Anda di halaman 1dari 9

Mujahadah seorang mujahid

ana beli bunga dan baja,


tapi baja sangatlah hina,
ana ingin mencuba sahaja,
harap memberi komen membina.

Wahai semua pembaca setia,


Diharap tidak tersalah-sangka,
Wardatul Shaukah dalam cerita,
Bukanlah penulis yang sebenarnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Subhanallah,cantiknya…”ada rasa kagum dalam hati seorang hamba Allah ini.


“Allah Maha Kuasa menciptakan segalanya,langsung tidak setanding dengan ciptaan
manusia,subhanallah”sambungnya lagi sambil melihat pemandangan gunung-ganang melalui tingkap bilik
studynya..Tidak putus-putus memuji Tuhan yang telah menciptakannya.

Wardatul Shaukah seorang pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mengambil
jurusan Ilmu Wahyu ini,masuk semula ke bilik tidurnya yang diasingkan dengan study room itu.Setiap bilik
yang disediakan di Pusat Asasi Nilai itu menempatkan 20 pelajar dalam satu bilik.Walaupun penuh,tapi
ukhwah yang terjalin sangat berharga.

“Wardah,nak tidur dah ke?Baru pukul 10”tanya Suhana bila mana melihat Wardatul Shaukah keluar dari
bilik air dalam keadaan basah semua anggotanya.Suhana sudah faham setiap kali sebelum tidur,mesti
Wardatul Shaukah akan mengambil wudhu’ dahulu.

Wardah mengimbau kembali masa yang telah lalu, tidak seperti pada mula-mula Suhana melihatnya begitu.

”Awak mandi ke Wardah malam-malam macam ni?Mak saya kata tak elok tau.Nanti boleh sakit paru-paru
berair...Bahaya !”Suhana bersungguh-sungguh memberitahu.

Wardatul Shaukah senyum dan tenang membalasnya


“Tak delah Su,saya ambil wudhu’ tadi,terima kasih kerana ambil berat.”

“Mestilah,saya kan kawan awak…saya sayang awak tau.heheheh”Suhana mengaku dengan tersipu malu.

Oooo…belum solat Isyak ek..?”teka Suhana

“Dah…saya nak baca al-Mulk sebelum tidur.Jom baca sama-sama.”

“Owh ye ke,kalau macam tu tak pela,awak baca dulu ye,saya ada kerja lagi ni,selamat malam…”

***

Wardatul Shaukah tersedar kembali, dia tersenyum sendiri memikirkan perkara itu.

“A’ah Wardah,rilek la dulu,sembang-sembang dengan kami”sampuk Amirah pula yang tadi rancak
bersembang dengan roommate nya yang lain.

“Wardah….kenapa tersenyum sorang-sorang ni?teringat buah hati ke?”kata Suhana lagi,geram


persoalannya tiada jawapan.
“Sorry,sorry…mirah,su…a’ah nak tidur dah,esok nak bangun awal.”jawab Wardatul Shaukah dengan rasa
serba-salah dan terus mencapai tudung dan tafsir al-Quran putihnya.Warna putihlah warna kegemarannya
setelah dia sedar dan mendapat hidayah untuk memperbaiki dan mensolehahkan diri.

Baginya,putih itu suci,


Sesuci bayi yg baru lahir,
Yang tiada dosa…

Usai saja membaca surah al-Mulk,Wardatul Shaukah membaca doa selesai membaca al-Quran yang lancar
di hafalnya dari buku Asas Tajwid Rasm ‘Uthmani yang dikarang oleh Muhammad Sharif Hassim:

Kalamun qadimun la yumallu sama’uhu,


Tanazzaha an qaulin wa fi’lin waniyyatin,
bihi asytafi min kulli da’ain wanuruh,
dalilun liqalbi inda jahli wahairati,
faya rabbi,mati’ni bisirri hurufi,
wanawwir bihi wa sam’ii wa muqlati,
wasahhil a’layya hifzhohu summa darsah,
bijahinnabi wa ali summa sohabah…amin ya rabbal ‘alamin.

