Anda di halaman 1dari 15

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2016

SEBELUM MAJLIS BERMULA

MOHON PARA HADIRIN PENUHKAN RUANG TEMPAT DUDUK DIHADAPAN


MATIKAN TELEFON BIMBIT SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG
MOHON PARA HADIRIN TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEHINGGA MAJLIS SELESAI
KERANA INI MERUPAKAN MAJLIS RASMI SEKOLAH
DAN MOHON TETAMU BERDIRI KETIKA VVIP BERJALAN MASUK

PENGUMUMAN KETIBAAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT,


YANG BERBAHAGIA,
Tuan Haji Khairi bin Md Nor
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah K. Terengganu.
DIIRINGI OLEH GURU BESAR DAN GURU-GURU PENOLONG KANAN.

HADIRIN MOHON BERDIRI.

Diminta kepada semua hadirin dan murid bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Negaraku
Hadirin dipersilakan duduk.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Alhamdulillahirabbilaalamin…wassolatuwassalamuaala ashrafiil anbiyaai wal mursalin waala aalihi


wasohbihi ajmaa’in

ASSALAMUALAIKUM wbt. Wbr. DAN SALAM SEJAHTERA…

KATA ALU-ALUAN

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang berbahagia,

Tuan Haji Khairi bin Md Nor


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah K. Terengganu.
Yang berusaha,
Encik Ibrahim bin Abd Rahman
Guru Besar SK Padang Hiliran

Yang Dihormati,
Puan Tan Soh Pheng
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,
Tuan Hj Hashim bin Omar
Guru Penolong Kanan HEM

Yang Dihormati,
En Mohd Nazli bin Mami
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati,
En. Mohd Hisham bin Razak
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru, para PPM, ibu bapa dan murid-murid yang diraikan sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun di dewan ini pada pagi yang penuh barakah, untuk sama-sama meraikan
majlis anugerah kecemerlangan pendidikan SK Padang Hiliran 2016. Majlis merakamkan setingi-
tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini, Tuan Haji Khairi bin Md Nor,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah K. Terengganu kerana sudi hadir dalam majlis anugerah
kecemerlangan SK Padang Hiliran pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua
ibu bapa dan tetamu yang hadir. terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan
lebih berseri dan bermakna.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, hadirin akan diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
yang akan dialunkan oleh adik Putera Iskandar Al-Azim bin Mohd Jany. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Bacaan ayat suci Al- Quran
Terima kasih Adik Putera Iskandar Al- Azim atas bacaan ayat-ayat Al-Quran itu tadi.
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat
agar perjalanan majlis ini medapat rahmat dariNya. Untuk itu, majlis mempersilakan Al- Fadhil ustaz
Mohd Saidi bin Embong untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

BACAAN DOA
Amin, amin ya-rabbal ‘alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil ustaz Mohd Saidi bin Embong atas bacaan doa
itu tadi.Mudah-mudahan majlis ini mendapat rahmat hinggan ke penghujungnya.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tirai ucapan pada pagi ini dimulai dengan ucapan dari Tuan Guru Besar, Untuk itu, majlis
mempersilakan Encik Ibrahim bin Ab Rahman, guru besar Sk padang hiliran untuk mnyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan guru besar

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Guru Besar Sk padang Hiliran, Encik
Ibrahim bin Ab Rahman. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Khairi bin Md Nor,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah K. Terengganu.
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan
Pendidikan bagi seisi 2016. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Pegawai PPD


Majlis dengan penuh takzim merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kesudian
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis anugerah kecemerlangan SKPH 2016.

SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


Sebagai pembuka tirai persemabahan, marilah sama-sama kita saksikan persembahan dari
kumpulan Nasyid Sautul Ikhwan dengan lagu yang bertajuk Salam Perpisahan. Dipersilkan.
Persembahan Nasyid
Majlis menucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu bersemangat tadi. Untuk
makluman para hadirin, kumpulan nasyid Sautul Ikhwan adalah dibawah bimbingan Ustazah
Sanisah Said.

