Anda di halaman 1dari 3

m3

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS (BAHAGIAN B )MENGGUNAKAN KEMAHIRAN


PROSES SAINS

1. Apakah Tujuan/Tajuk penyiasatan ini?


Cara jawab : Untuk mengkaji hubungan diantara (pm) dengan (pb)

Pm pb

Contoh : Untuk mengkaji hubungan antara suhu air dengan masa yang di ambil
oleh ais untuk melebur

2. Apakah yang diubah/berubah/pembolehubah manipulasi(pm)


Jawapan :SUHU AIR
3. Apakah yang diukur/diperhatikan/pembolehubah bergerakbalas(pb)
Jawapan : MASA YANG DIAMBIL UNTUK AIS MELEBUR

Suhu Air ( celcius ) 40 50 60 70 80 90 100


Masa Yang Diambil untuk ais melebur 14 12 10 8 6 4 2
(minit)

4.Apakah yang sama/tidak berubah/dikekalkan/dimalarkan.

Jawapan: bikar,jam randik dan lain-lain

5.Berikan 2 maklumat tentang penyiasatan diatas.

Jawapan : i- suhu air

ii-masa yang diambil untuk ais melebur (m)

6. Ramalkan berapakah masa yang diambil untuk ais melebur jika suhu 75 celsius?

Cara jawab : tengok jadual berapa masa yang diambil jika suhu 75 celsius

Jawapan : 7 minit.
m3

7.Apakah pola perubahan/corak perubahan.

Lihat jadual atau carta adakah ia meningkat,menurun atau mendatar

Contoh :Apakah pola perubahan bagi masa yang diambil untuk ais melebur?
Jawapan : Menurun

8. APAKAH HUBUNGAN (HIPOTESIS) ANTARA YANG DI UBAH DENGAN YANG DIUKUR?

CARA JAWAB : MESTI TULIS SEMAKIN & SEMAKIN

CONTOH JAWAPAN :

SEMAKIN MENINGKAT SUHU AIR,SEMAKIN MENURUN MASA YANG DIAMBIL UNTUK


AIS MELEBUR.

9. APAKAH KESIMPULAN DARIPADA PENYIASATAN INI?

CARA JAWAB : MESTI TULIS “JIKA”

CONTOH JAWAPAN :

JIKA SUHU MENINGKAT,MASA YANG DIAMBIL UNTUK AIS MELEBUR AKAN MENURUN

10. BERIKAN SEBAB (INFERENS)


Murid mesti menyatakan sebab yang tiada dalam gambar yang diberi iaitu
pengetahuan sedia ada murid sendiri.

Contoh soalan sebab:

Dua biji benih yang serupa ditanam di dalam dua buah pasu yang sama saiz.rajah di
bawah menunjukkan pemerhatian selepas 2 minggu.
m3

Pokok A pokok B

a.Berikan sebab mengapa pokok dalam pasu A lebih besar daripada pokok
dalan pasu B
jawapan : pokok dalam pasu A mendapat lebih air,baja,cahaya matahari
daripada pokok dalam pasu B

11. NYATAKAN PEMERHATIAN (OBSERVATION)

Murid mesti nyatakan pemerhatian iaitu perbezaan yang murid Nampak


dalam rajah/gambar.

Contoh soalan: Nyatakan satu pemerhatian lain untuk menyokong jawapan


anda dalam (a)

Jawapan :pokok dalam pasu A lebih tinggi daripada pokok dalam pasu
B/daun pokok A lebih besar dari daun pokok B/batang pokok A lebih
besar dari batang pokok B.