Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2

Pendekatan Kodaly

Komponen: Simbol, Notasi dan Sebutan Irama

Konsep Muzik: Irama dan Melodi

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Kodály,


nyanyian merupakan asas kepada pembelajaran muzik. Dengan demikian, masa yang
banyak dan mencukupi perlu diluangkan dengan kanak-kanak pada usia muda mereka
untuk membentuk nyanyian talaan dalaman (in-tune singing) dan kesedaran pic. Pengajaran
pertama dalam pendidikan muzik dibentuk untuk mengajar kanak-kanak beberapa himpunan
lagu yang asas, kebanyakannya akan digunnakan untuk pembentukan kemahiran dan
inferens konsep (Chosky & et al., 2001). Himpunan lagu boleh diambil lagu-lagu mudah
yang sesuai dengan renj seorang kanak-kanak seperti lagu rakyat pentatonik, dan lagu
dengan renj yang lebih luas. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai lagu-lagu yang telah
dipelajari, dapat menepuk dan menghentak detik dengan tepat serta mampu menepuk irama
dengan betul, hubungan dapat diberntuk dengan notasi muzikal. Oleh yang demikian, aktiviti
muzikal yang sesuai dihasilkan untuk memudahkan pengajaran dan pembelelajaran
pendidikan muzik bagi kanak-kanak sekolah rendah.

Pada peringkat awal, guru akan melakukan lagu sapaan (greeting songs) untuk
menarik minat kanak-kanak di samping mengalakkan mereka untuk bernyanyi.

s m m s s m m

Guru: Se - la - mat pa - gi, se - mua.

s m m s s m m

Murid: Se - la - mat pa - gi, cik - gu.


Kemudian, guru akan memilih satu atau dua orang murid untuk respon secara
individu.

s m m s s m m

Guru: Se - la - mat pa - gi, Da – vid.

David: Selamat pagi, cikgu.

Guru: Selamat pagi, Sarah.

Langkah seterusnya adalah murid akan menyanyikan lagu “Mari Mencari” sambil
menepuk detik lagu tersebut pada paha mereka.

Guru akan menepuk detik lagu “Mari Mencari” dengan tempo yang laju pada meja.
Kemudian, guru akan bertanyakan soalan Ada sesiapa yang dapat menyanyikan lagu ”Mari
Mencari” pada tempo ini? Seorang murid akan menyanyikan lagu tersebut pada tempo yang
baru seperti yang ditepuk oleh guru.

Guru: Adakah tempo baru cepat atau lambat?

Murid: Cepat.

Guru: Ini adalah tempo baru. (Guru akan menepuk detik dengan lambat pada papan
tulis atau meja.) Adakah ia cepat atau lambat?
Murid: Lambat.

Guru: Siapa dapat memberikan tempo yang baik untuk lagu ”Mari Mencari”? (Guru
akan memilih murid ataupun murid secara sukarela akan memberi tempo
dengan menepuk tangan.) Tempo manakah yang lebih sesuai? (Semua akan
menyanyi pada tempo yang dipilih.)

Kemudian, murid-murid akan menyanyikan lagu “Mari Mencari” berdasarkan tempo


yang telah dipersetujui sambil, membuat pergerakan berdasarkan perkataan yang terdapat
pada lirik. Misalnya, “kawan-kawan” (memegang tangan kawan di sebelah mereka dan
menghayunkan tangan mengikut detik lagu) dan ”berlari” (lari setempat.)

Seterusnya, guru mengajar lagu “Bye, Baby Bunting” secara hafazan (rote). Guru
akan menyanyikan lagu secara frasa demi frasa, dengan kanak-kanak mengulangi nyanyian
guru sehinggalah mereka dapat menyanyikan keseluruhan lagu dengan betul. Guru akan
memberi perhatian kepada pemfrasaan dan nyanyian dengan ekspresi.

Guru: Cuba anda menepuk detik secara lembut pada paha anda sambil menyanyi
bersama-sama. (Murid-murid akan menyanyi sambil menepuk detik.) Di
manakah penghujung frasa yang pertama? Di manakah tempat yang sesuai
untuk menarik nafas? (Setelah “bunting”.) Berapa detik pada bar pertama?
(Murid hanya akan menyanyi frasa pertama dan menepuk serta mengira detik,
iaitu 4.

Guru: Ali, boleh letak hati ini pada papan sakhlat untuk memberitahu kepada rakan-
rakan berapa detik pada frasa yang pertama?
Ali melekatkan hati seperti ini:

Guru: Cuba kita lihat sekiranya ia betul. (Murid akan menyanyikan frasa pertama
sementara Carl menunjuk ke arah detik (hati).

Guru: Kali ini pula, sambil menyanyikan frasa pertama, tepuk irama melodi lagu.
(Murid akan menepuk tangan sambil bernyanyi.)

Bye, Ba - By Bun - ting

Guru: Adakah terdapat detik lain dengan lebih daripada satu bunyi?

Murid: Ya!

Guru: Detik yang mana satu?

Murid: Kedua.

Guru: Berapa bunyi yang kedengaran pada detik kedua?

Murid: Dua.

Guru: Bagaimanakan anda menunjukkannya pada papan sakhlat? Pada cikgu


terdapat kain sakhlat bayi.
Guru: Bagaimanakah kita menunjukkan corak irama tersebut menggunakan notasi
lidi, iaitu ti dan ta? (Murid lain akan menempatkan strip kain sakhlat untuk
menunjukkan corak irama:

Semua murid akan menyanyikan frasa tersebut dengan (a) lirik dan (b) sebutan
notasi lidi ta - ti, untuk melihat jika notasi lidi yang dilekatkan pada papan sakhlat adalah
betul. Kemudian, guru akan meminta murid untuk membina frasa pertama lagu “Bye, Baby
Bunting” dengan menggunakan lidi irama di atas meja. Setiap murid memiliki beberapa
batang lidi yang banyak seperti batang aiskrim, penyepit, dan lidi daun kelapa untuk tujuan
aktiviti ini. Melalui pelaksanaan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan kognitif mereka
untuk membentuk corak irama yang betul dan mengaplikasikan pemahaman mereka
terhadap apa yang dimaksudkan dengan corak irama.

Setelah itu, beberapa orang murid akan diminta untuk menunjukkan corak irama
yang telah dibina sambil menyanyi corak irama tersebut. Kemudian, semua murid akan
menunjuk ke arah corak irama mereka sambil menyanyikan ta – ti – ti – ta – ta.
Pendekatan Orff

Komponen: Improvisasi

Konsep : Melodi

Badan merupakan istrumen pertama dan ia bergerak melalui ruang, seperti bunyi.
Setiap badan adalah gelombang bunyi yang sedang bergerak. Kanak-kanak bermain aktiviti
lagu yang mereka pernah dengar dan menggalakkan improvisasi aksi.

Kelas akan membentuk satu bulatan. Ketika rangkap pertama, seorang kanak-kanak
akan menjadi wakil dan berdiri di tengah-tengah bulatan. Semasa dia mengulang semula
lagu tersebut, murid tersebut akan menunjukkan aksi yang sudah diimprovisasikan dan
diimitasi oleh murid-murid lain yang berada dalam kumpulan tersebut. Kemudian, pada
rangkap ketika lagu “Little Red Wagon” murid tersebut akan menunjuk satu-persatu ke arah
rakan-rakannya yang lain mengikut detik lagu. Murid yang ditunjuk pada not yang terakhir
kemudiannya akan menjadi orang seterusnya yang akan berdiri di tengah bulatan.

Guru akan bertanyakan apakah bahagian kaki yang boleh menghasilkan bunyi detik.
Murid akan menjawab tumit, sisi kaki, dan jari-jemari kaki.

Guru: Tanpa menggunakan kaki, cuba bergerak di sekitar ruangan bilik ini.
Kebanyakan murid akan bergerak dengan kaki yang kaku, lutut dan jari-jemari tangan yang
ditegangkan untuk menggantikan kaki.

Guru akan memberikan beberapa arahan untuk murid mengikuti bagi memberi peluang
kepada mereka untuk mengeksplorasi ruang dan menggunakan tubuh badan mereka dalam
aktiviti pergerakan. Contoh arahan adalah seperti, meregangkan badan, menyentuh lantai
dengan kaki, berjalan seperti haiwan, menghayunkan badan ke depan dan ke belakang,
menghayunkan kaki ke depan dan ke belakang, dan pelbagai pergerakan yang lain.
Pergerakan tersebut akan disertakan dengan lagu secara instrumental ataupun sambil
dinyanyikan oleh kelas.