Anda di halaman 1dari 71

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK1 Pengenalan Kepada Kerohanian

1.1 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan konsep kerohanian menurut pandangan Islam


dan agama agama lain seperti pandangan agama Kristian, agama
Buddha dan agama Hindu. Tajuk ini juga membincangkan Akta
Pendidikan 1996 seksyen 50 (1) berkaitan pengajaran Agama Islam.
Seterusnya perbincangan menjurus kepadaaspek-aspek yang menjadi
fokus utama di dalam Pendidikan Islam seperti keimanan, kemanusiaan,
ketatanegaraan dan kemasyarakatan. Selain itu pelajar juga akan
didedahkan dengan medium-medium penerapan kerohanian iaitu melalui
ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut


kefahaman agama Islam dan agama-agama lain.
2. Dapat mengetahui dan memahami apakah fokus utama Pendidikan
Islam Prasekolah.
3. Boleh melaksanakan penerapan kerohanian melalui ilmu, kemahiran,
amali dan pembudayaan.

1
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.3 Kerangka Konsep Tajuk.

Pengenalan
kepada
kerohanian

Subtajuk 1 Subtajuk 2
Konsep kerohanian Pandangan mengikut
agama-agama

Subtajuk 3 Subtajuk 4 Subtajuk 5


Akta Pendidikan 1996 Fokus Pendidikan Islam Penerapan kerohanian melalui:
seksyen 50 (1) -keimanan -ilmu
Pengajaran Agama -kemanusiaan -kemahiran
Islam -ketatanegaraan -amali
-kemasyarakatan -pembudayaan

1.4Pengenalan Kepada Kerohanian

Mari kita mulakan perbincangan dengan menghayati secara ringkas


tentang konsep kerohanian.

1.4.1 Konsep Kerohanian

Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan


dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang
berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan
tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan
semangat seseorang. Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad,
merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala
dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang
dipunyai oleh segala jirim di dunia.Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan

2
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan


penaakulan strategik.

Rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama,


individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu
itu.Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai
rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum
mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.

1.4.2Konsep kerohanian mengikut agama-agama

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama.Kesucian rohani membawa


maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia
sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri.Rohani setiap individu
merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-
undang.

Menurut sarjana Islam Al Ghazali (1058-1111) rohani sebagai perkara


yang terdiri daripada akal, hati, jiwa dan roh. Menurut al Ghazali (1058-1111)
lagi potensi ilmu ada di dalam roh insan dan melalui pendidikan potensi itu
akan dapat diserlahkan.Seterusnya Hasan Ali (1999) menambah bahawa
kerohanian berkait rapat dengan kejiwaan iaitu kecenderungan.
Menakalamenurut Wahiduddin Khan, maksud kerohanian adalah keinginan
makhluk untuk berhubung dengan Penciptanya.
Mendidik kanak-kanak dengan perkara-perkara yang berkaitan
dengan rohani merupakan suatu kewajipan ibu bapa dan para guru yang
telah diamanahkan. Ini adalah berdasarkan firman Allah yang
bermaksud ”wahai orang –orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka” (Surah at Tahrim ayat 6). Menurut Islam, kanak-
kanak dilahirkan suci dengan membawa fitrah beragama. Maka kedua orang
tuanya yang bakal mencorakkan anak-anaknya samada menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah).

3
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Sayyidina Umar r.a berpesan ” ajarlah anak-anakmu dengan ilmu semasa,


kerana sesungguhnya mereka dicipta untuk suatu zaman yang bukan lagi
zamanmu”. Imam al Ghazali (450-505 H) mensyaratkan kanak-kanak mesti
dididik sejak lahir oleh wanita-wanita yang kuat beragama dan mulia tingkah
laku. Seterusnya, kanak-kanak perlu dididik dengan pelajaran agama, adab
sopan, adab makan dan minum, mencuci badan dan cara berwudhu‟ yang
betul serta bersolat (Hamid 1990).

Di dalam agama Kristian pula ajarannya berpusat kepada empat tema iaitu
kemuliaan tuhan, imej Christ, rohaniah tuhan dan kehidupan abadi. Dalam
Perjanjian Baru, perkataan Yunani untuk utusan ialah aggelos, dari mana kita
dapat perkataan Inggeris angel. Perkataan ini juga digunakan untuk kedua-
dua utusan manusia dan rohaniah.Tuhan mengirim berbagai jenis
utusan.Pertama, utusan-utusan manusia yang bernubuat (2 Taw. 36:15-
16).Kedua, ada juga utusan-utusan rohaniah yang diutus kepada manusia
dengan pesan atau fungsi khusus.Sebagai agen-agen Tuhan mereka dikirim
ke bumi untuk melaksanakan semua keputusan Tuhan berkenaan hal-hal
hukuman dan pembetulan manusia (Keluaran 12:23; Mazmur 104:4; Ibrani
11:28).Malaikat juga membawa pesan kepada nabi-nabi Tuhan dan
melindungi umat Tuhan.Apabila para malaikat muncul kepada manusia ini
selalunya dalama rupa bentuk manusia.Anak-anak rohaniah Tuhan juga ada
disebut mempunyai pangkat dan kuasa berlainan (Zakharia 1:9, 11; Yudas
1:9).Mereka “berkuasa” (2 Tes. 1:7); dipanggil “pahlawan-pahlawan perkasa”
(Mazmur 103:20); “kudus” (Lukas 9:26); “pilihan” (1 Tim.
5:21).Bagaimanapun, mereka harus jangan disembah (Kol. 2:18; Wahyu
19:10).

Dalam agama Buddha, ajarannya pula menggalakkan para


penganutnya melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat
bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri,
malah keadaan yang berhubung dengan sesuatu kejadian itu.

4
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian


adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan.

Sementara kerohanian di dalam agama Hindu pula,menjurus


kepadakepercayaan dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran
semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan
(karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam
yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai
penyatuan antara Atman (roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).
Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga
sifatnya iaitu Brahma: Pencipta Vishnu: Pemelihara Shiv Ini mewakili Triniti
Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin
alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu
mempunyai tiga kepercayaan utama: Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa
paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula.

Sudahkah anda mendapat gambaran tentang konsep kerohanian


menurut perpektif agama-agama di atas? Cuba buat
rumusanterhadap pendapat-pendapat di atas
denganmenggunakan peta minda.

1.4.3 Akta Pendidikan 1996- Seksyen 50(1) Pengajaran Agama Islam

Akta Pendidikan 1996-Seksyen 50 (1) Pengajaran Agama Islam menyatakan


jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat 5 orang murid atau lebih
yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan
pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa
negeri.

Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat lengkap


berkaitan Akta Pendidikan 1996 di atas.

5
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.4.4Fokus Pendidikan Islam

Secara umumnya Pendidikan Islam memberi tumpuan terhadap empat


bidang utama iaitu keimanan, kemanusiaan, ketatanegaraan, dan
kemasyarakatan. Mari kita sama-sama cuba hayati dan fahami penjelasan
bagi semua bidang tersebut.

1.4.4.1 Keimanan

Antara perkara yang dititik beratkan di dalam Pendidikan Islam ialah


keimanan kepada Allah swt. Beriman kepada Allah Subhanahuwata‟ala
bererti seseorang Muslim itu mempelajari, memahami dan mempercayai
dengan penuh yakin akan sesuatu yang wajib bagi Allah Subhanahuwata‟ala
dari segala sifat-sifat kesempurnaanNya, dan sesuatu yang mustahil baginya
dari semua yang berlawanan dengan sifat-sifat wajib itu. Begitu juga, yakin
dengan sifat-sifat yang harus bagi Allah Subhanahuwata‟ala. Dengan lain
perkataan, secara umumnya, seseorang Muslim wajib beri‟tiqad bahawa
segala sifat kesempurnaan itu adalah hak Allah Subhanahuwata‟ala semata-
mata, samada sifat-sifat itu yang berbentuk Uluhiyyah atau pun Rububiyyah.
Begitu juga sebaliknya, segala sesuatu yang tidak sempurna tidak layak
diletakkan kepada zat yang maha kudus itu.

Beriman kepada Allah Subhanahuwata‟ala juga bermaksud seseorang


muslim wajib beri‟tiqad bahawa di sebalik alam kebendaan yang nyata ini,
sudah wujud suatu zat yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera lahiriah
manusia. Pada Zat itu terkumpul segala kekuasaan mutlak.Padanya sahaja
ada sifat-sifat maha kuasa, maha mengetahui, maha bijaksana dan maha
pentadbir.Zat itu adalah punca kejadian segala makhluk dan segala yang
akan berlaku ke atasnya. zat itu punca hidayah, nur dan al-haq bagi manusia
sejagat.

6
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Firman Allah Subhanahuwata‟ala yang bermaksud:

“Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang menghidupkan dan yang mematikan.


(Dialah) Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu.”
(Surah ad-Dukhan: ayat 8).

