Anda di halaman 1dari 5

KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Tahap Pendengaran:

 Tahap pendengaran yang normal: 0-20dB

 Rendah (mild hearing loss 25-40dB) atau

 Sederhana (moderate hearing loss 45-65dB) atau

 Teruk (severe hearing loss 70-90dB) atau

 Sangat Teruk (profound hearing loss > 90dB)

Ciri-ciri masalah pendengaran mengikut tahap (Asiah 2012):

1. Ringan: mempunyai hanya sedikit masalah pendengaran. Contoh: hanya mempunyai masalah
untuk mendengar bunyi yang perlahan sahaja

2. Sederhana: boleh mendengar dalam jarak 1 hingga 1.5 meter. Dapat dibantu dengan alat bantu
pendengaran dan kadangkala dirujuk kepada terapi perututuran supaya dapat menghasilkan
perkataan yang betul

3. Sederhana teruk: perlukan suara yang dikuatkan dalam perbualan; tidak dapat bertutur dengan
baik kerana tidak boleh mendengar bunyi pertuturan yang betul dengan jelas.

4. Teruk: hanya dapat mendengar bunyi yang kuat sahaja; mengalami pelbagai masalah bahasa
dan pertuturan. Walaupun sebilangannya mempunyai tahap kecerdasan yang normal, tetapi
mereka terjejas daripada aspek persepsi, sosial, emosi, pendidikan dan vokasional kerana
kekurangan makumat serta kefahaman dalam bidang yang berkaitan.

Keperluan penting: pakar perubatan, pakar pendidikan, pakar bidang dalam menentukan peringkat dan
tahap perkembangan dan pemerolehan bahasa. Jika kecacatan berlaku pada peringkat sebelum
pemerolehan bahasa, individu itu pasti tidak dapat berbahasa dan tiada kemahiran bertutur untuk
komunikasi. Intervensi awal seperti terapi pertuturan, fisioterapi, rawatan perubatan, pendidikan perlu
disegerakan. Pasukan pelbagai disiplin seperti pakar ENT, audiologis, terapi pertuturan,guru bahasa
isyarat, guru pendidikan khas perlu bekerjasama untuk menge ndalikan pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini. Pihak lain seperti ibu bapa, ahli keluarga dan ahli dalam
komuniti juga perlu dilibatkan dalam membantu mereka .

Ciri-ciri pelajar bermasalah pendengaran:

1. Perkembangan bahasa:

 belajar bahasa dengan melihat

 lemah dalam percakapan, bacaan, kefahaman dan penulisan walaupun menguasai


bahasa isyarat dengan baik

 biasanya faham konsep tunggal

2. Perkembangan Intelek
 tanpa kecacatan lain, intelek adalah normal

 proses berfikir sama dengan individu biasa

3. Perkembangan sosial

 sangat bergantung kepada orang

 sangat rapat sesama rakan sendiri

 kurang matang: malu, lebih masalah emosi semasa remaja

4. Pencapaian akademik

 pelajar yang mempunyai ibu bapa yang juga hilang pendengaran mempunyai
pencapaian akademik yang lebih baik

 lemah dalam banyak mata pelajaran kecuali Matematik, seni lukis, PJK. Amat lemah
dalam bahasa.

Pengajaran dan Pembelajaran pelajar bermasalah pendengaran

Pendekatan Pengajaran: bermasalah pendengaran

 Pendekatan lisan dengan sisa pendengaran yang ada

 hanya guna pertuturan untuk memahami & menyampaikan Bahasa

 dilarang menggunakan isyarat (gesture) / pointing/ spelling out

 guna kiu auditori , visual dan tactual

 pembesaran bunyi, latihan auditori, speech reading, alat bantu teknologi

 Isyarat pertuturan

 guna kiu auditori , visual dan tactual

 Komunikasi seluruh

 digunakan secara meluas di sekolah

 Bahasa Isyarat

 guna isyarat untuk mewakili kata-kata, idea dan konsep

 juga guna ikon untuk sampaikan makna

Pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran

Penempatan persekolah untuk kanak-kanak yang bermasalah pendengaran bergantung kepada darjah
pendengarannya. Pada umumnya ibu bapa digalakkan supaya menghantar anak-anak mereka mengikuti
aliran normal (pendidikan inklusif) sekiranya tahap pendengaran anak-anak mereka tidak begitu teruk.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran yang serius pula boleh mengikuti Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran yang ada di sekolah khas atau pun program percantuman
yang terdapat di seluruh negara.

Bagi kanak-kanak yang belajar di sekolah rendah, mereka boleh mengikuti kelas di Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas (SKPK) atau mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (percantuman) di sekolah
kebangsaan. Kesemua sekolah berkenaan mengguna pakai kurikulum kebangsaan, mengikuti masa
persekolahan yang sama, mengambil peperiksaan yang sama (UPSR) dan boleh mengikuti kelas pra-
sekolah bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.

