Anda di halaman 1dari 3

TEKS BAHAS :

USUL : DEWAN INI PERCAYA, GAYA HIDUP RAKYAT MENJADI PUNCA UTAMA KOS
SARA HIDUP MENINGKAT

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari


ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat


bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
berkat keamanan dan keharmonian bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini dewan
kembali bersidang satu usul yang perlu dibahaskan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi, “Dewan ini percaya, gaya hidup rakyat menjadi punca
utama kos sara hidup meningkat,”

Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang
Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang
khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Istilah “Gaya Hidup”
dalam bidang sosiologi ialah cara bagaimana seseorang hidup. Gaya hidup biasanya
membayangkan sikap, nilai, dan pandangan dunia seseorang manakala “Kos Sara
Hidup” merupakan pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang, atau
satu keluarga untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat
tinggal dan keperluan-keperluan untuk keselesaan hidup.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul
ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama,
manakala Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan
dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin mengatakan bahawa pihak kerajaan
yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul
yang kami bawa akan diterima secara konsensus.

Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya
katakan bahawa rakyat cenderung untuk memiliki gaya hidup mewah melebihi
kemampuan mereka. Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah kita
dapat menyedarkan rakyat untuk mengamalkan gaya hidup berdasarkan
kemampuan serta mampu membezakan di antara kemahuan dan keperluan? Saya
yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini beserta justifikasi yang akan kami
kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan
hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Seperti yang kita sedia maklum, gaya hidup rakyat pada zaman kini merupakan
punca salah satu punca utama kos sara hidup rakyat meningkat. Namun, rakyat
sendiri menafikan perkara tersebut dan percaya bahawa mereka berkemampuan
untuk memilikinya. Terutamanya ketika mata wang kita telah jatuh pada ketika ini.
Seperti contoh, seorang penjawat awam yang berpendapatan RM2,000 ke bawah
tetapi, memiliki sebuah kenderaan mewah yang mempunyai bulanan mencapai lebih
daripada RM1,000 sebulan serta mempunyai keluarga seramai 4 orang dimana
ketiga-tiga anaknya masih di peringkat sekolah rendah. Adakah wajar tindakan
rakyat tersebut untuk memiliki gaya hidup yang mewah disamping menanggung
perbelanjaan keluarga? Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian? Sampai
bilakah kita harus mengeluh?

Tuan Yang DIpertua dan sidang Dewan sekalian,

Kita harus bijak dalam menjalani gaya hidup terutamanya pada ketika ini. Lihatlah
negara-negara maju yang lain, China, misalnya telah mengamalkan gaya hidup
bersederhana di mana, kerajaan mereka menggalakkan penggunaan basikal yang
disediakan untuk kegunaan rakyat untuk meringankan kos sara hidup. Oleh sebab itu,
untuk menurunkan kos sara hidup rakyat perlu lebih bijak berbelanja dan
merancang.

Tuan Yang Dipertua,

Rakyat Malaysia kelihatan cenderung untuk memiliki barangan yang berjenama dan
mahal demi menjaga nama dan status serta tampil bergaya di mata orang lain.
Seperti contoh, remaja dan pelajar sekolah pada zaman kini telah pun didedahkan
kepada gaya hidup mewah dimana ada daripada mereka yang telahpun memiliki
‘gadget’ yang canggih serta mahal. Kita perlu melaksanakan tindakan tertentu untuk
membantu menyedarkan rakyat mengenai kos sara hidup. Dengan menyedari
hakikat ini, kita perlu mencari inisiatif terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai