Anda di halaman 1dari 3

TEKS BAHAS :

USUL : JIKA KAMI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, KAMI AKAN


MENGUSULKAN MALAYSIA MENJADI ANGGOTA TIDAK TETAP MAJLIS
KESELAMATAN PBB SEMULA

Degan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat


bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
berkat keamanan dan keharmonian bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini dewan
kembali bersidang satu usul yang perlu dibahaskan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi, “Jika kami Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami
akan mengusulkan Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB semula,”

Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang
Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang
khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang disingkatkan kepada PBB ialah sebuah pertubuhan
antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945
selepas Perang Dunia Kedua. Matlamat-matlamat utamanya sebagaimana yang
ditetapkan dalam piagamnya adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang
hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan
undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh
dunia.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul
ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama,
manakala Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan
dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan
yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul
yang kami bawa akan diterima secara konsensus.

Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya
katakan bahawa Malaysia pernah menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan
PBB sebanyak 4 kali sebelum ini. Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah Malaysia
mampu memainkan peranan yang lebih baik dan efektif untuk memberi momentum
baru kepada rundingan sedia ada. Saya yakin bahawa berdasarkan
indikator-indikator ini beserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah pasti usul
ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan
dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Negara yang terpilih untuk menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan
Negara berkenaan akan bersama-sama menyumbang kepada keputusan penting
dunia berkaitan pergolakan, sekatan, peperangan dan juga perdamaian. Negara kita
Malaysia pernah menjadi penggerak utama dan disokong penuh oleh negara-negara
lain dalam kes melindungi kanak-kanak daripada penculikan dalam situasi konflik
bersenjata. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang ingin menegakkan
keadilan melibatkan kekeluargaan dan mendapat sokongan penuh daripada negara
lain.

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Dengan menyedari hakikat ini, Malaysia juga mampu menggalakkan pendekatan


pengantaraan serta berkongsi pengalaman dan kepakaran sebagai pengantara dalam
usaha mencari penyelesaian yang aman dan berterusan terhadap konflik-konflik
serantau dan antarabangsa. Oleh itu, kami yakin bahawa Malaysia mampu
memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan misi
pengaman di serata dunia. Sekian daripada saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai