Anda di halaman 1dari 2

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Dunia Kerjaya – Garis Masa

Di akhir sesi murid dapat:

1. Merancang hala tuju selepas UPSR


Objektif
2. Menyatakan cara-cara mengatasi masalah serta rintangan dalam
merancang untuk mencapai cita-cita mereka.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 6 Orkid

Bahan
: Alat Tulis, Kertas A4

Set Induksi: (5 minit)


Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan cita-cita yang
diimpikan oleh mereka dan meminta rakan-rakan lain meneka.

Langkah 1: (20 minit)


1. Guru bimbingan dan kaunseling mengedarkan kertas A4 kepada
setiap murid.
2. Guru bimbingan dan kaunseling menerangkan tugasan yang perlu
dilakukan oleh murid.
Langkah-
: 3. Murid menyenaraikan hala tuju selepas UPSR berdasarkan cita-cita
langkah
yang ingin dicapai.
Langkah 2: (30 minit)
4. Setelah selesai, secara rawak murid membacakan hala tuju yang
ditulis oleh mereka.
5. Murid diminta untuk menyatakan beberapa masalah yang bakal
dihadapi semasa proses mencapai cita-cita dan cara mengatasinya.
6. Guru bimbingan dan kaunseling berbincang jawapan tersebut
bersama murid-murid yang lain.
7. Guru membuat rumusan.

Penilaian : Mengetahui matlamat kerjaya murid melalui aktiviti yang diberikan


1. Untuk merealisasikan cita-cita dengan
mengetahui hala tuju selepas UPSR.
2. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan
Rumusan secara terancang, teliti dan sistematik.
3. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-
usaha yang betul, berterusan dan
bersungguh sungguh tanpa mengenal erti
putus asa.

Falsafah : Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari semasa ke


semasa untuk mencapai cita-cita.

Anda mungkin juga menyukai