Berdasarkan maklumat di atas, sila buat rujukan tambahan


mengenai konsep keimananmenurut Islam.Seterusnya
bincangkan tentang kepentinganmemberi penekanan dalam
aspek keimanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak
prasekolah.

1.4.4.2 Kemanusiaan

Pendidikan Islam juga menekankan tentang nilai-nilai kemanusiaan


berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia.
Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik dan eksistensinya,
kehormatannya dan hak-haknya, dan juga memelihara darahnya, hartanya
serta kerabat keturunannya dalam kedudukan mereka sebagai individu
anggota masyarakat.

Perbincangan dan catatan nota

Sebagai seorang guru prasekolah, nyatakan langkah-langkah yang


boleh anda laksanakan dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan terhadap kanak-kanak.

Bincangkan bagaimana Pendidikan Islam memberi fokus tentang


ketatanegaraan dan kemasyarakatan?

Berikan ruang untuk berehat sebentar.Tenangkan fikiran anda dan teguklah


sedikit minuman agar dapat memberi sedikit tenaga kepada minda
bagi meneruskan penerokaan modul ini.Katakan boleh kepada diri
anda.

7
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.4.5 Penerapan Kerohanian

Secara umumnya sesuatu yang berbentuk rohani atau kerohanian boleh


diajar dan dipelajari. Dalam erti kata yang lain ia boleh diterapkan oleh
seseorang individu kepada individu yang lain melalui medium-medium atau
saluran-saluran tertentu. Antaranya melalui saluran ilmu, kemahiran, amali,
dan pembudayaan.

Ilmu berperanan sebagai pemangkin dalam mendidik rohani/jiwa ke


arah kebaikan.Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu
perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan.Manusia juga
dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang
dilihat.Ketika itulah ilmu berperanan untuk membentuk dan memandu
manusia ke arah kebaikan.Nabi bersabda yang bermaksud „sesiapa yang
menghendaki dunia maka dia perlukan ilmu, sesiapayang menghendaki
akhirat maka dia perlukan ilmu, sesiapa yang mahukan keduanya maka dia
juga perlukan ilmu‟, (hadis riwayat al Bukhari).

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud “Tidakkah


kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kamu apa
yang dilangit dan apa yang dibumi dan menyempurnakan untukmu nikmatnya
lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang
keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang
memberi penerangan”. Dari nas-nas di atas jelaslah bahawa ilmu
merupakan sebagai medium dalam mendidik jiwa kerohanian manusia ke
arah kebaikan dan ke arah kecemerlangan hidup dan mentauhidkan Allah
swt.

Penerapan kerohanian juga diterapkan melalui unsur-unsur


kemahiran, seperti kemahiran berenang, kemahiran memanah dan
menunggang kuda. Ini terserlah melalui kata-kata saidina Umar al Khattab “

8
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

ajarlah anak-anakmu memanah, berenang dan perintahkan mereka


melompat di atas punggung kuda” (al-Qardhawi 2002).

Penerapan kerohanian melalui amali dapat dilihat melalui arahan


latihan mendirikan solat oleh Rasulullah saw pada kanak-kanak melalui
sabdanya “ suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka
tujuh tahun, dan pukullah anakmu yang meninggalkan solat ketika mereka
berusia sepuluh tahun”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Perbincangan

Cuba anda jelaskan apakah yang dimaksud oleh Rasulullah saw


melalui maksud hadis: ”Bermainlah dengan anak-anakmu
sehingga 7 tahun pertama, ajarkanlah adab kepada anak-anakmu
sehingga 7 tahun kedua dan berkawanlah dengan anak-anakmu
sehingga tajuh tahun yang ke tiga”.

Nyatakan implikasi yang akan timbul jika nilai kerohanian


diabaikan.

9
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK2 Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah

2.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang pengenalan kepada kurikulum


Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamatdan objektif kurukulum
tersebut. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan kepentingan Pendidikan
Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas dari al Quran
dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina Umar dan
pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali.Perbincangan seterusnya
berfokus kepada kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan
Islam Prasekolah iaitu akidah, ibadah, sirahdan akhlak, serta Bahasa Arab, al
Quran dan tulisan jawi.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan pengenalan tentang kurikulum Pendidikan Islam


Prasekolah, falsafah, matlamat, objektif dan kepentingan Pendidikan
Islam pada peringkat awal kanak-kanak.
2. Memahami dan menjelaskan mafhum nas-nas berkaitan kepentingan
Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak.
3. Menghurai dan mengenalpasti kandungan dan hasil pembelajaran
Pendidikan Islam Prasekolah.
4. Memahami konsep-konsep akidah,ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan
Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi yang diguna pakai dalam
pendidikan Islam Prasekolah.

10
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.3 KERANGKA KONSEP TAJUK INI

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM


PRASEKOLAH

Subtajuk 1 Subtajuk 2
Kepentingan Pendidikan Islam
-Pengenalan peringkat awal kanak-kanak
-Falsafah berdasarkan:
-Matlamat -Nas-nas al Quran
-Objektif -Nas-nas al Hadis
-Pandangan Saidina Umar
-Pandangan Imam Ghazali

Subtajuk 3
Kandungan dan Hasil
Pembelajaran
Pendidikan Islam
Prasekolah
Akidah: Rukun iman Akhlak:
-Konsep -Konsep
-Merancang aktiviti -Merancang aktiviti
-Menyediakan bahan -Menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti -Pelaksanaan aktiviti
Sirah: Sirah Rasulullah
-Merancang aktiviti
-Menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti
Ibadah: Rukun Islam Bahasa Arab al Quran dan
-Konsep tulisan jawi:
-Merancang aktiviti -Konsep
-menyediakan bahan -Merancang aktiviti
-Pelaksanaan aktiviti -Menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti

11
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.3.1 Pengenalan

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah mengandungi lima


komponen utama iaitu akidah, ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan bahasa
Arab, al Quran dan tulisan jawi. Ia disusun sebagai suatu transformasi dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Skop kandungannya telah dikurangkan
setelah mendapat berbagai komen dari pelbagai pihak kerana standard yang
hendak dicapai banyak dan peratus pencapaian murid masih ditahap
minimum. Ia juga digubal agar wujud kesinambungan dan keselarasan dari
prasekolah ke tahun satu sekolah kebangsaan.

2.3.2 Falsafah

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:

”Pendidikan di Malaysia adakah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.3.3Matlamat Pendidikan Islam Prasekolah

Pendidikan Islam Prasekolah melalui tunjang kerohanian, sikap dan nilai


bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman,

12
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah syahadah. Kanak-kanak


prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat,
mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian
mengikut adab adab Islam. Pendidikan Islam Prasekolah juga bertujuan
memperkenalkan kanak-kanak dengan asas bahasa al Quran, huruf hijaiyyah
dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan.

2.3.4 Objektif Pendidikan Islam Prasekolah

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada


kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai
objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani. Bagi
bidang Pendidikan Islam penekanan diberi terhadap aspek kerohanian iaitu
mengamalkan nilai murni dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
untuk murid beragama Islam.

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian, Sikap


dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam, murid dapat mengetahui
asas rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah, dan melafazkan Dua
Kalimah Syahadah.

2.3.5 Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak kanak

Pendidikan Islam pada peringkat awal merupakan sesuatu yang amat


penting. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu
proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan
individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di
persekitaran dan dengan „ilmu‟ atau kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan

13
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di


masa yang akan datang (Department of Education and Science,1990).

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang
kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan
baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka
tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam
mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk
dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan
fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan
penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya (Mastura Badzis 2009).
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)

Di dalam al Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menunjukkan kepentingan


pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak. Antaranya ialah ayat 6
surah at Tahrim Allah berfirman ” Wahai orang orang yang beriman jagalah
dirimu dan seluruh ahli keluargamu dari api neraka”. Sural al Alaq ayat 1
bermaksud bacalah dengan namu tuhanmu yang telah menciptakan”. Di
dalam surah Luqman ayat 13 pula Allah telah merakamkan bagaimana
Luqmanul Hakim mendidik dan membentuk keperibadian anaknya dengan
katanya ” dan apabila Luqman berkata kepada anaknya dalam keadaan dia
menasihat dan mendidik anaknya, ”wahai anakku janganlah kamu
mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu merupakan suatu kezaliman
yang amat besar”.

Ayat dari surah Luqman itu jelas menceritakan bagaimana didikan yang
berkaitan dengan Pendidikan Islam atau akidah anak-anak telah ditekankan
dari tahap kanak-kanak kecil lagi. Ini terbukti dengan penggunaan lafaz

14
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

arab ”Bunayya” kata nama yang membawa maksud kecil bermaksud wahai
anak kecilku.

Di dalam hadis nabi juga terdapat banyak arahan-arahan berkaitan


pendidikan Islam kepada kanak-kanak. Antaranya ialah sabda nabi saw
bermaksud

Saidina Umar r.a juga pernah berpesan "ajarilah anak-anakmu dengan ilmu
semasa, sesungguhnya anak-anakmu dicipta untuk suatu zaman yang bukan
lagi zaman kamu”. Sementara imam al Ghazali pula (450- 505 H) pula
mensyaratkan agar anak-anak dididik sejak lahir oleh wanita-wanita yang
kuat beragama dan mulia tingkah laku. Kanak-kanak juga perlu dididik
dengan ilmu agama, adab bersopan, adab berdepan dengan makan dan
minum, mencuci badan dan cara-cara berwudhuk dan solat (Hamid 1990)

Kesimpulannya, Islam amat menitik beratkan pendidikan dalam


kehidupan manusia bermula pada peringkatkanak-kanak lagi. Kanak-kanak
perlu diasuh dan dididik dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan agar
dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang berguna serta
mendapat kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu,
menjadi kewajipan bagi para guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada mereka untuk mencapai ke arah itu.

Soalan Tutorial:
1. Perbincangan tentang pendidikan anak-anak menurut Islam.
2. Isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan awal kanak-
kanak

15
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.4Pengenalan Kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam


Prasekolah

Dalam kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah terdapat lima tajuk utama


yang diberi tumpuan, iaitu: akidah, ibadah, sirah Rasulullah, akhlak dan
bahasa Arab al quran dan tulisan jawi.

2.4.1 Akidah: Rukun Iman

Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam
yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita,
maka barulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di
dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata
kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati.Ia adalah perkara-perkara
sam‟iyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran
pada awal surah al-Baqarah, ayat 3 bermaksud “ orang orang yang beriman
dengan perkara ghaib, dan mendirikan solat dan mereka menafkahkan apa
yang kami rezkikan”.

Imanialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan


melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah
orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang
itu belum dikatakan beriman dengan iman yang sempurna. Ketiadaan satu
sahaja dari tiga perkara tersebut, seseorang itu boleh digelar sebagai fasik,
munafik atau kafir.Rukun iman terdiri dari enam perkara iaitu percaya kepada
Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada rasul, percaya kepada kitab,
percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qadha dan qadar.

Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan


dalam pengajaran dan pembelajaran akidah.

2.4.2 Ibadah: Rukun Islam

16
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Perkataan 'rukun' jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamus-


kamus Arab, maka ianya bererti:

a. sesuatu yang menguatkan


b. yang mempertahankannya atau memuliakannya
c. bahagian yang penting dan terkuat.

Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri
iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-bagai cabang dan bahagiannya.
Dalam ibadat pula ada bermacam-macam seperti mengucap syahadah,
mengerjakan solat, membayar zakat, berpuasa, menunaikan haji,
melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, berjihad pada jalan Allah dan
sebagainya.Bahagian yang boleh menguatkan, mempertahankan,
memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam rukun Islam.Bahagian
inilah yang penting dan terkuat.Rukun Islam dalam kontek ini merupakan
suatu konsep tersendiri yang amat luas pengertiannya.la adalah nilai Islam
itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya
sebagai tiang agama.Dalam kontek solat sebagai contoh, Rasulullah
s.a.w.bersabda yang bermaksud: Sembahyang itu tiang agama, sesiapa
yang mendirikannya, maka sesungguhnnya dia mendirikan agama. Sesiapa
yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama
yang terdapat di dalam dirinya.Rukun Islam terdiri dari 5 perkara iaitu
mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan
mengerjakan haji.

2.4.3 Sirah: Sirah Rasulullah

Sirah rasulullah saw ialahperjalanan kehidupan rasulullah saw. Kanak-kanak


akan didedahkan dengan cara menyebut nama Rasulullah saw dan ahli
keluarga baginda yang terdekat seperti ibu rasulullah bernama Aminah,
bapanya bernama Abdullah, datuknya bernama Abdul Muttalib, bapa

17
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

saudaranya bernama Abu Talib dan lain lain lagi. Juga cerita tentang
peristiwa kelahiran rasulullah saw. Perkara perkara yang berlaku ketika
rasulullah dilahirkan.

2.4.4 Akhlak

Bahagian akhlak pula, kanak-kanak akan diberikan contoh bagaimana akhlak


rasulullah saw semasa baginda menjalani kehidupan seharian. Akhlak-
akhlak tersebut ialah amanah siddiq (bercakap benar), fatonah (bijaksana),
penyabar dan lain-lain lagi.

Akhlak juga termasuk amalan-amalan seharian dan termasuk cara


bagaimana melafazkan doa, contonhnya doa penerang hati dan doa menaiki
kenderaan. Adab sebelum makan dan minum, semasa makan dan minum
dan adab selepas makan dan minum. Cara melafazkan doa sebelum dan
selepas makan, membezakan makanan yang halal dan makanan yang
haram, makanan yang baik dan berkhasiat, adab adab memasuki tandas dan
keluar tandas, doa masuk dan keluar tanda, adab menghormati ibu bapa,
ahli keluarga,guru dan rakan sebaya.

Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam


pengajaran dan pembelajaran akhlak.Sediakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran bertajuk adab ketika makan.

2.4.5 Bahasa Arab, Al-Quran dan Tulisan Jawi

Mengenalpasti bunyi huruf mengikut tanda bacaan yang betul.Tanda-tanda


bacaan tersebut ialah baris atas, baris bawah dan baris hadapan.Mengetahui
huruf jawi dan menghafal beberapa surah dari juzu‟ Amma seperti surah al
Fatihah, surah al Ikhlas, surah an Nas dan surah al Falaq.

18
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.5 Rumusan

Selepas mengikuti isi kandungan dan aktiviti-aktiviti dalam tajuk ini


diharapkan anda telah dapat mengetahui dan memahamikurikulum
Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamatdan objektif kurukulum
tersebut. Selain itu, dengan mengetahui kepentingan Pendidikan Islam pada
peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas dari al Quran dan al Hadis
serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina Umar dan pandangan
Hujjatul Islam Imam al Ghazali, akan dapat membuka ruang untuk anda
mendalaminya lagi. Seterusnya semoga perbincangan tentang kandungan-
kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah iaitu akidah,
ibadah, sirahdan akhlak, serta Bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi akan
memberi gambaran yang jelas kepada anda terhadap komponen Pendidikan
Islam Prasekolah.

Bagimana keadaan anda sekarang? Masih mampu untuk


berbincang tentang tajuk yang seterusnya? Kalau badan terasa
letih dan otak pun terasa kurang motivasi, jangan memaksa diri.
Cuba rehat seketika dan teguklah sedikit minuman mudah-
mudahan anda akan berasa segar kembali. Kemudian boleh
sambung lagi...

TAJUK3 Pengenalan Kepada Perkembangan Moral

19
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

3.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep-konsep dalam


perkembangan moral, komponen-komponen moral dan teori-teori
berkaitan dengan perkembangan moral seperti teori psikoanalisis, teori
kognitif, teori Piaget, teori Kohlberg, teori pemelajaran sosial dan lain -lain
teori.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengkaji dan mengenalpasti konsep-konsep dalam perkembangan


moral dan komponen-komponen moral.
2. Merancang pengurusan pelaksanaan nilai-nilai Perkembangan
Kerohanian dan Moral dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

3.3 KERANGKA TAJUK

Pengenalan kepada
perkembangan Moral

Teori-Teori
Perkembangan
Konsep Moral:
Perkembangan -Teori psikoanalisis
Moral -Teori kognitif
-Teori Piaget
-Teori Kohlberg

3.3.1 Konsep Perkembangan Moral

20
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Moral ialah satu kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa
yang betul dan apa yang salah. Perkembangan moral pula merujuk kepada
perolehan tentang apa yang betul dan apa yang salah berdasarkan kod-kod
etika masyarakat setempat.

Terdapat tiga komponen moral iaitu: afektif, kognitif dan tingkah laku.
Komponen moral afektif atau emosi mengandungi unsur-unsur perasaan.
Komponen moral kognitif mengandungi pemikiran atau konsep betul dan
salah. Manakala komponen moral tingkah laku menggambarkan bagaimana
kita bertingkah laku, contohnya apabila kita dihadapkan dengan cabaran-
cabaran untuk berbohong, menipu atau mencuri.

Kajian-kajian psikologi tentang perkembangan moral terbahagi kepada


dua kategori iaitu sesetengah kajian tertumpu pada isu-isu seperti kenapa
setengah kanak-kanak atau remaja mencuri, lari dari rumah, lepak dan
sebagainya, apakah faktor-faktor yang menerbitkan tingkah-laku tingkah-laku
tersebut serta apakah elemen-elemen yang mengikat kanak-kanak dan
remaja untuk bekerjasama, akur sesama sendiri dan sebagainya. Semua
persoalan ini tertumpu pada menjelaskan tingkah laku seseorang dalam
situasi-situasi moral serta tingkah laku moral.

3.3.2 Teori-Teori dalam perkembangan moral

3.3.2.1Teori Psikoanalisis
Freud menekankan soal afektif moral yang sering diperolehi apabila kanak-
kanak berumur 5 atau 6 tahun iaitu semasa tahap falik. Superego akan
menentukan cara-cara yang telah digunakan oleh ego untuk memuaskan
impuls id betul caranya. Superego akan menentukan cara-cara tersebut
diterima oleh masyarakat. Menurut Freud, kanak-kanak dipenuhi dengan id,
oleh sebab itu mereka sering bertingkah laku mengikut motif kendiri dan
lantaran itu ibu bapa amat penting untuk mengawal mereka.

21
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Superego bertindak seperti ibu bapa di dalam kepala dan akan memberitahu
apa yang betul dan apa yang salah. Superego juga akan menerbitkan
emosi-emosi seperti rasa malu dan bersalah jika seseorang individu
melakukan tingkah laku yang salah.

3.3.2.2 Teori Kognitif


Teori ini menekankan soal penaakulan moral yang berlaku dalam tahap-
tahap invarian yang bermaksud tiap satu tahap bergantung pada perolehan
pada tahap sebelumnya. Dengan kata lain, proses- proses pemikiran akan
menentukan samada sesuatu itu betul atau salah. Salah seorang pelopor
teori ini adalah Jean Piaget (1869-1980).

3.3.2.3 Teori Kognitif Piaget

Piaget memperkenalkan teorinya berdasarkan pemerhatian semula jadi ke


atas kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral
kepada dua tahap iaitu:

1- Moraliti Heteronomus (6-10 tahun)

Kanak-kanak percaya yang undang-undang atau peraturan datang daripada


ibu bapa atau orang orang yang berautoriti yang lain. Peraturan juga dilihat
sebagai suci dan tidak boleh diubah. Oleh kerana kanak-kanak bersifat
egosentrik semasa ini, mereka hanya dapat melihat satu perspektif peraturan
sahaja. Pelanggaran peraturan adalah salah jika ia membawa kepada
konsekuen yang merosakkan walaupun orang yang melanggar undang-
undang itu mempunyai niat yang baik.

2- Moraliti Autonomus atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas)

22
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tahap ini dicirikan oleh kelenturan atau fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah
kurang egosentriknya dan mereka melihat peraturan sebagai persetujuan
antara individu-individu. Peraturan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang
tidak boleh berubah atau yang mutlak tetapi ia boleh berubah mengikut
individu. Misalnya Henry lebih tidak bermoral daripada John. Autoriti orang
dewasa sebagai punca ketaatan utama tidak lagi dihormati. Saling
menghormati dan kerjasama dengan rakan sebaya mula menjadi dasar
penaakulan moral.

3.3.2.4Teori Kognitif Kohlberg

Lawrenc Kohlberg (1984) berpendapat moraliti juga berkembang mengikut


satu siri tahap. Ia berkembang secara universal dan dalam tiga tahap iaitu
tahap satu bagi awal kanak-kanak, tahap dua bagi masa kanak-kanak dan
tahap tiga bagi masa remaja. Dalam satu tahap pula terbahagi kepada dua
peringkat. Kohlberg membina teorinya berasaskan gerak balas kanak-kanak
terhadap satu set dilema. Kohlberg berpendapat bahawa kanak-kanak pada
tahap awal peringkat pertama berumur 7 tahun patuh kepada arahan kerana
tidak mahu didenda. Manakala pada peringkat kedua pula mereka mematuhi
peraturan untuk mendapat ganjaran, atau perkongsian untuk mendapat
balasan.

Sila rujuk buku-buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder lain


bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan teori
perkembangan moral kanak-kanak.

TAJUK4 Pembentukan Perkembangan kerohanian dan


Moral peringkat Awal Kanak-kanak

23
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang teknik pengajaran yang terdiri


daripada bercerita, belajar melalui bermain, main peranan (masalah atau
dilema sosial), pemerhatian, latihan amali, hafazan, tunjuk cara, perbualan,
penjelajahan, soal jawab, lawatan, lakonan, puisi, nasyid, ICT,
sumbangsaran, projek, simulasi dan perbincangan.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan teknik-teknik pengajaran perkembangan kerohanian dan


moral peringkat awal kanak-kanak.

2. Membuat pemilihan yang baik tentang media, bahan yang hendak


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

24
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Teknik
Pengajaran

Bercerita

belajar melalui
bermain

Main peranan

Pemerhatian

Latihan amali

Hafazan

Tunjuk cara

Perbualan

Penjelajahan

Soal jawab

Lawatan

Lakonan

Puisi

Nasyid

ICT

Sumbangsaran

Projek

4.4 Pengenalan

25
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Teknik pengajaran merupakan strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mengelola dan melaksana kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran..Ia digunakan untukmenarik minat
murid,mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid.

4.4.1 Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk


membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa
dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dalam kalangan murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

26
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :


Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang
berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

4.4.2 Belajar Melalui Bermain

• Satu kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada murid-murid


melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura (bermain) di dalam
keadaan terkawal.
• Penggunaan kaedah ini berlandaskan prinsip” Bermain Sambil
Belajar”.
• Kaedah ini selaras dengan naluri semula jadi kanak-kanak iaitu Suka
bermain
• Menurut Froebel, kaedah ini boleh mengembangkan kemahiran
psikomotor, bahasa dan muzik dan ekspresi kendiri kanak-kanak.
• Membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak(JERIS)
• Biasanya dijalankan selepas penguasaan kemahiran tertentu.
• Permainan sesuai dengan objektif, pengalaman, kemahiran,kebolehan
dan kecenderongan murid.
• Guru merancang dan menyediakan alat permainan.

27
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Memberitahu murid tujuan,peraturan dan cara bermain.


• Semasa permainan berjalan,guru hendaklah mengawal dan
memerhatikan murid .
• Pastikan setiap murid terlibat secara aktif dan bermain mengikut
peraturan
• Berbincang dengan murid tentang kesan permainan.

Faedah Bermain
• Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran
• Membantu perkembangan potensi murid secara menyeluruh.
• Murid bermotivasi untuk belajar dengan gembira dan berkesan.
• Memberi peluang murid berinteraksi satu sama lain dan
menggalakkan
• semangat kerjasama.
• Membantu murid dari segi kemahiran berkomunikasi.
• Membantu pembentukan “imaginative thinking” dan semangat
“adventure”
• Membantu perkembangan kreativiti murid.
• Memberi peluang murid berinteraksi satu sama lain dan
menggalakkan
• semangat kerjasama

4.4.3 Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah


atau peristiwa yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan
skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan
situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan

28
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara


spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.

4.4.4 Pemerhatian

• Bermaksud pengamatan kepada perlakuan murid


• Boleh dilakukan secara bersahaja tanpa pengetahuan murid
• Pemerhatian adalah kaedah yang terbaik untuk menilai perkembangan
sebab kanak-kanak boleh meluahkan perasaan, idea, pengetahuan
dan emosi mereka melalui tingkah laku
• Membantu membuat keputusan dengan betul
• Memahami perbezaan perasaan, sikap dan interpretasi orang lain
• Menjadi lebih prihatin
• Memberi ulasan dan penjelasan dengan tepat
• Membolehkan perancangan dibuat berpandukan kekuatan dan
keperluan kanak-kanak.
• Dapat mengenal pasti sejauh mana program yang dijalankan
menyokong perkembangan kanak-kanak.
• Menyediakan data untuk membuat keputusan-keputusan berkenaan
kanak-kanak dan kurikulum dan pelaporan (kepada ibubapa dan
pihak yang berkenaan

4.4.5 Latihan Amali

29
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Dalam pelaksanaan Latihan Amali, bimbingan dan latihan lebih diutamakan


daripada penilaian.Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian
pengalaman serta kepakaran antara guru dengan murid. Tujuannya supaya
murid memperolehi pengalaman secara praktikal. Pengalaman langsung
akan memberi keyakinan kepada murid untuk melaksanakan ibadah seharian
seperti wudhuk dan solat.

4.4.6 Hafazan

• Kemahiran menghafaz merupakan satu kemahiran tinggi


• Memerlukan daya ingatan yang kuat
• untuk mengekalkan hafazan dalam jangka masa yang lama, murid
perlu mengulang-ulangnya setiap masa

4.4.7 Tunjuk Cara

• Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan


kemahiran guru menunjukkan cara melakukan sesuatu di hadapan
murid
• Kaedah ini melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi,aktiviti
penglihatan dan pendengaran murid serta aktiviti percubaan oleh
murid

Sebelum Tunjukcara

• Guru menentukan topik,objektif dan isi kandungan pelajaran.


