Anda di halaman 1dari 2

ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA

Selamat datang kami ucapkan Kepada rombongan …………………………………. sekalian ke PPKI SK PANTAI
SENAK.

Pergi ke Pahang ke pantai Peramu

Membawa bekal kuih cara

Hari ini kita bertemu

Moga kekal menjalin mesra.

Yang dihormati, ………………………………………….,ketua rombongan dan,guru-guru.

Alhamdulillah ,syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya jua ,kita dapat bersama-
sama berkumpul pada tengahhari ini. selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada
semua tetamu kerana sudi meluangkan masa ke PPKI SK PANTAI SENAK .

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, warga PPKI SK Pantai Senak terdiri daripada 4
orang guru, 2 orang pembantu murid (PPM), 13 orang murid. Cikgu Rahimi bin Muhamad selaku
penyelaras PPKI, cikgu Suziana Aidawati bt Mohd Nor, Nur Ezatul Fisah bt Muhamad dan Ustazah Nor
Azira bt Mamat. Seterusnya, PPM di PPKI SK PANTAI SENAK ialah Nurul Baini bt Masod dan Zabariah bt
Muhamad.

Untuk makluman semua, PPKI SK PANTAI SENAK mula dibuka pada tahun 2010 iaitu dengan
satu kelas sahaja dan pada tahun 2014 PPKI telah diberi bangunan baru. Disebabkan oleh bilangan murid
makin bertambah, pihak sekolah telah membuka 2 kelas sehingga sekarang. 2 kelas tersebut ialah kelas
5 kasih dan 3 sabar. Kelas 5 kasih seramai 5 orang dan 3 sabar seramai 8 orang.

Murid-murid istimewa PPKI terdiri daripada murid sindrom down seramai seorang, 2 orang
murid hiperaktif dan yang lain merupakan murid slow-learner. Sejak dari tahun 2016 lagi, PPKI sk pantai
senak telah melibatkan murid dalam pentaksiran alternative sekolah rendah. Seramai 5 orang telah
mencapai kompeten terpuji pada tahun 2016 dan 2017

Tuan2 dan puan2, antara terapi dan juga program yang telah dijalankan bermula dari tahun
2014 hingga 2018 adalah:

Pada tahun 2014: kami telah membawa warga PPKI melawat Cameron highland

Pada tahun 2015: telah mengadakan terapi sosial di sebuah pasaraya………


Pada tahun 2016: mengadakan lawatan sambil belajar ke KLIA 2. Murid-murid ini sempat
merasai sendiri menaiki kapal terbang

Pada tahun 2017: lawatan menaiki kereta api dari wakaf baru ke kuala krai

Pada tahun 2018: baru baru ini, PPKI telah mengdakan satu perkhemahan pengakap di SWEET
BEACH RESORT, TOK BALI.

Suka saya kongsikan di sini,antara aktiviti berkala yang dijalankan setiap tahun ialah terapi air, terapi
berkuda, terapi muzik dan terapi sosial. Murid-murid istimewa ini juga tidak terkecuali dari melibatkan
diri dalam aktiviti sukan. PPKI sk pantai senak setiap tahun akan mewakili futsal di daerah bachok.

Itu sahaja daripada kami warga PPKI. Terima kasih atas kunjugan tuan puan ke kelas kami