Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN

PERTANDINGAN BICARA
BERIRAMA PIALA KETUA
JABATAN PENGAJIAN
MELAYU

ANJURAN:

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

DENGAN KERJASAMA:

1 PISMP JUN 2014


PENGENALAN PROGRAM PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PIALA KETUA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Pada 9 Ogos 2014, Sabtu, satu program Pertandingan Bicara Berirama Piala Ketua
Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan. Program ini berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM). Peringkat akhir pertandingan ini
berlangsung pada 13 Oktober 2014, Isnin, di Bilik Bestari IPGKSM. Program ini diadakan
dengan anjuran Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama guru-guru pelatih 1 PISMP Jun
2014. Sehubungan itu, program ini juga telah disertai oleh 10 kumpulan yang terdiri daripada 7
kumpulan PPISMP ambilan Jun 2014, 1 kumpulan 1PISMP Jun 2014 dan 2 kumpulan 4PISMP
Januari 2013

Program ini diadakan atas rasional untuk memberi ruang dan peluang kepada guru
pelatih IPG Kampus Sultan Mizan dalam bidang Bicara Berirama dan pembelajaran Soft Skill
Learning dalam bidang pengucapan awam ke arah menjurus dan menganjurkan sesuatu
program. Pelaksanaan program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat
bekerja secara berpasukan dan mengajar guru pelatih mengurus dan mengendali program
supaya dapat dipraktikkan apabila bekerja sebagai guru pada masa hadapan khususnya
semasa berada di sekolah nanti.

Di samping itu, program ini dapat membantu untuk memperkayakan penggunaan


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Di samping itu, program ini dapat membimbing
para guru pelatih untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik dan berkesan.
Pelaksanaan program ini juga memenuhi syor dan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia
yang ingin melihat kemenjadian semua bakal guru yang aktif dari segi akademik mahupun
aktiviti ko-kurikulum.

Kesimpulannya, program ini sangat membantu khususnya kepada guru-guru pelatih


sebagai persediaan untuk mengadakan majlis yang lebih besar dan formal pada masa yang
akan datang. Kami bukan sahaja dapat menimba ilmu yang bermanfaat melalui merancang
program ini, malah kami juga dapat merasai pengalaman menguruskan suatu majlis, persis
peribahasa, perjalanan seribu batu haruslah dimulakan dengan langkah yang pertama.
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PIALA KETUA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU

9 Ogos 2014, Sabtu.

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dengan ketibaan para peserta dan para hakim di
Dewan Ibnu Khaldun. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Syami Airi bin
Mat Yunoh . Majlis kemudiannya diteruskan dengan perasmian dan ucapan alu-aluan oleh
Pengarah Program dan penerangan peraturan dan kriteria pertandingan oleh Puan NorMaizam.
Pada peringkat saringan ini, seramai 10 kumpulan telah mengambil bahagian. Guru-guru
pelatih 1PPISMP, 1PISMP dan 4PISMP masing-masing telah menghantar 7 kumpulan, 1
kumpulan dan 2 kumpulan bagi mewakili unit mereka. Kami telah menjemput tiga orang
pensyarah untuk menjadi hakim bagi mengadili pertandingan pada pagi itu. Berikut merupakan
senarai kumpulan bagi pertandingan bicara berirama :

1. RBT1 SEMESTER 1 PPISMP


2. RBT2 SEMESTER 1 PPISMP
3. RBT3 SEMESTER 1 PPISMP
4. MATEMATIK SEMESTER 1 PPISMP
5. TESL SEMESTER 1 PPISMP
6. SAINS SEMESTER 1 PPISMP
7. SEJARAH SEMESTER 1 PPISMP
8. TESL SEMESTER 1 PISMP
9. PSV3 SEMESTER 4 PISMP
10. PRA2 SEMESTER 4 PISMP

Pada pagi itu, majlis berlangsung dengan lancar. 5 kumpulan yang mendapat markah
tertinggi telah layak ke peringkat akhir pertandingan. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah
hari.
13 Oktober 2014, Isnin.

Pada jam 8.30 malam, peringkat akhir Pertandingan Bicara Berirama Piala Ketua
Jabatan Pengajian Melayu berlangsung di Bilik Bestari, Institut Pendidikan Kampus Sultan
Mizan. Beberapa orang pensyarah turut sama menjayakan pertandingan peringkat akhir ini di
samping memantau perjalanan program. Para ahli jawatankuasa telah hadir lebih awal sebelum
program dimulakan bagi membuat persiapan tempat. Program kemudian dimulakan dengan
bacaan doa oleh saudara Mohd Syami Aimi.

Usai bacaan doa, program diteruskan lagi dengan pertandingan peringkat akhir yang
terdiri daripada 5 kumpulan yang layak ke peringkat akhir. Setiap kumpulan telah menunjukkan
bakat dan gaya yang lebih baik berbanding pertandingan sebelumnya. Berikut merupakan
senarai kumpulan yang mengambil bahagian :

1. TESL SEMESTER 1 PISMP


2. RBT1 SEMESTER 1 PPISMP
3. RBT3 SEMESTER 1 PPISMP
4. MATEMATIK SEMESTER 1 PPISMP
5. TESL SEMESTER 1 PPISMP

Program disambung dengan persembahan multimedia yang memperkenalkan Ahli Majlis


Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tersebut bagi
memberi laluan kepada para hakim untuk berbincang. Kemudiannya, para penonton disajikan
dengan persembahan nyanyian oleh Abdul Muhaimin bin Abdul Rajak diiringi oleh alat muzik
gitar dari Muhammad Aizuddin bin Madani dan Gordon Bedali Anak Jimbun . Ternyata para
penonton telah terhibur dengan segala persembahan yang telah dipersembahkan dan satu
tepukan gemuruh telah diberikan sebagai penghargaan kepada mereka. Berikut ialah senarai
pemenang yang memenangi pertandingan ini :

1. TESL SEMESTER 1 PISMP


2. RBT3 SEMESTER 1 PPISMP
3. TESL SEMESTER 1 PPISMP

Selepas sesi penyampaian hadiah, sesi fotografi antara para pensyarah dan para
peserta diadakan untuk tujuan kenang-kenangan. Akhir sekali, semua pensyarah dan para
guru pelatih yang hadir menikmati sedikit juadah ringan. Majlis bersurai pada jam 11.00
malam selepas sesi mengemas.
RUMUSAN BAGI PROGRAM PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PIALA KETUA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Program ini telah memberikan banyak kelebihan kepada para peserta. Antaranya
termasuklah memberikan pengalaman dan pengetahuan tentang teknik-teknik untuk
menguruskan sesuatu majlis. Seterusnya, memberikan ilmu-ilmu tambahan secara praktikal
mengenai teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas. Pertandingan Bicara Berirama Piala
Ketua Jabatan Pengajian Melayu ini juga dapat melatih para guru pelatih untuk bekerjasama
dalam satu kumpulan dan mengasah bakat terpendam para peserta serta merapatkan
hubungan silaturrahim antara para guru pelatih dan para pensyarah.

Namun begitu, program ini juga terdapat kelemahannya. Antaranya termasuklah tempat
program diadakan pada 9 Ogos 2014 iaitu di Dewan Ibnu Khaldun agak tidak selesa sebelum
ditukar ke tempat yang lain iaitu Bilik Bestari pada peringkat akhir pertandingan. Selain itu,
tentatif program tidak dituruti sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu. Akhir sekali, pengurusan
majlis yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa tidak teratur. Oleh itu, cadangan
penambahbaikan program telah dikemukakan di mana pihak penganjur dan peserta perlu
berjumpa dan berbincang dengan lebih teliti. Di samping itu, pihak penganjur perlu
menyediakan modul sebagai rujukan agar program dapat dijalankan dengan lebih teratur. Akhir
sekali, kerjasama antara para guru pelatih perlu dipertingkatkan agar program dapat
dilaksanakan dengan lebih lancar dan tersusun.
LAMPIRAN

Memohon doa agar majlis berjalan lancar

Gelagat dan aksi peserta


Antara gaya konduktor semasa mengendalikan pasukannya

Peserta menyampaikan mesej persembahan dengan bertenaga


Antara reaksi juri terhadap persembahan

Persembahan turut diadili oleh pelajar semestar 6


Menyampaikan cenderahati kepada juri-juri jemputan

Penyampaian hadiah kepada pemenang