• Alat-alat tunjukcara disediakan dan disusun menurut langkah
tunjukcara.
• Tempat tunjukcara perlu sesuai agar dapat dilihat oleh semua murid
dengan jelas.
• Aspek keselamatan perlu diambil perhatian .
• Sebelum tunjukcara guru perlu jelaskan kepada murid tujuan
tunjukcara dan apa yang perlu diperhatikan oleh murid

30
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Semasa Tunjukcara

• Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan


tentang tunjukcara yang dijalankan.
• Sekiranya murid memperlihatkan keraguan, guru menerangkan
langkah itu sekali lagi.
• Guru gunakan teknik menyoal untuk mendapat perhatian murid.
• Pastikan semua murid dapat melihat tunjukcara serta mendengar
penerangan guru dengan jelas.
• Guru kemudiannya meminta seorang murid melakukan tunjukcara

Selepas Tunjukcara

• Guru berbincang dengan murid tentang-bahagian-bahagian tunjukcara


yang penting.
• Berbincang dengan murid tentang tujuan tunjukcara agar murid dapat
membuat rumusan dengan tepat.
• Aktiviti pengukuhan selepas tunjukcara: murid membuat tunjukcara
dan mencatatkan langkah-langkah tunjukcara tersebut.

4.4.8 Perbualan

Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti


ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar
Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk
dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan
Setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi
menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian
penggunaannya.

31
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.4.9 Penjelajahan

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.


Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan
atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk
menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana
pelajar sering mengemukakan soalan „bagaimana‟. Oleh itu, ia dapat
melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan
yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah


2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan

4.4.10 Soal – Jawab

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan


dalam bidang pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia
adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan
murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki
memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping
dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
32
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid


2. Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
kritis.
3. Untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang
diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan


pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih dinamik dan berkesan.

4.4.11 Lawatan
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid
memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar
Murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh
mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik
darjah
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti
dirancang rapi dengan para murid perlu menjalankan aktiviti atau
melaksanakan tugasan semasa lawatan.
Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang
sering dijalankan seperti dalam tajuk sirah.

Ciri-ciri Penting
Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep
kerana pengalaman secara langsung
Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan
ini membawa kesan kepada pembelajaran

33
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada murid untuk


memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang
berlaku
Kaedah ini juga menggalakkan murid untuk mengaitkan pengalaman
diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah
Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih
menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku
dalam proses mengumpul maklumat.
Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang murid mengalami situasi
sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-
perkara yang diajar

4.4.12 Lakonan

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang


berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik
(mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam
sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah
satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

34
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.4.13 Puisi

• Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan


maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian
manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam
dalam seni lain seperti drama puisi, him atau lirik.
• Puisi merupakan bahan bacaan yang bertujuan sebagai alat hiburan
dan pendidikan yang penting, khususnya kepada murid.
• Puisi memainkan satu peranan yang penting dalam mendidik murid-
murid.
• Ia menjadi satu bahan penting dalam meningkatkan perkembangan
dan pemerolehan bahasa murid.
• Puisi juga dapat membantu murid untuk menambah ilmu pengetahuan
dan mengayakan pengalaman murid itu sendiri.

4.4.14 Nasyid

• Guru menyampaikan pengetahuan atau pelajaran dengan


menggunakan kata, huruf, nombor atau ungkapan yang dimelodikan
dalam bentuk nyanyian atau nasyid
• Tujuan memudahkan murid meningat atau menghafaz sesuatu
perkara
• Murid dapat melaksanakan tugasan atau menguasai kemahiran
secara relaks dan santai
• Guru boleh mencipta melodi sendiri atau menggunakan melodi sedia
ada untuk melafazkan
• BILA? – Waktu pertukaran sesi, menamatkan aktiviti, bersihkan kelas
dll
• Cth: menghafaz ABC, mengenal huruf hijaiyah, sifir, nasyid nama rasul,
nama bulan Islam dll

35
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Lirik mudah & ringkas


• Banyak ulangan – perkataan & rangkap
• melodi – berirama dan mudah dipelajari
• Kaitan dengan pergerakan anggota badan/pancaindera
• Berbentuk cerita, drama atau mainan
• Ada unsur didaktik & amalan kehidupan seharian
• Menyediakan lirik kepada kanak-kanak
• Guru perlu nyanyi & gayakan dulu
• Tunjukcara berulangkali
• Nyanyi menghadap kanak-kanak
• Jangan paksa kanak-kanak – tempoh singkat
• Wujudkan kegembiraan sebelum & semasa menyanyi
• Lakukan pergerakan – kanak-kanak

Contoh nasyid

• Mengandungi frasa ucapan


• Selamat pagi, selamat datang @ selamat tinggal
• Juga mengandungi peringatan & panduan hidup
• Nilai-nilai murni, moral & nasihat
• Berkaitan dengan aktiviti seharian.

4.4.15 ICT

• Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud


menggunakan ICT secara terancang,bersesuaian, dan
berfikrahuntuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran
• Ia digunakan untuk memperkenal, mengukuh dan menambah
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

36
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• ICT meliputi komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD)
bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat

Manfaat penggunaan ICT

• Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran


• Memberi peluang pembelajaran yang sama
• Meningkatkan motivasi
• Membolehkan pembelajaran kendiri
• Mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar
• Melaksanakan eksperimen yang mahal, mustahil dan bahaya
• Meningkatkan kreativiti dan imaginasi
• Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum
• Meningkatkan kemahiran ICT

4.4.16 Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming)


yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap
ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat
sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang
lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif
dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid


Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
37
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk


dibincangkan dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan
mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where?
How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai
kebolehan

4.4.17 Projek

• Kaedah Projek adalah penyiasatan secara mendalam, berkaitan


dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian pelajar
terhadap topik.
• Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk
mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang
serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.
• Menyediakan murid agar dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah
dengan aktiviti.
• Membantu pelajar bersedia menjalankan kajian dalam bidang sains
dan sains sosial.
• Contohnya mengaplikasikan Asas Akhlak Islamiah dalam kehidupan
seharian

Kriteria pemilihan Topik bagi Projek:

38
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Sejauhmanakah menariknya sesuatu topik bagi murid.


• Adakah topik tersebut berkaitrapat dengan dunia sebenar.
• Adakah pelajar mempunyai pengalaman sedia ada berkaitan dengan
topik yang diajar
• Memudahkan murid agar mendapat pengalaman hands-on atau hands
experience/field work
• Sejauhmanakah murid bergantung pada orang dewasa atau buku
untuk mendapatkan maklumat.
• Adakah timbul pelbagai jenis soalan dalam kalangan murid berkaitan
dengan topik.
• Adakah wujud peluang bagi murid untuk menjalankan kajian untuk
persoalan mereka secara aktif.

4.4.18 Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir


menyerupai keadaan sebenar yang memerlukanmurid berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada
murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan
menulis.

39
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber


motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.

4.4.19 Perbincangan

• Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan


mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih
murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).
• Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan murid dibawah
penyeliaan dan kawalan seorang guru.
• Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama
dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu
perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar,
bengkel, bahas dan debat.
• Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi
mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan
sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat
melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
• Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh
murid sendiri.
• Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah
berikut :
• Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.

40
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian


memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk
memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
• Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat
dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
• Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu
dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah
perkara yang betul.
• Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada
setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis
mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah
menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

41
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK5 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai :


Pendidikan Moral

5.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang pengurusan Kurikulum
Perkembangan Kerohanian dan Moral yang berfokuskan kepada pusat
pembelajaran dan pengelolaan pengajaran kerohanian dan moral

5.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti peralatan-peralatan yang sesuai di dalam sudut


perkembangan kerohanian dan moral
2. Menyusun atur bilik darjah bersesuaian dengan pengajaran dan
pembelajaran kerohanian dan moral
3. menyediakan persekitaran yang sesuai untuk menggalakkan
perkembangan kerohanian dan moral
4. Mengenal pasti pengelolaan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan kerohanian dan moral

5.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

42
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Pengurusan
Kurikulum
Perkembangan
Kerohanian dan
moral

Pusat Pembelajaran
Pengelolaan
Perkembangan
Pengajaran
Kerohanian dan
kerohanian dan moral
Moral

Peralatan Aktiviti Kelas

Aktiviti Kumpulan
Susun atur

Persekitaran
Pembelajaran Aktiviti Individu

Aktiviti Berpasangan

5.3 Pengurusan Kurikulum Perkembangan Kerohanian dan moral

Pendidikan Islam prasekolah bertujuan untuk memberi kemahiran asas


Islam kepada murid serta membimbing mereka melakukan ibadah dan
berakhlak mulia, gembira melakukan amal soleh dan mengelak diri daripada
melakukan perbuatan mungkar. Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam
terdiri daripada aqidah, ibadah, akhlak, sirah, bahasa Al-Quran dan huruf
hijaiyah dan jawi

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan IslamBab 10,


akta pendidikan 1996: Pengajaran Agama Di Institusi Pendidikan

Seksyen 50 (1) – Pengajaran Agama Islam, jika di dalam sesuatu institusi


pendidikan terdapat lima orang murid atau lebihyang menganut agama
Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama
Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi


pendidikan di -bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh

43
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa


institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang
ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan
yang tertentu.