Hadirin sekalian,
majlis anugerah kecemerlangan pendidikan ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada
semua pelajar yang telah Berjaya mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan
akhir tahun 2016, Ujian penilaian sekolah rendah (UPSR), UPKK dan juga dalam Kokurikulum.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


SETERUSNYA, ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH IBU BAPA DAN PARA PELAJAR
IAITU UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR. SESUNGGUHNYA, PIHAK
SEKOLAH AMAT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAK-ANAK DIDIK KAMI YANG TELAH
MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN YANG MEREKA DUDUKI.
Anugerah pertama adalah penyampaian Sijil Graduasi Pra Sekolah dan Pra PPKI.

Dengan ini, majlis menjemput yang Berbahagia Tuan Haji Khairi bin Md Nor , Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, diringi oleh Encik Ibrahim bin Ab Rahman, Guru Besar SK
padang Hiliran untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.
PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 1
BACA NAMA PELAJAR PRA SEKOLAH DAN PRA PPKI
IBNU SINA

1. AHMAD AFIQ HAKIMI BIN AMIR AKHBAR


2. LUQMAN HAFIZ BIN ABD. RAHMAN
3. MUHAMMAD ALIF FIRDAUS BIN ASUBRI
4. MUHAMMAD AMMAR WAFI BIN M. ZAIRO
5. MUHAMMAD FATTAH ARIFF FAKHRULLAH
6. MUHAMMAD ZAFRI BIN SUHAIMI
7. WAN IZZUL IMAN BIN W. MD NURUL AZLAN
8. NURALYA FITRINA BINTI SAIPURIAZAM
9. NUR ANIESA IMANA BINTI MOHD SHAFIE
10. NUR DAMIA NATASYA BINTI NOR AZMI
11. NURUL AINUN BINTI SAIDI
12. PUTERI SALSABIELA QAIREENA BINTI MOHD SOFIAN
13. RABIATUL IZZATI BINTI MOHD SABRI
14. SITI HAJAR BINTI ROSLAN
IBNU MAJAH

1. ABDUL HAQEM HARITH BIN ABDULLAH


2. AHMAD ADAM BIN NASRUL BAKHTIAR
3. MUHAMAD RIDWAN BIN MOHAMAD ALI
4. MUHAMMAD DANIAL EZHAN BIN EZUAN
5. MUHAMMAD DHIYA’UL SOLIHIN BIN SUHAIRI
6. MUHAMMAD NUR ARASH BIN MOHD JALIL
7. SHAHRUL INDRA ISKANDAR BIN AZRUL HADI
8. ALEEYA MAIZATUL AKMAL BIN M. AZERI
9. DHANIYAH BASYIRAH BINTI KHAIRULLAH
10. NOOR SYAKIRA DAMIA BINTI DAINUMI
11. NUR AISYA AMALIN BINTI MOHD ALWI
12. NUR AISYAH ARISSA BINTI A. SHAMSURI
13. NUREEN IRDYNA BINTI MD ZUHAIRI
14. NURUL IRIS IRDINA BINTI SYAMSUL ARIF
15. SITI NUR IMAN FATIHAH BINTI M. AKHIR ZURAIMI
PRA PPKI NUR KASIH

1. AHMAD HAFIZ BIN ZULKIFLI


2. NUR QURNIA QISTINA BINTI MAHADI
3. RAJA NUR AMALINA BINTI RAJA AZMI
4. SITI SAIEMAH BINTI MAT RANI
PRA PPKI NUR HANNAN
1. MUHAMMAD HAKIMI BIN WAN NORZA’AI
2. NUR ANISAH BINTI ISMAIL
3. SYED ABD. HAFIZ MUHAIMI BIN SYED AB. HALIM
4. WAN MUHAMMAD FIRDAUS BIN WAN AB. HALIM

ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KECEMERLANGAN


AKADEMIK PRA SEKOLAH.

IBNU SINA
1. MUHAMMAD FATTAH ARIFF BIN FAKHRULLAH
2. WAN IZZUL IMAN BIN W. MD NURUL AZLAN
3. LUQMAN HAFIZ BIN A. RAHMAN
4. MUHAMMAD AMMAR WAFIY BIN M. ZAIRO
5. PUTERI SALSABIELA QAIREENA BINTI MOHD SOFIAN

IBNU MAJAH
1. DHANIYAH BASYIRAH BINTI KHAIRULLAH
2. NURUL IRIS IRDINA BINTI SYAMSUL ARIF
3. NUR AISYA AMALIN BINTI MOHD ALWI
4. MUHAMAD RIDWAN BIN MOHAMAD ALI
5. MUHAMMAD NUR ARASH BIN MOHD JALIL

ANUGERAH BERIKUTNYA IALAH ANUGERAH MURID CEMERLANG PRA SEKOLAH

IBNU SINA
1. AHMAD AFIQ HAKIMI BIN AMIR AKHBAR
2. NUR ANIESA IMANA BINTI MOHD SHAFIE

IBNU MAJAH
1. MUHAMAD RIDWAN BIN MOHAMAD ALI
2. DHANIYAH BASYIRAH BINTI KAHIRULLAH

PRA PPKI
1. MUHAMMAD HAKIMI BIN WAN NORZA’AI
2. RAJA NUR AMALINA BINTI RAJA AZMI
3. AHMAD HAFIZ BIN ZULKIFLI
Seterusnya adalah anugerah pelajar cemerlang PPKI 2016.

BACA NAMA PELAJAR CEMERLANG PPKI


BACA NAMA PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Anugerah berikutnya adalah pelajar cemerlang arus perdana 2016. Kita mulakan dari tahun satu.

BACA NAMA PELAJAR CEMERLANG ARUS PERDANA DARI TAHUN 1 HINGGA 6

Anugerahnya seterusnya ialah cemerlang mata pelajaran.

BACA NAMA PELAJAR CEMERLANG MATA PELAJARAN DARI TAHUN 1 HINGGA 6

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Haji Khairi bin Md Nor atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada pelajar sebentar tadi.

Majlis penyampaian anugerah berhenti seketika bagi memberi laluan kepada persembahan pelajar

Adat tuan adat berserah


Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

Dengan iti, marilah sama-sama kita saksikan persembahan Dikir Puteri dari murid-murid perempuan
tahun 5, Dipersilakan.

PERSEMBAHAN DIKIR PUTERI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar tahun 5 atas persembahan itu tadi.Untuk
makluman semua, persembahan dikir puteri itu tadi adalah di bawah Cg Hazirah Kartini dan Ustazah
Sanisah.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian cemerlang para pelajar yang
gigih berusaha untukmengharumkan nama sekolah. Kejayaan ana-anak didik kami ini terus
menyuntik semangat kami para guru untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan pada masa akan
dating.

Anugerah berikutnya adalah Penyampaian Anugerah Khas kepada para pelajar, Untuk itu,
dijemput sekali lagi Yang Berbahagia Tuan Haji Khairi bin Md Nor , Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Kuala Terengganu, diringi oleh Encik Ibrahim bin Ab Rahman, Guru Besar SK padang
Hiliran untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar. Dipersilakan.
BACA NAMA PENERIMA ANUGERAH KHAS UPKK 2015
BACA NAMA PENERIMA ANUGERAH KHAS PIBG – KECEMERLANGAN UPSR 2016

Seperti yang telah diketahui UPSR 2016 telah bertukar wajah dengan format baru yang menguji
murid dengan KBAT. Dalam keputusan UPSR yang diumumkan pada Khamis lalu, pencapaian
murid yang mendapat 6A telah menurun dan perbezaan amat ketara sekali berbanding UPSR
2015. Namun begitu, disebalik kekecewaan yang melanda, SK Padang Hiliran mampu mengukir
senyuman kegembiraan apabila 3 orang murid kita telah Berjaya memperoleh 6A dalam ujian
tersebut. Selain dari itu, Sk Padang Hiliran juga menduduki tangga ke 6 bagi daerah Kuala
Terengganu dan tangga ke 26 bagi peringkat negeri. Tahniah diucapkan. Berikan satu tepukan
gemuruh untuk semua.

BACA NAMA PENERIMA ANUGERAH KHAS PIBG – KECEMERLANGAN UPSR 2016


6A
1. ANIS SHAHIZZA BINTI ZABIDI
2. NUR FARAH INSYIRAH BINTI ISMAIL
3. PUTERI SOFE QURRATU’AIN BINTI MOHD SOFIAN
4A
1. AHMAD AZIM HAIKAL BIN ABDULLAH
2. MUHAMMAD DANISH HAKIM BIN M. ZAINUDDIN
3. WAN NUR ANIS NAJIBAH BINTI WAN YUSOH
PPKI
1. FAREEZ ARIEF LUQMAN BIN MD ROS
2. MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD TAMIDI

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus
teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih
berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan
datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah,
mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah
khas yang lain.
Anugerah khas

1.Ketua murid – MUHAMMAD ZULHAIRI BIN ZAINAL


2.Penolong Ketua Murid- Puteri Sofea Qurratu’ain binti Mohd Sofian
3.Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah – Muhammad Naazhim bin Mat Gati
4.Nilam dan Kurikulum - Puteri Sofea Qurratu’ain binti Mohd Sofian
5.Kokurikulum – Ahmad Rozaini bin Abu Bakar
6.Qudwah Hasanah – Putera Iskandar Al- Azim bin Mohd Jany
Nur Farah Insyirah binti Ismail
KINI, KITA SEMAKIN MENGHAMPIRI KE ACARA KEMUNCAK MAJLIS IAITU
PENGANUGERAHAN TOKOH MURID BERWIBAWA. Anugerah ini diberikan kepada pelajar
yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, berdisiplin, berwibawa,
mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan disenangi oleh guru-guru.

UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN TOKOH MURID BERWIBAWA 2016, Puteri Sofea
Qurratu’ain binti Mohd Sofian naik ke pentas..
SAYA AKAN BACAKAN BIODATA TOKOH MURID BERWIBAWA 2016
BACA BIODATA TOKOH KEPIMPINAN PELAJAR
Dipersilakan Puteri Sofea Qurratu’ain untuk menerima anugerah.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Hj Khairi bin Md Nor
atas kesudian menyampaikan hadiah.
Dijemput Tuan Guru Besar, Encik Ibrahim bin Abd Rahman mengiringi Tuan Hj Khairi bin Md
Nor ke kantin sekolah untuk menikamti sedikit jamuan ringan.

Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis anugerah kecemerlangan pendidikan SK Padang Hiliran
2016. Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi kepada semua penerima anugerah. Mudah-
mudahan kejayaan anda akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan lain agar berusaha
untuk meraih kecemerlangan.

DENGAN INI, MAKA BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK CHERAS
JAYA 2011. TAHNIAH DAN SYABAS SEKALI LAGI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA
ANUGERAH.

MAJLIS TURUT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS KERJASAMA DAN


KEPRIHATINAN PARA IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA SEHINGGA MAJLIS
INI BERJALAN DENGAN LANCAR

BAGI PIHAK MAJLIS, KAMI MENYUSUN 10 JARI SEANDAINYA TERDAPAT SEBARANG


KEKURANGAN SEPANJANG KAMI MENGENDALIKAN MAJLIS INI.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010

Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput
duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T


Guru-guru SKPBS, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010.


Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar,


akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan
anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana
sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin
Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi
meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak
urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih
juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-
anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul Hakimi
B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Hakimi B.
Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim
selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S)
atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg
Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan
tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan JPN )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis,
atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan
daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”.
Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar
terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim.
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;
Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah
yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan
mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang bertajuk
“Damai Yang Hilang” Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah bimbingan
Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan
yang telah dihias indah, bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah
KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan
bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya.
Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan
majlis khas untuk mereka iaitu “Mini Konvokesyen”. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Pn.
Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.
Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan
ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di
bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan dipersembahan
ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,


Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk
menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan
terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun
4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru
Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5


Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk “Keluarga
Bahagia”. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis
mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian,


Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus
teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih
berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan
datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah,
mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah
khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati
mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi acara
yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).


Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas – Muhd. Alif Ajwad b. azis


Pen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan – Hanif b. abd. Wahab


Pen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 – Farah Adibah bt. Mohd. Tarmizi


Tahap 2 – Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis


Hadirin sekalian,
Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan
murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid
ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed
Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang
lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang
sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi di
peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak
takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri
manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi bagi
peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang
konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................