Anda di halaman 1dari 11

TEMA PANTUN

1. KEBERSIHAN MAKANAN

Gadis ayu berkebaya nyonya,

Sekali pandang jatuh kasih;

Wahai tuan hamba, hamba bertanya,

Mengapa perlu makanan bersih?

Hari raya berkumpul bersama,

Bersama-sama mengacau penganan;

Mengapa kebersihan tidak dijaga,

Hingga terkena keracunan makanan?

Musim panas air diteguk,

Bertambah selera makan kuini;

Longkang kotor berbau busuk,

Selerakah makan kalau begini?

Menegur pelanggan biarlah lembut,

Masuk ke kedai si anak tani;

Kuku kotor tidak berkasut,

Pelayan restoran mengapa begini?


Orang menyembur masih lena,

Riuh orang nampak keluar;

Aedes membiak membawa bencana,

Mengapa diri tiada gusar?

2. SEKOLAHKU DUNIAKU

Rela bekerja tanpa upah,

Kerja baik tanpa cacat;

Taman indah di dalam sekolah,

Sanggupkah warga sama membuat?

Harum tangan sungguhlah kagum,

Mari teman sama ke sana;

Taman hijau baunya harum,

Tercapaikah matlamat apa dijana?

Sama bekerja hilanglah lelah,

Sama membina taman rerama;

Rasa bahagia ke pintu sekolah,

Selamatkah murid berpayung bersama?

3. MALAYSIAKU GEMILANG
Kelapa pandan di bawa bahtera,

Bahtera belayar hingga ke kuala;

Ekonomi maju negara sejahtera,

Rakyat kecil sudahkah terbela?

Amin bercuti ke luar negara,

Pergi pula bersama Pak Lang;

Pembangunan pesat di dalam negara,

Bagaimana Malaysia menjadi gemilang?

Jiwa merana nampaklah laut,

Umur tua nampaknya muda;

Sukan antarabangsa menambah kusut,

Gemilangkah Malaysia di pentas benua?

Mari disambung terputus tali,

Tali panjang jangan dikerat;

Sejarah bangsa diangkat kembali,

Terbelakah maruah negara dikhianat?

Memanjat kelapa badan cedera,


Salah panjat usah dicela;

Ekonomi maju negara sejahtera,

Rakyat kecil sudahkah terbela?

Tingginya wau tidak terjangkau,

Ribut datang turunkan cepat,

Ruang angkasa sudah dijangkau,

Sudahkah dapat apa manfaat?

4. SAYANGI KELUARGA

Berjalan kaki ke kampung Jerjak,

Ayunya dara membawa raga;

Jika saudari orang yang bijak,

Mengapa perlu sayangi keluarga?

Tun Teja berkelana ke luar kota,

Ke luar kota mencari emas;

Warga tua keluarga kita,

Mengapa sengsara di rumah warga emas?

Pergi berjalan bersama nyonya,

Juga berjalan bersama Yati;


Wahai saudari,hamba ingin bertanya,

Adakah ibu bapa perlu dihormati?

Sama mengaji sudahlah lega,

Janganlah layan mata mengantuk;

Makan bersama harmoni keluarga,

Sejahtera keluarga inikah bentuk?

5. BUDAYA MEMBACA

Kanak-kanak berlari –lari,

Lima orang bersatu tenaga;

Jika tuan bijak bestari,

Adakah buku nilam mesti ada?

Gerak tangkas gunalah deria,

Tangkasnya elok bukan untuk disanjung;

Hidup membaca amalan mulia,

Mengapa pustaka kemarau pengunjung?

Air wuduk air yang suci,

Diambil oleh adik Sufian;

Budaya membaca amalan terpuji,


Bagaimanakah cara meningkatkan bacaan?

Kertas dan pena sudah bertemu,

Kalau berpantun janganlah cacat;

Membaca itu gudang ilmu,

Selesakah hidup kalau kurang maklumat?

Rumah senget sama membaji,

Rumah lama sama disimpan;

Amalan membaca amalan terpuji,

Bagaimana diangkat jadi kebiasaan?

6. PERMAINAN TRADISIONAL

Bunyi rebana sudah bergema,

Cepatlah adik nanti terlambat;

Wau gasing permainan lama,

Bagaimana mungkin mahu di martabat?

Tarian zapin sudah diisi,

Jangan diisi tarian celaru;

Kuda kepang permainan tradisi,

Gagahkah lagi di alaf baru?


Penat bermain rehat sebentar,

Mari berbincang bersama guru;

Gasing bulat masih berputar,

Masihkah berputar di alaf baru?

Sekawan kerbau di hujung kota,

Mencari tempat buat berkubang;

Wau gasing warisan kita,

Terjaminkah lestari alaf mendatang?

7. KEBERSIHAN DIRI

8. MAKANAN SEIMBANG

Tupai melompat ke dahan delima,

Sambil meniti bersama kedidi;

Makanan berkhasiat amalan utama,

Mengapa obesiti masih terjadi?

Sebuah buku telah diikat,

Diikat pula oleh si Mila;

Makanan seimbang sangat berkhasiat,


Adakah kita wajib mengamalkannya?

9. MEMPERKASA BAHASA

Mari bersama ke lapang sasar,

Jika tiada tempat dituju;

Dua bahasa mengisi dasar,

Gagahkah B.Melayu menuju maju?

Senyum dara di balik tabir,

Jadi rebutan ramai teruna;

B.Inggeris meniti di bibir,

B.Melayu lemah dimana?

Mari berlayar ke pulau jawa,

Bawa juga si ikan darat;

Tiada bahasa robohlah jiwa,

Robohnya jiwa siapa melarat?

Ambillah lauk si ikan cencaru,

Nasi lemak buah bidara;

Bahasa kita kian bercelaru,

Siapakah dia punya angkara?


10. PERPADUAN BANGSA

Kalau tuan mudik ke hulu,

Jangan di lupa bekal di tangan;

Rakyat Malaysia teguh bersatu,

Apa resepi menjadi adunan?

11. MAKANAN TRADISIONAL

Mencari palas di hujung kota,

Mari bersama membuat ketupat;

Ketupat manis warisan kita,

Bagaimana mungkin dapat di martabat?

12. 1 MALAYSIA

Mengasing rempah janganlah lama,

Rempah bagus dari kota;

Berbilang bangsa berbilang agama,

Bersatukah rakyat di bumi tercinta?

Sama membersih rumput yang liar,

Ambil rumput ke dalam pungkis;

Fahaman melampau sudah menjalar,


Mampukah rakyat sama menangkis?

Bising di sebelah tiada lena,

Muzik keras semakin memekak;

Benih perkauman ush dijana,

Bagaimana rakyat melepas onak?

13. WARISAN SEJARAH

Pergi ke Melaka ke kedai nyonya,

Pergi mencari si buah kuini;

Warisan sejarah tinggi nilainya,

Mengapa di lupa di abai kini?

14. IBU MITHALI

Mengajak ibu sama ke gudang,

Pakailah elok ambil celana;

Ibu berilmu generasi gemilang,

Siapkah sudah mengatur rencana?

Seorang diri duduk terbayang,

Teringat ibu sudahlah mati,

Anak terlantar nyawa melayang,


Hilangkah sudah kasih ibu sejati?

Temasya indah orangnya ramai,

Bawa lah adik tumpang gembira;

Keluarga bahagia Negara damai,

Bagaiman dapat dijana ia?

15. INDUSTRI DESA

Bunga indah sedang bersemi,

Sedang bersemi bersama si buah peria;

Industri desa penjana ekonomi,

Bagaimana mungkin dijana ia?