Anda di halaman 1dari 11

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Pendidikan Khas

Kemahiran Bacaan

TANDAKAN (√) BAGI JAWAPAN YANG BETUL, (X) JIKA MURID TIDAK DAPAT
MEMENUHI OBJEKTIF KEMAHIRAN

Bil Kemahiran Penguasaan

Ya Tidak
1. Mengenal Persamaan dan Perbezaan Objek
1.1 Menamakan objek / gambar
1.2 Menamakan warna
1.3 Menamakan bentuk
1.4 Menamakan jenis-jenis rasa (kasar/lembut/licin)
1.5 Menamakan nama guru dan kawan-kawan
2. Mengelaskan Benda Mengikut Jenis dan Kumpulan
2.1 Menyesuaikan objek mengikut pasangan
2.2 Mengasingkan pasangan
2.3 Mewarnakan pasangan
3. Mengenal dan Mengecam Bentuk dan Bunyi
3.1 Menyayikan lagu abjad
3.2 Mengenal huruf vocal
3.3 Mengenal huruf konsonan
4. Membina dan Membaca Suku Kata
4.1 Membaca perkataan
4.2 Memahami makna perkataan
4.3 Mengeja dan Membunyikan suku kata
5. Membina dan Membaca Perkataan
5.1 Membaca perkataan
5.2 Memahami makna perkataan
5.3 Membunyikan perkataan dengan betul
6. Membaca dan Memahami Ayat
6.1 Membaca ayat-ayat mudah
6.2 Memahami maksud ayat yang dibaca
6.3 Menyusun ayat mengikut urutan
Mengenal gambar
Mengenal Bentuk dan Warna
Menyesuaikan Gambar

Membaca dan Mengenal Perkataan


ba tu
lo ri
ke ro
mi su
Membaca dan Mengenal Perkataan

batu kamu
lori cikgu

emak roti

Membaca dan Memahami Ayat Mudah

Ali pergi ke kedai


kuching itu comel

saya kutip sampah

buku itu tebal


Menyusun Ayat dengan Betul

Abu pergi ke kedai.


Ibu menyuruh Abu pergi ke
kedai.

Abu ke kedai menaiki basikal.

Abu balik dari kedai dengan


membawa tepung.

Butiran Murid

Nama :

Umur :

Tarikh lahir :

Jenis masalah pembelajaran :

Sekolah :
Pemarkahan : = /25

= %

Tahap Penguasaan : 0% - 35% = LEMAH

40% - 75% = SEDERHANA

80% - 100% = BAIK

Penilaian Diagnostik

Penilaian diagnostik ialah satu proses penilaian terhadap kanak-kanak untuk melabel
tahap ketidakupayaan kanak-kanak. Penilaian ini biasanya dilakukan oleh psikiatris, guru.
Proses ini juga dikenal sebagai proses melabel. Proses melabel ini penting kerana ini akan
menentukan masa depan kanak-kanak tersebut. Disebabkan proses melabel ini penting
penglibatan ramai pakar diperlukan untuk mendapat keputusan diagnosis yang lebih tepat.
Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik sebagai penilaian
secara formatif bagi mendapatkan data yang menunjukkan ketidakupayaan murid yang akan
menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam set ujian diagnostik yang telah saya sediakan terdapat 7 peringkat. Ketujuh-
tujuh perinkat tersebut disusun mengikut kategori mudah sehingga susah. Semasa
menjalankan pengalaman berasakan sekolah (PBS), saya telah membuat pemerhatian ke
atas kelakuan dan penglibatan responden tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas selama dua hari. Saya juga mengumpul beberapa maklumat
berkaitan dengan keputusan responden saya daripada guru kelas. Selepas itu, saya telah
menyediakan satu set ujian diagnostik berdasarkan tahap untuk menganalisis keupayaan
murid tersebut. Setelah saya memberikan ujian ini kepada murid itu, dia telah berjaya
melepasi tiga soalan aras rendah manakala dia mengalami kesukaran untuk menyiapkan
empat lagi soalan aras tinggi berdasarkan kemampuan dia. Ini bermakna dia berada dalam
tahap sederhana iaitu 40% dan mempunyai masalah dalam kemahiran membaca.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran
membaca ini. Seandainya masalah ini tidak diatasi di peringkat yang sepatutnya maka ianya
akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan masalah pengajaran dan
pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini begitu serius sekali dan perlu di atasi
dengan segera. Antara aktiviti yang boleh mengatasi masalah ini ialah aktiviti peringkat pra
bacaan. Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor – faktor
persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid – murid untuk
menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu peringkat yang
penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang digunapakai untuk mengajar pra
bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah lama digunakan oleh semua guru bahasa di
kebanyakan sekolah. Kaeadah ini disebut kaedah huruf dan kaedah mengeja.

Dalam kaedah ini, murid – murid dipekenalkan huruf A hingga Z. Setelah murid –
murid mengenal huruf – huruf barulah dinyatakan huruf – huruf vokal, iaitu a , e , i, o dan u
dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan
mengabungkan huruf – huruf konsonan, misalnya :

ba bi bu bo be be { taling }

ca ci cu co ce ce { taling }

Daripada suku kata itu dibentuk perkataan – perkataan seperti baca, babu, cucu, dada, dahi,
duda, budi dan sebagai. Perkataan – perkataan dieja mengikut nama hurufnya dan
kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan perkataan dan seterusnya
perkataan menjadi ayat. Dengan aktiviti ini, murid tersebut dapat meningkatkan kemahiran
membaca secara tidak langsung.

Aktiviti seterusnya ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal : a , i , u.
Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan huruf ini secara latih – tubi, berselang
seli. Kemudian barulah kita perkenalkan satu huruf konsonan, misalnya “ k “ dengan
menggunakan kad imbasan, buat latihan ini berulang kali supaya murid dapat membunyikan
lambang itu dengan jelas. Kemudian gabungkan kosonan “ k “ dengan huruf vokal supaya
menjadi suku kata : ka ki ku. Ulang sebutan suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah
kita cantumkan suku – suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna,
seperti:

ka ki jadi Kaki

ku ku jadi Kuku

Ulang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan – perkataan itu menjadi frasa
atau ayat yang bermakna. Misalnya :

kaki ku

kuku kaki

kuku kaki ku

Kemudian “ permainan “ mencantum huruf – huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi
perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan – keratan kad. Kad ini masih lagi
menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan
warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang
tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini. Akiviti –aktiviti seperti ini amat
sesuai bagi murid-murid bermasalah pembelajaran (slow learner) untuk meningkatkan
kemahiran membaca.

Anda mungkin juga menyukai