Kisah Nabi Adam Di Syurga PDF
Kisah Nabi Adam Di Syurga PDF
Kawan-kawan,Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT dari tanah. Malah,
ia juga adalah Nabi pertama yang diutuskanNya.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Tin ayat 4:
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”
Namun dunia hari ini memperlihatkan kejadian pembuangan bayi dan pemerdagangan bayi semakin
menjadi-jadi dikalangan manusia sendiri.
Sahabat sekalian,
Perkhabaran Allah untuk mencipta khalifah di muka bumi menimbulkan kebimbangan para
malaikat. Lalu mereka bertanya:
“Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah dibumi,orang yang akan membuat kerosakan padanya
dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau.”
Maksudnya: “Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya".
Al-Baqarah: ayat 30
Adam dicipta ditiup rohnya
Perintah Allah sujud padanya
Malaikat mengikut membantah tiada
Iblis membangkang membangga dirinya
Lalu ia diusir dari syurga
Berjanji akan sesatkan manusia – sepohon kayu
Begitulah kawan-kawan, janganlah kita bersikap takabbur dengan kelebihan yang kita ada.
Dunia hari ini, memperlihatkan banyak pemimpin dunia yang mengalami kejatuhan dalam
hidup mereka kerana sikap takabbur mereka sendiri. Misalnya, apa yang berlaku di Palestin dan
beberapa negara lagi.
Sahabat semua,
Adam telah diberi pengetahuan oleh Allah nama-nama benda yang ada dimuka bumi.
Kemudian, Allah menguji pengetahuan yang ada pada Adam. Kebijaksanaan Adam dikagumi oleh para
Malaikat.
“Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang
Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Firman Allah :
∩⊂⊂∪ tβθãΚçFõ3s? öΝçFΨä. $tΒuρ tβρ߉ö7è? $tΒ ãΝn=÷ær&uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# |=ø‹xî ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) öΝä3©9 ≅è%r& öΝs9r& tΑ$s%
Maksudnya: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia
langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
Al-Baqarah: ayat 33
Dalam hidup ini, kita patut bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada
kita.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dapat bernaung di bawah pemerintahan 1
Malaysia yang aman dan damai.
Wahai sahabat,
Ketika sedang melayan jiwa yang lara, Adam tertidur. Lalu Allah menjadikan Hawa dari tulang
rusuk Adam di sebelah kiri. Ketika terjaga dilihat ada seseorang berada disisinya. Lalu Malaikat
bertanya;
“Wahai Adam, apa dan siapakah makhluk di sisimu?”
“Seorang perempuan.”
“Untuk mendampingiku, membahagiakanku dan memenuhi keperluan hidupku sesuai kehendak Allah
swt,” Jawab Adam.
Maka, tinggallah Adam dan Hawa di dalam syurga, menikmati segala keindahan dan
kemewahan di syurga dengan hati yang gembira. Firman Allah dalam surah al-A’raf: ayat 19 :
$tΡθä3tFsù nοtyf¤±9$# ÍνÉ‹≈yδ $t/tø)s? Ÿωuρ $yϑçFø⁄Ï© ß]ø‹ym ô⎯ÏΒ Ÿξä3sù sπ¨Ψyfø9$# y7ã_÷ρy—uρ |MΡr& ô⎯ä3ó™$# ãΠyŠ$t↔¯≈tƒuρ
Maksudnya: "Dan Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini,
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
Allah juga berpesan yang iblis akan sentiasa menyesatkan mereka dan mengheret mereka
keluar dari syurga.
Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan. Tujuannya, untuk saling bantu membantu dan
berkasih sayang.
Namun, pada masa kini kes perceraian mencatatkan peningkatan yang semakin
membimbangkan. Sedangkan Allah amat membenci kepada perceraian.
Kawan-kawan semua,
Mereka akhirnya diperintahkan untuk keluar dari syurga sebagai hukuman dari Allah.
Iblis dan syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Janganlah kita mudah terpedaya dengan
godaan dan hasutannya.
Pada masa kini, masalah sosial yang melibatkan gejala syirik dan murtad semakin berleluasa
di kalangan masyarakat Islam. Berhati-hatilah kita agar tidak terjebak dengannya.
Disediakan oleh,
PN. SITI ATIKAH BINTI ISMAIL
SK SERTING HILIR KOMPLEKS
BANDAR SERI JEMPOL