SYARAT-SYARAT PENCALONAN ANUGERAH KHAS PENGARAH, ANUGERAH
CEMERLANG KEPIMPINAN, ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM DAN ANUGERAH CEMERLANG PRAKTIKUM
1.0 ANUGERAH CEMERLANG KEPIMPINAN
1.1 PMGT sekurang-kurangnya 3.25 1.2 Pernah memegang jawatan kepimpinan dalam JPP atau jawatan di dalam Unit Beruniform/Kelab/Persatuan/Kelas 1.3 Terlibat dalam aktiviti khidmat sosial dan kesukarelawan di peringkat Institut, Negeri, Zon, Kebangsaan dan Antarabangsa 1.4 Sumbangan di luar institut Contoh : Semasa menjalani praktikum, khidmat masyarakat 1.5 Sahsiah terpuji
2.0 ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM
2.1 PMGT sekurang-kurangnya 3.25 2.2 Menglibatkan diri dalam bidang sukan/kokurikulum di peringkat Negeri, Zon, Kebangsaan dan Antarabangsa 2.3 Anugerah dan penghargaan yang diterima bagi pencapaian dan sumbangan kokurikulum di peringkat Negeri, Zon, Kebangsaan dan Antarabangsa Contoh : Johan Lompat Jauh KAGUM, Peserta Pertandingan Drama Piala Perdana Menteri 2.4 Sahsiah terpuji
3.0 ANUGERAH CEMERLANG PRAKTIKUM
3.1 PMGT sekurang-kurangnya 3.25
3.2 Mencapai tahap cemerlang Praktikum Fasa 1 dan 2 3.3 Sentiasa menunjukkan budi pekerti yang luhur, terpuji, berbudi bahasa serta dapat menyesuaikan tingkahlaku sebagai seorang guru. 3.4 Tidak melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan Amalan Profesional dan didakwa di bawah Akta 174 serta disabitkan kesalahan.
4.0 ANUGERAH KHAS PENGARAH
4.1 PMGT sekurang-kurangnya 3.50
4.2 Kesemua kriteria di dalam anugerah ini adalah gabungan kriteria-kriteria yang terdapat di dalam Anugerah Cemerlang Kepimpinan, Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan Anugerah Cemerlang Praktikum 4.3 Tiada masalah disiplin yang direkod