Anda di halaman 1dari 2

Bismillahir-rahmanir-rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia

Terima kasih, saudara Pengerusi Majlis


Yang Berusaha Puan Sabariah bt Ali (GB SKSHAS)
GPK pentadbiran Cik Dalilah BT Saparon, GPK HEM En. Nazeri
bt Mohd nor, GPK KOKO PN. Badariah bt Subuh
Yang Berusaha UST.Hasim ________________________________________
Barisan guru yang dedikasi

dan tidak dilupakan

Yang dikasihi anak murid sekalian.

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-
sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SK Sultan Hisamuddin Alam Shah bagi
Tahun 2017, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU PEMBINA
NEGARA BANGSA”itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Justeru,
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di
sekolah ini.
Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau
kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa.
Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap
tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat
tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan
potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun
sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara
terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan
terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini
mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana
dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan
yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?.
Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di
tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka
lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita
sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang
dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.

Hidup tidak selalu indah,


tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.


“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

TERIMA KASIH CIKGU.

Anda mungkin juga menyukai