Anda di halaman 1dari 9

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA : SUATU ANALISIS KRITIKAL

Chong Cheng Yang

Pengkhususan Sejarah Pendidikan Rendah

IPG Kampus Raja Melewar

chinzp96@gmail.com

016-7766683

Nurun Najwa binti Mohammad Mustafa

Pengkhususan Sejarah Pendidikan Rendah

IPG Kampus Raja Melewar

missnunawawa@gmail.com

018-9502664

Tan Cheng Xuan

Pengkhususan Sejarah Pendidikan Rendah

IPG Kampus Raja Melewar

ch3ngxuan0121@gmail.com

019-7580321

ABSTRAK

Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes ini diadakan adalah
bertujuan untuk mengenalpasti mana-mana persatuan atau pun pertubuhan bukan kerajaan
yang berdaftar yang mengalami masalah dalam isu kewangan. Objektif kajian ini dijalankan
adalah untuk mengkaji cara-cara pengurusan persatuan yang efektif dan memberi cadangan
bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan tersebut dari berlaku serta
cara untuk menjana kewangan persatuan tersebut. Untuk memperoleh satu dapatan kajian
yang boleh digunapakai dalam kajian kes ini, saya telah menemubual salah seorang staf
daripada Persatuan Sejarah Malaysia. Melalui kajian ini, cara untuk menguruskan sebuah
persatuan dengan lebih berkesan akan dapat dikenalpasti di samping mengetengahkan
cadangan-cadangan serta alternatif dalam memastikan permasalahan kewangan dalam
sesebuah persatuan akan dapat dielakkan dan serta diselesaikan menggunakan solusi yang
berkesan.

Kata kunci : Persatuan, Sejarah, Malaysia

1
PENGENALAN

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah ditubuhkan pada 30 April 1953. PSM ini sebagai
salah sebuah persatuan yang telah lama bergiat aktif dalam usaha untuk memartabatkan
sejarah Malaysia bukan sahaja di peringkat negara, bahkan juga di peringkat global.
Persatuan ini telah ditubuhkan atas dasar melihat kepada pentingnya untuk mewujudkan
sebuah persatuan yang menggalakkan rakyat supaya lebih berminat dengan kebudayaan
dan juga sejarah Malaysia. Ini juga merupakan hasrat salah seorang daripada pengasas
PSM, iaitu Datuk E.E.C. Thuraisingam. Menurut responden, iaitu Encik Johari Miswan,
aktivitis serta tokoh-tokoh yang pernah berkecimpung dalam usaha untuk membangunkan
persatuan ini merupakan mereka yang tidak asing lagi dalam sejarah tanah air. Antara
nama-nama yang disebutkan oleh beliau ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,
Datuk Musa Hitam, Encik Ghafar Baba dan beberapa nama lain. Menurut sumber daripada
laman sesawang rasmi PSM, General Sir Gerald Templer yang merupakan bekas
Pesuruhjaya Tinggi menekankan dalam ucapan beliau pada 30 April 1953, bahawa PSM
merupakan satu usaha untuk menggembleng semua bangsa di Malaysia untuk menjadi satu
rupa bangsa yang tunggal dalam menghadapi masa dan zaman menghadapi kemerdekaan
(Persatuan Sejarah Malaysia, 2007).

KAJIAN LEPAS

PSM telah dari mula-mula lagi cuba menggemblengkan seluruh tenaga kepegawaian dari
yang paling rendah hingga yang paling tinggi untuk sama-sama berganding bahu berjuang
dalam persatuan. Ini termasuklah Menteri Besar, Penasihat British, Setiausaha Kerajaan
Negeri, Pegawai Daerah, Orang-Orang Besar Jajahan, Pegawai Pendidikan, Guru Besar
dan guru serta orang perseorangan. Semua itu dirancangkan sebagai satu pergerakan
masa hadapan yang berwawasan.

Pada tahun 1955 cawangan PSM sudah wujud di Perak Utara - Kuala Kangsar,
Taiping (1953), Kinta (1954) - Perak Selatan, Kuala Lumpur (1953), Singapura (1953),
Seremban (1954), Kota Bharu (1954), Kuantan (1954), Kedah dan Terengganu (1956).
Persatuan Sejarah Melaka dan Persatuan Sejarah Pulau Pinang mengambil keputusan
bergabung dengan PSM pada tahun 1971. Menjelang 1972 bilangan Cawangan PSM
berjumlah sebelas buah. Kini PSM mempunyai 14 Cawangan di peringkat negeri iaitu di
Perak (1955) Kedah (1957) Negeri Sembilan (1959) Selangor (1962) Pahang (1962) Perlis
(1968) Johor (1969) Terengganu (1971) Melaka (1971) Pulau Pinang (1971) Kelantan
(1972) Sarawak (1972) Sabah (1973), dan Wilayah Persekutuan (1980) (Persatuan Sejarah
Malaysia, 2007). Antara 14 kawasan atau daerah hanya Batu Pahat dan Muar masih tinggal
aktif. Setiap cawangan bergerak atas perlembagaannya yang diasaskan kepada

