Anda di halaman 1dari 9

Nama: Noor Aqilah binti Asri

Tema: Sejarah Perubatan dan Kesihatan

Tajuk: Sejarah Perkembangan Perbidanan di Daerah Sik pada tahun 1970-an

hingga tahun 2015.

PENGENALAN

Sejarah mengatakan bahawa perbidanan adalah salah satu bidang professional tertua di
dunia sejak adanya peradaban manusia. Amalan perbidanan merupakan juzuk penting dalam
budaya hidunp bangsa Melayu. Bidan muncul sebagai wanita terpercaya dalam mendampingi
dan menolong ibu yang melahirkan bayi serta dipandang sebagai “doktor pakar” dalam hal
penjagaan ibu dan bayi. Peranan dan kedudukan bidan sangat dihargai dan dihormati sejak
dari dulu lagi kerana tugasnya yang sangat mulia,memberi semangat serta menolong ibu
merawat bayi dengan baik.

Bidang perbidanan ini melibatkan kesihatan wanita hamil yang perlu dititikberatkan.
Bidang ini membantu wanita agar memahami erti kandungan sihat,cara-cara penjagaan
berkesan dan mengenali masalah ketika dalam tempoh kandungan dan selepas bersalin.

Dalam masyarakat kampung tradisional,bidan ialah wanita yang berpengalaman dalam


hal ehwal menguruskan wanita mengandung dan bersalin. Mereka biasanya agak berusia dan
mengetahui tentang perubatan tradisional yang banyak menggunakan tumbuhan herba dengan
lebih mendalam. Bidan kampung ini biasanya akan diberi upah dan mestilah ditempah
terlebih dahulu kerana kebanyakan daripada mereka tinggal di ceruk kampung yang akan
mengambil masa untuk sampai ke sesuatu tempat. Dalam masyarakat Melayu,tugas ini sering
disandang oleh wanita solehah yang berkebolehan.

Oleh itu,saya memilih tajuk sejarah perkembangan perbidanan di daerah Sik pada
tahun 1970 hingga tahun 2000 kerana ingin membantu mengembalikan semula amalan bidan
yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat pada masa kini. Saya juga ingin
menyedarkan masyarakat tentang kesan baik menggunakan khidmat bidan.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti kaedah bidang perbidanan pada tahun 1970-an hingga tahun 2015.
2. Mengenal pasti sumbangan dan peranan bidang perbidanan kepada masyarakat pada
tahun 1970-an hingga tahun 2015.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian dijalankan untuk mengenal pasti kaedah perbidanan pada tahun 1970 hingga
2015.

Akhir sekali,sumbangan dan peranan bidang perbidanan pada tahun 1970 hingga
2015 juga akan dijelaskan melalui kajian ini.

SKOP KAJIAN

Skop kajian saya akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan perbidanan pada
tahun 1970 hingga tahun 2015. Kajian ini akan meliputi asal-usul perbidanan yang sentiasa
berubah dari semasa ke semasa,kaedah perbidanan dan sumbangannya kepada masyarakat.

Skop kajian saya juga meliputi skop geografi iaitu di kawasan daerah Sik. Kajian ini
akan dijalankan bermula di kampung-kampung yang masih mempunyai bidan dan
mengunakan khidmatnya hingga kini.

Kajian saya juga memfokuskan skop masa iaitu dalam tempoh masa 4 dekad. Skop masa
ini akan membantu saya mengetahui perkembangan perbidanan dengan lebih terperinci.
SOROTAN KAJIAN

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan, kajian khusus berkaitan bidang
perbidanan di daerah Sik belum pernah dijalankan. Namun, terdapat banyak kajian yang
dijalankan berkaitan dengan bidang perbidanan di Malaysia.

Antara kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji adalah melalui Utusan Online yang
bertajuk ‘Kebangkitan ilmu perbidanan Melayu’ oleh Azlinariah Abdullah. Pengkaji ini
mengatakan bahawa ilmu perbidanan jarang ditemukan dalam bentuk buku,majalah atau
dokumen lain kerana ilmu ini hanya disebarkan dari mulut ke mulut. Selain itu, beliau juga
mengatakan amalan perbidanan ini tidak dipandang oleh generasi baru walaupun ia memberi
dan mempunyai impak ke atas perkembangan masyarakat. Namun, rawatan sekarang telah
mula kembali kepada alam semula jadi dan mengelak daripada perubatan yang bersumberkan
dadah dan kimia tiruan.

Selain itu, kajian lepas mengenai ilmu perbidanan juga dilakukan oleh Siti Khairul
Bariyyah Akhtar melalui tesis di Universiti Tun Hussein Onn. Tesis beliau menceritakan
tentang peranan dan tugas bidan yang bukan sahaja memberi rawatan dan penjagaan selepas
bersalin,tetapi bermula daripada merancang kehamilan sehingga bersalin,merawat
ibu,memandikan bayi dan memotong uri. Beliau juga menjelaskan bahawa bidan merupakan
penasihat yang akan memberi panduan dan petua penjagaan diri. Contohnya seperti urutan
melayu, bertungku, berbengkung, mandi daun, bersalai dan pantang larang.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kepustakaan: Saya akan mencari maklumat untuk melengkapkan kajian saya
melalui Internet (laman web), majalah, buku, keratan akhbar dan tesis yang berkaitan dengan
tajuk saya di daerah Sik seperti Perpustakaan Sik dan Perpustakaan Desa Bandar Baru Beris
Jaya.

Kaedah temubual: Saya akan menemubual orang-orang yang terlibat dalam memberikan
maklumat kepada saya. Antara orang yang akan ditemubual oleh saya ialah bidan dan
penduduk yang mempunyai pengalaman menggunakan khidmat bidan.

Kaedah lapangan: Saya akan melawati tempat tinggal bidan untuk mengumpulkan
maklumat dan bahan bukti yang berguna.
STRUKTUR PENULISAN

1. PENGENALAN
 Dalam bahagian ini,saya akan menjelaskan mengenai latar belakang sejarah
perubatan dan kesihatan secara umum.
 Saya akan menjelaskan maksud kegiatan bidang perbidanan dalam masyarakat
Melayu tradisional di daerah Sik dari tahun 1970 hingga tahun 2015 secara umum.

2. ISI-ISI
a) Saya juga akan memfokuskan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan dalam
bidang perbidanan dari tahun 1970 hingga tahun 2015.
b) Bahagian ini juga turut memfokuskan tentang sumbangan dan peranan yang
dilakukan dalam bidang perbidanan kepada masyarakat dari tahun 1970 hingga
tahun 2015.

3. PENUTUP
 Dalam bahagian ini,saya akan menyatakan mengenai impak kepada
masyarakat dalam menggunakan khidmat perbidanan.

PENUTUP

Kesimpulannya, kajian yang dijalankan terhadap amalan perbidanan di daerah Sik


adalah tertumpu kepada perkembangannya yang akan berubah mengikut peredaran
masa.Selain itu, kajian menumpukan kepada kaedah perbidanan bermula daripada
perancangan,perawatan dan penjagaan ibu sejak awal kehamilan hingga tamat pantang
bersalin. Kajian tertumpu kepada sumbangan dan peranan bidang ini kepada masyarakat
Melayu.
BIBLIOGRAFI

Anisah Barakbah. Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia:

Utusan Publications&Distributors Sdn.Bhd., 2007.

Azlinariah Abdullah. Kebangkitan Ilmu Perbidanan Melayu. 16 Januari, 2018.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Siti Khairul Bariyyah Akhtar. “Amalan Penggunaan Herba Dalam Perubatan Tradisional

Melayu Selepas Bersalin Di Malaysia”. Tesis Sarjana, Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia, 2016.

Anda mungkin juga menyukai