Topik umum pendidikan Islam, Hasil pembelajaran (HP) boleh


disepadukan dengan komponen-komponen lain melalui tema. Manakala,topik
khusus, Hasil Pembelajaran (HP) tidak boleh disepadukan melalui tema

Pengelolaan pengajaran pendidikan moral pula dilaksanakan melalui


aktiviti yang berkaitan seperti bercerita, main peranan, permainan ,
pemerhatian, nyanyian, lakonan dan latihan amali. Pemupukan nilai adalah
berkaitan dengan perkembangan diri, diri dengan keluarga,diri dengan
masyarakat, diri dengan alam sekitar dandiri dengan negara.

5.4 Pusat Pembelajaran Perkembangan Kerohanian dan Moral

5.4.1 Susun atur

Tentukan ruang, alat dan bahan yang ada – dalam & luar prasekolah.
Keseimbangan antara ruang terbuka dan tertutup serta bahan.Pemisah
ruang perlu ada supaya ruang menjadi lebih kemasdan teratur. Cara
bagaimana untuk mengelaskan bahan. Cara bagaimana kedudukan bahan
dan peralatan diatur boleh menggalakkan pergerakan dan interaksi antara
kanak-kanak. Kanak-kanak boleh membuat refleksi kendiri (Ruang senyap).
Ruang-ruang tertentu yang disediakan akan membolehkan kanak-kanak
membuat eksplorasi bahan dan kedudukan guru, kanak-kanak dan bahan
boleh mempengaruhi pendekatan yang akan digunakan bagi memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Susun atur yang baik

44
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

akan menggalak dan mengekalkan minat kanak-kanak semasa proses


pengajaran dan pembelajaran berlangsung, meningkatkan penumpuan
terhadap pengalaman tertentu dan memastikan keselamatan kanak-kanak
semasa proses pembelajaran. Selain itu, boleh menggalakkan penglibatan
kanak-kanak umpamanya, menggunakan mainan/gambar yang digemari
kanak-kanak dan menggalakkan interaksi sosial antara kanak-kanak

5.4.2 Peralatan

Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam melaksanakan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat pembelajaran boleh membantu
memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek
kerohanian ataupun moral. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti
kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam
pembelajaran seperti alatulis, carta wudhuk, sejadah, telekung dan juga dan
lain-lain bantu mengajar. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang
menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga
memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut
perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat
sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya.
Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia
tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan
bau yang menarik.

Kelengkapan-kelengkapan di prasekolah perlu menyokong aktiviti-aktiviti


yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih
baik menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass.
Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang
terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan
pembelajaran.

45
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kebanyakannya prasekolah mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh


menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti alatulis,
Quran, sejadah, buku dan lain-lain.

5.4.3 Persekitaran

Wujud dua dimensi ke arah mencipta ruang yang selamat di mana


kanak-kanak boleh belajar dan berkembang. Dimensi atau rangka rujukan
pertama adalah bersifat psikologi dan yang kedua bersifat fizikal.
Keselamatan psikologi merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-
kanak tentang persekitaran mereka. Kanak-kanak dianugerahkan oleh
Tuhan peka kepada alam sekitar mereka. Mereka mengetahui sama ada
mereka berada di tempat yang menyenangkan, selesa dan tidak berbahaya.
Mereka dapat menangkap sama ada persekitaran yang membendungi
mereka, mengandungi individu-individu yang mereka yakini, iaitu individu
yang menghormat status dan keindividuan mereka. Kanak-kanak dapat
merasakan sama ada mereka diterima atau sebaliknya oleh individu dewasa.
Dalam persekitaran yang dianggap selamat dari segi psikologinya, kanak-
kanak tidak perlu berasa gementar, takut, bimbang, ragu dan risau tentang
perdampingan mereka sama ada dengan individu dewasa atau kanak-kanak
lain.

Dalam persekitaran yang dianggap selamat dari segi psikologinya,


kanak-kanak tidak perlu berasa gementar, takut, bimbang, ragu dan risau
tentang perdampingan mereka sama ada dengan individu dewasa atau
kanak-kanak lain.

Masa belajar di tadika berjalan dengan selesa, merangsang serta


menyeronokkandan mereka bukannya bermenung menunggu ibu bapa akan
datang menjemputnya balik. Untuk kanak-kanak tadika, persekitaran yang

46
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

selamat menawarkan individu atau pendidik yang mempunyai ciri-ciri sahsiah


yang merangsangkan, individu yang mesra, bertimbang rasa, bersifat
pendidik dan cekal. Guru-guru tadika membantu mewujudkan iklim tadika
yang positif dengan memberikan galakan dan mempercayai kebolehan tiap-
tiap kanak-kanak untuk berkembang. Salah satu caranya ialah mempastikan
setiap kanak-kanak berasa yakin untuk mengusahakan sesuatu atau
membuat penerokaan ke alam sekeliling tanpa berasa bimbang kalau-kalau
dimarahi oleh guru atau tersilap melaksanakan sesuatu.
Menurut pakar kanak-kanak tadika, sesebuah tadika yang baik
sewajarnya direkabentuk dengan selesa, selamat dan memberikan galakan
atau stimulasi untuk kanak-kanak. Ia juga perlu bertindak sebagai katalis,
memperkayakan konteks atau perhubungan dengan guru-guru dan
kakitangan tadika. Ia juga perlu mencipta persekitaran dimana lantai, dinding,
pintu dan alat-alat perabut menawarkan peluang untuk pembelajaran.
Rekabentuk yang kompleks diperlukan tetapi tidak wajib dan biasanya tidak
praktikal. Kos rekabentuk sedemikian rupa mestilah dinilaikan dengan
manfaatnya. Apa yang paling penting ialah persekitaran mesti selamat,
ekonomikal, ruangnya senang dijaga dan mempunyai kakitangan yang mahir
dan program pendidikan yang bernas dan bermakna.

Berdasarkan pengalaman anda, adakah persekitaran yang


dialami sewaktu kecil memberi kesan kepada keadaan kamu
pada masa sekarang?

5.5 Pengelolaan Pengajaran kerohanian dan moral

5.5.1 Aktiviti Kelas

47
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Semua murid menjalankan aktiviti yang sama serentak. Pemupukan


kemahiran bersosial,pemupukan nilai murni seperti kerjasama, hormat
menghormati, keadilan dan semangat bermasyarakat, pemupukan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dapat diterapkan dalam
kalangan murid

Perkara Yang Perlu Difikir


Penyediaan :bahan, pusat pembelajaran
Suara guru jelas dan mudah difahami
Kedudukan guru dan murid

5.5.2 Aktiviti Kumpulan

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi


kemasyarakatan dan dinamik kumpulan

Ciri-ciri penting
• Kumpulan kecil, bilangan ahli yang kecil
• Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil
• Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama
Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah
memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu
pelajar mencapai objektif spesifik
Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk
kerja kumpulan
Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan
Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi
tanggungjawab
Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk

48
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar,


mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara
koperatif

5.5.3 Aktiviti Individu

Aktiviti dilaksanakan mengambil kira keupayaan dan perbezaan individu


setiap murid. Murid akan menjalankan tugasan yang diberi secara
bersendirian. Murid berpeluang menjalankan aktiviti yang diminati
bersendirian mengikut keupayaan masing-masing. Murid akan banyak
berinteraksi dengan bahan dan berpeluang mendapat perhatian secara
personal daripada guru. Antara aktiviti yang boleh dilaksnakan ialah seperti
melukis gambar, menyusun gambar bersiri, menggunting/menampal dan
membaca buku.

Ciri-ciri Aktiviti Individu


Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang murid
Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada murid mengenai
penguasaan kemahiran dan pengetahuannya
Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran,
hasilan dan aktiviti-aktiviti
Kurang sesuai untuk murid yang memerlukan motivasi dan dorongan
daripada pengajaran aktif guru

Kebaikan Aktiviti Individu

Menumpukan kebolehan Istimewa yang ada padanya bagi


meningkatkan Kefahaman tentang sesuatu konsep
Murid bebas mencuba dan meneroka dengan gaya tersendiri
Mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti membuat

49
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah


Peluang untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikarai, kerajinan
dan sayangkan hak sendiri serta menghormati hak orang lain
Murid mendapat perhatian secara personal daripada guru dan boleh
membuat keputusan.

5.5.4 Aktiviti Berpasangan

Aktiviti yang melibatkan dua orang murid saling bekerjasama


melaksanakan aktiviti seperti hafazan iaitu seorang murid menghafaz
manakala seorang lagi akan mendengar. Selepas itu, murid yang mendengar
tadi akan memberi maklumbalas terhadap bacaan rakannya.

Kepentingan Aktivti Berpasangan

Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal


berasaskan ungkapan ”two heads are better than one”.
Berfikir dan berbincang mengenai aktiviti yang dijalankan
Berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran bersama rakan
Mengkaji kelemahan dan kekuatan diri murid

50
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK6 Nilai yang perlu dipupuk (Berdasarkan KSPK)

6.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang nilai yang perlu dipupuk kepada
kanak-kanak prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Terdapat enam belas nilai-nilai murni yang perlu dipupuk
kepada kanak-kanak prasekolah iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Baik
hati, Bertanggungjawab, Berterima Kasih, Berhemah Tinggi, Hormat
Menghormati, Kasih Sayang, Keadilan, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan,
Kerjasama, Kesederhanaan, Toleransi, Berdikari dan Berdisiplin.

6.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengkaji dan mengenal pasti Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai


dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
2. Memahami konsep nilai-nilai murni yang perlu dipupuk kepada kanak-
kanak prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).
3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat
dijadikan sebagai contoh yang baik.

51
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

6.3 KERANGKA TAJUK

Kepercay Keadilan
aan
Kepada Keberania
Tuhan n

Baik hati Kejujuran

Bertangg
Kerajinan
ungjawab

NILAI Kasih
Berdisipli YANG sayang
n PERLU
DIPUPUK

Hormat
Menghor
Berdikari mati

Hemah
Toleransi
tinggi

Berterima
Kesederh kasih
anaan
Kerjasam
a

Sila rujuk buku-buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder


lain bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan
nilai-nilai murni yang perlu dipupuk kepada kanak-kanak
prasekolah.

6.4. PENGENALAN

Nilai-nilai murni merupakan perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh


seseorang itu. Nilai-nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya
negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang.
Nilai-nilai murni yang ada pada seseorang bukan boleh dikuasai dalam

52
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

sekelip mata sahaja.Guru-guru prasekolah merupakan orang yang pertama


sebelum kanak-kanak ini melangkah ke sekolah rendah, oleh yang demikian
penerapan nilai ini boleh dipupuk dari awal lagi semasa pengajaran &
pembelajaran dan sebagainya. Ini perlu dilakukan untuk penghayatan
sepanjang hayat kanak-kanak ini.

6.4.1 NILAI YANG PERLU DIPUPUK

1. Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara. Antara ciri-ciri orang yang percaya kepada Tuhan ;
Mempercayai Tuhan yang menciptakan alam ini.
Mentaati segala perintah suruhan dan perintah larangan.
Mempercayai adanya hari pembalasan.

2. Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk
orang lain. Antara ciri-ciri orang yang baik hati adalah ;
Belas kasihan
Bertimbang rasa
Murah hati
Saling memahami
Sedia memaafkan orang lain.

3. Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.Ada beberapa ciri-ciri yang menunjukkan
apakah kita termasuk orang yang bertanggung jawab ataukah tidak. Antara
ciri-ciri orang yang bertanggung jawab adalah :

53
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Memandang bahawa tidak ada orang yang terbebas dari kesalahan.


Displin terhadap aturan.
Berusaha menepati janji.
Senantiasa bersedia meminta maaf.
Bersedia menerima kritikan atas kesalahan yang dibuat.
Berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

4. Berterima kasih

Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan,
penghargaan dan sumbangan yang diterima.Didalam Hadis riwayat Imam
Tirmizi ada menyatakan:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,


maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.”

Islam mengajar manusia jalan untuk menjaga hubungan dengan Allah, begitu
juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang diajar oleh
Nabi S.A.W. , pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

5. Hemah tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut
diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli
masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri berhemah tinggi adalah ;
Bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi
Bersikap bersedia mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri
Suka bergaul mesra dan tidak mementingkan diri sendiri.

6. Hormat menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi
layanan yang bersopan. Antara ciri-ciri hormat menghormati adalah ;

54
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan


pangkat.
Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada
orang lain serta menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang
lain.

7. Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas. Antara ciri-ciri kasih sayang ialah ;
Wujud penerimaaan dan penghormatan
Wujud pengiktirafan dan sentiasa prihatin
Wujud persefahaman dan permuafakatan
Sentiasa memelihara perpaduan dan persaudaraan

8. Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.Merujuk Kamus Dewan


Bahasa dan Pustaka, pengertiaan adil ialah berpihak kepada yang benar dan
yang hak, berpegang pada kebenaran. Secara ringkasnya, adil bermaksud
menempatkan sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu itu tidak diletakkan
pada tempatnya yang hak maka ia dikatakan sebagai zalim. Antara ciri-ciri
keadilan adalah ;
Mempertimbangkan sesuatu secara objektif, menyeluruh dan wajar.
Mengkaji, menyiasat dan meneliti sebelum keputusan diambil.
Tidak memihak kepada keluarga dan kawan.
Tidak buat keputusan terburu-buru.
Mementingkan kebenaran.
Tidak menyalahkan orang sebelum menyiasat.
Tidak membuat diskriminasi kaum/jantina.

55
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam tindakan dan keputusan sama
ada dalam memberi ganjaran dan hukuman.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana menguntungkan.
Menjatuhkan hukuman walaupun melibatkan keluarga.
Berhati-hati ketika menjalankan hukuman.
Bersikap berperikemanusiaan, adil dan tegas.

9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas
dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana.
Antara ciri-ciri keberanian adalah ;
Nilai ini merangkumi berani dengan tidak membuta tuli.
Berani kerana benar.
Berani mempertahankan pendirian.
Berani bertanggungjawab.

10. Kejujuran
Kejujuran adalah berkaitan dengan bercakap benar, bersikap amanah dan
ikhlas dalam setiap perlakuan. Antara ciri-ciri kejujuran ialah :
Mempunyai sikap bertanggungjawab ketika menjalankan tugas.
Menunaikan janji positif dan tegas.
Menyimpan rahsia yang diamanahkan.
Bercakap benar, jujur mengenai sesuatu perkara.
Menjaga harta benda yang diamanahkan dengan baik.
Menyampaikan berita yang diamanah dengan tepat.

56
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

11. Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,


kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara.Sifat rajin berusaha itu perlu disemai pada setiap insan dari kecil lagi
agar sifat tersebut berkekelan sehingga dewasa.

12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. Dengan
menerapkan konsep kerjasama maka kita akan mendapatkan kemudahan
dalam menyelesaikan pekerjaan atau tugasan yang berat atau memerlukan
kekuatan kumpulan.

13. Kesederhanaan

Besikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa


mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.Agama Islam menganjurkan
agar umatnya sentiasa hidup sederhana dalam semua tindakan, sikap dan
amal. Islam adalah agama yang berteraskan nilai kesederhanaan yang tinggi.
Kesederhanaan adalah satu ciri yang umum bagi Islam dan salah satu
perwatakan utama yang membezakan dari umat yang lain.

14. Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan


hidup.

15. Berdikari

Kebolehan untuk mengurus diri dan menjalankan tugas yang


diberikan.Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung

57
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian


bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri
sendiri.

16. Berdisiplin

Mengikut arahan guru dan peraturan yang ditetapkan serta boleh


melengkapkan tugas yang diberi.Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979,
menjelaskan disiplin bermaknakesanggupan seseorang untuk melakukan
sesuatu dengan tertib, menghormati hakorang lain, mengamalkan tingkah
laku yang baik dan tidak mengganggu kepentinganorang lain. Antara ciri-ciri
orang yang berdisiplin adalah ;
Bersikap realistik.
Sentiasa berfokus atau terarah.
Melakukan secara berterusan.
Kreatif dan berinisiatif;

http://sarjana.tripod.com/nilai3.html
http://www.scribd.com/doc/47526270/NILAI-MURNI-PENDIDIKAN-MORAL
http://tanlt.tripod.com/moral.htm

Secara berkumpulan, bincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan


untuk menerapkan nilai-nilai murni tersebut kepada kanak-kanak
prasekolah.

1. Apakah kepentingan untuk menerapkan nilai-nilai moral terhadap


perkembangan moral kanak-kanak ?
2. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam
membimbing kanak-kanak dalam memupuk nilai-nilai moral dalam diri
kanak-kanak?

58
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Penaksiran Perkembangan Kerohanian dan


TAJUK7
Moral

7.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang penaksiran perkembangan


kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah. Terdapat beberapa cara
dalam membuat taksiran iaitu melalui pelaksanaan pemerhatian, hasil
kerja, amali, hafazan surah dan doa, senarai semak dan pelaporan.
Melalui modul ini perbincangan mengenaipenaksiran hanya tertumpu
kepada pelaksanaannya dari sudutpemerhatian sahaja. Pemerhatian
merupakan suatu cara pengesanan dan peningkatan potensi kanak-kanak.
Melalui modul ini,pelajar dapat memahami konsep penaksiran / pemerhatian
dalam perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

7.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti cara-cara mengesan perkembangan kanak-kanak


prasekolah.

2. Menerangkan pelbagai jenis pemerhatian dalam proses penilaian


kanak-kanak.

3. Meningkatkan potensi kanak-kanak prasekolah melalui pelbagai


kaedah pengajaran.

