Anda di halaman 1dari 3

Cerpen pilihan : Surat Dari Kampus

1.0 Pengenalan

Teori Pengkaedahan Melayu telah dicetuskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989.
Teori ini mendasari semua aspek kehidupan yang merangkumi cara dan sikap hidup,
kepercayaan dan kebudayaan setempat dalam masyarakat Melayu yang melahirkan
karya sasteranya sendiri (Hashim 1989:62). Untuk menerapkan teori ini dalam kajian
kesusasteraan Melayu, teori ini dibahagikan seperti dalam gambar rajah berikut :

Rajah 1 Teori Pengkaedahan Melayu

2.0 Analisis

Cerpen Surat Dari Kampus karya Maskiah Masrom (1986) mengisahkan seorang
gadis bernama Syahida yang merupakan pelajar lepasan STPM berjaya menjadi
pelajar terbaik negeri Johor. Dia sendiri seakan-akan tidak percaya dirinya layak
memegang gelaran “best student” negeri kerana dia sering diburu keresahan dengan
keputusan yang bakal dia terima. Syahida mempunyai seorang teman baik yang
bernama Razi. Razi pernah menjadi pelajar terbaik daerah Johor pada masa itu bagi
percubaan peperiksaan. Syahida sering memandang tinggi terhadap Razi. Pada hari
keluarnya keputusan STPM, Syahida dan Razi berjanji untuk mengambil keputusan
bersama-sama. Syahida mengikuti Razi ke sekolahnya terlebih dahulu sebelum ke
sekolah Syahida kerana sekolah Razi lebih dekat dengan perhentian bas. Setelah
menerima keputusan masing-masing, ternyata keputusan Syahida jauh lebih
cemerlang berbanding Razi. Razi berasa malu dan rendah diri untuk berdampingan
dengan Syahida. Akhirnya Razi mengambil keputusan untuk meninggalkan Syahida.
Puas Syahida cuba menghubungi Razi tetapi Razi tetap mengendahkan Syahida
sehinggalah Syahida masuk ke UKM. Pada suatu hari, terselit sepucuk surat daripada
Razi yang menyatakan bahawa dia kini berada jauh di Sarawak menjadi penuntut di
sebuah maktab. Dia berasa rendah diri kerana tidak seperti Syahida yang belajar di
menara gading, UKM. Di dalam surat itu, Razi sekali lagi memohon agar Syahida
melupakannya. Syahida nekad untuk membalas surat tersebut untuk membuat Razi
berfikir tentang kesilapan dan penilaiannya yang salah untuk meninggalkan Syahida
atas sebab taraf yang membezakan mereka.

3.0 Pengkaedahan Melayu


3.1 Alamiah ( Pendekatan Moral )

Analisis berdasarkan cerpen Surat Dari Kampus ini menggunakan pendekatan


moral yang menunjukkan sifat rendah diri dalam diri Razi yang sanggup
meninggalkan Syahida kerana taraf pendidikan mereka yang berbeza. Dalam
realiti kehidupan, ada juga sesetengah masyarakat yang mementingkan taraf
pendidikan seseorang untuk menjalinkan sesuatu hubungan.

“Aku kini berada jauh di Sarawak. Menjadi penuntut di sebuah maktab.


Tidak sepertimu, belajar di menara gading. Tinggal di kota. Sekali lagi
aku minta. Lupakanlah aku” (hlm. 93).

Sikap terlalu rendah diri yang terdapat dalam diri Razi membuatkan dia berasa
tidak layak lagi berdamping dengan Syahida. Sikap rendah diri adalah sikap
yang sangat bagus tetapi haruslah bersesuaian dengan situasi. Di dalam
cerpen ini, dapat kita jadikan teladan bahawa taraf seseorang tidak memainkan
peranan penting dalam menentukan kebahagiaan hidup
3.2 Keagamaan ( Dakwah )
Terdapat juga pengkaedahan dakwah yang digunakan dalam cerpen Surat
Dari Kampus ini yang memperlihatkan usaha Syahida yang nekad untuk
membalas surat terakhirnya kepada Razi untuk membuka pemikiran Razi
atas penilaiannya.
“Kau renungilah sejarah perkahwinan Rasulullah dan Saiyidatina
Khadijah. Mengapa wanita bangsawan Quraisy itu mahu
mengahwini salah seorang pekerjanya? Jawabnya tidak lain
kerana Rasulullah seorang yang amanah, jujur, dan berhemah
tinggi. Taraf langsung tidak memainkan peranan dalam
menentukan kebahagiaan mereka” (hlm. 94).
Melalui kisah Rasulullah dan Khadijah tersebut, mesej dakwah yang
hendak disampaikan khususnya bagi umat Islam adalah untuk tidak menilai
seseorang berdasarkan latar belakangnya sahaja. Taraf yang tinggi tidak
menjamin kebahagiaan hidup seseorang.

4.0 Penutup

Teori pengkaedahan Melayu sangat penting dan perlu diterapkan dalam setiap karya
penulisan untuk menjadikan sesebuah karya itu asli dan bermutu tinggi. Hal ini kerana,
penggunaan teori pengkaedahan melayu yang betul dan baik membuatkan mesej
yang hendak disampaikan oleh penulis dapat diterima dengan jelas oleh pembaca.
Saya berharap teori pengkaedahan Melayu ini tidak dilupakan dan akan terus
digunakan oleh penulis-penulis karya pada masa akan datang.