Inilah al-Quran yang tidak pernah bosan didengarkan,


Menjaga diri daripada perkara yang tidak baik,sama ada perkataan,perbuatan atau niat,
Dengan al-Quran aku mengubat segala penyakit.
Cahayanya menjadi petunjuk hatiku di kala meraba dalam kebodohan dan kebingungan,
Wahai Tuhanku!Gembirakanlah aku dengan rahsia yang ada pada setiap hurufnya.
Dan sinarilah hatiku,pendengaranku dan penglihatanku dengannya.
Mudahkanlah bagiku untuk menghafal dan mempelajarinya,
Dengan sebab kewibawaan nabi Muhammad,keluarga dan semua sahabatnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.....bersambung......<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Edited by wardatul_shauqah on 15.07.2009 18:47 Author


RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 2 of 349

AKU_HAMBA-NYA

Posts: 737
Location: Malaysia
Joined: 02.02.09
Status: Offline
Posted on 15.06.2009 18:40 Peraturan & Etika Forum
kisah sendiri ke?

tak ada kritikan... sebabnya... best............................

bila nak sambung??? Author


RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 3 of 349

wardatul_shauqah

Posts: 600
Location: Malaysia
Joined: 16.02.09
Status: Online
Posted on 15.06.2009 18:45 Peraturan & Etika Forum

bukan kisah sendiri~


rekaan semata...~
tp bukan repekan bersahaja..,[mcm pernh dgr je..??]
ada mesej disebaliknya...~

thnx..moga dapat mesejnya yer..~

ana smbg sikit lg...

Edited by wardatul_shauqah on 19.06.2009 02:48 Author


RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 4 of 349

wardatul_shauqah
Posts: 600
Location: Malaysia
Joined: 16.02.09
Status: Online
Posted on 15.06.2009 18:48 Peraturan & Etika Forum

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Wardah……cepatlah nak teka-teki,cepatlah…”minta Auni dan Balqis yang mana tempat tidur mereka
disebelah kanan katilnya.

Qistina dan Syasya juga setia menanti teka-teki yang akan diutarakan.Tempat tidur mereka pula di sebelah
kiri katil Wardatul Shaukah…Mulanya teka-teki kepada mereka berempat saja,kerana katil yang
bersebelahan.

Tetapi makin lama,makin ramai yang berminat nak join,meriah bilik itu dengan ukhwah yang
terjalin.Wardatul Shaukah mengucap syukur.Sikit-sikit lama-lama makin ramai.Tapi yang diharapkan
sebenarnya adalah kualiti lebih dari kuantiti.

Walaupun latar belakang yang berlainan dengan semua kawan-kawannya di dalam bilik itu,kerana berlatar
belakangkan sekolah agama,Wardatul Shaukah tidak kisah,dia cuba biasakan dan meramahkan dirinya
dengan yang lain.Dalam diam-diam,diselitkan dakwah kepada ahli-ahli biliknya itu.

Seperti biasa,selepas solat Isyak,Wardatul Shaukah akan menyediakan dua teka-teki pada kawan-
kawannya…Siapa yang dapat jawab dia akan menghadiahkan penanda buku yang tertulis kata-kata hikmah
untuk setiap seorang.

“Baiklah…ini soalannya…
Auni dan Syasya berjalan ke lobi,
Sambil mulut membaca kalamullah,
Siapakah dia perisai nabi,
Yang digelar Asadullah?

Sebelum memberi teka-teki ini,Wardatul Shaukah tidak lupa untuk menampal artikel di dinding bilik study
yang disediakan ruangan khas yang dinamakan sebagai “Laman Ilmu”.
Setiap pagi Wardatul Shaukah akan meletakkan artikel tentang latar-belakang orang yang akan
ditekanya,dan sahabat-sahabat nabi yang lain supaya hero-hero Islam ini tidak tenggelam dek zaman.Dia
memberi teka-teki ini kerana ingin menguji roomatenya,adakah mereka baca artikel itu atau tidak,dan
menarik perhatian dengan memberi penanda buku kepada mereka.Ia juga adalah salah satu wasilah
menggalakkan mereka membacanya.

Sebagai Musyrifah atau ketua bilik dalam bilik A-3-2 itu,dia rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan
ahli-ahli biliknya dengan sejarah-sejarah Islam dan menggalakkan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam
kehidupan seharian.Dia tidak rasa bangga langsung dengan jawatan tersebut,bahkan sebaliknya,dia rasa
teramat takut.Takut tidak mampu memegang amanah ini.

Tapi Wardatul Shaukah tidak putus-putus berdoa,moga Allah memberinya kekuatan dan memeliharanya
sentiasa.Dan dia juga berdoa agar Allah melapangkan hati-hati kawan-kawannya dalam bilik itu untuk
menerima dakwahnya tanpa dendam kesumat di dada.Wardatul Shaukah pandai menyusun strategi untuk
memikat ahli-ahli biliknya dengan salah satu caranya iaitu melalui teki-teki berpantun ini.
Kadang-kadang teka-tekinya berkaitan dengan malaikat,rasul,nabi,sirah,bahasa dan lain-lain.Dia
berharap,kawan-kawan seIslamnya ini,mengetahui dan mengingati siapakah mereka ini,supaya mereka
dapat mengambil iktibar dan merasa beruntung kerana dilahirkan dalam Islam.

Auni,Balqis,Qistina,Syasya,Suhana dan Amirah mengangkat tangan serentak,semuanya tak sabar-sabar nak


jawab.Seperti sudah tahu soalan yang akan ditanya.

“Balqis…”wardah menunjuk kearah Balqis minta dijawab.

“Baik,Balqis nak jawab ni…

Balqis pergi ke rumah Pak Amar,


Untuk bermain dengan katak,
Jawapannya tentulah Umar,
Wardah,betul tak…?

Tiba-tiba Syasya menyampuk,


“Salah,salah,sya tahu jawapan dia
Wardah,Sya nak jawab…”Syasya merayu untuk dibenarkannya menjawab.

Wardah tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya itu.

“Wahai Balqis yang pandai orangnya,


Teka-teki ini senang sebenarnya,
Kenapa Umar pula jawapannya,
Silakan Sya pula mencubanya.”Wardatul Syaukah membalas pantun Balqis dengan suara yang lancar.

“Sya jawab tau,dengar ye semua…”kata Syasya dengan bangganya.

“ Hari-hari pergi dobi,


Pergi bersama Ismail dan Abdullah,
Siapa lagi perisai Nabi,
Tak lain tak bukan dialah Hamzah Asadullah.”Syasya berpantun dengan penuh gaya,semua kawan-kawan
disekeliling geli hati mendengarnya.

“Syasya sahabatku yang bijak bistari,


Memang perihatin dan berbudi tinggi,
Memang benar jawapan yang di beri,
Ambillah bookmark ikhlas dariku ini..”Wardatul Shaukah membalas dan menghulurkan penanda buku
yang dibuatnya sendiri kepada Syasya.

“Terima kasih..yahooooooo….”Syasya melompat kegirangan,ini first time dia dapat jawab dengan betul.

Dengarlah ini teka-teki kedua kali,


Terbuka kecuali Syasya dan Balqis,
Wahai sahabat soalan ini mudah sekali,
Siapakah Nabi yang berkaitan dengan Ratu Balqis?

Syasya dan Balqis diam sahaja,kerana sudah terkecuali untuk menjawabnya.


“Qis nak cuba jawab…”minta Qistina.

Wardatul Shaukah mengangguk membenarkan.

“Nama saya adalah Qis,


Ayah saya bernama Azman,
Nabi yang berkaitan dengan Ratu Balqis,
Tentulah Nabi Sulaiman” Qistina senyum dan bangga dengan jawapan yang diberinya.