Begitu juga pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran berpeluang untuk bela jar di sekolah
menengah yang biasa melalui program integrasi. Pelajar berkenaan juga boleh belajar di Sekolah
Menengah Vokasional di Shah Alam, Sekolah Menengah Tanjung Bungah dan Sekolah Menengah Teknik
yang mempunyai program percantuman dengan mengikuti aliran akademik dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima seperti pelajar-pelajar normal yang lain. Pelajaran berjalan menerusi program
percantuman dan program inklusif. Pelajar ini boleh mengambil peperiksaan awam seperti PMR, SPM,
STPM dan Sijil Kemahiran Malaysia.

Di samping itu, pelajar-pelajar bermasalah pendengaran ini boleh meneruskan pengajian mereka ke
politeknik, Maktab Perguruan Ilmu Khas dan juga ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (Petikan dari
Maklumat Pendidikan Khas 2003. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia).

Peranan Audiologis:

1. Terlibat dalam pencegahan, pengenalpastian, penilaian dan pengurusan individu yang


mengalami masalah pendengaran

2. Mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan mengenal pasti kehilangan


pendengaran kanak-kanak pada setiap peringkat yang berbeza

3. Membekalkan terapi pendengaran serta memakaikan alat bantu pendengaran yang sesuai
dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran

4. Pakar audiologi berhak menilai, memilih dan mendispensi alat bantuan pendengaran

5. Membekalkan sepenuhnya perkhidmatan pemulihan pendengaran di sekolah-sekolah awam


kerajaan mahupun swasta bagi semua tahap pendidikan

6. Membekalkan kaunseling secara individu untuk membantu individu bermasalah pendengaran


agar dapat berinteraksi dengan lebih efektif dalam kehidupan sosial, pendidikan dan
persekitaran

7. Memberikan nasihat dalam pemilihan sistem amplifikasi bilik darjah untuk murid-muid
bermasalah pendengaran. Ini meliputi alat bantuan pendengaran peribadi dan sistem FM

8. Bertanggungjawab dan turut serta bersama profesional lain dalam memilih calon yang sesuai
untuk implan koklea serta melakukan pemetaan koklea
9. Memberi pendidikan kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak bermasalah pendengaran dari
segi mendengar, bertutur dan menggunakan bahasa. Khidmat nasihat mengenai penempatan
dan penempatan semula murid turut diberikan

10. Merujuk kes-kes tertentu kepada pakar telinga, hidung dan tekak, psikologi, pakar kanak-kanak,
terapi pertuturan dan sebagainya

Peranan guru:

1. Guru-guru yang mengajar murid-murid bermasalah pendengaran perlu terlebih dahulu


mendapat pendidikan formal dan memahami masalah pendengran, ciri-ciri kanak-kanak ini dan
memahami secara menyeluruh tentang murid-murid bermasalah pendengaran.

2. Belajar mengenal alat bantuan pendengaran pelajar

3. Belajar ASL / KTMB / Ejaan Jari

4. Guna komunikasi keseluruhan: isyarat+ percakapan + bacaan bibir

5. Mengadap pelajar semasa bercakap

6. Galakkan pelajar bertanya

7. Memahami ekspresi muka pelajar

8. Menerima tahap penguasaan bahasa

9. Galakkan pelajar biasa yang normal menerima pelajar bermasalah pendengaran

10. Bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid dan sentiasa mengemaskini
rekod tersebut supaya perkembangan murid-murid dapat diperbaharui

Peranan Ibu bapa:

1. Prosedur yang telah ditetapkan agar kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat masuk ke
sekolah kerajaan. Ibu bapa hendaklah:

 Isikan borang Biodata Kanak-kanak dengan Keperluan Khas yang boleh didapati dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital kerajaan, pusat kesihatan, Sekolah Pendidikan
Khas Bermasalah Pendengaran atau Pusat Perkhidmatan Pendidikan khas / Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri.

 Dapatkan pengesahan daripada doktor di hospital

 Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan


Negeri untuk tindakan pendaftaran dan penempatan yang selanjutnya.

 Satu salinan borang berkenaan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya


direkodkan sebagai orang kurang upaya (OKU)

2. Ibu bapa boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar audiologi mengenai pemakaian
dan penjagaan alat bantu pendengaran
3. Kajian mendapati, masalah mendidik anak dalam kalangan ibu bapa adalah berpunca daripada
masalah komunikasi, tidak menguasai bahasa isyarat, dan kurang pengetahuan tentang cara
mendidik perkembanagn emosi dan sosial kanak-kanak

4. Ibu bapa adalah individu yang berperanan utama dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran di rumah

5. Penyertaan ibu bapa dalam intervensi awal adalah penglibatan berasaskan rumah dan bertindak
sebagai peserta dan penyokong. Di rumah, ibu bapa berperanan memberi peneguhan positif
terhadap tingkah laku anak di sekolah

6. Ibu bapa sebagai pendorong dan pemberi maklumat. Berkongsi segala maklumat mengenai anak
kita dengan guru di sekolahnya. Perlu ada hubungan baik dengan guru.

7. Hubungan rapat dengan ibu bapa kanak-kanak bermasalah pendengaran yang lain untuk
berkongsi maklumat dan pengalaman