59
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

2. Pelaporan

PENAKSIRAN
PERKEMBANGAN
KEROHANIAN DAN
MORAL

1. Pelaksanaan

Senarai
semak
Pemerhatian Hafazan
Surah /doa
Hasil Kerja
Amali

60
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3.1 Pengenalan

Kanak-kanak adalah unik, dinamik, mempunyai keperluan dan ciri-ciri yang


berbeza. Bagaimana kita dapat mengenal pasti keperluan mereka yang
berbeza? Bagaimana kita menilai perkembangannya yang berterusan bagi
memenuhi keperluannya dan merancang pengajaran dengan berkesan?
Penilaian kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dan memerlukan
strategi yang bersepadu serta dilaksanakan berdasarkan input daripada
pelbagai sumber. Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan
kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian.

7.3.2 Konsep Pemerhatian

Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan kerohanian dan moral


kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah
memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan,
pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu
diperhatikan adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif
dan sebagainya. Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan
tanpa disedari oleh kanak-kanak. Mengikut NAEYC (1987), pemerhatian
merupakan asas kepada merekodkan perkembangan kanak-kanak.
Maklumatnya boleh digunakan di dalam “realistic curriculum” di mana
matlamat dan tujuan dirancang untuk keperluan individu bagi melihat
kekuatan dan minat mereka. Kurikulum mesti bersesuaian dengan umur dan
kebolehan individu.

7.3.3 Objektif Pemerhatian

1. Mengesan kebolehan, keperluan dan minat kanak-kanak prasekolah.


2. Menentukan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak prasekolah dari

61
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

segi perkembangan yang menyeluruh.


3. Membuat perancangan berasaskan keperluan individu.
4. Memantau kemajuan secara berterusan.
5. Memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai pertumbuhan
kanak-kanak.
6. Membuat rujukan kepada ibubapa dan pakar mengenai kesihatan,
pertuturan dan mental.
7. Menyimpan rekod kemajuan kanak-kanak bagi tujuan bimbingan dan
penempatan yang akan datang.
8. Merancang persekitaran belajar yang sesuai dan berkesan.

Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri – ciri berikut :

Masalah kelewatan penguasaan bahasa,komunikasi dan literasi


seperti sukar memahami apa yang diperkatakan,pelat dan gagap.

Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti :


-Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz,bentuk,warna dan
kedudukan objek.
-Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik
-Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya
-Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja
-Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk diam dan
selalu resah.
Masalah berkaitan dengan pendengaran.

7.3.4 Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran,guru dan


pelaksanaan prasekolah harus merancang strategi untuk memenuhi

62
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

keperluan pembelajaran mereka.Berikut adalah cadangan untuk membantu


melaksanakan proses pengajaran danpembelajaran bagi memenuhi
keperluan yang berbeza – beza.

1.Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa


dan literasi guru perlu menggunakan:
Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan syarat
Bahan visual dan bertulis/ bercetak dalam pelbagai saiz dan format
Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi yang lain

2.Bagi membina kefahamn melalui pengalaman semula sebenar ( hand-


on experience) dan deria,guru perlu menggunakan :
Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui
penglihatan ,pendengaran, sentuhan dan bau.
Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi yang
lain.

3.Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan


praktikal, guru perlu :
Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa yang lain
Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran
Mempunyai bahan dan peralatan yang khas
Menghargai dan memuji usaha murid
Membantu murid menghargai dan menghormati sumbagan sendiri
dan
Orang lain
Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan

63
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Murid pintar cerdas mempunyai ciriciri berikut:


Belajar dengan mudah,cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang
tinggi
Mempunyai kosa kata yang banyak, tepat dan mengekal/mengingat
apa yang dibaca dan didengar dengan mudah.
Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan
berupaya menyelesaikan masalah.
Penyesuaian sosial dan kawalan emosiyang baik.
Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi.
Melebihi purata dari aspek ketinggian,berat badan,kekuatan dan
kesihatan..

64
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3.5 Cara Pemerhatian

SOSIOMETRI RUNING REKOD

DURATION REKOD

SENARAI SEMAK SKALA


PEMERINGKATAN

CARA MEMBUAT
PEMERHATIAN

REKOD ANEKDOT

REKOD PERISTIWA

INTERVEL REKOD

TIME SAMPLING

65
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3.6 Bidang Pemerhatian

- Sosial-Cara berinteraksi.
- Emosi-Tingkah laku bukan lisan
- Fizikal
- Intelek-keupayaan, keputusan dan masalah
- Rohani-mengamalkan perilaku yang berasaskan nilai
- Bahasa-perbualan, mendengar, menulis
- Kreativiti-cara menghasilkan sesuatu pergerakan

Pengalaman masa mengajar berasaskan sekolah

Pelajar membuat refleksi ke atas pengalaman mengajar


melalui taksiran yang dibuat berdasarkan pemerhatian
semasa mengajar kanak-kanak yang bermasalah.

Pelajar berbincang dengan rakan sebaya mengenai perkara di


atas dan membuat laporan bertulis kepada pensyarah.

7.3.7 Kepentingan menilai dan mengesan tahap perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan


secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan
pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama
dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan pada peringkat
awal lagi.Tidak semua kanak-kanak dapat menerima maklumat baru ketika
guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian

66
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran


yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.

Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru


dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan
atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa
kumpulan kecil.Respons kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti
memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Guru perlu membuat
pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang
dikehendaki.

Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak


dalam pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan
potensi kanak-kanak.Guru juga dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak
dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika. Kanak-kanak dapat
mengatasi masalah „tiada kawan‟ contohnya, apabila guru memberi peluang,
masa dan bimbingan kepada mereka.Setiap catatan yang dibuat berkenaan
perubahan tingkah laku dan hasilan kerja kanak-kanak merupakan bukti yang
kukuh.

Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu


bapa sekurang-kurang dua kali setahun.Kanak-kanak yang mempunyai
masalah daripada segi kesihatan seperti lambat daripada segi
perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Perkara
ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal.Kanak-kanak diberi
peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang telah dia
hasilkan.

Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai.


Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana
pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang

67
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

lampau.Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh


memberi ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan
tepukan atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat
menyedarkan murid berkenaan perlakuannya.

7.3.8 Teknik Penaksiran

Penaksiran Kemajuan Kanak-kanak ialah:

Membuat kajian untuk mengenalpasti perkembangan dan kemajuan


yang telah dicapai oleh kanak-kanak dari segi JERIS untuk menjalankan
tindakan susulan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu ia dapat mengkaji faktor-faktor penghalang proses


perkembangan sedia ada seperti pembentukan sikap, pengetahuan dan
lain-lain.

Langkah mengenalpasti pembentukan sikap, penguasaan kemahiran,


konsep dan pengetahuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak di dalam
persekitaran yang tertentu selaras dengan perkembangan dan
pertumbuhan di samping mengkaji faktor-faktor yang membantu /
menghalang proses perkembangan sedia ada.

68
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1. Membuat pemerhatian

TEKNIK –TEKNIK
PENAKSIRAN 2. Mengumpul maklumat
3. Menilai hasil kerja.
4. Ujian (contoh lisan,
mendengar, melihat)
5. Penilaian kendiri kanak-kanak

AKTIVITI LATIHAN

Anda dikehendaki membuat rujukan perpustakaan berdasarkan teknik-teknik


penaksiran berikut:
- Membuat pemerhatian
- Mengumpul maklumat
- Menilai hasil kerja.
- Ujian (contoh hafazan surah dan doa)
- Penilaian kendiri kanak-kanak

Setelah anda melakukan rujukan perpustakaan,


2. Bincangkan dalam kumpulan kecil berkaitan tajuk-tajuk tersebut. Anda
digalakkan mengadakan perbincangan maya bersama rakan anda.

3. Buat catatan perkara-perkara utama yang telah dibincangkan itu dalam


bentuk pengurusan grafik/ peta minda.

69
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Contoh peta minda:

Teknik-teknik
Penaksiran

70
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kesimpulannya, Guru prasekolah perlu menguasai sepenuhnya aspek


teknik-teknik panaksiran dalam membuat taksiran ke atas kanak-kanak /
pelajar prasekolah. Penguasaan guru terhadap aspek tersebut adalah sangat
penting dalam usaha membuat penilaiaan yang tepat dan berkesan.
Sekarang bagaimana dengan anda? sudahkah anda dapat menguasai
teknik-teknik tersebut?

4.4 Rumusan

Setelah membincangkan tentang penaksiran perkembangan kerohanian


dan moral kanak-kanak prasekolah serta dapat mengetahui beberapa
cara dalam membuat taksiran,diharapkan anda boleh melaksanakannya
dengan baik dan berkesan apabila anda berada dalam lapangan yang
sebenar nanti. Semoga perbincangan / isi kandungan dalam tajuk ini
dapat membantu anda memahami konsep penaksiran / pemerhatian dalam
perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

71