Anda di halaman 1dari 5

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK BATU UNJUR

KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber,SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya.

PENGENALAN
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama
dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap
yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk
menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.

Badan Pengawas sekolah yang merupakan tunjang utama dalam


membantu pengurusan aktiviti serta disiplin sekolah. Para pengawas
yang dipilih dilatih untuk melaksanakan tugas-tugas khas terutama
dalam melahirkan suasana sekolah yang lebih harmoni.

Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit


yang terdiri daripada murid-murid yang terpilih untuk membantu
pengurusan Pusat Sumber. Badan ini akan membantu PSS
menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif
PSS.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk
melatih para murid untuk menguasai kemahiran membantu agar
mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan
dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka
membantu diri sendiri.

Pengawas SPBT yang dilantik akan membantu guru SPBT


melicinkan lagi operasi SPBT sekolah. Selain Itu, membantu
melaksanakan kerja-kerja pengagihan dan pemulangan buku serta
menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan bilik BOSS.

1
Oleh yang demikian, perlantikan secara rasmi ini diharap dapat
memberi motivasi dan meningkatkan lagi daya usaha murid-murid
yang dilantik ini untuk melaksanakan tugas dengan tekun dan ikhlas
disamping menjadi contoh kepada murid lain.

OBJEKTIF
/MATLAMATMm
PROGRAM MATLAMAT

1) Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih.


2) Memperkenalkan kepada murid-murid barisan pemimpin
Murid tahun 2018.
3) Memberi contoh tauladan kepada murid mengenai perlaksanaan
majlis rasmi.

OBJEKTIF

1) Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas


Sekolah ,Pengawas PSS, PRS, SPBT.
2) Supaya murid yang dilantik melakukan tugas yang
diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh
bertanggungjawab.
3) Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk
menjalankan tugas dengan baik.
4) Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan
yang terpilih.

2.
RASIONAL
1. Melantik Pengawas Secara Rasmi untuk membolehkan mereka
PROGRAM
melaksanakan tugas dengan baik.

PENYERTAAN
Semua Pengawas sekolah sesi pagi,petang dan PPKI,PRS,SPBT dan
PSS
KAEDAH
i. Mengedarkan surat tawaran pelantikan dan lanjutan
PELAKSANAAN
pelantikan untuk persetujuan ibubapa
ii. Memberi watikah perlantikan dari guru besar secara rasmi
dalam majlis di perhimpunan
iii. Memberi peringatan dan dorongan mengenai tanggujawab
untuk amanah dalam menjalankan tugas.

TEMPAT
Dataran Terbilang SKBU

2
BUTIRAN
Program diadakan pada 7 Februari 2018 dalam perhimpunan rasmi
PROGRAM
sekolah.
Penyerahan watikah disempurnakan oleh Guru Besar En Hud bin
Abdul Ghani dan diikuti dengan bacaan ikrar oleh semua Pengawas.

BELANJAWAN
Perbelanjaan:
PROGRAM
Banting - 1 x RM 160.00

(Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling)

TENTATIF
7.20 pagi Perhimpunan rasmi mingguan
PROGRAM
7.30 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
- Ucapan Guru Besar
- Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
- Bacaan Ikrar
8.30 pagi Bersurai

AHLI JAWATAN
Penasihat : En. Hud bin Abdul Ghani
KUASA
Pengerusi : En Ahmad Ubaidillah bin Hairun
Naib Pengerusi : Pn. Fauziah binti Hassan
En.Rizaudin bin Md Yaakob
Pn Arba’ayah binti Jailani
Pn Zarina bint Zulkifli

Penyelaras program : Pn Aminah binti Sabtu


Setiausaha : En Muhaimin bin Muhammad

AJK PELAKSANA :

Siaraya
En Mohd Arif bin Ismail

Persiapan Tempat/pentas
En Mohd Azmi Awang
Pn Manisah binti Mohamad

Juruacara
En Amiruddin Hafiz bin Zainuddin

Jurugambar
En Yusof bin Nordin

3
Dokumentasi
Pn Aminah Bt Sabtu

Pamplet
Cik Nurul Huda

Cenderamata dan Sijil Watikah Pelantikan


Pn Aminah binti Sabtu ( PRS)
Pn Fadilla binti Abd Hadi (PSS)
En Hidar bin Nuruddin (SPBT)
En Muhaimin bin Mohamed (Pengawas Sekolah sesi pagi)
En Mansor bin Hussin (Pengawas sesi petang)
En Ami mahyuddin bin Lowhim (Pengawas PPKI)

Displin Pengawas

En Wafiy
En Samsukama Mohd Zahri
Semua Guru Bertugas

PENUTUP
Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan
dapat meningkatkan motivasi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber , PRS dan SPBT untuk menjalankan tugas dengan baik dan
penuh dedikasi.

Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengiktirafan


kepada para Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS,PRS dan SPBT supaya
dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Di samping itu, para pelajar dapat membentuk diri menjadi


pemimpin yang berilmu, berakhlak tinggi dan berketerampilan.
Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat
bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan
yang rasional.

4
Disediakan oleh, Disemak Oleh,

__________________________ _______________________
( AMINAH BINTI SABTU ) (AHMAH UBAIDILLAH BIN HAIRUN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Penolong Kanan HEM
SK Batu Unjur SK Batu Unjur

Disahkan oleh,

___________________________
( HUD BIN ABDUL GHANI )
Guru Besar
SK Batu Unjur

Ulasan:
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai