Anda di halaman 1dari 14

MENGAPA AYAM

JANTAN BERKOKOK

NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Pada suatu hari, Raja Sulaiman

menitahkan semua haiwan datang

ke istananya.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

1
Raja Sulaiman lalu

bertitah kepada semua haiwan.

Baginda ingin mencari

haiwan yang sanggup melakukan

satu tugas.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
2
Tugas itu ialah mengejutkan

manusia daripada tidur. Tugas itu

mesti dilakukan pada waktu subuh,

iaitu sebelum matahari terbit.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

3
Semua haiwan berdiam diri.

Mereka tidak sanggup memikul

tugas itu.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

4
“Pagi-pagi begitu, cuaca sangat
sejuk,” kata tupai kepada burung
hantu.
“Ya, pagi-pagi begitu, lebih baik
kalau dapat tidur lagi!” ujar gajah.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

5
Tiba-tiba ayam jantan tampil ke
hadapan. Ayam jantan berkata,
“Wahai tuanku, patik sanggup
memikul tugas itu.”

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

6
Raja Sulaiman berasa sangat sukacita.
“Terima kasih, wahai Sang Ayam
Jantan! Kamu seekor haiwan berhati
mulia,” Raja Sulaiman memuji ayam
jantan.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

7
Raja Sulaiman lalu

menghadiahkan sebuah mahkota

dan pakaian yang sangat cantik

kepada ayam jantan.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

8
Semua haiwan berasa menyesal
kerana tidak mahu memikul tugas
itu. Namun, mahkota dan pakaian
yang sangat cantik itu sudah
menjadi milik ayam jantan.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

9
Mengikut cerita dongeng orang

tua-tua, kononnya, itulah sebabnya

sampai sekarang ayam jantan

berkokok pada waktu subuh.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

10
Kononnya lagi, itulah sebabnya

sampai sekarang ayam jantan

sangat cantik.

www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

11