Anda di halaman 1dari 7

SK BAGAN JERMAL,

SK KLUSTER KECEMERLANGAN,
12300 BUTTERWORTH,
PULAU PINANG,
NO TEL: 043321863/ FAX: 043321863

KERTAS KERJA

PROGRAM: HARI SUKAN SKBJ 2018

TARIKH
20 APRIL 2018

HARI
JUMAAT

TEMPAT
PADANG SK BAGAN JERMAL

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM SK BAGAN JERMAL
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada pihak Guru Besar sekolah bagi
mendapatkan kelulusan bantuan kewangan agar membolehkan jawatankuasa tertinggi mengadakan kejohanan
mini sukan tahunan peringkat sekolah kali ke-22 bagi tahun 2018.

2.0 PENGENALAN

Kejohanan ini adalah berdasarkan sikap tanggungjawab pihak Unit Kokurikulum terhadap perkara-perkara berikut
:

2.1 Kejohanan sukan tahunan sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan
sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal bagi
tahun 2018. Kejohanan pada tahun ini adalah merupakan kali ke-22 pernah diadakan.

2.2) Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan
pelajar yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi. Melalui kegiatan sukan, murid-murid
bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Bagan
Jermal akan mengadakan satu kejohanan sukan tahunan sekolah menjurus kepada pembentukan insan yang
seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah
Bagan Jermal sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.3) Pihak persatuan PIBG akan bekerjasama dalam menjayakan program kejohanan sukan tahunan sekolah
kali ke-22 ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar.

3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan.


2. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.
3. Melahirkan masyarakat yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba untuk kejayaan.
4. Membangkitkan semangat bersaing yang sihat dalam kalangan murid.
5. Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.
6. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.
7. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk berjaya dengan lebih
cemerlang.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Kejohanan ini dilaksanakan bagi mempertandingkan acara sukaneka tahap 1 dan tahap 2, sukantara tahap 1
(larian 50m), sukantara tahap 2 (lompat jauh dan lontar peluru) antara rumah-rumah sukan. Sekolah akan
mengadakan kejohanan sukan tahunan kali ke-22 tahun 2018 pada tarikh, hari, masa, dan tempat seperti di
bawah:

Tarikh latihan : 2,3,4,5,9, dan 10,11,12 April 2018


Lontar Peluru Akhir : 17 April 2018
Acara sukantara : 18 April 2018 Tahap 1 (50 meter)
Tahap 2 (lompat jauh dan lontar peluru)
Sukan Pendidikan Khas dan Pra sekolah : 19 April 2018
Mini Sukan (Hari Kemuncak): 20 April 2018
Masa : 8.00a.m.-1.00p.m
Tempat : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL

5.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

Semua murid SK BAGAN JERMAL terlibat dalam kejohanan ini.

6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Kamruzaman bin Salim


Naib Pengerusi : En. Ghazali bin Abd Hamid (Pengurus Kejohanan)
En Mohd Idris bin Othman
En Marzuki bin Ramli
Pn Shuhaida binti Zakaria
Setiausaha : Mohammad Haziq bin Mahmood (Penolong Pengurus Kejohanan)
Bendahari : Mohamad Naim Syafiq bin Mohd Zahidi

AHLI JAWATANKUASA KECIL

Urus setia pendaftaran peserta:


1. En. Fahmi bin Mansor
2. Pn. Noorliza binti Kamarudin
3. Pn Nor Zamzira bt Ahmad
4. Pn. Noor Syahida binti Md Zuki
5. Pn Rosnani binti Mat

Juruacara :
1. En. Mohd Hafiz bin Md Saad

J/Kuasa Peralatan :
1. En Hashidi b. Md Noor@Harun
2. En. Mohd Sohairi bin Rejab

J/Kuasa Keselamatan Dan Kebersihan :


1. Pn. Julina Susila George Samuel
2. Pn. Kavitha a/p Shunmuganathan
3. Pn. Puspa a/p Muniandy
4. Pn. Jamilah binti Shoib
J/Kuasa Pengadil :

Pengadil Sukantara (Lontar Peluru)


1. En. Azizi bin Saleh
2. En Jais bin Mohamad
3. En. Muhammad Naim Shafiq bin Zahidi
4. En. Ruzaidin bin Ghazali

Pengadil Sukantara (Lompat Jauh)


1. Pn. Nor Fatihah Saedah bt Nik Abdul Rahman
2. Pn. Nashirah bt Abd Ghafaar
3. Cik Sarifah Norida bt Syed Asmi
4. Pn. Siti Salmah bin Ibrahim

Pengadil Sukantara (50m)


1. Pn. Ruzaihan bt Hassan
2. Pn. Nadia Afifi
3. Pn. Norafidah binti Samairy
4. Pn Siti Ajar binti Shaari

Pencatat Masa
1. Pn Aliza binti Ishak
2. Pn. Noor Zakiyatil Fakhirah bt Kamaruddin

Sukaneka
1. Tahun 1 : Semua guru PJ tahun 1
2. Tahun 2 : Semua guru PJ Tahun 2
3. Tahun 3 : Semua guru PJ tahun 3
4. Tahun 4 : Semua guru PJ tahun 4
5. Tahun 5 : Semua guru PJ tahun 5
6. Tahun 6 : Semua guru PJ tahun 6

Pengadil Sukaneka
1. Pn. Azlina bt Abd Lateh
2. Pn. Setalechumi a/p Perumal
3. Pn. Zalina bt. Mohamad Yusoff
4. Cik Roslaili bt. Mohamad Zain

Pelepas Sukaneka
En. Noorhamrulnizam b. Abd Hadi

Pengurus Peserta
Guru rumah sukan masing- masing

J/Kuasa Teknikal :
1. Mohammad Haziq bin Mahmood
2. En. Noorhamrulnizam bin Abd Hadi
J/Kuasa Persediaan Tempat:
1. En Mohd Rohaizad bin Mustaffa
2. En. Mohd Zaihal bin Yaacob
(dibantu oleh Murid Tahun 6)

J/Kuasa Hadiah Dan Cenderamata :


1. Pn. Siti Zauyah bt Hamzah
2. Pn. Ruhainazura bt. Mohd Nor
3. Pn. Sharimah binti Ismail

J/Kuasa Makanan :
1. En. Mahamad Zamri bin Darus
2. Pn. Harisun bt Mat Isa
3. Pn Jannatonshima bt Abdullah
4. Pn. Nursyakira binti Harun
5. Pn. Shuhaili binti Ismail

J/Kuasa Fotografi dan Dokumentasi


1. Pn. Zaty Munawirah bt. Mokhtar
2. En. Nor Amin b. Adnan

J/Kuasa Sukarelawan :
1. Pn. Fauziah bt Mat Noor
2. Pn Hafidzah bt Ahmad
3. Pn. Nurhidayah bt Ahmad
4. Cik Rohani bt Noor
5. Pn Suriati bt Saikort Ali
6. Pn. Thahirah bt Mohd Rodzi
7. Pn Zarina bt Mohamad Yusoff

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

BALAPAN PADANG LAIN-LAIN


1. Balapan 50m (sukantara tahap 1) 1. Lontar peluru Sukaneka tahap 1
2. Lompat jauh Sukaneka tahap 2
(Sukantara tahap 2)

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

8.0 KEPERLUAN ALATAN

ACARA PADANG
 Peluru besi
 Pita ukur 2
 Bendera Merah Dan Putih 2
ACARA 50M
 Wisel
 Riben penamat
 Pelepas

AJK PERTANDINGAN
1. Pistol pelepas
2. Bendera pengadil
3. Jam randik
4. Pembesar suara
6. Tali penamat

PENEMPATAN
1. Payung urusetia
2. Meja urusetia pengadil
3. Khemah rumah sukan

PERALATAN SUKANEKA PERLU PERBINCANGAN DARI PANITIA PENDIDIKAN JASMANI BAGI MENETAPKAN KETUA
BAGI SETIAP TAHUN DAN PERALATAN YANG PERLU DISEDIAKAN

9.0 PENUTUP

Jutaan terima kasih kami dahulukan atas kesudian tuan guru besar untuk memberi pertimbangan dan perhatian
terhadap kertas kerja ini. Harapan kami semoga tuan dapat meluluskan kertas kerja ini dengan segera supaya
projek yang dinyatakan dapat dijalankan dengan jayanya mengikut objektif yang disasarkan.

Disediakan Oleh :

…………………………………………
(MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD)
Setiausaha Sukan Tahunan Kali ke-22 tahun 2018,
SK BAGAN JERMAL.

Disemak Oleh :

………………………………………..
(GHAZALI BIN ABD HAMID)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK BAGAN JERMAL.

Diluluskan Oleh :
…………………………………………
(KAMARUZAMAN BIN SALIM)
Guru Besar Cemerlang,
SK Bagan jermal,
Sekolah Kluster Kemerlangan