Anda di halaman 1dari 10

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Suhanah binti Boyamin, diiringi dif-dif kehormat

masuk ke dalam dewan.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam 1 Malaysia

Yang Berusaha
En Mohd Ali n SUkor
GB SKTU2

Yang dihormati

En _____________________________________
Selaku Pengurus Besar Tesco Hypermart Mutiara Rini

Guru Penolong Kanan 1, En ____________________________

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Suraya binti Che

En Asraf bin Mazlan


Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SKTU2

Yang Diraikan
Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis persaraan Yang Diraikan Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
__________________________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


_______________________________________ atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Ali bin
Sukor, GB SKTU2 untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Mohd Ali bin Sukor atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn
Nor Hayati Binti Abdul Manaf . Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn
Suhanah binti Boyamin atas ucapan itu tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Walau sukar untuk ditelan
Begitulah rentetan perjalanan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia dan bacaan biodata
Yang Diraikan Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf .
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf . Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
_____________________________________________________ untuk mengiringi Pn Nor Hayati Binti Abdul
Manaf untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada

Dipersilakan _________________________ wakil daripada __________________


Dipersilakan _________________________ wakil daripada __________________
Dipersilakan _________________________ wakil daripada __________________
Dipersilakan _________________________ wakil daripada __________________

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf
atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima
kasih di atas kesudian __________________________________________________________ mengiringi Pn
Nor Hayati Binti Abdul Manaf
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, majlis
menjemput para tetamu untuk bergambar kenang-kenangan bersama Yang Diraikan Pn Nor
Hayati Binti Abdul Manaf .

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Nor Hayati Binti Abdul
Manaf kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar mereka bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Dikesempatan ini juga, sayaingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

BIODATA

Segak bergaya putera mahkota,


Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim….

Dilahirkan pada tanggal 2 Julai 1962, di sebuah daerah kecil diSegamat, J ohor Darul
Takzim. Merupakan anak kepada pasangan bertuah Tn Hj A. Manaf b Hj Hassan dan Hajjah
Kalsom binti Sekan. Anak ke comel dan ayu ini diberi nama Nor Hayati Binti Abdul Manaf .
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, puteri kesayangan ini menjadi pengubat luka
dan penglipur lara dalam keluarga. Seringkali gerak gemalai serta petah kata-katanya
melenyapkan rasa penat ayahanda yang pulang dari bekerja.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK Jln Bangsar Kuala Lumpur pada tahun 1969.
Disini, bermulalah pencarian ilmu yang pertama baginya. Detik waktu menginjak pantas
dan tahun juga bersilih ganti. Setelah menamatkan sekolah rendah, beliau melanjutkan
pelajaran di Sekolah Menengah Keb Petaling, Petaling Jaya dari tingkatan 1 sehingga
tingkatan 4. Seterusnya, beliau bersekolah di Sek Men Tengku Ampuan Rahimah dari
tingkatan 5 hingga tingkatan 6. Setelah menamatkan zaman persekolahan, pelbagai
persoalan timbul diminda beliau, mengenai bidang apakah yang harus diceburi.

Ikutkan kemahiran dan hobi, bidang kewartawanan menjadi idaman namun hati berkata
bidang perguruan lebih sesuai dengan jiwa. I love kids and teaching so much, itulah kata-
kata yang menjelaskan mengapa bidang ini yang menjadi pilihan. Berbekalkan semangat
yang tinggi, Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf melangkah megah ke Maktab Perguruan Mohd
Khalid pada tahun 1981 – 1983. Biarlah terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta, demi
cita-cita, langkah diteruskan. Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin
dan berani untuk menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh
mencabar.

“Selamat pagi Cikgu” ucapan keramat pertama beliau yang diterima pada tanggal 1 Januari
1984 di SK Batu Laut, Morib, Selangor, yang juga merupakan sekolah pertama beliau
berkhidmat. Semenjak tarikh itu, Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf terus menabur bakti
mendidik anak bangsa tidak kira di mana beliau berada. Sepanjang karier beliau di bidang
pendidikan, beliau telah menabur budi di 5 buah sekolah disekitar Kuala Lumpur dan Johor.
Di antara sekolah berikut adalah SK Klang Gate, Setapak Kuala Lumpur, SK Bandar Uda 2,
SK Sri Skudai dan pada tanggal 1 Januari 2000 beliau mula berkhidmat di SK Taman
Universiti 2 ini. Dengan penuh dedikasi, mesra dan kasih sayang, Pn Nor Hayati Binti Abdul
Manaf menabur jasa selama 17 tahun di sekolah tercinta ini. Pelbagai jasa dan memori
indah telah dilakarkan disini bersama anak-anak dan juga warga sekolah. Jarang sekali kita
mendengar nada marah beliau walaupun berhadapan dengan pelbagai karenah murid dari
berbilang latar belakang. Sifat penyabar dan penyayang beliau juga telah menyentuh hati
pelbagai pihak.

Puteri bongsu memetik melati,


Tumbuh mewangi di tengah laman,
Gerak laku pancaran budi,
Baiknya pekerti hati tertawan.

Dalam pada masa yang sama kejelitaan dan keayuan Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf telah
menambat hati En Mohamad Ibrahim bin. Mohamad. Persahabatan yang terjalin selama
beberapa tahun telah bersatu di jinjang pelamin. Maka, pada tanggal 23 Disember 1984
kedua mempelai ini selamat diijab kabulkan di Kuala Lumpur dalam satu majlis yang penuh
bermakna. Bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia memerlukan
pengorbanan dalam mempertingkatkan ilmu dari pelbagai aspek. Untuk itu, sebagai isteri
yang penyanyang, Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf telah bersama2 menemani suaminya ke
beberapa buah university di luar negara semsasa beliau melanjutkan pelajaran. Di
antaranya adalah di Michingan, USA dan di United Kingdom

Dengan ikatan yang kukuh dan bahagia bersama pasangannya, mereka telah
dianugerahkan dengan tiga orang cahaya mata, iaitu dua orang puteri dan seorang putera.
Puteri sulung pasangan ini, Iman Hayat kini sedang melanjutkan pelajaran diperingkat
Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Alam Sekitar di Imperial College London, United
Kingdom. Anak kedua beliau adalah Muhammad Idzham yang kini berkhidmat di Syarikat
Gas Sapura Energy sebagai Jurutera Mekanikal. Puteri kedua Pn Nor Hayati Binti Abdul
Manaf , Iman Sofea sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam
bidang Undang-undang. Bak kata bidalan Melayu, ‘benih yang baik, dilempar ke mana pun
tetap memberikan hasil’, begitulah juga dengan kesemua anak pasangan ini yang berjaya
dalam bidang masing-masing dan mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Kedua-dua
anak kesayangan Pn Nor Hayati Binti Abdul Manaf merupakan bekas pelajar di SK Taman
Universiti 2, berkat usaha semua guru-guru telah berhasil dan membolehkan mereka
berada di puncak menara gading. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang
telah mendidik mereka.

Tenanglah tenang air dilaut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung.

Bakat kepimpinannya dan sifat penyayang beliau sungguh menyerlah dan telah
menambat hati pelbagai pihak. ‘Tugas pendidik memerlukan komitmen sepenuhnya tanpa
mengira di mana jua guru itu berada, dan usahlah berkira dalam menggalas beban seorang
guru kerana setiap apa yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya’ itulah nasihat
beliau pada para guru yang masih muda dalam profession ini.

Berpegang kepada prinsip hidupnya yang ‘Guru yang baik mengajar dengan ikhlas
dari hati dan cinta akan profesyennya’. Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan
patut dicontohi.

Sikap keprihatinannya terhadap anak didiknya tanpa mengira bangsa dan agama
tidak pernah luntur ditelan masa dan di mamah usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya
dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit. Sehubungan itu beliau telah di
anugerahkan dngan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan 2015.
Banyak masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang guru.

Terang bulan dimalam hari,


Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku,


Budi yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Semoga Puan Nor Hayati berbahagia dan terus ceria biarpun sudah meninggalkan
profesion perguruan ini nanti. Biarlah jauh di mana pun beliau berada, kami percaya
senyum tawanya akan sentiasa terbayang-bayang diwajah anak didiknya. Persaraan ini
bukanlah bermakna berakhirnya persahabatan kita, semoga kita akan bertemu di lain
masa.

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu disaat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anda mungkin juga menyukai