Anda di halaman 1dari 6

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MAC 2018
BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

Nama: ______________________ Tahun : 3 ___________

Bahagian A (Soalan 1 – 15) (30 markah)


Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Terung di kebun sayur Kim Ho ________________ ungu.

A. berwarna B. berbuah C. bercadang

2. “Selamat tinggal, _____________. Saya akan menjaga diri baik-baik,”


kata Kalang kepada neneknya.

A. nenek B. ibu C. kakak

3. _____________ sejenis haiwan mamalia.

A. Tapir B. Ular C. Harimau

4. Sang Buaya sering tertipu dengan kata-kata ____________ yang bijak.

A. Sang Kancil B. Sang Nuri C. Sang Todak


5. Encik Ranjit ____________ kad ucapan terima kasih kepada jiranya.

A. membalut B. mendapat C. menghantar

6. Buku cerita kanak-kanak ini __________________.

A. tinggi B. tebal C. nipis

7. Belon yang ditiup oleh Haikal telah _______________.

A. melompat B. menangis C. meletup

8. Mei Lin dan Lee Fen sentiasa ____________ sewaktu di kolam renang.

A. bermain-main B. berbual-bual C. berhati-hati

9. Jam dinding perpustakaan ini berbentuk _______________.

A. bulat B. segi tiga C. segi empat

10. Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang mempunyai paras rupa yang
_____________.

A. comot B. nyaman C. cantik


Baca cerita di bawah dan pilih jawapan yang sesuai.
Pada suatu tengah malam, Mak Minah terdengar pintu rumahnya
diketuk orang. Dia segera bangun. Apabila pintu dibuka, dia
ternampak seorang wanita memeluk seorang bayi. Bajunya basah
kuyup walaupun hari tidak hujan. Mak Minah kehairanan tetapi dia
kasihan melihat wanita itu lalu menjemputnya masuk ke dalam rumah.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam, wanita itu meletakkan bayi
di atas meja. Bayi itu kelihatan letih dan tidur dengan lena. Mak Mina
masuk ke dalam dapur. Dia mendapatkan sedikit makanan dan
minuman untuk wanita itu. Walau bagaimanapun, apabila dia
kembali, wanita itu sudah hilang. Bayi yang terlena di atas meja itu
pula bertukar menjadi batu nisan. Mak Minah terkejut lalu pengsan.

11. Bilakah wanita itu datang ke rumah Mak Minah?


A. waktu petang C. pagi
B. tengah malam D. petang

12. Mengapakah Mak Minah berasa hairan melihat wanita itu.


A kerana bajunya basah C kerana dia lari
B melihat dia membawa bayi D dia merasa marah

13. Di manakah wanita itu meletakkan bayi itu apabila dia masuk ke
Rumahnya?
A. di atas kerusi C. di depan pintu
B. di lantai D. di atas meja

14. Mengapakah Mak Minah pengsan?

A. bayi itu menangis C. bayi itu dapat berjalan


B. bayi itu bertukar menjadi batu nisan D. bayi itu hilang

15. Apakah sifat Mak Minah yang terpuji


A sombong C merendah diri
B busuk hati D kasih sayang
Bahagian B (Soalan 16 – 20) (20 markah)

16. Beri imbuhan awalan atau akhiran bagi kata dasar berikut.

kata dasar perkataan berimbuhan


hidup
cerita
gembira
tulis
bersih

(5 markah)

Soalan 17-18
Tulis respons yang sesuai bagi dialog di bawah.

17.
Priya, bolehkah
___________________
kamu bawah
___________________
buah limau itu?
__

18.
Selamat hari jadi,
___________________
ayah.
___________________

(4 markah)
(19) Isi tempat kosong dengan maklumat pesanan yang betul

PESANAN UNTUK AYAH


1. Perkara : __________________________________________________
__________________________________________________
2. Hari : __________________________________________________
3.Tarikh : __________________________________________________
4. Masa : __________________________________________________
5. Tempat : __________________________________________________
__________________________________________________

(5 markah)

20. Bulatkan kata nama am hidup bukan manusia.

ikan bunga ros guru besar

pisang Sang Kancil buaya

Sivaji pokok durian kucing

(6 markah)

Anda mungkin juga menyukai