Wardatul Shaukah membalas dengan senyuman juga,


“Saya suka sukan berenang,
Berenang pula dibawah sinar,
Soalan ini memang senang,
Jawapan Qis memang benar.”Wardah menghulurkan penanda buku kepada Qistina.

“Tahniah kepada Sya dan Qis,yang lain boleh cuba esok ye..”kata Wardatul Shaukah yang tak lekang
senyumannya.

Suhana,Amirah dan Auni pasrah.


Mereka bertekad untuk menjawab teka-teki seterusnya pada malam esok pula.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>......bersambung.....<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Edited by wardatul_shauqah on 19.06.2009 00:43 Author


RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 5 of 349

azzahra_solehah

Posts: 357
Location: Malaysia
Joined: 13.10.08
Status: Offline
Posted on 15.06.2009 19:16 Peraturan & Etika Forum
bestnye cerpen ni...
tertarik dgn cara dakwah wardah...
adakah ukhti menggunakn cara tu di alam realiti??
sgt tertarik...hehe...boleh diaplikasikan..
teruskan bkarya ye....
salam ukhuwah dari akak... Author
RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 6 of 349
wardatul_shauqah

Posts: 600
Location: Malaysia
Joined: 16.02.09
Status: Online
Posted on 15.06.2009 21:37 Peraturan & Etika Forum
azzahra_solehah wrote:
bestnye cerpen ni...
tertarik dgn cara dakwah wardah...
adakah ukhti menggunakn cara tu di alam realiti??
sgt tertarik...hehe...boleh diaplikasikan..
teruskan bkarya ye....
salam ukhuwah dari akak...

ana xguna lagi dalam realiti,..~


mungkin akak boleh cuba...~
salam uhkwah kembali dari ana ye kak... Author
RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 7 of 349

Ya Habibi

Posts: 1415
Location: Malaysia
Joined: 19.09.08
Status: Offline
Posted on 15.06.2009 21:54 Peraturan & Etika Forum
Mujahadah Seorang Mujahidah....

waa~ terpikat terus dengan tajuk cerepeng nie..


alhamdulillah.. best citer die.. mesti wardah tu baik kan? mesti laa baik.. =)

waa~ nama saya pun ade sekali..


suka! suka! suka! << ahaha.. perasan..!

kak.. nanti cepat2 laa habizkan ek..


tak sabar nak tunggu kisah seterusnya..
*dreaming* Author
RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 8 of 349

wardatul_shauqah

Posts: 600
Location: Malaysia
Joined: 16.02.09
Status: Online
Posted on 15.06.2009 22:08 Peraturan & Etika Forum
Ya Habibi wrote:
Mujahadah Seorang Mujahidah....

waa~ terpikat terus dengan tajuk cerepeng nie..


alhamdulillah.. best citer die.. mesti wardah tu baik kan? mesti laa baik.. =)

waa~ nama saya pun ade sekali..


suka! suka! suka! << ahaha.. perasan..!

kak.. nanti cepat2 laa habizkan ek..


tak sabar nak tunggu kisah seterusnya..

*dreaming*

ya habibi...
akak pinjam nama yee..~ Author
RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 9 of 349

Ya Habibi

Posts: 1415
Location: Malaysia
Joined: 19.09.08
Status: Offline
Posted on 15.06.2009 22:20 Peraturan & Etika Forum
wardatul_shauqah wrote:
ya habibi...
akak pinjam nama yee..~

hee~ xpe je kak..


taknak pulangkan balik pun takpe.. ^^,

bila nak sambung nie kak? Author


RE: [Cerpen]Mujahadah seorang Mujahidah 10 of 349

wardatul_shauqah

Posts: 600
Location: Malaysia
Joined: 16.02.09
Status: Online
Posted on 15.06.2009 22:38 Peraturan & Etika Forum
Ya Habibi wrote:
hee~ xpe je kak..
taknak pulangkan balik pun takpe.. ^^,

bila nak sambung nie kak?

ok..thnx....
insyaAllah bila tiba masanya~

Anda mungkin juga menyukai