Anda di halaman 1dari 5

Laporan SWOT Kem Bina Insan Guru

Kem Bina Insan Guru (BIG) siri 2 telah berlangsung pada tarikh 8 hingga 12 Oktober
yang berjalan di Tasik Chin Chin Jasin, Melaka. Kem ini bagi memupuk kemenjadian dalam
diri seorang guru pelatih insan yang bernama guru. Kem ini menekankan beberapa aspek
dalam memastikan seorang guru yang seimbang jasmani, emosi, intelektual dan rohani.
Oleh sebab itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan selama 5 hari kem ini berlangsung dengan
bantuan guru jurulatih yang sememangnya berpengalaman.

Kem selama 5 hari ini, menekankan pelbagai input dan kemahiran yang setiapnya
dapat diperolehi disetiap aktiviti pada hari yang berbeza. Beberapa aktiviti adalah, laluan
berhalangan (obstacle), kembara rimba, ‘water confident’ dan lain-lain. Bagi mengenal pasti
keberkesanan, pengajaran dan implikasi kem ini, laporan SWOT ini menjadi refleksi bagi
setiap hari perjalanan aktiviti seiap hari yang berlangsung.

SWOT adalah singkatan dari Strengths (kekuatan), Weakness (kelemahan),


Opportunities (peluang), Threats (tantangan). Analisa SWOT adalah alat yang digunakan
untuk mengidentifikasi isu-isu internal dan eksternal yang mempengaruhi kemampuan kita
dalam memasarkan event kita. Analisa SWOT adalah sebuah bentuk analisa situasi dan
kondisi yang bersifat deskriptif (memberi gambaran). Dalam laporan ini, hanya
bahagian(alat) tertentu sahaja yang disentuh melihat impak yang ebih menonjol dan
terkesan.

*Hari Pertama, Ahad (8.11.17)

Hari pertama merupakan hari dimana kami diuji dengan tetahanan fizikal dan
mental. Aktiviti dihari pertama ialah laluan berhalangan(obstacle) dan ‘flying fox’. Kami
dipecahkan pada dua kumpulan dimana kumpulan 1 memulakan dengan ‘flying fox’
manakala kumpulan 2 melalui laluan berhalangan. Berdasarkan laporan SWOT pada hari
pertama, dimulakan dari Strengths (kekuatan), Taman Tasik Chin Chin merupakan kawasan
perkhemahan dan taman rekreasi yang sangat lengkap dengan fasiliti yang selesa dan
sesuai untuk aktiviti lasak. Bermula dari tempat penginapan hinggalah kemudahan bersukan
lasak seperti ‘obstacle dan ‘flying fox’. Dengan adanya kemudahan ini kami tidak terlepas
menjalankan aktiviti yang dirancang dengan baik dan sempurna.
Dari sudut kelemahan, bilangan fasiliti yang tidak banyak membuatkan para peserta
terpaksa menunggu lama bagi menunggu giliran. Hal ini diperhatikan apabila peserta
menunggu giliran untuk mencuba flying fox yang sememangnya sangat menarik dan
mencabar. Namun demikian, difahami adalah tidkamasuk akal apabila mengharapkan agar
fasiliti flying fox ini dibina lebih banyak melihat pada ruang dan kos yang agak tinggi. Secara
keseluruhan pada hari pertama ini, refleksi sebagai seorang guru memperlihatkan adalah
perlu kepada keberanian dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran dalam profesion
perguruan. Melalui aktiviti laluan berhalangan yang pelbagai dapat kita ambil bahawa suatu
masa nanti cabaran dan keperluan sebagai seorang guru berubah-berubah dan perlu
kepada persediaan dan ketahanan fizikal dan mental. Begitu juga dengan aktiviti flying fox.

*Hari Kedua, Isnin (9.11.17)

Hari kedua aktiviti kami diisi dengan aktiviti di luar tapak kem Tasik Chin Chin. Kami
bergotong royong membersih dan menceriakan Sekolah Kebangsaan Chin Chin dan surau
yang bedekatan. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama
membersihkan sekolah manakal kumpulan kedua membersihkan surau berdekatan di
kampung tersebut. Melalui laporan SWOT, kekuatan yang dapat diperhatikan adalah
kami(peserta) sangat peramah atau erti kata lain sudah biasa dengan suasana di sekolah
dan suasana masyarakat kampung. Ini memudahkan proses interaksi dan beramaha mesra
sambil menyumbang bakti.

Selain itu, adalah tidak berjaya dan seronok aktiviti yang dirancang jika tidak dibalas
oleh guru-guru sekolah dan masyarakat kampung yang sememangnya sangat mengalu-
alukan kedatangan kami. Gambaran ini merupakan peluang atau Threats yang diperhatikan
melalui aktiviti ini kerana respon yang baik kami terima untuk menjalankan aktiviti pada hari
kedua ini. Aktiviti sedemikian yang menggalakkan hubungan sosial dengan guru-guru
sekolah dan masyarakat kampung dengan membersihkan surau adalah sanagat berguna
untuk implikasi bakal seorang guru suatu masa kelak. Seorang guru hendaklah seorang
yang dekat dengan masyarakat, mesra dan mampu melibatkan diri dengan program
masyarakat ketika di lapangan kelak. Program ini juga dalam sudut pandang peribadi dapat
memupuk seorang insan yang sentiasa tunduk hatinya, ikhlas dan bersungguh dalam setiap
perilaku seharian sebagai seorang manusia atau mukmin sejati.
*Hari Ketiga, Selasa (10.11.17)

Hari ketiga pula aktiviti kami diisi dengan aktiviti kembara, masakan rimba dan water
confident di sebelah petang. Di mulakan dengan aktiviti kembara di dalam hutan selama
hampir 1 jam, kami berhenti di satu kawasan bertasik untuk meneruskan aktiviti masakan
rimba sebagai makan tengahari kami pada hari itu. Pengalaman dan pengetahuan yang
sangat luar biasa apabila kami terpaksa melalui laluan paya yang di penuhi air, laluan
sempit, curam dan sebagainya. Kami juga di beri beberapa input dengan ilmu berkaitan
hutan seperti jenis-jenis daun dan tumbuhan yang boleh dimakan, dalam masa yang sama
ilmu berkenaan kelengkapan dan kegunaan alatan untuk yang suka mengembara.

