Anda di halaman 1dari 7

5.

0 PENGANIAYAAN KANAK-KANAK :
PENDERAAN EMOSI / MENTAL KANAK-KANAK

Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i . mengenali penderaan emosi / mental terhadap kanak-kanak
ii. mengenal pasti bentuk, faktor dan akibat penderaan emosi / mental terhadap kanak-kanak
iii. menyatakan tanda / symptom penderaan emosi/mental dengan betul

5.1 PENGERTIAN

PENDERAAN EMOSI / MENTAL berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mengambil
peduli dan tidak memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka, kerana tidak
menyediakan suasana bersifat mengasuh, menyayangi dan menyokong yang sesuai
untuk perkembangan kanak-kanak.

Penderaan begini merangkumi perbuatan memalukan anak, sengaja tidak memberi


kasih sayang, menuduh, menakutkan, mengugut, menimbulkan rasa gentar,
mendiskriminasikan, mencemuh dan bentuk penyisihan bukan fizikal atau layanan
dingin yang lain.

Penderaan emosi boleh merosakkan kesihatan fizikal atau mental kanak- kanak di
samping merencatkan perkembangannya dari segi fizikal, mental, rohaniah, moral
atau sosial.
5.2 PENGERTIAN MENURUT AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 17(2)(b), Bab 1 – Bahagian V Akta Kanak-kanak


2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-
kanak itu ;

“tercedera secara emosi jika fungsi mental atau emosi kanak-


kanak yang berkenaan itu terjejas dengan ketara dan nyata,
dan dinampakkan antara lainnya dengan gangguan mental
atau gangguan kelakuan yang merangkumi kegelisahan, rasa
murung, perangai suka menyepi, kelakuanyang agresif atau
perkembangan yang lambat.”

5.3 BENTUK-BENTUK PENDERAAN EMOSI / MENTAL KANAK-KANAK

Penolakan Pengasingan Menakutkan

Sikap
Sikap tidak
merasuah
peduli
fikiran
5.4 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENDERAAN EMOSI / MENTAL
KANAK-KANAK

kematian
pemencilan
perceraian
sosial

masalah
kesihatan kemiskinan
tubuh

Faktor
kekurangan
pengalama
n
ibu bapa penganggura
n

sikap yang
belum kelesuan
matang
masalah kurang
kesihatan berupaya
mental memahami

5.5 AKIBAT PENDERAAN EMOSI / MENTAL KANAK-KANAK

peningkatan
risiko pola
kemurungan
kemajuan
perkembangan kerenggangan
mungkin diri
terencat

Akibat
terhadap
kanak-kanak

kurang kegelisahan
rasa
empati tanggapan
bahawa
harga
dirinya
rendah
Cuba teka siapa merupakan mangsa penderaan emosi /mental ?

5.6 TANDA & SIMPTOM PENDERAAN EMOSI / MENTAL KANAK-KANAK


Penderaan emosi tidak serta-merta meninggalkan tanda-tanda fizikal
pada kanak-kanak. Sebaliknya, penderaan emosi merosakkan perasaan,
nilai diri dan kebolehan kognitif kanak-kanak.

Fizikal
Mengalami gangguan pertuturan, misalnya gagap
Menampakkan perkembangan fizikal yang lambat
Mengalami ulser, asma (lelah) ataupun alergi
(alahan) yang teruk
Menyalahgunakan arak dan dadah
Kelakuan Dan Emosi
Menunjukkan tabiat yang tidak normal (menghisap,
mengayunkan badan, menggigit)

Tidak berasa yakin, bersikap antisosial, bersifat perosak

Mengalami kemurungan dan pola tidur yang tidak normal

Berkelakuan neurotik (misalnya, mengalami kegelisahan


akut, murung, amat memerlukan kasih sayang, keredaan
atau perhatian, melakukan sesuatu kerana terdorong oleh
nafsu yang kuat, meragam dengan teruk, dan sebagainya)

Berkelakuan secara keterlaluan (sikap pasif, agresif dan


sebagainya) dan mengalami perubahan ragam angin yang
tiba-tiba

Melahirkan perasaan tidak berkenan ataupun benci


terhadap ibu bapa atau penjaga

Berkelakuan jahat (terutamanya anak remaja)

Cuba lari dari rumah (terutamanya anak remaja)

Menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya


anak remaja dan kanak-kanak)
Lembaran
Bulatkan gambar-gambar yang menunjukkan penderaan
emosi/mental kanak-kanak.
Jawapan
Bulatkan gambar-gambar yang menunjukkan penderaan
emosi/mental kanak-kanak.