Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2017

NAMA : MATURIN MOHAMAD

NAMA TUTOR :

NO. MATRIKULASI : 640728125603001

NO. KAD PENGENALAN : 640728125603

NO. TELEFON : 0198119942

E-MEL : Maturin64@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM , KENINGAU


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3
1.0 PENGENALAN

Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan
proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat
penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,
merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan
tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti
pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan
untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang
berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk
menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat
pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik
pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut.
Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak
akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan
yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah
dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk
digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis
ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis
– analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks
Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis -
analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu
tujuan tertentu.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya perlu membentuk satu Jadual
Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran, melalui JPU berkenaan
saya perlu menggubal satu set instrument peperiksaan aneka pilihan (Bahagian A) sebanyak
25 soalan dengan item-item subjektif berjawapan pendek (Bahagian B) dan seterusnya
mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya saya perlu menentukan indeks
kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih subjek Sains Tahun 1.
Berdasarkan subjek ini saya telah membina satu unit JPU bagi memudahkan saya untuk
menggubal satu set soalan peperiksaan aneka pilihan dan soalan-soalan subjektif berjawapan
pendek yang akan saya tadbirkan di sekolah. Setelah soalan ini siap dibina, saya telah
mentadbirkan soalan ini kepada murid-murid Tahun 1 Bestari yang terdiri daripada 30 orang
murid dari Sekolah Kebangsaan Magatang, Keningau.

2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk
terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU merupakan
satu pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkesan. DIsamping itu ia juga disebut
sebagai test print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun
JPU dibina hanya setelah Pembina ujian menetapkan jenis dankandungan ujian yang hendak
dibina.

2.1 Konsep JSU


Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian
(JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan
menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan.
Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendakdiukur serta memberi panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.

2.2 Fungsi JSU


Fungsi utama pembinaan JSU adalah untuk :

 mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan


 menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
 menjadi garis panduankepada penggubal soalan
 membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain
 menentukan pemberatan terhadap bidang/topik tertentu
 membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain
 menyelaraskan aras kesukaran ujian
 menstabilkan taraf dan mutu ujian

2.3 Kepentingan JSU


 kertas ujian dapat digubal secara sistematik
 kesahan dari segi perampelan sukatan pelajaran adalah terjamin
 taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
 ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
 aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina
oleh pembina lain

2.4 Ciri-ciri JSU


Antara Ciri-ciri utama JSU ialah :

 penentuan tajuk
 aras kemahiran yang hendak duji
 paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran
 paksi mendatar adalah kemahiran atau konstrak, bilangan soalan, dan
menentukan kesahan setiap ujian

2.5 Penggunaan Taksonomi Bloom dalam JSU


Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada
domain kognitif yang disusun mengikut hierarki yang mengandungi enam aras kesukaran
iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
SK. MAGATANG KENINGAU

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Mata Pelajaran : SAINS Tahun : 1


Kertas Peperiksaan Semester Akhir 2017
Tema/tajuk kemahiran Jumlah soalan jumlah

M P S
INKUIRI DALAM 1.1Kemahiran Proses Sains
SAINS
1. Kemahiran Saintifik 1.2 Kemahiran Manipulatif

2. Peraturan Sains Bilik


Sains

SAINS HAYAT 2.1 Benda Hidup dan Benda


3. Benda Hidup dan Bukan Hidup
Benda Bukan Hidup 2.2 Keperluan Asas
Benda Hidup

4. Manusia 4.1 Deria Manusia

5. Haiwan 5.1 Bahagian Tubuh Haiwan

6. Tumbuhan 6.1 Bahagian Tumbuhan

SAINS FIZIKAL 7.1 Magnet


7. Magnet

SAINS BAHAN 8.1 Keupayaan Bahan


Menyerap Air
8. Penyerapan

BUMI DAN 1.1 Bentuk Muka Bumi


ANGKASA
1.2 Tanah
9. Bumi
TEKNOLOGI DAN 10.1 Binaan Daripada
KEHIDUPAN Bongkah Benuk Asas.
LESTARI

10. Asas Binaan

JUMLAH SOALAN A

JUMLAH SOALAN B

Anda mungkin juga menyukai