yang diketuai
Amerika Syarikat menentang ISIL. Sampai bilakah pemulauan ini akan berlarutan?
Sejauh manakah Qatar akan bertahan dengan krisis yang menimpa mereka sekarang
ini.

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan Sekalian,

Kita harus membuka minda kita tentang tindakan pemualauan Qatar ini kerana
sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak akan ada penyelesaian terhadap
permasalahan ini selagi tindakan pemualauan itu berlarutan.

Itu sahaja daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai