Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri.
Kemampuan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan pendapat atau
perasaan dengan lebih baik lagi. Malah haiwan juga dikatakan mempunyai bentuk ”bahasa”
mereka yang tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka. Kita sering menyebut
perkataan ”bahasa”, tapi apakah makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu
diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri? Semua ini perlu kita ketahui
sekiranya kita mahu menjadi seorang pengguna bahasa yang baik dan cekap.

Jadi jelaslah bahasa itu merupakan bunyi yang digunakan oleh seseorang untuk
berkomunikasi. contohnya, perkataan atau bunyi yang dikeluarkan oleh seseorang kepada
orang lain untuk menyampaikan maklumat. Bahasa pada dasarnya mempunyai beberapa
sifat iaitu bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai aturan-aturan atau rumus-rumus
tertentu yang pasti. Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti
fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem
tertentu yang menjadi asas kepada pengguna-pengguna untuk menuturkan atau menuliskan
bahasa tersebut.

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan


manusia itu sendiri Siti Hajar (2009). Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea,
perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka.Abd. Aziz (2000). Bahasa dikuasai
secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa
dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), bahasa ialah satu sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu lingkungan atau satu kelompok
manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain. Kanak-kanak keperluan
khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam kemahiran
berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga
berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Bukan hanya kanak-kanak atau murid
berkeperluan khas, murid yang berada pada tahap biasa juga memerlukan bimbingan dan
tunjuk ajaer serta panduan untuk membolehkan kecekapan berbahasa dalam kalangan
mereka. Justeru, guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Secara keseluruhan, strategi dan kaedah pembelajaran Bahasa Melayu untuk murid-
murid yang mempunyai masalah pembelajaran perlu diambil perhatian yang lebih

1
khususnya dalam aspek pemerolehan bahasa dan huraian bahasa yang meliputi komponen
bahasa, dan jenis bahasa serta dapat membantu murid memperoleh kecekapan berbahasa.

2.0 TEORI HURAIAN BAHASA

Menurut kajian yang dipetik daripada buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu karangan
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), Teori huraian bahasa dapat dibahagikan
kepada empat aliran pemikiran iaitu teori tradisional, teori struktural, teori transformasi
generatif dan teori fungsional.

Persoalan yang sering timbul dalam kalangan pendidik dan murid adalah apakah
maksud teori huraian bahasa? Melalui satu penulisan ilmiah yang ditulis oleh Mohd Zaid
(2012), beliau di dalam artikelnya menyebut bahawa teori bahasa ialah pendapat atau
pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat
memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memperihalkan teori dalam
bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraian bahasa.

2.1 Teori Tradisional

Teori tradisional merupakan salah satu daripada teori huraian bahasa yang dipelopori oleh
Panini iaitu seorang tokoh fonetik India. Teori ini menurut Panini adalah berkaitan dengan
kajian bahasa yang dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Beliau beranggapan bahawa
bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta
menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan
bahasa tulisan. Tatabahasa tradisional bukan merupakan gabungan beberapa teori yang
berusaha untuk menjelaskan struktur kesemua bahasa di dunia ini menggunakan satu set
konsep yang unik. Tatabahasa ini berpecah kepada traidisi yang berbeza-beza bagi bahasa
yang berbeza. Dengan kata lain, setiap bahasa mempunyai perbendaharaan kata tradisional
mereka dan cara analisis yang tersendiri. Sebagai contoh, setiap bahasa Eropah mewakili
dan menyesuaikan tatabahasa Latin ke dalam bahasa yang tertentu

Aliran nahu tradisional ini telah melahirkan tatabahasa tradisional. Tatabahasa


tradisional berusaha menghuraikan sesuatu bahasa, menganalisis dan menjelaskan
konstituen ayat yang dibentuk dengan baik. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai
peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di samping itu, semua penutur diwajibkan
untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.

2
Bahasa merupakan pengucapan buah fikiran dan perasaan. Namun begitu, penulisan
adalah lebih penting daripada pengucapan mahupun lisan.Hal ini kerana apa yang dikaji
merupakan apa yang ditulis sahaja bukan apa yang diucapkan.

Membincangkan tentang teori tradisional yang dipelopori oleh Panini, Norma


Kamzan (2013) ada menulis satu artikel yang berkaitan dengan teori tradisional. Beliau
menyatakan dalam artikelnya bahawa bahasa merupakan salah satu disiplin dalam ilmu
falsafah. Huraian bahasa dibuat berdasarkan tanggapan atau perspektif ahli falsafah.Hal ini
kerana, bahasa merupakan organisma yang hidup dan berkembang.Di samping itu, kajian
bahasa dibuat dalam bentuk perbandingan bahasa.Tambahan lagi, bahasa dapat dihuraikan
berasaskan tatabahasa sejagat yang berindukkan bahasa Yunani dan bahasa lain. Dalam
teori ini, mereka berpegang kepada konsep di mana kajian bahasa dibuat terhadap bentuk
tulisan semat-mata.

Selain itu, ciri-ciri yang terdapat dalam teori tradisional ini ialah, tulisan lebih penting
daripada pengucapan atau lisan. Kajian bahasa juga berbentuk deduktif serta huraian
bahasa berasaskan tanggapan atau perspektif daripada ahli falsafah. Sebagai contoh dalam
bilik darjah, sangat ditekankan pengajaran bahasa yang berbentuk deduktif di mana pelajar
diajarkan dahulu sesuatu konsep kemudian mengapliaksikannya sendiri. Dalam konteks ini,
hukum-hukum bahasa perlu dilkuasai oleh pelajar dan kemhiran menulis merupakan
kemahiran utama yang hendak dikuasai kepada murid. Tatabahasa terjemahan juga
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua.

Walaubagaimanapun, teori ini tetap mempunyai kelemahan dari segi beberapa


aspek. Teori ini terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam
tatabahasa dan penjenisan kata guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek
tatabahasa dalam pengajaran akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi
kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis analisis dilakukan secara
nosional dengan anggapan bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal.

2.2 Teori Transformasi Generatif

Transformasi Generatif (TG) merupakan satu teori yang terdapat dalam pembahagian teori
huraian bahasa. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic
Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Analisis TG bertujuan
membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan
penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang

3
lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-
rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus
transformasi.

Menurut teori ini, Chomsky menyatakan bahawa manusia sebenarnya dilahirkan


dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Kecekapan ini pula dikatakan
mengandungi satu set rumus yang eksplisit. Penutur natif dikatakan berkebolehan
membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim,
1978). Berdasarkan daripada kebolehan ini, jelaslah bahawa kecekapan berbahasa
memberikan satu kelainan seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara
transformasi yang lengkap. Rumus-rumus transformasi itu bekuasa untuk
menggugur,menambah dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata itu (Siti
Hajar, 2009). Penukaran struktur itu disebut sebagai transformasi dan ayat baru yang
diterbitkan itu disebut sebagai ayat terbitan.

2.3 Teori Fungsional

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an.Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu
Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga
memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Teori ini mengkaji
bahasa sebagai alat komunikasi dan perubahan bentuk bahasa yang berlaku ketika
seseorang itu berkomunikasi. Bahasa berkeupayaan menyampaikan maklumat tentang
penuturnya. Elemen dalam struktur bahasa ialah semantik bukan hubungan sintaksis dari
segi struktur bahasa. Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur
tersebut sebagai alat berkomunikasi. Sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua
perkara yang diutamakan dalam pengajaran pembelajaran (Awang Mohammad Amin,
1973).

Menurut kajian Halliday, bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk


bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk
bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Halliday menganggap bahasa sebagai alat
perhubungan. Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan
bahasa.Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem
bahasa.Hal ini kerana teori ini mementingkan aspek semantik.Pengukuhan bahasa boleh
berlaku secara verbal dan non-verbal.

4
Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Pernyataan
tersebut merupakan satu pernyataan yang dibuat oleh Halliday sendiri dan disokong oleh
hujah yang dikeluarkan oleh seorang ahli bahasa iaitu Awang Mohammad Amin (1973).
Beliau menyatakan bahawa sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk
menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.

3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Pemerolehan bahasa merupakan proses manusia mendapatkan kemampuan untuk


menangkap, menghasilkan, dan menggunakan kata untuk pemahaman dan komunikasi.
Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat-peringkat
mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi sehingga dewasa.
Kanak-kanak dari peringkat bayi lagi akan belajar dan seterusnya memperoleh sesuatu
bahasa secara tidak formal dan tanpa disedari bermula dalam persekitaran keluarga dan
kemudiannya dalam kehidupan bermasyarakat yang didiaminya. Pemerolehan bahasa ini
telah diterangkan oleh beberapa teori pemerolehan bahasa.

Sebagai seorang guru, adalah penting bagi anda mengetahui bagaimana bahasa
diperoleh (Abdullah Hasan, 1984). Dalam teori pemerolehan bahasa, terdapat empat kajian
teori yang berkaitan dengan teori pemerolehan bahasa antaranya ialah tepri behavioris, teori
mekanis, mentalis dan kognitif.

3.1 Teori Behavioris

Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas hasil
daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran (Siti Hajar
Abdul Aziz, 2009). B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi
dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk
perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan
prinsip Teori Behavioris. Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh
yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam
bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan
lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-
ulang percakapannya.

5
Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa
yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938).
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli
keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi
ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul
yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian
seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh
merangsang kanak-kanak bercakap.

Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk


membentuk tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk
latihan mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga
mementingkan persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran (Mok Soon Sang, 2012). Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan
mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

3.2 Teori Mentalis

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan
dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di
persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis,
membentuk konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Di
dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa
dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara
deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur.

Teori ini merumuskan bahawa proses penguasan bahasa bergantung kepada


kematangan. Menurut Chomsky, kematangan saraf, kematangan pemikiran dan
kematangan bertindak merupakan aspek penting dalam proses mempelajari sesuatu
bahasa. Bagi ahli-ahli pemikiran mentalis ada yang menganggap bahawa bahasa itu
merupakan satu proses mental dan bukan mekanikal. Dalam pada itu, teori ini juga
mengetengahkan pembentukan ingatan yang berkaitan dengan pemikiran bagi menentukan
bagaimana sesuatu maklumat itu diterima, diproses, disimpan, diperolehi semula dan
dilupakan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009).

6
3.3 Teori Kognitif

Teori kognitif merupakan proses mental yang memainkan peranan penting untuk
memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa ibunda) yang dipelopori oleh
Jean Piaget. Bagi Piaget, proses perkembangan intelektual berbahasa murid dikesan
daripada permulaan usia bayi hinggalah ke usia remaja. Piaget dapat menjelaskan
pemahamannya tentang pengetahuan termasuk cara bahasa itu terbentuk.

Terdapat 3 perspektif kognitif menurut piaget iaitu :

i. Proses mendalam tentang cara berlakunya perkembangan kognitif iaitu asimilasi,


akomodasi, dan ikuilibrium.
ii. Cara pembentukan pengetahuan bahasa.
iii. Tahap-tahap perkembangan intelektual bahasa.

Selain Piaget, salah satu tokoh yang mempelopori teori kognitif adalah Robert
Gagne. Menurut Gagne, Pemeringkatan pembelajaran penting bagi setiap peringkat
penyampaian PdP daripada peringkat asas kepada kompleks. Pembelajaran aras rendah
harus dikuasai dahulu sebelum peringkat pembelajaran yang seterusnya. Pemeringkatan
pembelajaran Gagne bermula dengan pelaziman klasik hingga kepada pembelajaran
kognitif aras tinggi iaitu penyelesaian masalah.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahas merupakan satu
aspek yang paling penting dalam membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di
sekolah. Ini kerana, kedua-dua teori ini sangat bertautan antara satu sama lain iaitu teori
huraian bahasa membantu guru unruk mengetahui tahap penguasaan murid itu sendiri
manakala teori pemerolehan bahasa dapat membantu murid mencapai tahap penguasaan
bahasa dengan lebih baik.

Jika dilihat secara generelisasi, kedua-dua teori ini mempunyai persamaan dari
aspek fokus utama iaitu untuk meningkatkan tahap kognitif, sosial, mental dan sebagainya.
Oleh itu, secara keseluruhannya, sebagai seorang pendidik, penguasaan yang mendalam
perlu dipupuk dalam diri masing-masing supaya dapat menghasilkan nilai tambah dalam diri
kanak-kanak khususnya para murid yang berbeza identiti dan kebolehan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai