Anda di halaman 1dari 7

SEK.KEB.

TAMAN SUTERA
81200 JOHOR BAHRU
JOHOR

KERTAS KERJA PROGRAM

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

(KM1M 2018)

PERINGKAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA


TEMPAT:

DEWAN SK TAMAN SUTERA

TARIKH:

2 - 4 APRIL 2018

(ISNIN - RABU)

1.0 PENDAHULUAN

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan
untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M 2018 akan diadakan selama 3 hari iaitu pada 3 hingga 5 April 2018
dengan bertemakan “Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari”. Oleh itu, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman
Sutera telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan KM1M ini agar dapat memberi manfaat dan membantu anak didik
untuk menjadi insan yang cintakan buku dan suka membaca.

2.0 OBJEKTIF

 Membina dan mengukuh budaya membaca dalam kalangan murid.

 Menanam sikap menghargai dan cintakan ilmu dalam diri murid-murid.

 Sebagai pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan.

 Penghayatan kepada konsep pembelajaran.

3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

i. Majlis Perasmian KM1M Tahun 2018

Tarikh : 2 April 2018 (Isnin)

Masa : 8.00 – 10.00 pagi


Tempat : Dewan SK Taman sutera

4.0 JENIS AKTIVITI / PROGRAM

Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) Tahun 2018 peringkat SK Taman Sutera.

5.0 SASARAN PROGRAM

Semua guru dan murid-murid dari Pra Sekolah hingga Tahun 6 SK Taman Sutera.

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM


6.1 Jawatankuasa Induk Kem Membaca 1 Malaysia Tahun 2018

Penasihat : En. Muhamad bin Sohaini (Guru Besar)

Pengerusi : Puan Haslina binti Hj Md Daud (GPK1)

Naib Pengerusi I : Puan Maziah binti Hasan (GPK HEM)

Naib Pengerusi II : En. Mohamad bin Rahmat (GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Puan Nur Hamizah binti Mohd Kasmani (Guru Pusat Sumber)

Juru Acara Majlis : En. Mohd Aidil bin Sahipaludin

AJK Bacaan Doa : En Dazreen bin Othman

AJK Dokumentasi : En Mohd Rashdan bin Zainul Rashid

AJK Buku Program : Puan Nur Hamizah binti Mohd Kasmani

AJK Hadiah : Puan Nur Melisa binti Yahya

AJK PA Sistem : En. Saiful Shah Rizal bin Samsudin

AJK Persiapan Dewan : Semua staf sokongan

AJK Penyelaras Bacaton : Puan Nur Melisa binti Yahya (Tahun 1)

Puan Nur Idayu binti Mohd Nordin (Tahun 2)

Puan Rosmariani binti Nordin (Tahun 3)

Puan NorHidayah binti Zainal Abidin (Tahun 4)

Puan Nor Azlina binti Omar (Tahun 5)


Puan NorAniza bt Osman (Tahun 6)

AJK Penyelaras : i. Perasmian KM1M 2018

(Isnin, 2 April 2018)

# Semua guru

(Dijalankan di dewan SK Taman Sutera)

ii. Pertandingan Mewarna dan melukis poster

(Selasa, 3 April 2018)

# Guru semasa / Guru Pendidikan Seni Visual

(Dijalankan dalam bilik darjah)

iii. Pertandingan bercerita Tahap 1 dan 2

(Selasa, 3 April 2018 - 10.30-12.30)

# Puan Nur Melisa binti Yahya


# Puan Nur Hamizah binti Mohd Kasmani
# En Mohd Firdaus bin Abd Aziz
# En Mohd Aidil bin Sahipaludin
(Dijalankan di Pusat Sumber)

iv. Klinik Membaca 2018

(Rabu, 4 April 2018 - 7.30 - 10.00)

# En Mohd Aidil bin Sahipaludin

# Guru semasa

(Dijalankan di dewan SK Taman Sutera)

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber Kewangan dari Pusat Sumber SK Taman Sutera.


8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

8.1 PELAKSANAAN AKTIVITI KM1M SK TAMAN SUTERA 2018

Tarikh Masa Aktiviti

Hari Pertama 7.15 pagi - Semua guru dan murid

(2 April 2018 - Isnin) berkumpul di dewan

7.30 pagi - Ucapan perasmian KM1M oleh Guru Besar


sekaligus melakukan Countdown untuk
aktiviti bacaton dan bacaton dimulakan.

- Slot daripada Ana Muslim


8.00-10.00 pagi
- Penampilan mascot

- Pertandingan mewarna dan kuiz

- Sumbangan buku dan cenderahati

Hari Kedua 8.00 – 10.00 pagi - Pertandingan mewarna tahap 1

(3 April 2018- Selasa) - Pertandingan melukis poster tahap 2

10.30-12.00 t/hari - Pertandingan bercerita tahap 1 dan 2

Hari Ketiga 7.30-10.00 pagi - Klinik Membaca 2018 oleh En Mohd Aidil bin
Sahipaludin
(4 April 2016 - Rabu)

- Semua murid dan guru berkumpul di


12.00-1.00 t/hari
dewan.

- Ucapan Penutupan KM1M oleh Guru Besar.


- Penyampaian hadiah kepada pemenang

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah RM

1. Hadiah Pertandingan Mewarna (Pelancaran KM1M)


i. Tempat pertama

Piala (Rm 10 x 8) Rm 80

ii. Tempat kedua

Piala (Rm8 x 8) Rm 64

iii. Tempat ketiga

Piala (Rm6 x 8) Rm 48

2. Hadiah Pertandingan Mewarna Pra & Tahap 1

i. Tempat pertama

Piala (Rm 10 x 8) Rm 80

ii Tempat kedua

Piala (Rm8 x 8) Rm 64

iii Tempat ketiga

Piala (Rm6 x 8) Rm 48

3. Hadiah Pertandingan Melukis Poster tahap 2

i. Tempat pertama

Piala (Rm 10 x 6) Rm 60

ii Tempat kedua

Piala (Rm 8 x 6) Rm 48

iii Tempat ketiga

Piala (Rm 6 x 6) Rm 36

4. Hadiah Pertandingan bercerita tahap 1 dan 2

i Tempat pertama

Piala (Rm15x2) Rm 30

ii Tempat kedua

Piala (Rm 12 x2) Rm 24


iii Tempat ketiga

Piala (Rm 10 x 2) Rm 20

JUMLAH BESAR RM 602

10.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif pelaksanaannya. Aktiviti yang dilaksanakan
sepanjang pelaksanaan KM1M Tahun 2016 selama tiga hari ini diharapkan mampu memupuk budaya membaca dalam
kalangan murid SK Taman Sutera. Selain itu, pemupukan budaya membaca ini diharap dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan murid yang diperolehi melalui pembacaan serta meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid SK
Taman Sutera.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ __________________________

(NUR HAMIZAH MOHD KASMANI) (MUHAMAD BIN SOHAINI)

Setiausaha Program KM1M Tahun 2018 Guru Besar,

Merangkap Guru Pusat Sumber Sekolah, SK Taman Sutera

SK Taman Sutera

Disemak oleh:

__________________________

(HASLINA BT HJ MD DAUD)

Penolong Kanan 1,

SK Taman Sutera

Anda mungkin juga menyukai