Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam perpaduan….

Para guru dan rakan-rakan yang dihormati,

Tahukah anda bahawa jantung kita adalah salah satu organ yang
paling menakjubkan dalam tubuh manusia. Bila jantung berhenti
berdenyut, kita pun akan kehilangan peluang untuk hidup.

Jantung mula berdenyut sebelum kita dilahirkan dan akan terus


berdenyut sehingga kita mati.

Jantung berdenyut sebanyak lebih kurang 72 kali seminit hingga


sekitar 100 ribu kali dalam sehari dan 3 juta 6 ratus ribu selama
setahun.

Ajaibnya jantung kita….

Jantung kita perlu dijaga dengan baik agar ia terus berdegup dengan
sihat.

Caranya ialah…

Pertama, sentiasalah bersenam,

Kedua, amalkan pemakanan seimbang dan sederhana, rendah lemak


dan kurang garam serta kurang gula.

Ketiga, tangani stress

Keempat, jangan merokok

Kelima, jangan mengambil alkohol

Keenam, rehat dengan cukup

Ketujuh, lakukan pemeriksaan tekanan darah secara kerap dan


amalkan gaya hidup sihat.

Amalkan gaya hidup sihat ke arah jantung sihat selamanya.

Sekian dan terima kasih.


Buah hatiku, Jantungku…

Sebelum aku dilahirkan

Jantungku telah mula berdegup..

Menghidupkan tubuh kecil ini,

Setiap detik , setiap minit

Jantungku berdegup

Bekerja keras demi hidupku

Kau tak pernah gagal

Akan ku jaga jantung ini

Dengan amalan gaya hidup sihat

Bersenam, makanan seimbang,tidak merokok

Tidak mengambil alkohol dan rehat yang cukup

Moga jantungku akan tetap sihat dan kuat

Jantungku, buah hati ku…..

Terima kasih….

Anda mungkin juga menyukai