2
Perlembagaan Induk PSM dalam melaksanakan aktiviti warisan di peringkat negeri, menjadi
perujuk sejarah tempatan dan menghasilkan terbitan mereka sendiri.

METODOLOGI

FOKUS KAJIAN

1. Meneliti sejarah dan pengurusan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).


2. Mengkaji sumber kewangan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).
3. Mencadangkan penjanaan kewangan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk:

i. mengenalpasti latar belakang dan cara pengurusan persatuan yang berkesan.


ii. memahami tujuan dan fungsi serta aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
tersebut pada masa dahulu dan masa kini.
iii. Memberi cadangan serta alternatif bagi mengatasi masalah kewangan yang
dihadapi oleh persatuan tersebut dalam menjana kewangan.

TUJUAN KAJIAN

Kewangan merupakan isu yang sangat penting dan perlu diberi perhatian dalam
menguruskan sesebuah persatuan. Dengan adanya pengurusan kewangan yang baik, maka
setiap aktiviti persatuan yang ingin diadakan akan dapat berjalan dengan lancar sekaligus
memastikan matlamat serta misi persatuan akan dapat dicapai. Sekiranya sesebuah
persatuan mempunyai perancangan akitviti tahunan yang mantap namun isu kewangan
dipandang remeh walaupun menghadapi masalah, nescaya persatuan ini tidak akan dapat
bertahan dan kekal untuk jangka masa yang lama. Setiap persatuan perlu memastikan
bahawa pengurusan kewangan sesuatu persatuan dijalankan dengan baik serta mengikut
apa yang telah ditentukan dalam Perlembagaan Persatuan.

Dalam PSM, isu kewangan adalah dalam keadaan yang baik. Namun demikian,
untuk memastikan agar persatuan ini dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang boleh
memberikan manfaat kepada sejaraha tanah air, dana kewangan perlu dicari dengan lebih
proaktif. Sebagai contoh, untuk memantapkan lagi bidang sejarah tanah air, penyelidikan
serta kajian-kajian semula perlu dilakukan untuk memastikan bahawa sumber sejarah di
Malaysia lebih tertumpu kepada sentrik Malaysia berbanding sentrik Barat. Dan untuk

3
melakukan kajian dan penyelidikan ini, kos yang sangat tinggi diperlukan. Ini menunjukkan
betapa pentingnya untuk sumber kewangan sesuatu persatuan itu berapa dalam keadaan
kukuh demi memastikan setiap aktiviti yang boleh menaikkan nama persatuan akan dapat
diadakan dengan jayanya.

Terdapat pelbagai cara untuk PSM menambahkan dan meningkatkan lagi dana
kewangan persatuan ini. Antara alternatif yang boleh dilakukan adalah dengan menerbitkan
bahan-bahan rujukan sejarah Melayu yang boleh dijadikan sumber ilmiah dan boleh
digunapakai. Dengan penerbitan sumber-sumber ini, hasil jualannya boleh digunakan untuk
manfaat persatuan sekaligus juga dapat mengembangkan lagi bidang penulisan Sejarah di
Malaysia.

Selain itu, PSM juga bleh mengambil inisiatif lain seperti menerbitkan kisah-kisah
sejarah Malaysia dengan berkolaborasi dengan mana-mana badan perfileman. Cara ini
bukan sahaja dapat menjana dana untuk persatuan bahkan juga dapat mempelbagaikan
lagi sumber sejarah di Malaysia. Selain dalam bentuk penceritaan, rakaman temubual juga
boleh dilakukan bersama tokoh-tokoh sejarah untuk mendapatkan sumber-sumber sejarah
lisan. Pada masa ini, kegunaan sumber lisan dalam rujukan sejarah semakin berkembang.
Walaupun sumber bertulis masih menjadi keutamaan untuk dijadikan sumber dalam
membuat rujukan, namun sumber lisan juga boleh digunapakai dan kegunaannya pada
masa kini makin berkembang (Pudentia, 2015). PSM boleh melakukan kolaborasi dengan
pihak Arkib Negara.

ANALISIS DISKRIPTIF DATA

Sesuai dengan kehendak perlembagaan, PSM bergerak dalam pelbagai aktiviti dari semasa
ke semasa seperti mengelolakan dan menganjur bersama pihak lain seperti universiti,
seminar dan persidangan, karangan/esei dan perdebatan, kuiz, pameran untuk belia dan
dewasa, mengadakan lawatan dan kajian di dalam dan di luar negara, memperakukan
peninggalan bangunan yang berunsur sejarah, dipulih dan diabadikan dan kadang kala
membuat pendirian umum melalui media terhadap pelbagai isu sejarah bahkan isu politik.

Antara pencapaian yang kurang diketahui ramai ialah PSM telah memperolehi kerjasama
Pengarah Pelajaran Negeri untuk membuat kajian dan menghasilkan buku sejarah
mengenai perkembangan sekolah dan pendidikan di Negeri Terengganu, Pulau Pinang,
Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Johor. Sumbangan ini amat tinggi nilainya
dari segi rakaman yang memungkinkan pengkaji melihat gambaran dan perkembangan
pendidikan di negeri-negeri di seluruh Malaysia

4
Antara pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh PSM ialah Pertandingan
Menulis Sejarah Malaysia, Kuiz Sejarah dan Patriotisme, Pertandingan Galeri Sejarah
Sekolah dan juga Pertandingan Menulis Novel Sejarah. Pertandingan ini diadakan adalah
untuk menarik minat masyarakat Malaysia agar mereka turut melibatkan diri dalam usaha
untuk memartabatkan sejarah negara kita sendiri. Pertandingan yang dianjurkan banyak
melibatkan sekolah dan juga pelajar-pelajar. Pendekatan seperti dilihat dapat memupuk rasa
minat dalam diri pelajar terhadap sejarah. Hal ini dilihat penting kerana mereka inilah yang
akan menjadi peneraju kepada kepimpinan negara kelak.

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) melalui Jawatankuasa Jejak Sejarah sentiasa


membuat perancangan bagi PSM mengadakan program Jejak Sejarah di dalam dan luar
negara, mengunjungi tempat-tempat bersejarah khususnya yang ada hubung kait dengan
Malaysia, Agama Islam dan Dunia Melayu.

Melalui program yang diadakan ini dapat diwujudkan hubungan yang rapat dengan
institusi dan pertubuhan-pertubuhan sejarah di luar negara khususnya negara-negara jiran
di Asia Tenggara. Ini membolehkan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertukaran maklumat,
penerbitan, dan kerjasama penyelidikan serta penganjuran persidangan peringkat
antarabangsa.

Program Jejak Sejarah mula diadakan pada 1-8 Mei 1990 apabila PSM mengadakan
lawatan ke Acheh, Sumatera (Indonesia). Sehingga kini sebanyak 26 siri Program Jejak
Sejarah sudah diadakan.

Penglibatan PSM dalam Kongres/Persidangan/Seminar/Bengkel dilaksanakan sama


ada melalui peranan PSM sebagai penganjur atau penganjur bersama dan juga melalui
penyertaan PSM dalam program yang dianjurkan oleh pihak lain.

Penganjuran bersama lazimnya dibuat dengan jabatan atau agensi kerajaan


berkaitan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia, dan Jabatan
Sejarah Intitut Pengajian Tinggi Tempatan.Sehingga kini PSM telah menganjurkan tiga
program besar peringkat Kebangsaan:

i. Kongres Sejarah Malaysia I (1978),


ii. Kongres Sejarah Malaysia II (1996), dan
iii. Sidang Puncak Sejarah (2013).

Di peringkat antarabangsa PSM bekerjasama dangan pertubuhan seperti


Masyarakat Sejarawan Indonesia dan Philippinnes Historical Society menganjurkan program
untuk menggerakkan kesedaran sejarah dalam kalangan masyarakat di gugusan kepulauan

5
Melayu.Seminar dan Bengkel dianjurkan dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat PSM atau
PSM Cawangan. Program seperti ini dibuka penyertaannya kepada orang awam atau pun
melibatkan kumpulan khusus seperti guru sejarah, mahasiswa, dan pelajar.

Program ‘Sembang-Sembang Sejarah’ adalah aktiviti yang dianjurkan secara kerap


oleh ibu pejabat PSM dan mendapat sambutan baik daripada penggiat dan pencinta
sejarah. Program ini menjemput seorang tokoh atau individu daripada pelbagai bidang untuk
bercerita dan berkongsi pengalamannya sepanjang kerjaya atau ketika penglibatannya
dalam satu episod sejarah yang penting. Sessi ini dibuat secara santai bagi memudahkan
interaksi.Penyertaan bagi program ini secara percuma.

