Anda di halaman 1dari 3

Perbincangan 2

Jelaskan konsep keperluan aras rendah


dalam Hierarki Keperluan Maslow.

Menurut Teori Hierarki Keperluan Maslow, beliau telah memperkenalkan lima hierarki
keperluan semula jadi manusia yang ditujukan kepada tingkah laku manusia.

Antaranya ialah
1. keperluan fisiologi (physiology),
2. keperluan keselamatan (safety),
3. keperluan kasih sayang (belonging/love),
4. keperluan penghargaan kendiri (esteem), dan
5. keperluan kesempurnaan kendiri (self-actualization).

Menurut Maslow juga, manusia didorong oleh keperluan yang rendah atau bawah
(keperluan asas), yang mana ianya perlu dipenuhi terlebih dahulu untuk meneruskan
kehidupan.

Jadi, keperluan asas (keperluan aras rendah) dalam Hierarki Maslow ialah :
1) KEPERLUAN FISIOLOGI
keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup.
Manusia memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi
kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sekali menjadi
tumpuan selagi kehendak asas ini tidak dipenuhi.

Contoh : Ini boleh dilihat di negara Afrika di mana masyarakat di sana terpaksa
betungkus lumus mendapatkan keperluan yang paling asas ini sehingga ada yang
sanggup berbunuhan demi merebut seguni gandum sahaja.

2) KEPERLUAN KESELAMATAN
Keselamatan di sini juga bermaksud individu akan cuba berusaha bagi menjamin
penerusan hidupnya dengan mendapatkan kerja yang sesuai supaya mampu
mendapatkan rumah atau tempat tinggal yang sesuai.

Sebagai contoh : Seorang nenek yang miskin yang memiliki rumah yang agak usang
memerlukan rumah yang baru bagi menjamin keselamatannya. Hal ini demikian kerana
rumah yang selesa dan sempurna diperlukan untuk menjamin keselamatan dan kestabilan
hidupnya.
 Kesimpulannya, apabila keperluan asas ini dipenuhi, barulah manusia dapat
meningkat ke tahap yang lebih tinggi seperti kasih sayang, penghargaan kendiri dan
kesempurnaan kendiri.
 Apabila keperluan-keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi dengan sempurna, isu- isu
lain sering diabaikan seperti pendidikan anak–anak dan tahap kesihatan keluarga.
Pendidikan anak–anak tidak banyak diberikan perhatian oleh ibu bapa
sehinggalah keluarga tersebut menikmati status ekonomi yang memuaskan. Oleh
itu, adalah sukar bagi anak-anak untuk memberi perhatian yang lebih terhadap
pelajaran sedangkan pada masa yang sama memikirkan apa yang perlu dimakan
untuk mengelakkan kelaparan, tempat belajar yang tidak kondusif dan tidak
mempunyai duit untuk membeli makanan dan minuman semasa ke sekolah.
Keghairahan anak-anak yang masih muda ini untuk belajar hanya tinggal impian
dan seterusnya kejayaan yang diingini tidak akan kesampaian.
Perbincangan 3
Kepentingan pengetahuan pertumbuhan dan perkembangan fizikal kepada guru.

Antara Kepentingan Guru yang mempunyai pengetahuan tentang pertumbuhan


dan perkembangan fizikal kanak-kanak ialah :

1. Guru dapat memperkembangkan perkembangan emosi kanak-kanak kerana mereka


akan merasa seronok apabila mereka dapat menguasai beberapa kemahiran tertentu.

 Contohnya ialah, kanak-kanak seringkali melompat kegembiraan apabila mereka


menang tempat pertama dalam pertandingan lumba lari.

 Selain itu, kanak-kanak akan menjadi lebih seronok jika terdapat muzik dimainkan
semasa melakukan aktiviti fizikal seperti pergerakan bukan lokomotor iaitu twist.

 Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa puas jika mereka melakukan aktiviti-
aktiviti fizikal dengan betul dan estetik (Zainun Ishak, 2006).

2. Guru dapat meningkatkan lagi perkembangan sosial kanak-kanak dengan


berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru ketika melakukan aktiviti fizikal.

Contohnya, kanak-kanak mengikuti arahan yang diberikan oleh guru dan seterusnya
membantu rakan-rakan lain dalam melakukan aktiviti berlari, melompat dan lain-lain
secara bersama-sama.

Kesimpulannya, pengetahuan guru tentang pertumbuhan dan perkembangan


fizikal kanak-kanak adalah amat penting bagi mengembangkan lagi
perkembangan kanak-kanak yang lain.

Anda mungkin juga menyukai