Anda di halaman 1dari 9

1.4 Semua guru diingatkan supaya menyemak buku latihan murid.

Ia penting disebabkan

guru dapat mengukur tahap pencapaian murid-murid serta guru dapat melakukan

aktiviti pengukuhan dan pemulihan terhadap murid yang dikenal pasti.

1.5 Guru yang masuk mengajar perlu tegaskan kawalan kelas serta menepati masa

semasa PdP. Pastikan keadaan adalah kondusif untuk PdP.

1.6 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan

tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2014. Beliau juga berharap prestasi ini

dapat di teruskan dengan lebih cemerlang pada tahun hadapan. Beliau berdoa

semoga keputusan UPSR juga terutamanya matapelajaran Matematik akan

meningkat pada tahun ini . Ucapan terimakasih juga di tujukan untuk guru tahun

enam memandangkan segala usaha yang telah di curahkan untuk meningkatkan

prestasi UPSR pada tahun ini.

Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Dicadang oleh En. Muzamil bin kabol

2.2 Disokong oleh Encik Ahmad Faiz bin Mohaiyat

2.3 Minit mesyuarat yang lalu disahkan dengan sebulat suara tanpa pindaan.

Agenda 3 : BANGKITAN MINIT

3.1 PKSR II telah ditetapkan pada 3 hingga 6 November 2014.

3.2 Mengikut takwim peperiksaan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, tarikh UPSR
adalah pada 9 hingga 11 September 2014.

Tindakan : Makluman

Agenda 4 : SURAT PEKELILING IKHTISAS

4.1 Semua guru diminta merujuk Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 4/1986.

4.2 Tujuan Panitia : Memperbaiki dan meningkatkan mutu keberkesanan PdP.

4.3 SPI Bil 2/2004 Abakus/Aritmetik Mental. Pekeliling ini masih kekal, guru mesti

mengajar abakus 4:1, manik berwarna putih sahaja.

4.4 Dicadangkan agar LDP untuk guru Matematik untuk Penggunaan Abakus dibuat

dijalankan semula.

Tindakan: Semua guru Matematik

5 : PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MATEMATIK (2014-2018)

5.1 Panitia Matematik akan mengkaji semula perancangan strategik yang dibuat dan akan

membina semula pelan mengikut tahun 2014-2018.

5.2 Guru-guru Matematik diminta memberi kerjasama untuk merancang program dan

aktiviti untuk Panitia Matematik.

5.3 Perkongsian analisis kelemahan dan kekuatan murid tahun 6 2014:

5.3.1 Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan

berkaitan penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga barang.

5.3.2 Murid-murid juga lemah dalam soalan berdasarkan rajah.

5.3.3 Markah Kertas 1 cukup makan sahaja.


5.3.4 Murid boleh menjawab tajuk yang baru diajar tetapi tidak dapat menguasai

tajuk lama.

5.3.5 Cikgu Azman menyarankan agar murid-murid menghafal terus nilai

pecahan dalam topik-topik seperti Jisim, Isipadu, Jarak dan sebagainya.

Contohnya ¼ = 25%, ¼ kg = 250 gram, ½ km = 500 meter.

5.3.6 Cikgu Muzamil memberi maklum balas agar pelbagai Modul Latihan diberikan

kepada murid-murid UPSR. Modul Latihan adalah penting bagi

meningkatkan pengukuhan dan kuantiti murid-murid UPSR tahun 2014

5.3.7 Teknik menjawab perlu dibuat dengan menggabungkan waktu PdP dan ia

mesti berbentuk bengkel hands-on. Lebihkan topik 2 matra dan 3 matra.

Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 6 : PENGURUSAN HEADCOUNT

6.1 Semua guru diminta bekerjasama dengan S/U Peperiksaan Awam dan Dalaman

dalam menguruskan TOV dan Headcount.

6.2 Headcount individu perlu disediakan disamping Headcount Mata Pelajaran.

6.3 Headcount murid Tahun 5 dan 6 boleh dibuat melalui aplikasi Sistem Analisis

Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 7 : PENETAPAN DASAR PANITIA MATEMATIK

7.1 Latihan dan Kerja Rumah:


7.1.1 Latihan dan kerja rumah murid adalah mengikut ketetapan berikut. Walau

bagaimanapun, bilangan soalan bergantung kepada prestasi serta

kemampuan dan kebolehan murid.

7.1.1.1 Buku Tulis

Tahap 1 : 2 buah buku latihan

Tahap 2 : 2 atau 3 buah buku latihan

7.1.1.2 Kerja rumah

Tahap 1 :

Tahun 1 : Minimum 10 soalan

Tahun 2 : : Minimum 15 soalan

Tahun 3 : Minimum 20 soalan

Tahap 2

Tahun 4 : Minimum 25 soalan

Tahun 5 : Minimum 30 Soalan

Tahun 6 : Minimum 40 Soalan


Ruangan Pembetulan dibuat di sebelah tepi satu mukasurat yang sama (dilipat

dua, dikosongkan sebelah kanan) serta menggunakan Sistem Pujian

Bintang; Bintang 5 untuk A, Bintang 3 untuk B dan sebagainya.

Tindakan: Semua guru Matematik

7.2 Sukatan dan Rancangan Mata Pelajaran:

7.2.1 Guru-guru hendaklah menjalankan PdP berpandukan kepada rancangan

pengajaran tahunan. Rancangan pengajaran tahunan perlu disamakan

format dan mesti ditaip.

7.2.2 Penulisan refleksi dibuat berdasarkan objektif. Ayat objektif PdP perlu ditulis

semula dalam refleksi.

Tindakan: Semua guru Matematik

7.3 Pengurusan Penilaian, Pentaksiran dan Peperiksaan:

7.3.1 Panitia Matematik setuju sebulat suara untuk menggunakan Soalan dan Modul

Latih Tubi yang dibeli soalan percubaan dari Negeri Terengganu dan

Kelantan

7.3.2 Namun, sekiranya pihak MGB Daerah membekalkan sebarang Soalan dan

Modul Latih Tubi ya akan digunakan sebagai penilaian terhadap murid -murid

di Tahun Enam terutamanya.

Agenda 8 : PERKARA BERBANGKIT

8. KSSR dan SPPBS


8.1 Semua guru KSSR perlu memasukkan data prestasi SPPBS ke dalam data

ffline.Pengerusi mengingatkan semua murid perlu melepasi Band 4 kecuali

murid yang berada di kelas Linus ataupun murid yang mengalami masalah

kehadiran sahaja.

8.2 Kursus Dalaman KSSR Tahun 5

8.2.1 En Azman membentangkan bahan-bahan yang diperolehi dari kursus

dalaman yang telah di hadiri untuk pengajaran P.Matematik untuk

tahun 5

8.2.2 Tuan Pengerusi meminta semua guru Matematik faham di dalam

melaksanakan KSSR walaupun belum mengajar di kelas KSSR

kerana ianya adalah dasar kerajaan.

Tindakan: Semua guru Matematik

8.3 Penaksiran perlu dibuat mengikut masa dan kesesuaian iaitu sebanyak 2 kali

taksiran iaitu bulan Mei, dan Oktober. Kaedah taksiran ini akan berterusan

untuk tahun hadapan. Oleh itu semua guru perlu memasukkan data prestasi

murid secara offline pada masa yang disebutkan diatas.

Tindakan : Guru KSSR

Agenda 9: PERBINCANGAN PROFESIONALISME

9. Perbincangan aktiviti tahunan untuk Panitia Matematik Tahun 2014

9.1 Semua guru di minta memberi cadangan aktiviti panitia untuk tahun hadapan.

Semua cadangan perlu di sampai ke tangan setiausaha panitia selewat-

lewatnya 18 hb Oktober 2014.

9.2 Ketua Panitia perlu menghantar Perancangan Strategik 2015 pada bulan
Januari 2015

Tindakan : Semua guru

Analisa/ PostMortem Peperiksaaan Akhir Tahun

10.1 Guru perlu memasukkan markah secara offline sebelum atau pada 15 hb

November 2014 Sebelum itu guru perlu memeriksa kertas jawapan murid

dengan teliti supaya murid berada di kelas mengikut prestasi mereka.

10.2 Analisa Post Mortem juga perlu dibuat dan dihantar pada 17 hb November

2014 dan di serahkan kepada Setiausaha iaitu En. Ahmad Faiz untuk di

failkan.

Tindakan: Semua guru

Agenda 11: LINUS

11.1 En. Ahmad Faiz memaklumkan bahawa sehingga kini terdapat seramai 13

orang untuk Linus Biasa dan 5 orang Linus Tegar di Tahun 1. Manakala untuk

Tahun 2, terdapat 7 orang Linus Biasa dan 2 orang Linus Tegar. Tiada murid

Linus untuk tahun 3.

11.2 En. Ahmad Faiz juga memaklumkan mulai Oktober 2014, satu Saringan 2

(Tahun 1) dan Saringan 2 (Tahun 2) serta saringan 2 (Tahun 3) akan di

jalankan. Guru yang terlibat perlu menghantar data pada penghujung oktober

2014

Tindakan : Guru Kelas Linus

Agenda 12: HAL –HAL LAIN.

12.1 Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru dapat mempertingkatkan prestasi

pengajaran dan pembelajaran untuk tahun hadapan dengan membuat ABM

yang sesuai dan menarik minat murid terutamanya untuk murid yang lemah.
12.2 Beliau juga meminta Panitia Matematik untuk mengemaskini fail yang

berkaitan sebelum sesi persekolahan berakhir.

Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 13: PENUTUP

13.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan Semua

Penolong Kanan di atas segala kerjasama dalam menjayakan mesyuarat

pada kali ini. Beliau berharap semua guru dapat menjalankan tindakan

susulan agar semua perancangan berjalan lancar

13.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang

Anda mungkin juga menyukai