HASIL KAJIAN

PSM merupakan satu persatuan berdaftar yang berada dibawah seliaan kerajaan.
Sebahagian daripada kewangan persatuan ini adalah berpunca daripada dana daripada
kerajaan pusat. Sungguhpun begitu, PSM tidak hanya bergantung kepada biayaan kerajaan
semata-mata sebaliknya mengikhtiarkan cara untuk menjana kewangan persatuan sendiri.

Antara usaha yang dilakukan adalah dengan mengenakan yuran ahli terhadap
mana-mana individu yang ingin menyertai persatuan ini. Selain itu, PSM juga turut
menyewakan dewan, ruang pejabat dan bilik seminar di wisma sejarah. Melalui cara ini,
persatuan akan dapat menjana sedikit pendapatan lebih untuk menampung kewangan
persatuan.

RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR

PSM merupakan satu persatuan yang tidak asing lagi dalam Malaysia. Namun demikian,
timbul isu apabila sangat sedikit bilangan golongan anak muda masa kini yang ingin
menyertai persatuan ini. Perkara ini dianggap sebagai satu permasalahan yang serius
kerana pada masa kini, ahli persatuan ini kebanyakannya terdiri daripada golongan-
golongan veteran. Dalam ucapan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar
Mohd. Hashim pada Mesyuarat Tahunan Majlis Ke-61, Persatuan Sejarah Malaysia baru-
baru ini, beliau melahirkan rasa terkilan kerana menurutnya tidak ramai golongan muda
bergiat secara aktif dalam persatuan itu dan kerisauan beliau terbukti kerana rata-rata
kepimpinan persatuan termasuk di peringkat negeri terdiri daripada mereka yang telah
bersara daripada perkhidmatan (Alimudin, 2016).

Sudah tiba masanya persatuan ini memerlukan suntikan baharu dengan menarik
minat dan penglibatan lebih ramai golongan muda untuk bergiat secara aktif. Langkah ini

6
penting kerana dalam melaksanakan aktiviti berkaitan bidang sejarah, ia memerlukan ruang
masa dan tenaga. Tambahan pula, pada masa ini terdapat penemuan baharu dan isu
berkaitan sejarah yang memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam.

ANALISIS KES (KAEDAH ANALISIS SWOT)

Strength (Kekuatan) Weakness (Kelemahan)


- Telah diasaskan lebih dari separuh - Kurang penyertaan daripada
abad yang lalu generasi muda.
- Diterajui oleh mereka yang
mempunyai pengalaman luas dalam
bidang sejarah
- Mempunyai cawangan di setiap
negeri di Malaysia.
Opportunity (Peluang) Threat (Ancaman)
- Mengembangkan lagi bidang sejarah - Tidak mempunyai perintis untuk
di Malaysia masa akan datang.
- Memupuk minat generasi muda
terhadap sejarah tanah air.
- Memelihara sumber sejarah tanah air
- Platform rujukan sejarah bagi
masyarakat Malaysia

PENUTUP

Untuk mewujudkan satu persatuan yang baik, sistem pengurusan dan cara
pengendaliannya perlulah dititikberatkan. Peranan ketua persatuan juga sangat penting
dalam memastikan sistem pengurusan berjalan dengan baik dan lancar. Ketua persatuan
juga perlulah sentiasa memantau pergerakan anak buah dan memastikan setiap ahli
menjalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing dalam persatuan. Ketua yang
mampu untuk mengetuai satu persatuan dengan baik merupakan salah satu aspek yang
penting untuk mewujudkan satu persatuan yang baik (Philip, 2014). PSM merupakan
sebuah persatuan yang boleh dijadikan contoh untuk cara pengurusan yang efektif dan juga
penjanaan kewangan yang baik.

7
RUJUKAN
Alimudin, M. N. (2016, Oktober 25). Memperkasakan persatuan sejarah malaysia. Retrieved
from Utusan: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memperkasakan-persatuan-
sejarah-malaysia-1.399149

Persatuan Sejarah Malaysia. (2007). Sejarah penubuhan. Retrieved from Persatuan Sejarah
Malaysia: http://www.psm.org.my/index.php/imbasan-sejarah/penubuhan-psm

Philip, A. F. (2014). The open organisation; A new era of leadership and organizational
development. UK: Gower Publish Limited.

Pudentia, M. P. (2015). Metodologi kajian tradisi lisan (Edisi revisi). Indonesia.: Yayasan
Pustaka Obor Indonesia.

8
LAMPIRAN