Anda di halaman 1dari 4

Aduh Sedapnya Roti Golok Viral Yang Super Lembut Ni https://daridapur.

com/aduh-sedapnya-roti-golok-vira/

Aduh Sedapnya Roti Golok Viral


Yang Super Lembut Ni
By Dari Dapur - 06/09/2017

Beberapa bulan yang lepas, kita semua ada digemparkan dengan satu
fenomena roti golok viral di laman sosial Facebook. Rata-rata ramai yang
mencuba resepi roti golok viral ni.

Saya pun tak kurangnya jugak. Saya dah cuba. roti golok viral ni memang
sedap. Lembut, lemak-lemak manis masin. Aduh! Sedap tak terkata.

Oleh sebab itu, saya nak kongsikan dengan anda semua resepi yang saya
dapat ni. Pasti mejadi, insha Allah. Jom kita tengok macam mana nak buat .
Kalau nak cuba resepi roti lain , boleh cuba Lebih 6000 Shares , Resepi
Mudah Roti Gebu Dan Lembut Ini Memang Awesome di sini.

1 of 4 23/02/2018, 6:49 PM
Aduh Sedapnya Roti Golok Viral Yang Super Lembut Ni https://daridapur.com/aduh-sedapnya-roti-golok-vira/

Bahan-bahan roti golok viral :

Bahan A

1 cawan air suam


1 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis kering

Bahan B

4 cawan tepung roti atau tepung high protein


1 sudu kecil bun softener
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung

Bahan C

Mentega
Gula kastor atau gula halus

2 of 4 23/02/2018, 6:49 PM
Aduh Sedapnya Roti Golok Viral Yang Super Lembut Ni https://daridapur.com/aduh-sedapnya-roti-golok-vira/

Cara buat roti golok viral

#1: Bancuh Bahan A di dalam cawan dan biarkan selama 5 – 10 minit


hingga bancuhan berbuih. Sementara itu, masukkan kesemua Bahan B ke
dalam bekas yang besar. Kemudian, kacau atau ramas bahan-bahan
hingga menjadi seperti serbuk roti.

#2: Setelah bancuhan bahan A dah berbuih, seterusnya tuangkan ke


dalam bahan B tadi. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati
dan tidak melekat di tangan. Setelah menjadi doh, doh perlulah direhatkan
selama 30 minit hingga 40 minit.

#3: Setalah doh mengembang berkali ganda, anda bolehlah bahagikan


kepada doh-doh kecil seberat 20 gram setiap satu. Kita memerlukan 3 doh
kecil untuk membuat pintalan bagi menjadikan satu biji roti. Setelah itu,
bentukkan doh kecil memanjang-manjang dan pintal mengikut kreativiti
masing-masing.

#4: Doh yang telah disiap dibentuk, anda susunkan ia di atas loyang
dengan jarakkan antara satu sama lain. Dok kita perlu direhatkan sekali lagi
selama 30 minit atau hingga ia mengembang dua kali ganda. Ini bertujuan
untuk mendapatkan roti yang lembut dan gebu.

#5.: Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180 degree atau mengikut
oven masing-masing. Kemudian, bakar roti kita dengan api atas bawah

3 of 4 23/02/2018, 6:49 PM
Aduh Sedapnya Roti Golok Viral Yang Super Lembut Ni https://daridapur.com/aduh-sedapnya-roti-golok-vira/

selama 30 minit atau hingga roti masak. Setelah masak, roti perlulah
disejukkan terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan bahan C.

#6: Setelah roti sejuk, sapukan mentega ke atas roti dan taburkan gula
kastor atau gula halus. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tada! Siap sudah roti golok viral kita yang super lembut dan super gebu.
Anda semua memang wajib cuba resepi ni. Roti ni boleh dimakan pada
bila-bila masa.

Sesuai juga dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selain itu,
boleh juga dijadikan bekalan buat anak-anak ke sekolah. Selamat
mencuba.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial
kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi
pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Zaimah Zakaria

Video Pilihan : Resepi Kek Pandan Gebu

4 of 4 23/02/2018, 6:49 PM