Anda di halaman 1dari 1

KURSUS SIJIL PERHUTANAN

INSTITUT LATIHAN PERHUTANAN (FORTRAIN)


JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Institut Latihan
Perhutanan (FORTRAIN), Kepong, Kuala Lumpur bagi mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.

1. TEMPOH PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN


(i) Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:-

NAMA KURSUS TEMPOH KURSUS KELAYAKAN AKADEMIK


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta
Sijil Perhutanan 2 semester I. Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
Pengawas Hutan (Sesi 2018 - 2019) II. Lulus mata pelajaran Matematik; dan
III. Lulus mana-mana mata pelajaran Sains

(ii) Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh
permohonan ditutup.
(iii) Anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan perkhidmatannya dan Pegawai Kerajaan yang sedang
berkhidmat juga boleh memohon setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
(iv) Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.

2. MAKLUMAN
(i) Calon-calon dari Negeri Sarawak yang telah lulus dan berjaya menamatkan kursus adalah layak
dipertimbangkan untuk jawatan sebagai Pengawas Hutan Gred G19 bertaraf TETAP di Jabatan Hutan
Sarawak.
(ii) Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di Institusi Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak boleh berhenti
tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Jika berlaku pelanggaran ini,
maka calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung semasa pengajian
kepada Kerajaan Malaysia.

3. PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada pejabat Bahagian
Latihan Perhutanan atau daripada Ibu Pejabat Jabatan Hutan Sarawak seperti alamat di bawah;
Pengarah atau Pengarah Hutan Sarawak
Bahagian Latihan Perhutanan Jabatan Hutan Sarawak
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Tingkat 9, Wisma Sumber Alam
52100 Kepong, Kuala Lumpur. Jalan Stadium, 93660 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
atau,
mana-mana Pejabat Perhutanan Negeri, Pejabat Hutan Daerah di Semenanjung Malaysia atau Pejabat Hutan
Bahagian di Negeri Sarawak atau dimuat turun dari laman sesawang JPSM http://www.forestry.gov.my atau
laman sesawang JHS http://www.forestry.sarawak.gov.my.

4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Mac 2018 (Isnin). Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke
Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong atau Ibu Pejabat Jabatan Hutan Sarawak, Kuching sebelum tarikh tutup
permohonan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini
adalah dianggap tidak berjaya.

5. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Latihan Perhutanan atau Institut Latihan Perhutanan
(FORTRAIN di talian 03-6277 0856/ 03-6277 0847 / 03-6277 8741 / 03-6274 0572 atau Ibu Pejabat Jabatan Hutan
Sarawak di talian 082- 319125 / 082-319358 / 082-319262.

Anda mungkin juga menyukai