Aktiviti masakan rimba juga tidak kurang hebatnya apabila kami terpaksa memasak
menggunakan kayu api. Nilai kerjasama dan bertolak ansur amat diperlukan dalam
kumpulan bagi memastikan masakan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pada
sebelah petang kami diuji pula dengan aktiviti water confident di Tasik Chin Chin di dalam
tapak kem. Perasaan teruja dan tidak sabar mengisi ruang-ruang jiwa dan setiap sendi-
sendi kami di dalam badan.

Kekuatan berdasarkan aktiviti hari ketiga ini adalah, kami sebagai peserta sudah
bersedia dari segi mental dan fizikal. Berdasarkan aktiviti 2 hari yang lepas menjadikan kami
lebih cakna dan sedia dengan keperluan yang diperlukan semasa mengembara termasuklah
aspek keselamatan penggunaan kasut air yang sesuai untuk meredah laluan yang berair.
Seterusnya, aspek peluang yang dapat ditekan ialah, kami belajar berkaitan dengan alam
semula jadi dan manfaatnya kepada manusia melalui jurulatih yang pakar. Ini memberi
kelebihan kepada kami untuk lebih belajar ilmu yang sememangnya susah untuk didapati di
mana-mana. Selain itu, aspek kelemahan ketara pada aktiviti masakan rimba, kurangnya
ilmu dan pengalaman menggunakan kayu api untuk memasak menyebabkan masa yang
dieruntukkan terpaksa di anjak hingga mengganggu perjalanan aktiviti seharian. Akhir sekali,
ancaman pada akiviti ini adalah binatang-binatang bausa dan berbisa semasa aktiviti
kembara.

Secara keseluruhan aktiviti pada hari ketiga mengajar kami akan kehidupan.
Kehidupan yang sememanganya tidak selalunya indah. Namun yang sukar itu jualah yang
memberi kenangan manis buat kami semua. (sweet 😊)
*Hari Keempat, Rabu (11.11.17)

Seterusnya, pada hari keempat aktiviti menguji kemahiran kami untuk membina rakit
sebelum dilayarkan di atas tasik. Berbekalkan 8 batang bulu dan 4 buah pelampung, setiap
kumpulan diminta untuk membina rakit di mana setiap rakit akan di naiki 6 hingga 8 orang.
Kemudian, menggunakan rakit kami menyeberang ke tebing untuk masakan tengahari
menggunakan dapur kayu.

Berdasarkan laporan swot, kekuatan daripada aktiviti hari pertama ini dilihat pada
tahap keselamatan yang sentiasa dititikberatkan jurulatih kepada peserta. Setiap peserta
dibekalkan dengan jaket air dan aktiviti sentiasa diawasi oleh jurulatih. Selain itu, ancaman
yang dirasakan adalah kerosakan daripada rakit yang kami bina, pelampung yang
berkemungkinan pecah hingga merencatkan perjalanan atau misi yang diberikan pada hari
itu. Seterusnya, peluang atau threat ialah melalui bekalan buluh dan peampung yang
disediakn pihak kem untuk kami membina rakit. Dengan adanya kemudahan ini, proses
membawa atau mencari tidak kami lakukan dengan ini menjimatkan tenaga serta masa
untuk mencari dan menyediakan alatan-alatan ini.

Saya merasakan aktiviti pada hari keempat sangat memberi pengalaman dan
pengajaran yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan menjadi seorang guru kelak.
Bagaimana setiap masalah itu harus ditangani dengan kerjasama pasukan, tindakbalas
yang segera serta keupayaan membuat keputusan dengan cekap dan tepat. Dalam masa
yang sama, aktiviti hari ini melatih dan mengasah kemahiran yang pelbagai. Kemahiran
menggunakan ikatan yang betul, memasak menggunakan bahan sedia ada serta kemahiran
menghidupkan unggun api. Pengalaman sedemikian sangat berharga buat kami dna akan
kami peraktikkan buat anak-anak didik akan datang.
*Hari Kelima, Khamis (12.11.17)

Hari kelima merupakan hari terakhir kami menamatkan Kem Bina Insan Guru Fasa 2
Tahun 2017. Hari kelima aktiviti dimulakan dengan bergotong royong membersihkan
kawasan termasuklah tempat penginapan, tempat masakan, tandas-tandas dan kawasan
aktiviti. Hari kelima diakhiri dengan majlis penutupan yang di rasmikan oleh Ketua Unit
Kokurikulum iaitu Encik Abd Jabar.

Setiap yang diberikan harus dihargai dan dibalas dengan kebaikan. Begitu juga
apabila setiap yang diterima dengan baik hendaklah dipulangkan dengan baik. Keadaan
tempat penginapan dan tapak kem bersih dan selesa untuk digunakan oleh rombongan
seterusnya. Adalah kekuatan kami berdasarkan swot apabila masing-masing berkerjasama
tanpa berkira agar aktiviti hari itu berakhir dengan gembira dan pulang dengan kelapangan
hati.