Anda di halaman 1dari 8

Aktiviti 4

Bidang Akademik
Tajuk “Ikut saya”
Tema Angkat tangan
Objektif Mendengar untuk memahami dan bertindak balas
Masa 30 minit
Sasaran Murid Tahun 1
Bahan Anggota badan
Langkah-langkah 1. Guru memberi beberapa arahan kepada pelajar.(Sila rujuk lampiran
4)
2. Arahan yang dulu boleh diberikan dengan lambat dan jelas
3. Pelajar-pelajar perlu melakukan pergerakan mengikut arahan yang
diberi oleh guru bimbingan
3. Selepas itu, arahan boleh berulang-ulang dan semakin laju .
4. Pelajar mesti memberi respon dengan segera apabila arahan diberi
oleh guru
Nilai Bekerjasama
Mematuhi peraturan dan arahan
Bertanggungjawab
Penilaian Aktiviti Murid melalui arahan guru untuk membuat respon dengan segera
Falsafah Bertindak balas dan mendengar ada berkaitan yang rapat
Lampiran 4

Arahan:

Arahan dulu perlu perlahan

1. “Angkat dua tangan”

2. “Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan”

3. “Angkat tangan kiri”

4. “Angkat tangan kanan”

5. Kalau guru tidak cakap letak tangan, pelajar tidak dibenarkan letak tangan

6. Guru boleh semakin meningkatan kelajuan arahan berikut dan arahan boleh
berulang-ulang serta boleh tiba-tiba berubah arahan

Contohnya: “angkat tangan kiri !”, “angkat tangan kiri!”, “angkat tangan kiri!”, “angkat
tangan kanan!”, “letak tangan”, “angkat tangan”, “letak tangan”, “angkat tangan”,
“letak tangan”, “angkat tangan ”, ““angkat tangan”, “angkat tangan””

7. Pelajar perlu bertindak balas apabila arahan diberi daripada guru dan semakin
bertindak balas dengan segera
Aktiviti 5
Bidang Akademik
Tajuk “Shape around us”
Objektif Bagi menggunakan teknik mendengar yang berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran
Tema Reka bentuk
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahun 6
Bahan Kertas A4 dan alat tulis

Langkah-langkah 1. Pelajar dibekalkan dua helai kertas A4


2. Pelajar diminta menjalankan aktiviti mendengar
3. Guru kaunseling memberi arahan berikut untuk dilukis oleh
pelajar. (Rujuk lampiran 5 )
4. Pelajar tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja
5. Selepas siap lukis, pelajar diminta mempamerkan lukisan mereka
dan berbincang bersama dengan kawan.
6. Di atas kertas lain, pelajar diminta melukis kali ke 2 dengan
arahan yang sama tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya
soalan untuk mendapat jawapan tepat.
7. Pelajar diminta mempamerkan kedua-dua lukisan mereka tadi dan
diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan
lukisan contoh jawapan.
8. Pelajar diminta memberi respon berkenaan perbezaan mereka
sewaktu melukis kali pertama dan kali kedua.
Nilai Tolong-menolong
Rasional
Falsafah Pelajar harus mengemukakan soalan jika kurang jelas tentang sesuatu
maklumat
Penilaian aktiviti Murid melukis secara kreatif mengikut arahan guru
Lampiran 5

Arahan:

 Lukis satu bulatan.

 Dalam bulatan, lukis 3 bulatan kecil. Di atas bulatan, lukis sebuah bentuk
segiempat tepat.

 Di kiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan 1 bulatan di
hujung.

 Di bawah bulatan tadi, lukis 1 segi empat tepat.

 Di bawah segi empat tepat tersebut, lukis 2 pasang garis panjang ke bawah
selari dan 2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.

Contoh jawapan:
Aktiviti 6
Bidang Akademik
Tajuk “Mana T???”
Tema Perkataan huruf ‘T’
Objektif Untuk meningkatan kemahiran mendengar dan fokus pelajar apabila
satu maklumat disampaikan
Masa 10 minit
Sasaran Murid Tahun 4
Bahan Petikan pendek seperti puisi atau cerita pendek
Langkah-langkah 1. Guru membaca petikan pendek dengan nada yang perlahan.
2. Pelajar diminta mendengar dengan sepenuh perhatian. (Rujuk
lampiran 6)
3. Selepas mendengar, pelajar diminta menyenaraikan perkataan yang
bermula dengan huruf “t”.
4. Soalan: Sila senaraikan perkataan yang bermula dengan huruf “t”
5. Selepas itu, guru akan memberi jawapan yang perkataan bermula
huruf “t”

Nilai Prihatin
Bekerjasama
Penilaian Aktiviti Murid melalui ucapan petikan pendek untuk mendengar dengan
sepenuh perhatian.
Falsafah Sesetengah nada perkataan macam sama, pelajar perlu mendengar
dengan teliti.
Lampiran 6

Arahan:

Petikan pendek :

“Kebanyakan manusia tidak suka pada perubahan ketara. Mereka tahu dan mahu
berubah tetapi merasakan ia adalah tersusah dan menakutkan.”

Jawapan yang perkataan bermula dengan huruf “t”

“tidak, tahu, tersusah,tetapi”


Aktiviti 7
Bidang Akademik
Tajuk “Sila susun saya”
Tema Gambar
Objektif Untuk meningkatan kemahiran mendengar dan meningat
Masa 15 minit
Sasaran Murid Tahun 2
Bahan Gambar kartun,bahan rangsangan seperti buku cerita, puisi, berita
Langkah-langkah 1. Murid diberi gambar yang banyak dan tidak mengikut susunannya.
2. Guru menceritakan tentang bahan rangsangan seperti cerita, puisi
,atau berita. (Rujuk Lampiran 7)
3. Pelajar perlu mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi
yang berkaitan daripada guru.
4. Selepas habis mencerita, pelajar perlu memilih gambar yang tepat
mengikut penerangan yang didengar dan menyusun gambar-gambar itu
mengikut urutan yang betul.
Nilai Yakin diri
bekerjasama
Penilaian Aktiviti Murid melalui mendengar supaya menyusun dan memilih gambar
dengan betul.
Falsafah Pelajar lebih suka mendengar cerita dan berita yang menarik
Lampiran 7

Arahan:

1.Sediakan satu buku cerita seperti:<<Tiga Babi Kecil>> dan gambar haiwan yang
banyak seperti harimau, singa, serigala, burung, ayam, babi dan lain-lain

2.Guru bercerita tentang buku cerita ini.

3.Pelajar perlu dengar cerita dengan teliti.

4.Selepas bercerita habis, guru minta pelajar memilih gambar haiwan yang muncul
dalam cerita tersebut

5. Gambar haiwan yang muncul dalam cerita <<Tiga Babi Keci>> ialah tiga babi dan
serigala sahaja

Anda mungkin juga menyukai