Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Senama, Jalan Bahau, 72100 Bahau, Negeri
Sembilan.

HARI KEDUA : March 14, 2017

Program Merentas Desa peringkat sekolah telahpun berlangsung. Saya sangat tergagum
dengan hubungan yang mesra antara guru dan murid. Guru-guru sekolah sangat mengambil
berat tentang keselamatan para murid semasa mereka sedang berlari. Ada juga guru-guru yang
berlari dengan murid untuk memberi sokongan. Perbuatan sebegini menunjukkan guru
hendaklah menjadi diri sebagai teladan supaya dapat melahirkan sikap kepercayaan kepada
seseorang pelajar. Hubungan sosial ini membolehkan seseorang murid mempunyai tarikkan dan
kepercayaan terhadap seseorang guru dan secara tidak langsung pelajar itu juga boleh
menumpukkan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar.

Kerjasama antara guru sangat baik dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab
mereka untuk menjayakan program ini. Segala aktiviti yang dilakukan oleh para murid dan guru
menunjukkan komitmen yang sangat tinggi antara mereka dan saya juga percaya bahawa usaha
yang bersepaduan inilah yang mendorong kepada kecemerlangan sekolah ini darisegi sahsiah
mereka.

Saya juga dapat memahami dan mengenali perbezaan individu dalam kalangan murid.
Dari segi fizikalnya, ramai pelajar yang mempunyai gaya hidup sihat dan cergas dengan
mempunyai saiz badan, ketinggian yang normal. Tambahan pla, darisegi tingkah laku ramai
pelajar rasa berseronok untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Walaubagaimanapun, ada
juga pelajar yang menunjukkan rasa tidak fleksibel untuk mengambil bahagian dalam aktiviti.
Saya juga dapat menjalankan tugasan saya untuk menjayakan merentas desa ini dengan
membawa barangan, mengurus pelajar, mengawal pelajar semasa mereka berlari dan
sebagainya. (Rujuk Lampiran 4)

Anda mungkin juga menyukai