Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahteradan Salam IMalaysia.
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih
dipanjangkan usia dan dapat berbakti serta bersedia memikul amanah yang
dipertanggungjawabkan. Sempena penerbitan majalah sekolah ini, saya mengambil
kesempatan untuk menulis sepatah dua kata sebagai perangsang kepada Sidang Redaksi
2017.

Sepanjang tahun 2017, pendidikan Terengganu telah melakar banyak kejayaan hinggalah ke
peringkat antarabangsa. Slogan Memperkasakan Tranformasi Pendidikan (MTP) merupakan
satu anjakan pradigma dan suntikan semangat bagi kita mencipta pelbagai kejayaan. Hal ini
selari dengan kerangka Transformasi Terengganu Baharu (TTB) melalui Prinsip ke-8 iaitu
Memperkasakan Pendidikan. Prinsip ke-8, TTB dan slogan MTP adalah untuk mereaiisasikan
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Bagi mencapai
objektif yang dihasratkan, saya menyeru agar semua pendidik negeri Terengganu
menunjukkan kesungguhan dan kolaborasi berterusan serta bersedia menerima pelbagai
cabaran.

Teras kejayaan sesebuah sekolah adalah komitmen dan pengurusan yang efisyen. Pencapaian
dan kejayaan yang diperoleh adalah usaha padu semua pihak yang tidak mengenal erti jemu
dan penat lelah. Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Sidang
Redaksi yang bertungkus lumus menterjemahkan segala bentuk kejayaan, program dan aktiviti
pendidikan bagi sekolah masing-masing. Marilah kita sama-sama membina kekuatan pasukan
masing-masing serta berusaha dengan lebih gigih meningkatkan prestasi dengan kualiti yang
lebih cemerlang.
Akhir kata, saya mengucapkan SELAMAT lUIAJU JAVA kepada semua sekolah seluruh negeri
Terengganu. Harapan dan doa saya, semoga tahun 2018 nanti kita dapat meneruskan
kecemerlangan serta memahat kejayaan yang lebih membanggakan.

Sekian, Wassalam dan terima kasih.

HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN, P.J.C., P.J.K


Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu